Monday, November 6, 2017

Bersedialah hadapi 'ibu segala perbelanjaan'...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umt-umat dahulu." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit it ialah: (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, dan (6) hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi." (Hadis riwayat Hakim)

PERDANA Menteri Najib Razak yang kelihatan sentiasa 'ceria' tatkala membentangkan Belanjawan 2018 yang disifatkannya sebagai 'ibu segala bajet' pada 27 Oktober lalu, mengambil kesempatan 'menyindir', 'menghiris' dan 'memukul habis' pembangkang dengan kisah 'Kak Wan' versinya.

Sebagai ketua kerajaan, ambillah peluang itu sepuas-puasnya kerana ini adalah perbentangan belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum ke -14 (PRU-14) yang mungkin menyaksikan sang penguasa terpelanting daripada kerusi kuasa...ya selepas ini tiada lagi peluang untuk menunjukkan aksi sama...ingat-ingatlah wahai semua bahawa kehidupan ini bagaikan pusingan roda - ada kalanya di atas ada kalanya di terperosok di bawah sana!

Jika pihak pemerintah sudah mengemukakan bajetnya, bagaimana belanjawan rakyat untuk menghadapi tahun baru 2018 yang akan muncul tidak lama lagi? Bersedia wahai semua termasuk diri ini kerana berdasarkan 'bahang' kehidupan sukar sekarang ini akan terpercik juga pada tahun baru.

Ya, tahun 2017 akan melabuhkan tirainya, sebulan dua lagi jendela 2018 dibuka. Sesuai dengan tahun baru, tentulah ramai yang bersemangat baru. Kebanyakan daripada kita berharap melalui tahun baru dari sudut positif. Walaupun demikian, banyak daripada peristiwa yang dialami menjelang tahun baru menunjukkan sesuatu yang negatif. 

Satu perkara yang kerap dikaitkan dengan tahun baru ialah permulaan sesi persekolahan. Berhubung perkara inilah banyak ibu bapa yang 'pening-pening lalat' bagi memenuhi keperluan anak-anak. Jadi bersiap sedialah mulai sekarang, jangan apabila sekolah dibuka baru nak 'diraba sana sini' (maksudnya dari segi kewangan).


Perbelanjaan untuk menyekolahan anak-anak pada zaman ini apatah lagi 'pada era GST' bukannya murah. Sekarang tidak lagi sesuai untuk berkata: "Cikgu saya serahkan anak saya ini pada cikgu, pandai-pandailah cikgu buat apa-apa yang baik ke atasnya." 

Sekarang 'penyerahan' dilakukan dengan wang ringgit. Sekalipun pihak berkuasa kerap menguar-uarkan yuran persekolahan sudah dimansuhkan hakikatnya banyak wang perlu dikeluarkan. Untuk membereskan yuran seorang anak saja sudah menelan belanja puluhan atau ratusan ringgit. Bayaran itu termasuklah pelbagai yuran seperti yuran komputer, yuran padang, yuran MSSM, yuran PIBG, yuran perpustakaan dan yuran kertas perperiksaan. 

Bagi yang pertama kali menghantar anak ke sekolah, jangan terperanjat jika melihat pada 'book list' (biasanya diserahkan kepada murid sebelum cuti sekolah) kanak-kanak itu dinyatakan yuran PIBG adalah sebanyak RM50 atau RM100 manakala yuran komputer adalah RM20 atau RM50. 

Seseorang anak yang bersekolah rendah bukan saja menghadiri sesi pagi tetapi juga sesi petang (sekolah agama). Yuran untuk sekolah agama lain pula daripada sekolah pagi. Demikian juga pakaiannya, begnya dan juga bukunya. 

Demikianlah betapa beratnya bebanan ibu bapa hari ini. Jika untuk seorang anak, terpaksa dibelanjakan RM300 (jika ke asrama penuh mungkin lebih RM1,000), hitunglah wang yang perlu disediakan untuk menyekolahkan lima orang anak, atau pun lapan orang anak. Jumlahnya tentulah tersangat memeningkan ibu bapa. 

Selain itu bagaimana dengan tambang bas sekolah, duit belanja harian dan sebagainya...ya ibu bapa semakin pening nampaknya. Selepas termenung memikirkan belanja anak-anak, ibu bapa boleh merenung pula perbelanjaan yang membabitkan diri mereka pula. Harga barangan keperluan sentiasa naik, demikian juga kadar tol lebuh raya dan tambang pengangkutan awam.

Tidak cukup dengan itu, tarif kemudahan awam ada kemungkinan dinaikkan. Jika 'semua' naik, tentulah sewa rumah, sewa kedai, sewa pejabat dan 'segala' macam sewa juga akan naik. Demikianlah betapa rakyat begitu tertekan dewasa ini. Malangnya mereka tidak bersuara. Mereka adalah golongan majoriti, kata orang putih 'the silent majority'. 

'The silent majority' inilah yang perlu disuntik semangat mereka untuk bangun menyuarakan ketidakpuasaan hati mereka terhadap pembahagian kekayaan negara yang tidak adil. 

Jika negara (seperti Petronas) dikatakan mencatat keuntungan berbilion-bilion ringgit, kenapa tidak salurkan wang itu untuk membayar 'yuran komputer' setiap murid di seluruh tanah air. 

Kenapa wang keuntungan berbilion-bilion ringgit firma berkepentingan kerajaan tidak boleh disalurkan untuk membayar yuran perpustakaan untuk semua murid. 

Demikian juga kenapa kerajaan tidak boleh membayar yuran sukan dan yuran padang anak-anak sedangkan kerap dihebohkan negara mahu melahirkan atlet berwibawa? 

Pada tahun baru, diharap-harapkan rakyat tidak lagi digula-gulakan dengan cerita keuntungan besar (berbilion-bilion ringgit) syarikat milik kerajaan melalui media massa tetapi hakikatnya kebanyakannya terpaksa mengikat perut untuk menunaikan tanggungjawab asas seperti menyekolahkan anak-anak terutama pada awal tahun. 

Ya, tahun baru akan menyaksikan ibu bapa menghadapi ujian ibu segala perbelanjaan! Ceritanya sama saban tahun kerana pemerintah negara adalah daripada parti sama; apa kata pada PRU-14 nanti kita buat perubahan!

Friday, November 3, 2017

Titipan Seorang Pesara (4): Ikuti nasihat, bukan jejak bapak...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21) 


BARU-BARU ini saya ke Sabah; alhamdulillah sempat saya berkenalan dan berceloteh panjang dengan seorang bekas pegawai tinggi pendidikan Negeri Di Bawah Bayu itu.

Sebagai pesara berusia 77 tahun, begitu banyak ilmu dan pengalaman yang alhamdulillah beliau sudi berkongsi bersama saya dan apabila pada akhir pertemuan saya memberitahu beliau saya seorang penulis, beliau tidak berkeberatan jika saya berkongsinya bersama pembaca. Namun beliau meminta agar namanya tidak dinyatakan.

Nasihat pertama beliau adalah untuk semua tetapi ditujukan khas kepada pegawai kerajaan termasuk guru. Katanya, dalam hidup jangan sombong dan membangga diri. Namun penyakit ini menular di kalangan pegawai tinggi...mereka 'eksyen' dengan jawatan, pangkat dan gaji besar mereka dan ramai kurang mesra dan tak mahu bercampur gaul dengan anggota masyarakat.

"Namun saya 'respect' (hormat) seorang Pengarah Pelajaran Sabah (beliau menyatakan nama tokoh itu yang sekarang sudah bersara)...orangnya sungguh 'down to earth' (tawaduk)...bayangkan apabila ke sesebuah sekolah jika dilihatnya murid dan guru sedang mengangkat meja dan kerusi, beliau bersama-sama mengangkat meja dan kerusi.

"Sampai sekarang pun saya amat-amati beliau disanjung dan dihormati. Ke mana saja beliau pergi, ada orang menyapanya. Orang terus menghormati dirinya sekalipun jawatan dan pangkatnya tidak ada lagi. 

"Namun saya ada kenal pegawai tinggi lain. Masa berkuasa bukan main lagi dia tunjuk belang. Garang semacam. Memanglah ketika itu orang tunduk dan hormat padanya.

"Tetapi apabila pencen, apabila tidak ada lagi kedudukan dan kuasa, orang buat tak peduli, buat tak tahu saja padanya. Ke mana dia pergi nampaknya dia bersendirian. Di masjid duduk 'sorang-sorang', di kedai makan pun makan 'sorang-sorang'. Nampaknya macam tak ada orang nak sapa dia. Itulah dulu orang tunduk padanya sebab dia ada kuasa, apabila tiada kuasa orang buat tak tahu saja sekalipun mungkin mereka kenal dia..."

Banyak lagi diceritakan bekas pegawai tinggi pelajaran Sabah ini mengenai dunia pendidikan terutama mengenai masa depan anak-anak yang akhlak mereka amat merosot sekarang ini, tetapi tak dapat saya celotehkan di sini kerana ruang terhad; cuma saya mahu mendedahkan satu 'rahsia kehidupan' yang apabila beliau bercerita, terpesona saya dibuatnya!

Apabila pesara itu berkata, beliau mempunyai 12 orang anak, 'terbeliak' biji mata saya dibuatnya. "Oh, ramainya," tanpa disedari perkataan itu terpancul dari mulut saya.

"Sebenarnya anak-anak ini bukan daripada seorang ibu; isteri saya empat orang, sekarang ini ada tiga orang kerana isteri paling tua sudah meninggal dunia..." jelasnya membuatkan saya begitu 'kagum' padanya. 

"Ada empat isteri rupanya...hebat, hebat dia ni, ada orang satu isteri pun tak dapat kontrol," hati saya berbisik. Bagaimana agaknya dia mendidik anak-anak seramai 12 orang itu?

Pesara pendidikan ini memberitahu saya jika guru berhadapan aneka cabaran dalam mendidik anak-anak murid agar menjadi insan berguna, sebagai bapa apatah lagi dengan jumlah anak ramai yang boleh dibentuk sebuah pasukan bola sepak, dia menghadapi masalah sama malah lebih berat lagi.

"Untuk membentuk anak-anak agar 'jadi manusia' perlu banyak pengorbanan, saya tidak sunyi daripada memberi nasihat kepada mereka. Terlalu kerap...ada anak yang ambil perhatian ada yang tidak.

"Anak-anak yang 'tak makan saman' (nasihat) saya gunakan pelbagai kaedah untuk menyedarkan mereka sehingga ada ketika saya menggunakan ungkapan ini kepada mereka - "anak-anak, tolonglah sekurang-kurangnya ikutlah nasihat bapak tetapi jangan pulak kamu ikut jejak bapak (iaitu kahwin banyak)!"

Wednesday, November 1, 2017

Hijra: 'It's the same old me'...

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.


Reflection

The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort 
one another to truth and exhort one another to endurance.

SINCE joining the 'OTK' (Orang Tak Kerja - People Without Work) group some five years ago, I 'religiously' followed the daily 'kuliah maghrib-isyak' (lesson between the dusk and early night prayers) at several 'masajid' near my house.

An  'ustaz' who 'touched' on the subject of 'Hijra' (Migration) during his 'tajwid' (correct pronunciation and intonation for reading the Qur'an) lesson recently, rang a wake-up call for me when he reminded congregators not only to be busy celebrating the new year for example wishing one another but to ponder upon 'our 'hijra' in our 'ibadah' (betterment our acts of devotion to Allah SWT).

"If our 'ibadah' for example reading the Qur'an is not getting better compared to last year...then we are not making any 'hijra'," he said. The same could be said about other 'ibadah' especially regarding those articles under the Principles of Islam or 'Rukun Islam'  that are to do the declaration of faith (kalimah syahadah), to perform the five daily obligatory prayers, to fast in the month of Ramadan, to distribute 'zakat' or obligatory charity) and to perform hajj. All 'ibadah' are to get one to be closer to Allah The Greatest (SWT).

"But it is a sad thing to say that the standard of our 'ibadah' is the same as last year or worse still if it keep declining as the years past by; for example how is the quality of our 'solat'; is it the same standard as what we did during our primary school days?" asked the 'ustaz'.

If in the case of 'ibadah' our standard was stagnant or getting worse, the irony of it in the terms of worldly (material) gains, we are quick for change, said the 'ustaz'. 

"Our houses have had several renovations, we kept on changing our cars; even at work we eyed to be in top positions. For styles and attires we too seek for the latest trend, but sadly regarding our 'ibadah' 'it is the same old me'..." fired the 'ustaz'.

I could feel the words targeted to me; it 'pierced deep inside my heart'...well it fit the Malay proverb - 'siapa makan cili dia yang terasa pedasnya'. 

The 'ustaz' said the key word here is to continue learning and then to work hard to improve our 'ibadah'...well we must 'hijra' the quality of our 'ibadah'...remember by each day, even by the seconds we are nearing our graves.

He said even if we are in old age, thus it is difficult for us to learn and improve our 'ibadah' such as reading the Qur'an, do not be shy and loose hope ...have faith and continue learning until our last day on earth; insya-Allah, He would have His Mercy upon us. 

Remember, the time to our death is getting shorter and shorter but many of us are still dazzling on the pleasures of the world; only a selected few are 'going all out' preparing for the days of the Hereafter which is 'forever and forever'.

The main aim of all our 'ibadah' are to increase our 'takwa' (piety) to Allah SWT. The new Hijra year gives Muslims opportunity to audit (have a thought) about ourselves on our performance through out the year. If our country could produce the Auditor-General's Report, then we too could have one for ourselves in valuing our duties as Muslims. 

It is reported that Hasan al-Basree, a renowned Islamic scholar once said,” A believer is a guardian over himself: He audits himself for Allah. Those who take account of themselves in this world will be audited lightly in the hereafter. Those who take this issue lightly will find their auditing very difficult.” 

So, what is our duty as a human being? In Surat Adh-Dhariyat 51:56 (The Winnowing Winds) Allah SWT says; “I have only created jinn and men, that they may serve Me.” 

So from time to time, it’s good to sit back and ask yourself a few questions. Perhaps here’s a starting point. Refer back to the Principles of Islam and ask yourself sincerely what is the score for your obligatory duties as a Muslim such as 'solat' (performing prayers), fasting in the month of Ramadan and distribute zakat. And have you perform hajj, the last articles under 'Rukun Islam'? 

One of the most important things that we can do individually as Muslims is to ponder our own selves and to reflect upon whether or not we have improved, remained stagnant, or have regressed in our overall practice of Islam. For example how is our 'solat' nowadays - is the 'quality' of our 'solat' at 50 years of age the same as our 'solat' when we were 15 years old - that was 35 years ago? 

The same could be said about our 'puasa' - is it the same as the yesteryear when we refrained ourselves from only eating and drinking or 'puasa yang yok' (cheating by eating or drinking when one is alone) but keep our eyes open seeing 'haram' (forbidden) things and open our ears to all sort of gossips and our tongues lash out bad and 'laser' words. 

Well, what about our 'zakat' - is it the same old you ‘that only pay for tithes during Ramadan' and forget the compulsory zakat for incomes, agriculture yields, gold and livestock such as cows and sheep? 

And how's our daily chores going on for example things we take for granted such wasting of money and food, spending on unnecessary items and involving in immoral activities such as going to pubs and disco and involving in smoking, gambling and drinking. 

And how's our time being spend? People tend to waste time; only a few 'veterans' prefer to seek knowledge including attending 'tazkirah' (lessons) at masjids, the rest waste their time doing unnecessary and unproductive activities such as spending long hours chatting or playing 'dam haji' (checkers) in 'warong kopi' (coffee shop). 

The question is, have we been auditing ourselves? We tend not to look at ourselves but waste our precious time on others. Over the course of the year, we can easily fall into the habit of focusing too much on the affairs of others. 

In true sense, our time could be better spent working to improve ourselves in the religion and seeking the Mercy of Allah and seeking His pardon for our own errors and mistakes. Remember our time left is too short; perhaps the Lord would called for us in a year time, tomorrow or even today or after reading this article! 

Allah says; "O you who believe! Fear Allah and keep your duty to Him. And let every person look to what he has sent forth for the morrow, and fear Allah. Verily, Allah is All-Aware of what you do." (59 (Exile):18) 

The interpreters of Qur’an have said that this verse is calling on the believers to take account of themselves before they are taken to account by Allah on the Day of Accounting, i.e., The Day of Judgment.