Friday, October 27, 2017

'Hijra' - implementing our belief...

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.


Reflection

The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort 
one another to truth and exhort one another to endurance.


FRIDAY, September 22nd marked the beginning of the Islamic new year of 1439; in Malaysia it is called 'Maal Hijrah' or 'Awal Muharram' (the first month of the Islamic calendar). Literally 'Hijra' means 'migration' and Muslims celebrate the anniversary of Prophet Muhammad s.a.w. migration from Makkah (Mecca) to Madinah (Medina) in 622 AD.  

Scholars said it is a time for a new beginning, a change from bad to good and a chance to re-evaluate one's life and direction. It is because, the Prophet s.a.w. had said:  "There is no Hijra (i.e. migration) (from Makkah to Medina) after the Conquest (of Makkah), but Jihad and good intention remain; and if you are called (by the Muslim ruler) for fighting, go forth immediately.(Narrated by Ibn Abbas)

A few days ago, after delivering his 'tazkirah' (lesson) on Hijra at a 'masjid' near my house, I asked the 'ustaz' what we could learn from the event of Hijra by comparing it with Isra' Mi'raj.

Subhanallah, he said when discussing on the subject of Hijra it is interesting to compare it with Isra' and Mi'raj - the miraculous night journey of Prophet Muhammad s.a.w. from the Haram Masjid in Makkah to the al-Aqsa Masjid in al-Quds (Jerusalem) and from there he ascended to the upper heavens and Sidratul-Muntaha, was a test on the 'ummah' (Muslims) regarding their 'iman' (faith), Hijra was about 'implementing' and 'putting into practice' their belief.

If Isra' and Mi'raj which took place sometime before Hijra challenged the human being's mind regarding power, time and space; the Prophet's Hijra was 'an ordinary man's journey of more than 300 kilometers from his birth place of Makkah to Madinah which was then called Yathrib.

If Prophet Muhammad’s  s.a.w. journey to Al-Quds from Makkah (Isra') which is more than 1,000 kilometers was 'like a lightning'; this journey of Hijra (from Makkah to Madinah) in 622 AD, took days including the Prophet s.a.w. hiding for three days in the Cave of Saur (Thur) in south Makkah with his best companion, Abu Bakr r.a. (may Allah be pleased with him).

The Prophet s.a.w.,  Abu Bakr r.a. and their non-Muslim guide, Abdullah Uraiqit only arrived at Quba' on the outskirts of Yathrib after more than two weeks. There, with the help of the local people, they erected the first masjid - Masjid Quba' - before officially entering Yathrib and renaming it Madinat-un-Nabi, literally, the City of the Prophet after 30 days from the date they left Makkah.

The Hijra to Madinah was not the first for Muslims. Technically, the first Hijra occurred in 615 AD when a group of Muslims was counseled by Prophet Muhammad s.a.w. to escape persecution in Makkah and travel to Habsyah or Ethiopia (Abyssinia at the time), which was ruled by a Christian king, the Negus. But Prophet Muhammad s.a.w. himself did not join this emigration.

An 'ustaz' in discussing Isra' and Mi'raj and 'Hijra' said, based on the Prophet's 'tough' and 'hard' journey of the Hijra, Muslims too must be ever ready to face tribulations and obstacles in life what more when one is committed to live as a practicing Muslim in all aspects of life.

Prophet Muhammad s.a.w. had showed us the way to live as a Muslim who has to strive in whatever he does, be it regarding efforts to gain benefit in this world or in the Hereafter.

As Muslims we must work hard for our benefit of both worlds as we often recite in our du'a (supplication): Rabbana aatina fiddunya hasanatan wafil akhirati hasanatan waqina adhabannaar (Our Lord, give us good in this life, and in the Hereafter, and protect us from the Hellfire).

In their determination to see Islam flourish, the Prophet s.a.w. and his companions toiled and sweated including in the hot sun often in a state of hunger, for example the Prophet s.a.w. took the lead in digging a wide and deep trench around Madinah to stop the invading Musyrikin armies during the Ahzab war. In the battle of Uhud, the Prophet s.a.w. too was injured; this showed that Muslims would be 'tried' (face tribulations) by Allah SWT but must be brave in facing the hurdles to be better Muslims by each day.

All must be worked for; there is no such thing as a 'short cut' to success in the world, what more in the Hereafter. It was asked. "Oh Messenger of Allah: Who is the most excellent of men? The Messenger of Allah said, 'The believer who strives hard in the way of Allah with his person and property."

Whoso is able and fit and does not work for himself or for others, God is not gracious to him. To his companions, the Prophet s.a.w. said it is better for any of you to take your rope and bring a bundle of wood upon your back and sell it, in which case God guards your honour, then to beg of people, whether they give or not; if they do not give, your reputation suffers, and you returned disappointed; and if they give, it is worse than that; for it makes you under obligation.

The Qur'an says: "Scatter over the earth and seek Allah's bounty. Aren't we Allah's vicegerents on earth? (62;10)

But a word of caution, in performing our works and duties, Muslims must be clear in mind that we are only to please Allah SWT for during our 'solat' (prayers), we would supplicate: "Surely, my prayer, my sacrifice, my life, and my death are all for Allah, the Lord of the Worlds." (Qur'an, 6: 162)

To be on Allah's straight path, we must ask for His help - as we mention at least 17 times in our 'solat' (Eh'dinas siratalmustaqim) and we must seek knowledge for only he who knows his own self knows Allah SWT.

And if we want to 'live happily in this world and Hereafter', worked hard for it, there is no short cut to success.  Yes work hard and pray hard for Hijra is to implement our belief

Wednesday, October 25, 2017

Titipan Seorang Pesara (1): Belajar 'menjadi seorang tua'...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21) 


SUATU petang, ketika memandu kereta, menghantar seorang anak ke stesen bas untuk pulang ke asramanya, saya ternampak seorang lelaki tua berpayung berjalan terhuyang-hayang di tepi jalan. Saya kenalnya, dia penduduk sekampung, usianya 80-an.

Saya memberhentikan kereta, mempelawa dia naik. Fikir saya, apa salah menumpangkan beliau, rumahnya dalam laluan perjalanan kami. Dapat juga pahala kerana menyantuni orang tua dan menolongnya.

Dalam kereta, rancak pula orang tua itu bercerita. Katanya, minat beliau sekarang adalah berjalan-jalan. Duduk-duduk saja di rumah terasa bosan, katanya. 

“Awak mahu pergi mana?” tanyanya. “Perak, Kuala Lumpur? Saya mahu ikut!” Eh, senangnya dia berkata begitu, nanti kalau keluarganya ‘report’ kehilangannya pada polis, susah saya jadinya.

Untuk selamat, saya mendiamkan diri. Sebaik saja tiba di tepi jalan berhampiran rumahnya, saya memberhentikan kereta, menunggu dia turun. Tetapi dia tidak mahu turun sebaliknya bertanya, “awak mahu pergi mana?”

Saya menyatakan destinasi saya, dia berkata mahu ikut. Lalu saya bawalah dia, jadi panjanglah perbualan kami petang itu. Katanya, masa muda dulu dia adalah askar.

“Kamu tahulah orang muda, macam-macamlah saya buat. Ah, orang muda mestilah nakal,” katanya ketawa memanjang. Saya tak tahu apa dimaksudkan dengan nakal itu tetapi otak saya sudah berfikir yang bukan-bukan.

Banyaklah perkara kami bualkan sepanjang perjalanan setengah jam itu, salah satu pertanyaannya, mendatangkan kesan mendalam dalam kepala saya. “Mengapa ya, umur saya sudah 80-an tetapi semangat saya macam pemuda 20-an?”

“Apa maksud datuk?” tanya saya balik. 

“Itulah, kemahuan saya macam orang muda-muda. Saya mahu beli itu, beli ini. Saya bersemangat hendak buat apa orang muda buat…” dia berhenti pada ayat itu tetapi saya tafsirkan sendiri, agaknya dia mahu kahwin anak dara agaknya, mahu ‘enjoy’ macam zaman muda dia dulu. 

Serkap jarang saya terhenti apabila dia menyambung: “Tetapi disebabkan tidak mampu, saya diamkan diri saja, tetapi semangat saya meluap-luap mahukan itu semua, yalah macam orang 20-an mahu!” Dia ketawa terkekeh-kekeh.

Susah saya mahu menjawab pertanyaan pesara askar ini. Umur sudah 80-an tetapi bersemangat dan hendak hidup macam anak muda 20-an. Itulah ada orang bijak pandai berkata bahawa dalam kehidupan ini mudah benar seseorang itu tersadung; ketika kanak-kanak dan remaja, ilmu tiada pengalaman pun tiada jadi tersadunglah kita; kemudian apabila muda, tenaga banyak, ilmu dan pengalaman kurang maka tersadung juga kita; kemudian apabila sudah tua, ilmu dan pengalaman sudah banyak, malangnya tenaga sudah habis, maka akhirnya tersadung juga kita.

Ya, orang tua ini asam garam kehidupannya sudah banyak dilalui tetapi tenaga sudah habis, jadi bagaimana dia mahu hidup bagaikan seorang pemuda berusia 20-an? Demikianlah betapa kebanyakan manusia mahu kembali ke zaman silamnya tetapi semua itu adalah fantasi, tak mungkin semalam atau kelmarin akan kembali apatah lagi yang sudah berlaku 10, 20, 30, 40 atau 50 tahun lalu. Namun di akhirat nanti akan ditanya, di mana dan ke manakah usia muda itu kamu habiskan!

Ilmuan agama sentiasa mengingatkan bahawa usah dikenang detik sudah berlalu, yang kita ada saat sekarang, pergunakanlah waktu ini sebaik mungkin untuk memperbanyak bekalan ke akhirat nanti. Esok usah difikir kerana belum pasti sang matahari akan muncul.

Perbualan saya dengan veteran askar itu mengingatkan saya, seorang negarawan seusia yang pernah menjadi ketua negara lebih dua dekad yang mendedahkan dia akan meluluskan lesen judi bola sepak jika kuasa berada dalam tangannya.

Alahai, alangkah sama apa yang sampaikan oleh lelaki tua yang menumpang kereta saya bahawa dia sekalipun sudah berusia 86 tahun tetapi bersemangat seperti orang muda. Dia mahu buat itu dan buat ini, hakikatnya zaman itu sudah berlalu, diri sudah dimakan usia, badan sudah lemah, sakit sudah menguasai diri.

Jadi buat apalah pada usia senja ini masih difikirkan soal judi, kuasa dan menimbun harta lagi, tetapi itulah hakikatnya, biasanya apa yang biasa kita buat pada usia muda itulah juga yang hendak kita buat masa kita tua.

Kata orang, jika masa muda kita gila muzik, sudah tua nak masuk kubur pun kita masih gila muzik juga. Penulis dapat saksikan kebenaran ini, seorang lelaki tua berpangkat saudara juga, pada masa sakit menjelang mati, masih melakonkan aksi memukul kompang, pada masa mudanya dia memang seorang juara kompang.

Berdasarkan apa yang penulis saksikan ini, benarlah apa diperkatakan lelaki tua yang menumpang kereta penulis; dia berusia 80-an tetapi semangatnya macam dia berusia 20-an. Dia hendak buat itu dan ini seperti dilakukannya 60 tahun lalu, tetapi apakan daya hampir semua anugerah Illahi seperti tenaga, kekacakan dan keupayaan pancaindera (mata, telinga dan sebagainya) sudah dicabut satu persatu.

Kini nyawa saja masih bergantung kepada badan yang lusuh tetapi mengapa masih difikir pasal hal ehwal orang muda lagi seperti kahwin muda, duit dan harta banyak dan paling malang sekali benda haram jadah macam Jjudi? Tidaklah malukah apabila generasi baru berkata; kubur sudah kata mari, dunia kata pergi, tetapi masih terhegeh-hegeh mahu bercerita pasal kelazatan dunia termasuk maksiat seperti judi dan todi.

Namun pengakhiran cerita lelaki tua tadi mengesankan saya. Katanya: “Sekalipun bersemangat muda, Allah Taala telah bagi bagi ‘warning’ (hadiah) kepada saya. Dia bagi saya sakit angin ahmar, dulu saya teruk, sekarang kaki saja lemah. Jadi perkara orang muda buat, tidak bolehlah saya buat. Sekarang saya simpan saja semangat muda itu, harap-harap Dia terima taubat saya.”

Sebelum menghantarnya pulang sehingga ke halaman depan rumahnya, saya sempat bertanya: “Boleh pakcik nasihatkan saya; apa pesanan pakcik bagi orang berusia 40-an seperti saya?”

Jawapannya mudah tetapi membuatkan saya termenung panjang. Katanya: “Buatlah apa yang Allah dan Rasul-Nya suruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Insya-Allah kau akan selamat dunia dan akhirat. Amin.”

Lantas dia meninggalkan saya yang masih termanggu-manggu, memikirkan bagaimana nasib saya pada usia senja nanti! 

Tuesday, October 24, 2017

Pemimpin kleptokrasi, kembalikanlah wang rakyat...


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umt-umat dahulu." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit it ialah: (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, dan (6) hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi." (Hadis riwayat Hakim)

SELEPAS pencen, hampir setiap awal pagi saya meluangkan masa menonton 'Tanyalah Ustaz' di TV9. Baru-baru ini seorang pemanggil yang saya agak seorang 'saudara baru' (berdasarkan namanya) bertanya ustaz apakah mudah untuk pemimpin (katanya dia merujuk pemimpin seluruh dunia) yang telah mencuri wang dan menzalimi rakyat melakukan taubat misalnya dengan pergi ke Makkah, memohon ampun.

Si bertanya kedengaran kurang senang dan menyoal adakah ini adil (berdasarkan pemahamannya) kerana begitu mudah orang 'bertaubat'...kalau begitu banyaklah orang lain boleh melakukan kezaliman termasuk 'mencuri' duit awam tetapi selepas itu bertaubat dan meminta ampun termasuk pergi ke Makkah.

Sang ustaz kelihatan tenang dan menjawab secara profesional...jelas membayangkan kewibawaan dan keikhlasannya. Beliau tidak menjawab persoalan itu secara terus tetapi memuzakarahkan hal ehwal berkaitan taubat secara umum.
 
Beliau berkata, ada tiga syarat bertaubat iaitu segera berhenti melakukan perkara dosa (maksiat), menyesal perbuatan lalu dan berazam tidak mengulanginya. Ini bagi kesalahan dengan Allah SWT tetapi jika kita bersalah dengan manusia ada satu lagi syarat iaitu berjumpa orang atau pihak terbabit, meminta maaf dan menyelesaikan apa-apa yang kita terhutang atau 'tercuri'.

Itulah, kata sang ustaz, berdosa kepada Allah SWT mudah kita memohon ampun, Allah SWT sangat suka kepada orang bertaubat tetapi kesalahan sesama manusia amat berat; jika kita ada terambil hak orang kita wajibkan pulangkannya.

Misalnya, sesiapa yang menyeleweng, pecah amanah atau menyonglap harta termasuk wang rakyat tidak kiralah RM1 atau berbilion-bilion ringgit, di samping meminta maaf dia perlu kembalikan wang itu. Dan jika orang atau pihak terbabit sudah meninggal dunia, wang itu perlu dipulangkan kepada waris dan jika waris pun susah dicari, dermakan wang itu dengan doa agar ganjaran pahala diberikan kepada orang terbabit. Tetapi jika dia tiba-tiba ‘muncul’ wangnya tetap perlu dikembalikan sekalipun kita sudah menderma kesemua wang berkenaan.

Jika kita bersalah mengambil wang individu dalam jumlah tak banyak, mungkin kita boleh pulangkan tetapi bagaimana kita songlap wang rakyat yang bukan sedikit tetapi berjuta-juta dan berbilion-bilion ringgit, bagaimana kita mahu mencari jalan keluar? 

Demikian juga bagi kesalahan mendera orang termasuk rakyat dari segi fizikal seperti membantai mereka dalam tahanan atau menyembur gas asid di sesuatu perhimpunan atau mengenakan mereka cukai membebankan dan melampau, bagaimana kita mahu mendapat pengampunan? Allah tetap akan mengampunkan kita tetapi bagaimana dengan manusia termasuklah yang diadili secara palsu kerana kita menggunakan ‘saksi palsu’ dan ‘hakim korup’?

Demikianlah, kata seorang lagi ustaz dalam tazkirahnya yang penulis hadiri, kesalahan manusia sesama manusia amat berat. Apatah lagi pemimpin terhadap rakyatnya. Pemimpin perlu adil dan amanah kerana antara tujuh golongan yang mendapat lindungan Arasy Allah SWT adalah imam (pemimpin) yang adil. 

Abu Hurairah r.a. meriyawatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:  “Terdapat tujuh golongan yang akan mendapat lindungan Arasy-Nya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripada-Nya.  Mereka adalah imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT, seseorang yang hatinya terpaut pada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu serta berpisah kerana Allah SWT, lelaki yang digoda perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan dia takutkan Allah, seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan tangan kirinya, dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” – Riwayat Imam Muslim

Setiap pemimpin dipertanggungjawabkan dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Maka bergembiralah mana-mana pemimpin yang dapat berlaku adil. Namun ingatlah kita semua adalah pemimpin kerana pemimpin adalah daripada setinggi-tinggi kedudukan (raja, presiden, perdana menteri) sehinggalah kepada seorang suami yang bertanggungjawab terhadap orang di bawah tanggungjawabnya dan hamba ke atas harta tuannya.

Pemimpin bertanggungjawab ke atas rakyatnya. Jika mereka adil, ganjaran hebat menanti mereka tetapi jika pemimpin zalim seperti makan rasuah, songlap duit rakyat dan menzalimi rakyat, rakyat perlu menggantikan mereka. Ini kerana sepanjang sejarah negara kita sukar menemui seseorang pemimpin sudi meminta maaf kepada rakyat seterusnya dengan rela meletakkan jawatan. Apa yang ada adalah pemimpin yang hendak berkuasa dulu, kini dan selamanya (menongkat langit).

Ya ramai pemimpin hari ini yang melakukan jenayah termasuk kleptokrasi sudah buta dan keras hati. Pemimpin jenis ini cakaplah apa saja pada mereka, mereka tidak peduli lagi. Cakaplah rasuah dan pemborosan berbilion-bilion ringgit, skandal itu skandal ini, mereka tidak ambil peduli pun. Mungkin mereka berfikir dengan bertaubat (malah media menyiarkan gambar mereka di Makkah), semuanya sudah 'settle'...malah rakyat pun 'terpesona' (melihat 'kealiman' mereka) dan akan memilih mereka sekali lagi dalam pilihan raya.

Namun seperti dinyatakan dengan tegas oleh sang ustaz; pemimpin jika sudah menzalimi rakyat termasuk mencuri wang mereka; penuhilah syarat taubat termasuk meminta maaf kepada setiap rakyat dan kembalikanlah hak mereka!