Thursday, October 9, 2014

Let's emulate the Scottish experience...

***
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection

The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort 
one another to truth and exhort one another to endurance.
***

YES Scotland leader, Alex Salmond after being defeated in a national referendum for the independence of Scotland among others noted that the people of Scotland have chosen not to be independence and  he accepted their decision. 

Salmond pleaded to the people of Scotland to abide to the results of the referendum which he claimed was done in a democratic way. He and his rival, Alistair Darling of Better Together moved to bring Scotland together after months of fierce campaigning for and against Scottish independence from United Kingdom.

The First Minister said he accepted the people's decision and called for others to do the same - but defiantly demanded the British government meet promises to give more powers to Edinburgh. He too resigned from his First Minister post.

Darling said bitter divides which have opened up during the campaign needed to be bridged, adding: 'Come on Scotland. Let's get on with it together.'

Wikipedia noted that The Scottish independence referendum took place in Scotland on 18 September 2014. The independence referendum question, which voters answered with "Yes" or "No", was "Should Scotland be an independent country?" The "No" side won, with 55.3% voting against independence. The turnout of 84.6% was unusually high for a ballot in the United Kingdom.

The Scottish Independence Referendum Bill, setting out the arrangements for this referendum, was passed by the Scottish Parliament in November 2013, following an agreement between the Scottish and the United Kingdom governments, and was enacted as the Scottish Independence Referendum Act 2013. To pass, the independence proposal required a simple majority. With some exceptions, all European Union (EU) or Commonwealth citizens resident in Scotland aged 16 or over could vote, a total of almost 4.3 million people.

Yes Scotland was the main campaign group for independence, while Better Together was the main campaign group in favour of maintaining the union. Many other campaign groups, political parties, businesses, newspapers and prominent individuals were also involved. Prominent issues raised during the campaign included which currency an independent Scotland would use, public expenditure, EU membership, and North Sea oil.

It is good to note that both Mr Salmond and Mr Darling had urged the people of Scotland to move forward; forgetting their rivalry but work hard and closely for the betterment of the people. It was 'sure a beauty' when Darling says: "Come on Scotland. Let's get on with it together."

Perhaps we in Malaysia, could learn something from the Scottish way of accepting elections results whether they were winners or losers. Perhaps we too could have and do 'some reflections' regarding our ways concerning appointing leaders to top party or government posts.


After elections we do still have a lot of bickering and there is a Malay proverb to prove this: 'Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi' which literally means 'The house is finished but the chisel is still making sounds'. 

To top Selangor state leaders who have been appointed to their posts, let's emulate what Darling had said: "Come on Scotland (Selangor). Let's get on with it together." The same principle must be adhere by the opposition, in Selangor it is Umno-BN Remember the majority of people are bored with the ongoing 'sandiwara' (play), let's pay their sacrifice and trust in voting us in the last elections. 

In my opinion if a family's house is readied, then all (father, mother, daughters and sons) should move inside it and help to furnish it but the most important thing is to fulfill all requirements especially religious obligations to make it 'rumahku syurgaku' (my house, my heaven) for our own benefits in this world and the Hereafter.

On the international front perhaps the referendum of Scotland could gave inspiration to governments and people in other parts of the world. In was a well known fact that many governments failed to fulfill the aspirations of people of regions which are not in line with them. Examples of those people are the Kashmiris, the Uighurs, the Malays of Southern Thailand and of course the Palestine.

If the people of Scotland could have a 'peaceful referendum' then why not the United Nations and government of the said countries such as India, China and Thailand too proceed with referendum to the Kashmiris (Kashmir), the Uighurs (Xinjiang) and the Malays (Pattani)?

Let us focus to modern day conflict in Kashmir. A newly created state derived from the independence of India, Pakistan protested the annexation of Kashmir and calls for a referendum that would allow the people of 
Kashmir to decide whether they would rather accede to India or the new state. The conflict in Kashmir is one of the bitterest legacies of the partition of India.

Over half a century later, there is no sign of an end to this dense and complicated dispute. A series of wars (India and Pakistan were at war three times, two of them on Kashmir) and ongoing guerrilla operations have ensured that Kashmir has remained one of the most volatile and bloody regions of the world. Further demands and new conflicts have added twisted complications to an argument that has not been resolved. 

Pakistan has frequently sought outside intervention to resolve issues pertaining to Kashmir, but India vehemently opposes such involvement. The people of Kashmir were for a referendum, preferably run by United Nations but India opposed it while the whole world including the umbrella for Muslims, Organization of the Islamic Cooperation (OIC) remains silent.

Not long ago, Indian soldiers stormed the village of Maloora near Srinagar, killed several people they claimed were militants and then used force to crush the people’s uprising. More than 68,000 people, most of them civilians, have been killed in Kashmir since fighting began in earnest in 1989.

Why the world is silent on the suffering of the people of Indian Kashmir (total population about 8 million) who is 95 percent Muslim? Was it because they were Muslims; if they were not, those in power including the UN would rush to help?

Just, look at a recent history. East Timor (now known as Timor Leste) got liberated and so did Southern Sudan. There are other examples too; civilized world has no problem using its powers and influences to give them independence but not in the cases of Kashmir, Southern Thailand, Southern Philippines, Xinjiang, Chechnya and of course Palestine!

Perhaps events in Scotland could be an eye opener for all.

Monday, October 6, 2014

Bilik berkat di Tanah Suci...

***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***

HARI Raya Haji dikenali juga Hari Raya Korban. Selain binatang ternakan seperti lembu dan kambing dikorbankan demi mendekatkan diri kepada Allah SWT (ke arah menjadi insan bertakwa), setiap insan perlu melakukan pengorbanan tidak terkecuali pasangan suami isteri di Tanah Suci terhadap satu sama lain ketika menunaikan haji.

Sempena Aidil Adha Ahad ini (5 Oktober), ruangan ini mencelotehkan sekelumit gelagat suami isteri di Tanah Suci yang insya-Allah menyingkap perbezaan lelaki-perempuan dari segi perasaan, emosi, fikiran, tanggapan, dan sebagainya. Apabila mengetahui perbezaan itu, diharapkan suami isteri bermuhasabah diri seterusnya sedia 'melakukan pengorbanan'.

Ingatlah ada pandangan cendekiawan menyatakan 'men are from Mars, women are from Venus (lelaki asalnya dari planet Marikh, perempuan dari Musytari). Perbezaan ini turut berlaku di Tanah Suci ketika pasangan suami isteri mengerjakan haji, dan sinilah kedua-duanya perlu melakukan pengorbanan demi keutuhan hubungan suci mereka. Mentelaahan godaan 'untuk tidak berkesefahaman' adalah tersangat tinggi di Tanah Suci'.

Sebahagian jemaah ke Tanah Suci akan 'mendarat' di lapangan terbang di Jeddah. Selepas itu mereka akan menempuh perjalanan lebih 400 kilometer ke Madinah Al-Munawarrah, antara 6-8 jam. Di Madinah, mereka akan berusaha untuk solat 40 waktu (tempoh waktu berada di Madinah 8-10 hari).

Di Madinah, sebelum memulakan perjalanan menunaikan umrah atau haji, sejumlah tazkirah akan diberikan ustaz dan juga ustazah. Berdasarkan pengalaman saya, ada ustaz berkata jemaah lelaki apabila sudah berihram janganlah 'terlalu dekat-dekat' dengan isteri. Ini kerana dibimbangi seseorang itu akan 'mendekati' hal-hal yang berkaitan pantang larang dalam ihram.

Kalau boleh ketika dalam bas menempuh perjalanan jauh Madinah-Makkah biasanya dalam kegelapan malam yang lebih 400 kilometer itu lelaki duduklah dengan lelaki dan perempuan duduk dengan perempuan. 

Masalahnya, ada pula sang ustazah berceramah menyatakan suami perlu menunjukkan perhatian lebih kepada sang isteri dan demikian juga sebaliknya. Inilah peluang untuk suami isteri mengeratkan hubungan selepas puluhan tahun di tanah air suami sentiasa sibuk mencari rezeki manakala isteri sibuk dengan urusannya termasuk membesarkan anak-anak. Jadi, dalam bas duduklah bersama, layanilah pasangan anda sebaik mungkin. Agaknya, inilah 'bulan madu kali kedua'!

Demikian perbezaan pemikiran antara lelaki dan perempuan sudah bermula...sang ustaz dengan 'pemikiran dan perasaan kelelakiannya' manakala si ustazah dengan 'pemikiran dan perasaan kewanitaannya'. Naluri masing-masing adalah berbeza...ya ingatlah 'men are from Mars, women are from Venus'. Walaupun pandangan ini mengarut, sekurang-kurangnya ia mengingatkan bahawa lelaki dan wanita itu tetap berbeza...dan di sinilah pengorbanan antara kedua-dua pihak amat penting.

Di Madinah, cabaran 'perbezaan pemikiran dan perasaan' lelaki-wanita ini tidak ketara; almaklum jemaah baru sampai, lagi pun mereka tidak lama di kota Nabi itu tetapi apabila berada di Makkah selama lebih sebulan; suasana sekeliling sungguh mencabar jiwa.

Akan kelihatanlah 'di mata mereka' pasangan suami isteri jemaah sesetengah negara Arab dan Eropah berjalanan berpimpinan tangan ke masjid. Malah ada yang duduk di sisi suami atau isteri dalam Masjidilharam sekalipun pegawai dan petugas masjid menyuruh wanita ke kawasan khas untuk mereka. Segelintir jemaah Indonesia pula menunjukkan perlakuan sama, ada seolah-olah sedang 'bermadu cinta' dalam Masjidilharam (di luar waktu solatlah).

Apabila menyaksikan suasana begitu, ada isteri-isteri jemaah Malaysia mahu suami mereka melakukan aksi yang sama. Lengan suami mahu 'disauk' (sekalipun berlapik dengan telekung) sambil mereka berjalan beriringan ke masjid.

Subhanallah, situasi inilah yang menyebabkan sesetengah suami 'panik'. Al-maklumlah seumur hidup mereka ketika ke masjid di Malaysia tidak pernah pula isteri 'memaut' lengan sambil berjalan beriringan. Peluh mulai memercik di dahi sang suami...bukan kerana panas tetapi 'takut'! Apabila tidak bersama dalam tempoh waktu panjang, 'diperlakukan' begitu mereka menjadi 'tidak tentu arah'!

Demikianlah, perbezaan pandangan lelaki-perempuan (suami isteri) mengenai bab sekecil berpegangan tangan ke masjid ini boleh mencetuskan rantaian masalah lain. Di sini perlunya untuk kedua-dua pihak 'melakukan pengorbanan' - cuba memahami perbezaan naluri antara satu sama lain dan mencari jalan penyelesaiannya.

Disebabkan ruangan ini terhad, tidak dapatlah saya mencelotehkan hal-hal lain berkaitan suami isteri di Tanah Suci seperti ada suami isteri veteran yang 'terlajak' ketika ihram, namun saya mengakhirinya dengan satu 'maklumat menggembirakan' bahawa ada BILIK BERKAT di Tanah Suci; jadi carilah ia agar hubungan suami isteri tidak keroh dan pada masa yang sama jemaah dapat menunaikan rukun, wajib dan sunat umrah dan haji dengan sempurna bagi memperolehi haji mabrur yang balasannya tiada lain melainkan syurga!

Saturday, October 4, 2014

Kemuncak kehidupan penyerahan diri kepada Allah SWT

*****

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Orang-orang mukmin, hatinya menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Maksud Ayat 28 Surah Ar-Ra'ad)

*****


"Dan serulah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang beramai-ramai mengunjungi (rumah Engkau, Baitul Lahil Haram) dengan keadaan ada yang berjalan kaki dan ada yang menunggang berjenis-jenis unta yang kurus disebabkan perjalanan yang datang dari segenap ceruk pelosok dan rantau yang jauh." (Maksud Ayat 27 Surah al-Haj)

"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al-Maidah 5:08)

Kini kita di penghujung tahun Hijrah 1435. Pada bulan terakhir setiap tahun (Zulhijah) disyariatkan ibadat haji. Ketika ini jutaan umat Islam berada di Tanah Suci bagi melengkapkan Rukun Islam kelima. Haji adalah kemuncak manifestasi seseorang Muslim; ini dapat dilihat daripada bacaan talbiyah "Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka" yang bermaksud: "Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu."

Ya, semua yang berkaitan dengan kehidupan ini kemuncaknya adalah penyerahan diri kepada Allah SWT. Hal ini mencakupi hal sekecil-kecilnya yang dianggap manusia seperti memasuki tandas sehinggalah sebesar-besarnya iaitu mengorbankan diri demi agama-Nya (syahid) semuanya perlu dilakukan berdasarkan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Jika dilakukan selain daripada jalan ini, semuanya tertolak dan menjadi sia-sia saja.

Berdasarkan ini, kita dengan rendah diri menyeru kepada semua kembalilah ke jalan Allah dan Rasul-Nya bagi mencari jalan keluar daripada pelbagai kemelut yang kita hadapi hari ini sama ada dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, organisasi termasuk siasah, bangsa, negara seterusnya antarabangsa. Berkorbanlah berdasarkan jalan yang telah ditunjuki oleh Rasul s.a.w. yang telah diutuskan oleh Allah SWT sebagai rahmat kepada sekalian alam agar kita mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Subhanallah, tidak guna kita mencapai kejayaan gemilang di dunia tetapi gagal di akhirat. Inilah yang perlu difikirkan dan diusahakan jalannya keluarnya (penyelesaian) oleh setiap orang beriman - antaranya sentiasa menegakkan kebenaran dan berlaku adil dalam setiap tindak tanduk kita termasuklah dalam menerajui negara, negeri, organisasi malahan keluarga kita sendiri.

Sempena Aidiladha yang mulia ini, kita menyeru semua pihak berkorbanlah dalam segala segi termasuklah perasaan, harta benda hatta tubuh badan kita yang kemuncaknya adalah penyerahan nyawa seperti dilakukan oleh Nabi Ismail a.s. dan ayahandanya, Nabi Ibrahim a.s. demi bagi mendapatkan keredaan Yang Maha Kuasa.

Apabila direnung-renungkan (muhasabah) akan pengorbanan para anbiya dengan kemuncaknya oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang amat kita kasihi, apalah sangat 'pengorbanan kita' - ayuh kita lupakan segala sengketa untuk seiring di jalan lurus semata-mata bagi mendapatkan keredaan-Nya. Allaahu akbar... Allaahu akbar... Allaahu akbar...Laa - ilaaha - illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil - hamd. Selamat Hari Raya Aidiladha; maaf zahir dan batin.