Wednesday, October 9, 2013
Laporan Audit dan kisah Umar dengan pelitanya
**************************
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
**************************
Renungan
**************************
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menyeret pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat." (Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
**********************
Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan pelbagai kelemahan termasuk pemborosan dan pembaziran wang rakyat oleh pemimpin (ingat semua orang adalah pemimpin) yang menurut sesetengah penganalisis sebagai tidak masuk akal. Benar, apakah masuk akal jika sebuah jam dinding RM100 dibeli dengan harga RM3,810 manakala sebuah teropong visi malam pada harga pasaran RM1,940 dibeli dengan harga RM56,350!
****************************
Namun hanya segelintir pihak dan individu yang peduli; yang lain berkata "apa hendak dirisaukan, itu bukan duit saya dan saya tidak ada kena mengena dengannya." Demikianlah manusia, jika tiada petunjuk dan undang-undang daripada Yang Maha Berkuasa, mereka pula 'berlagak bagaikan Tuhan.' Mereka beramal 'ikut suka aku' (nafsu). Segala serakah nafsu itu hanya boleh ditundukkan dengan undang-undang-Nya. Namun itu tiada di negara ini kerana majoriti pemimpinnya bertuhankan nafsu!
**************************
Selagi pemimpin berciri ini berkuasa, usah bermimpilah kita untuk menemui 'seorang Umar Abdul Aziz' - baginda cukup takut menggunakan harta kerajaan tidak pada tempatnya sehinggakan pelita dinyalakan anaknya untuk suatu urusan peribadi dipadamkannya kerana takut menyalahgunakan harta awam. Tetapi, majoriti pemimpin hari ini tiada kualiti itu iaitu ciri orang beriman yang apabila melakukan sesuatu kesalahan kecil melihatnya bagaikan gunung yang mahu menghempap mereka. Mereka bukan saja tidak melihat ancaman itu bahkan tidak berasa bersalah pun!
***********************************
Jadi apa yang boleh mengajar manusia termasuk pemimpin? Cendekiawan Islam seperti Sayyid Abul A'la Maududi menegaskan tidak ada sistem pemerintahan pun yang akan berjaya jika pemimpinnya tidak mempunyai akhlak yang tinggi dan masyarakatnya tidak bertakwa dan amanah.
*************************
Namun hari ini kita dapat saksikan betapa longgarnya pemimpin kita dari segi akhlak. Amalan rasuah, salah guna kuasa, boros, cakap tak serupa bikin, aneka jenayah dan maksiat semakin menjadi-jadi. Perilaku buruk ini menjadi ikutan rakyat; peribahasa Melayu ada menyebutkan bagaimana acuan begitulah kuihnya ataupun bapa borek anak rintik.
****************************
Islam dan segala hukum-hakamnya termasuk hudud adalah penyelamat kepada kehidupan manusia tetapi majoriti pemimpin enggan menerimanya. Mereka takut jika undang-undang ini dilaksanakan akan terkena batang hidung sendiri kerana Nabi ada menyebut dalam sebuah hadisnya bahawa jika anak kesayangan baginda, Fatimah mencuri nescaya akan dipotong tangannya bagi menunjukkan tiada pilih bulu dalam melaksanakan hukum Allah.
********************************
Berdasarkan keengganan mereka kepada hukum Allah, sahlah mereka tidak layak menjadi pemimpin; tetapi ditakdirkan mereka sudah berada di kedudukan itu (tidak kiralah sama melalui jalan benar atau batil) akan berterusanlah penyelewengan dan ketidaktelusan sekalipun didedahkan saban tahun termasuklah oleh Laporan Ketua Audit Negara.
*****************************
Tanpa iman atau iman tipis (tidak melihat gunung mahu menghempap mereka jika melakukan sesuatu kesalahan kecil) maka pemimpin-pemimpin ini akan bersahaja dalam melakukan penyelewengan termasuk membazir wang rakyat dan mengamalkan rasuah; lebih-lebih lagi tiada hukuman dikenakan ke atas mereka. Mereka terus mahu mendaki puncak kuasa parti dan negara sekalipun pernah dibabitkan dengan kesalahan rasuah dan penyelewengan lain.
*******************************
Namun agak menghairankan sesetengah rakyat terus memilih mereka sebagai pemimpin. Kenapa? Ya mungkin kedua-duanya (pemimpin dan rakyat) sama-sama tidak berilmu (jahil akhirat), tidak beriman atau beriman tipis - mereka dua kali lima saja, Nauzubillah!
Monday, October 7, 2013
'Membunuh' di jalan raya...
************Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w................
Renungan
**************
"Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." (Maksud ayat 280 Surah al-Baqarah)
**********************
SEKARANG ini setiap kali menatap akhbar, berita nahas jalan raya hampir pasti mengisi muka-mukanya. Biasanya ia membabitkan kemalangan ngeri yang mengakibatkan sejumlah orang termasuk sekeluarga meninggal dunia.
***********************
Tidak lama dulu, ketika mengikuti sebuah tazkirah; terkesan di minda saya apabila ustaz mengingatkan bahawa "kita janganlah termasuk golongan orang yang melakukan pembunuhan di jalan raya yang balasannya tersangatlah dahsyat di akhirat nanti."
************************
Ya, bagaimana kita boleh disabitkan dengan kesalahan membunuh itu? Bagaimana kita akan terlepas daripada dakwaan membunuh itu jika kita sebagai pemandu lalai dalam pemanduan kita seperti mengikut hawa nafsu amarah 'memotong dalam situasi yang kita sendiri tak pasti selamat' dan memandu dalam keadaan diri kita terlalu mengantuk dan letih manakala kita sendiri tahu kenderaan kita mempunyai masalah.
**************************
Ingatlah, jika memandu dalam keadaan begitu dan ditakdirkan kita kemalangan yang mengakibatkan diri kita sendiri terbunuh dan juga penumpang kenderaan kita termasuklah anak isteri serta pengguna jalan raya lain terbunuh, terlalu berat tanggungan kita di akhirat nanti seperti tuduhan membunuh diri sendiri dan membunuh orang lain.
************************
Dan jika ditakdirkan kita selamat, tetapi kaum keluarga kita dan orang lain terbunuh, kita akan hidup sengsara memikirkan bahawa 'kitalah yang telah membunuh mereka'. Mungkin hukuman di dunia tidak menyatakan 'kita membunuh' tetapi 'kita sendiri tahu apa yang sudah kita lakukan dan kita akan menanggung derita rasa bersalah sehingga akhir hayat'. Firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 195; bermaksud, "dan jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan!"
***************************
Kemalangan jalan raya sekarang ini terlalu banyak dan ada yang 'amat dahsyat'. Hakikatnya, Malaysia adalah antara negara paling tinggi mencatatkan jumlah kemalangan jalan raya di dunia. Kadar kematian dianggarkan 4-5 orang sehari bagi seluruh negara.
************************
Walaupun pelbagai program keselamatan jalan raya dijalankan, jumlah kemalangan terlalu tinggi. Kenapa ini berlaku dan kaedah apa boleh digunakan bagi mengurangkan kadar kemalangan seterusnya korban jalan raya?
****************************
Bagi merungkai persoalan ini, penulis membawa pembaca menghayati kelas pengajian agama mingguan di sebuah masjid berhampiran kediaman penulis yang tuan gurunya membicarakan bab diat (pampasan) akibat daripada jenayah pembunuhan berdasarkan kitab Bahru Mazi syarahan Sheikh Muhammad Idris Marbawi.
**********************
Hukum jenayah Islam terbahagi kepada hukum hudud, qisas dan ta’zir. Pada penulisan ini, penulis merujuk hukum qisas yang dari segi bahasanya bermaksud memotong dan dan dari segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. kerana kesalahan-kesalahan melibatkan hak individu.
************************
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mata, hidung dan telinga.
**************************
Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh. Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang maksudnya: “Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya.” (Surah al-Maidah ayat 45)
*******************************
Sementara itu diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Kadar diat dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai. Kadar penuh diat 100 ekor unta.
**************************
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qisas dan diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qisas bunuh dikenakan. Pemerintah tidak ada kuasa dalam pengampunan.
*********************************
Pembunuhan separuh sengaja (seperti guru memukul murid dengan rotan, tiba-tiba budak itu mati), dikenakan diat 100 ekor unta manakala pembunuhan tidak sengaja (seperti seorang pemburu tertembak mati rakannya, dihukum membayar pampasan 100 ekor unta.
*************************
Hukuman bagi jenayah pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.
**************************
Sementara itu diat jenayah kerana mencederakan anggota ada pelbagai kategori seperti 100 ekor unta untuk anggota tunggal seperti terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
*****************************
Pampasan 50 ekor unta dikenakan untuk anggota berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu daripada kaki atau tangan, mata dan telinga. Demikianlah ada pampasan lebih rendah jika membabitkan kecederaan lebih ringan.
**************************
Tuan Guru terbuka untuk pertanyaan, dan penulis sempat bertanya, apakah jika berlaku sesuatu kemalangan jalan raya membabitkan mangsa yang terbunuh apakah si pelanggar atau orang mengakibatkan nahas itu perlu membayar diat.
**************************
Antara lain Tuan Guru menjawab, jika si pelanggar sengaja melakukannya; seperti dia sudah mengenal mangsa dan berhajat membunuhnya dengan melanggarnya bererti dia sudah melakukan satu pembunuhan, hukumannya adalah qisas bunuh. Dia akan dihukum mati, caranya dengan memancung kepalanya.
***************************
Kalau si pelanggar tadi, tidak sengaja (seboleh-bolehnya tidak mahu terbabit dalam kemalangan) tetapi nahas berlaku juga, dan mangsa dilanggarnya mati; bererti dia membunuh secara tidak sengaja. Apabila ini berlaku dia perlu membayar diat 100 ekor unta.
**********************
Dan apabila si pelanggar tadi, mengakibatkan orang dilanggarnya cedera, dia boleh dikenakan membayar diat 100, 50 ekor unta dan seterusnya.
***********************
Demikianlah dalam Islam, hukumnya yang datang daripada Allah SWT adalah menyeluruh; menyentuh soal kematian dan kecederaan termasuk dalam kemalangan jalan raya. Apabila hukum qisas dan diat ini dilaksanakan termasuk di atas jalan raya, tentulah pengguna jalan raya gementar dan berhati-hati memandu.
**************************
Membayar pampasan 100 ekor unta bukan murah, kerana kata Tuan Guru jika ditaksirkan seekor unta berharga RM5,000 seekor, seseorang yang membunuh secara tidak sengaja termasuk dalam kemalangan jalan raya, perlu membayar RM500,000 (RM0.5 juta).
*************************
Kalau dia mencederakan orang, dan diperintah membayar pampasan 50 ekor unta, bermakna dia perlu mengeluarkan RM250,000. Itu kalau seorang dicederakannya, kalau lima orang dan lebih, tentunya jumlahnya mencecah jutaan ringgit.
****************************
Jika hukuman qisas dilaksanakan, kemungkinan besar pemandu mabuk tidak berani berada di jalanan (lagi pun mereka sudah dikenakan hukuman hudud) manakala orang awam akan menggunakan jalan raya secara paling sopan dan ini insya-Allah akan menyebabkan kadar kemalangan jalan raya berkurangan.
Friday, October 4, 2013
Majority of Malays cash-strapped, don't have shares?
************** In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. ***************** Reflection ***************** 'Aisha narrated this hadith: "Usama approached the Prophet on behalf of a woman (who had committed theft). The Prophet said, 'The people before you were destroyed because they used to inflict the legal punishments on the poor and forgive the rich. By Him in Whose Hand my soul is! If Fatima (the daughter of the Prophet ) did that (i.e. stole), I would cut off her hand'." (Sahih Bukhari) *
**************************
ALMOST every year I recieve an annual report on Amanah Saham Nasional (ASN) and Amanah Saham Bumiputera (ASB) even though I am not an active investor; and I do not mind if one classifies me as 'a dead one'.
***********************
If I am not mistaken the value of my 'shares' in ASN and ASB are not more than RM100; at the moment I am not sure where I had placed the book accounts of both schemes.
*************************
Recenty I received the booklet 'Laporan Interim' from PNB and ASNB 'bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2013' (for the first six months ending 30 June 2013).
*************************
As usual I just flipped the pages of the report by the 'Pengurus Sekim Amanah Saham Nasional (ASN)' (Manager of the Amanah Saham Nasional Scheme) without putting much interest in it; but this time as I was about to put it aside, my eyes caught a section about the profile of shareholders under 'maklumat tabung' (information on the fund).
*************************
It stated that; "As at 30 June 2013, a total number of 1,241, 379 individuals had invested in the ASN scheme."
**************************
There was a chart which showed that from the total 1,241, 379 investors; 1, 217,117 of them as having 5,000 and less units. And I guessed if the price of shares was at 80 sen a unit, then those more than 1.2 million investors are having about RM4,000 or less in their accounts! Those who fall under this category subscribed a total of only 214, 258,992 units out of the overall 1,535,383,143 units of shares.
*****************************
I kept on thinking; 1,217, 117 out of 1, 241,379 investors having RM4,000 and less in their accounts; that meant that about 98 percent of them had only a meagre amout of money in ASN. Perhaps a large number of them owned less than 100 shares (valued at about RM80) just like in my case. Imagine only two percent of the shareholdres having more than 5,000 shares.
************************
The number of shareholders with shares ranging from 5,001 to 10,000 were 7,508 and those in the 10,001 to 50,000 category were 10,771 persons. Investors who held 50,001 to 500,000 was 5,793 persons and those who had 500,001 and more were 190. Well, they comprised of not more than 30,000 investors; a very, very small number indeed! And what about investors who did not use their own money but bought the shares by using bank loans and so on?
****************************
Before discussing further about 'the majority poor' of ASN shareholders, perhaps my experience in becoming an 'investor' myself could help readers understand why 'this phenomena' happens in the ASN scheme.
****************************
The story began in 1983 when I registered myself as a university student. One of the requirements for the freshies was that they had to open an account with ASN. Thus from that day onwards I was one of ASN investors.
*****************************
At that time the minimum deposit was RM10. During my university and bachelor days I treated the account just like a savings account; if I managed to save some money I deposit it under the account and if I was short of cash I withdraw the money which could be easily done at post offices.
***************************
When the investment scheme branched out into two identities - ASN and Amanah Saham Bumiputera (ASB) in 1990, my name was maintained in both accounts and that is why to this day I still received statements and annual reports by ASN and also ASB.
****************************
I put aside both investments (in ASN and ASB) after reading articles by some Islamic scholars saying that involvement in such schemes fell into the 'doubtful category'.
***************************
At first I was in the thinking that I was among a few 'investors' that have a small amount of money in both schemes but looking back at the latest report that I had just received, it showed that too many of the investors have 'small' amounts of money in either the ASN or ASB.
**************************
Perhaps many of them are like me - having an investment of less than RM100! And mind you only two percent of the shareholders in ASN having more than RM4,000 in the account!
**************************
If we make the assumption that Bumiputera were reluctant to invest in ASN because of the rise and fall of their investments unit due to the market price, the profile of investors in the ASB which shares are fixed at RM1 per share too show the same trend.
****************************
The report by the Administrators of Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) for the year ended 31 December 2012 noted that: "As at 31st December 2012; 7,824,331 individuals have participated in ASB scheme."
*****************************
Out of the 7.8 million shareholders, 5, 769, 315 individuals held 5,000 and less shares (valued at RM1 per share); 442,932 individuals held 5,001 to 10,000 shares; 999,209 individuals held 10,001 to 50,000 shares; 600,557 individuals held 50,001 to 500,000 shares; and 12,318 individuals held 500,001 and above shares.
****************************
Imagine about 80 percent of investors were 'small partners' (with investment worth RM5,000 and less) in a national scheme with the main purpose of uplifting the status of Malays in the economic field and business world.
*************************
A quick look at the ASB statements sent to my parentss' house in the kampung, stated that my mother had RM129.13 in her account; a sister RM22.93 and a brother RM199.67 in his account.
***************************
Based on the figures from ASN and ASB annual reports to investors, am I wrong to say the majority of Bumiputera especially Malays are not financialy stable - even though many of them joined the scheme but they were only small time investors or shareholders?
***************************
I believe many of those with shares worth less than RM5,000 are customers who treat their investment just like a savings accounts with transaction actitives such as drawing money (which can be done easily) - that is when they have money they deposit it in their accounts and when they need money they withdraw it.
**************************
During the last 'raya' (Aidilfitri) celebration, many ASN and ASB investors were seen at post-offices withdrawing their hard earned money.
**********************
If we were to look at the situation and study the trend as recorded in the ASN or ASB Interim Report, we would be asking ourselves; are the majority of the Malays cash-strapped and without shares?
************************
This development is not be taken lightly as the purpose of setting up investment schemes such as ASN and ASB was to uplift the economic status of the Bumiputera.
**************************
Perhaps the ASN which was launched more than 30 years ago (on 20th April 1981) by then Prime Minister, Tun Hussein Onn and then ASB about ten years later; have helped the Malays but the question is, which Malay?
Subscribe to:
Posts (Atom)