Monday, June 24, 2013

Mengapa jenayah berleluasa, masyarakat huru hara?

********************* DENGAN nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ********************* Renungan ************************ "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" (QS. Fushilat: 33) ******************* SEKALIPUN pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sudah lebih sebulan berlalu, bahangnya masih menghangat dan kita percaya ini sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan dalam usaha membina dan memacu anak bangsa untuk selamat bukan saja di dunia tetapi di akhirat. ************************* Kita berpendapat sewajarnya dengan berakhirnya pilihan raya, semua pihak bergerak untuk menjadi lebih baik dalam semua lapangan kehidupan; hatta menjana negara ke persada antarabangsa dalam acuannya yang tersendiri seperti tetap teguh dengan pengamalan Islam sama ada oleh rakyat, pemimpin dan negara. Malangnya 'politiking' kurang enak dan sihat berterusan termasuklah cubaan campur tangan oleh bekas pemimpin negara. ************************** Kita yakin suasana resah termasuk dalam politik di negara ini disebabkan sikap takabbur kita mengkesampingkan agama (Islam) daripada seluruh kehidupan kita sama ada di peringkat negara, kerajaan, masyarakat, keluarga dan diri sendiri. Apabila tidak beramal dengan Islam termasuk mengkesampingkan hukum-hakamnya berlakulah suasana keluh kesah dan huru hara dalam negara. Sedangkan apabila mengamalkan Islam sepenuhnya termasuk hukum-hakamnya, Allah SWT sendiri memberi jaminan manusia akan ada kehidupan dalam erti kata sebenarnya. *************************** Hal ini dapat disaksikan daripada tindakan mempertikaikan keputusan dan proses pilihan raya kerana pengamalan elemen-elemen utama dalam ajaran Islam seperti bersih (malah dilihat bersih), ketelusan dan adil tidak menyakinkan. Apabila ini berlaku, terlantiklah kerajaan dan pemimpin yang berterusan dipertikaian sedangkan kedua-duanya adalah pihak yang amat penting untuk diberi sokongan dan kepercayaan kerana taat kepada pemimpin itu diletakkan di tahap ketiga selepas Allah dan Rasul-Nya; pemimpin (imam) yang adil itu dimasukkan dalam tujuh kategori orang yang mendapat perlindungan arasy Allah pada hari kiamat nanti. ************************* Namun bagaimana rakyat boleh mendapat imam (pemimpin) yang adil jika pemilihannya dilakukan secara tidak adil? Di sinilah kita lihat betapa seluruh kehidupan termasuklah politik perlulah berpandukan kehendak agama. Namun apa yang berlaku, agama dikesampingan dalam kehidupan kita menyebabkan masyarakat menjadi semakin kacau-bilau. Agama akhir-akhir bagaikan hiasan dan bukan untuk diamalkan dalam kehidupan. **************************** Apabila mendapat imam (pemimpin) tidak adil, maka bercelarulah masyarakat. Sistem kehidupan masyarakat sudah rosak dengan akhlak semakin buruk manakala jenayah dan maksiat menjadi-jadi. Pembunuhan, perompakan, penculikan, pemerkosaan, perzinaan, penyundalan dan sebagainya bagaikan menjadi kebiasaan manakala jenayah 'tidak berapa zahir' seperti rasuah, tindas menindas, pecah amanah dan curi tulang berleluasa. **************************** Berhubung agama bagaikan hiasan, kita tertarik dengan ingatan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengulas mengenai tilawah al-Quran peringkat kebangsaan di Kota Bharu baru-baru ini sebagai berkata, umat Islam perlu serius melaksanakan ajaran al-Quran dan bukannya sekadar memperdengarkan bacaan dengan suara merdu semata-mata. *************************** Beliau berkata keyakinan kepada hari kiamat, syurga, neraka serta pahala dan dosa perlu dipupuk agar ia dapat menghindari semua orang daripada melakukan jenayah. Tanpa keyakinan ini mana mungkin masyarakat dan negara berada dalam keadaan selamat kerana manusia tidak takut melakukan kejahatan hatta menipu dalam mencapai matlamat. Ini termasuklah dalam proses pengundian bagi mendapatkan kuasa. ********************************* Namun hari ini amat malang, agama termasuk kegiatannya jelas sudah dikesampingkan dalam masyarakat; sebagai contoh johan tilawah al-Quran di Kota Bharu hanya diberi hadiah RM15,000 sedangkan acara bersifat duniawi dan lara seperti pemenang pertandingan bercorak hiburan nyanyian realiti TV 'One in a million' mendapat RM1 juta malah pertandingan nyanyian warga emas (tua) 'Kilauan Emas' menawarkan hadiah RM50,000 untuk pemenangnya!

No comments: