Friday, April 26, 2013

Pentingnya memenangi hati setiap pengundi

******************* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ****************** Renungan ***************** "Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim) ************************** SEKARANG ini sambutan rakyat terhadap majlis terutama ceramah terbuka Pakatan Rakyat sangat hebat. Ribuan, puluhan malah ratusan ribu rakyat membanjiri tapak majlisnya. ************************** Perkembangan ini sangat mengujakan, memberi isyarat bahawa Pakatan Rakyat dalam landasan betul untuk berkuasa di Putrajaya selepas 5 Mei ini. ************************** Namun perlu diingatkan bahawa sudah acap kali suasana sedemikian rupa tidak tepat untuk diterjemahkan bahawa undi keada Pakatan akan berlimpah ruah pada hari pengundian nanti. **************************** Pada beberapa siri pilihan umum termasuk pilihan raya kecil lalu menunjukkan bahawa kehadiran besar-besaran itu, tidak dapat dijadikan sandaran kepada kejayaan Pakatan. ************************ Misalnya, ceramah terbuka ketika pilihan raya kecil di Bagan Pinang dan Merlimau, mendapat sambutan hebat tetapi keputusan undian tidak memberangsangkan! *************************** Pemerhati dan penganalisis berpendapat antara kaedah berkesan adalah kepentingan parti dan calon untuk mempunyai 'personal touch' dengan pengundi. Ini bermakna program ziarah rumah ke rumah amat penting; jangan biarkan seorang pun pengundi tidak ditemui. ************************** Demikian juga dengan majlis berkelompok kecil juga dapat membantu. Hati pengundi perlu dimenangi secara peribadi; oleh itu kaedah 'personal touch' ini, insya-Allah akan membuahkan hasil walaupun ceramah besar-besaran tetap mempunyai kesannya. Namun kita tidak mahulah menang sorak, tetapi cita-cita ke Putrajaya tidak kesampaian!

No comments: