Monday, August 20, 2012

Marilah bersama menangkan Islam

****************** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ***************** Renungan *************** Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatulqadar. Dan tahukah kamu apakah Lailatulqadar? Lailatulqadar itu adalah lebih baik daripada 1,000 bulan." (Maksud ayat 1-3 Surah Al-Qadr) **************** ******************** ALLAAHU…AKBAR…Allaahu akbar…Allaahu akbar…Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd. *********************** SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin. ********************** Bersyukur ke hadrat Illahi kita masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk sekali lagi menyambut hari mulia Aidilfitri; kita kembali kepada keadaan fitrah selepas sebulan mengharungi madrasah Ramadan. ************************ Melalui Ramadan Allah SWT menjanjikan rahmat pada permulaannya, pengampunan dosa pada pertengahan dan pengakhirannya bebas atau merdeka daripada api neraka. Marilah kita merebut peluang ini,meningkatkan amalan untuk akhirnya melayakkan diri kita menjadi insan bertakwa kerana inilah hasil diharapkan melalui universiti Ramadan. ****************** Namun sebahagian umat Islam terlepas pandang atau masih diseliputi kejahilan, terlupa akan hakikat pada Islam itu merangkumi segala bidang kehidupan termasuk politik, tidak terikat kepada amalan khusus saja seperti solat, puasa, zakat dan haji. Apabila ini berlaku, akan lahirlah insan yang tidak seimbang amalannya, dia berpuasa tetapi tidak bersolat, dia bersolat tetapi di luar solat mendedahkan sebahagian besar auratnya, dan dia berhaji tetapi menyanjung kehidupan sekular. ********************* Pemisahan politik daripada agama adalah antara penyelewengan itu. Apabila politik tidak terikat dengan agama, penyelewengan begitu berleluasa kerana matlamat menghalalkan cara. Matlamat utama adalah untuk terus berkuasa, jadi akan diusahakan perkara itu sekalipun tindak tanduk adalah berlawanan dengan ajaran agama. ********************** Sekarang ini, pada bulan raya dan negara di ambang kemerdekaan ke-55 tahun, sesetengah pihak menyemarakkan politik perkauman dalam usaha mengekalkan kuasa. Ini termasuklah mengeksploitasi sambutan kemerdekaan demi kepentingan parti sehingga timbul tema perayaan ‘Janji Ditepati’ yang asalnya slogan parti. ********************** Perkembangan ini begitu membimbangkan kerana yang akan menjadi mangsa adalah rakyat termasuk diri kita sendiri. Amat bahaya jika setiap pemimpin bangsa mengapi-apikan kepentingan dan sentimen kaum dan golongan masing-masing sedangkan perkara ini ditentang keras oleh Islam dan Rasulullah s.a.w. yang kedatangannya adalah untuk membawa rahmat kepada sekian alam, sekali gus mematikan semangat asabiyah jahiliah. ****************** Selepas melalui madrasah Ramadan yang terdapat dalamnya mentadabbur al-Quran, sukacita kita mengingatkkan diri sendiri dan juga seluruh umat Islam untuk benar-benar mengambil dan mengamalkan seluruh ajaran Islam dan bukannya separuh-separuh seperti yang kerap berlaku mutakhir ini. ******************** Berhubung mengambil sebahagian ajaran Allah dan meninggalkan sebahagian lain, Allah SWT telah memberi amaran kepada Bani Israil melalui ayat 85 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: “Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lengah daripada apa yang kamu perbuat.” ********************* Dalam Surah al-Baqarah ada dua ayat berdekatan (ayat 178 dan ayat 183) yang meminta orang beriman supaya berhukum dengan hukum Allah (qisas) dan berpuasa, tetapi dalam masyarakat dan negara, kita hanya menekankan bab puasa tetapi gagal berhukum dengan hukum Allah, jadi sempena hari mulia Aidilfitri marilah kita bersama-sama melakukan muhasabah, menyesali diri dan bertaubat kepada Allah kerana gagal melaksanakan Islam sepenuhnya dalam kehidupan. ********************* Benar kita tidak layak untuk mendapatkan syurga Allah, tetapi kita juga tidak tertanggung azab neraka-Nya. Oleh itu marilah kita merintih meminta keampunan-Nya, saling maaf memaafi sesama insan di samping terus berusaha keras memenangkan Islam di dunia ini termasuk dalam politik sebelum ajal menjemput kita. ************************ Allaahu akbar…Allaahu akbar…Allaahu akbar…Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

No comments: