Tuesday, September 13, 2011

Biografi Khatijah Sidek: Pemimpin Umno tuduh PAS komunis

**************** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w **************** Renungan*********** Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Tanda munafik itu ada tiga, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, dan apabila diberi amanah dia khianati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim) **************** KHATIJAH SIDEK adalah pemimpin Muslimat PAS pertama menyertai pilihan raya. Allahyarham antara lain menyatakan kebimbangan mengenai penjajahan mental ke atas orang Melayu. Khatijah yang juga bekas Ketua Kaum Ibu Umno juga mendedahkan taktik Perikatan-warisan Barisan Nasional (melalui propanda / dakyah), menakut-nakutkan rakyat supaya tidak mengundi PAS dalam pilihan raya. *********************** Pandangan Khatijah amat relevan dengan perkembangan politik semasa. Ikuti ulasan penulis mengenai perkara ini berdasarkan sebuah buku memoir Khatijah yang ditertbitkan oleh UKM tidak lama dulu. ********************** Serangan hebat BN melalui media massa yang ditunggangi semakin teruk, buruk dan jijik. ********************** BN bukan saja melakukan serangan dengan menggunakan media cetak tetapi turut mengerahkan media elektronik. *********************** Mereka memberi amaran dan mengugut rakyat mengenai kezaliman yang akan dilakukan jika BN tidak diberi mandat untuk memerintah negara ini. Gabungan parti pembangkang digambarkan sebagai menunggu masa menuju kehancuran kerana pemimpin-pemimpinnya mempunyai hala tuju berlainan. ********************* Taktik BN ini sebenarnya bukanlah baru dalam sejarah politik negara, malah dunia. Propaganda menjadi agenda terpenting pihak-pihak berkepentingan dalam menjayakan matlamat mereka. Dalam sejarah dunia moden, Nazi Jerman terkenal dengan propaganda-progandanya bagi menaikkan bangsa Jerman pimpinan Hitler sebaliknya menekan golongan tertentu seperti kaum Yahudi. *********************** Pada zaman pertengahan pula, ketika Perang 100 Tahun Inggeris-Perancis, pihak Inggeris menggunakan propaganda kononnya gadis Perancis, Joan of Arc yang membakar semangat tentera Perancis sebenarnya adalah seorang tukang sihir. ********************** Kelicikan parti pemerintah digambarkan dalam buku Memoir Khatijah Sidek - Puteri Kesateria Bangsa (UKM) 1995. ******************* Dalam Bab 12 -Malaya Merdeka, ditulis: ******************** Di peringkat Parlimen pula dalam pilihan raya umum 1959, kami (PAS) memperolehi 13 kerusi. Akan tetapi Setiausaha Agung PAS, Othman Abdullah, keluar daripada PAS dan melompat ke pihak kerajaan. Kerana itu tinggal 12 kerusi PAS di Parlimen. ********************* Tuanku Abdul Rahman menghantar Othman naik haji ke Makah untuk menaikkan namanya di kalangan rakyat. Untuk menjadi lebih popular. Dia juga membuat kajian tentang kapal haji yang setiap tahun membawa jemaah haji Malaya ke Makkah. ********************** Setelah pulang dari Makkah, dia menyerang kami, dengan hebat sekali. Dia menuduh Yang Dipertua kami, Dr Burhanuddin, sebagai komunis, kerana pada masa Darurat pada 1948, beliau secara terbuka menyeru orang Melayu jangan menyerang kaum gerila Cina yang berjuang melawan British di dalam hutan, dan British telah menggunakan ini sebagai alasan untuk memenjarakannya. *********************** Sekarang Othman membangkitkan semula cerita lama untuk menuduh Dr Burhanuddin sebagai komunis. *********************** Kami dalam PAS tidak menduga akan memenangi Kelantan dan Terengganu pada 1959 itu sungguhpun kedua-dua negeri itu kuat dari segi agama. Kerajaan Perikatan pimpinan Tuanku Abdul Rahman memang sangat kuat dan mereka menggunakan banyak wang sumbangan tauke besar Cina untuk menentang kami, sebuah parti orang Melayu yang daif. ************************* Kami hanya bersandar pada orang kampung yang miskin yang untuk menyewa sebuah mikrofon pun mereka tidak mampu. Sering kali kami terpaksa buat ucapan tanpa mikrofon dan pembesar suara. Bukan saja kerajaan Umno yang menghalang kami; peniaga Cina juga buat begitu. Sekalipun kami dapat mikrofon, kami tak dapat pinjam bateri untuk alat pembesar suara. Kami tak dapat kereta untuk kempen pilihan raya. ************************* Dalam pilihan raya 1959, semua menteri Umno dan Perikatan menyerang kami sehebat-hebatnya, menuduh kami komunis untuk menakut-nakutkan orang kampung. Dakyah ini berjaya, akibatnya kami gagal di Perlis, sebuah kubu kuat PAS; dan rakyatnya kuat beragama. Kami bahkan lebih yakin dapat menawan Perlis daripada mana-mana negeri lain di Persekutuan. ************************ Tapi kerajaan menggunakan sepucuk surat yang ditulis oleh Dr Burhanuddin semasa pemerintahan BMA (Pentadbiran Tentera British - selepas tamat Perang Dunia Ke-2 pada 1945 hingga pertengahan 1946) sebagai senjata sulitnya. Pada masa itu beliau terlibat dalam penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk memperjuangkan hak orang Melayu dan kemerdekaan Malaya. ************************ Semboyan mereka ialah 'merdeka' dengan landasan berjuang bersama Indonesia bagi penubuhan Melayu Raya, iaitu sebuah gagasan besar terdiri daripada Malaya, Filipina dan Indonesia serta menyatukan seluruh Nusantara. PKMM diharamkan pada 1948. ******************************** Semua pemimpin PKMM ditahan dan dipenjara. Ahmad Boestamam, pemimpin sayap pemuda API, Ishak Haji Muhammad anggota Socialist Front, dan Dr Burhanuddin Helmi, Yang Dipertua PAS, semuanya dipenjarakan bersama anggota lain, khasnya ahli jawatankuasa. *********************** Pihak kerajaan membuat salinan surat yang dikatakan ditulis oleh Dr Burhanuddin; kemudian pada pukul 4.00 hari mengundi, orang Umno pergi mengetuk pintu rumah orang kampung menunjukkan surat itu kepada penghuni sambil memberi amaran: "Kalau kamu undi PAS, bererti kamu undi komunis dan akan masuk penjara serta-merta." ************************** Orang kampung sangat takut. Mereka tak ada masa untuk datang kepada kami bagi mendapatkan nasihat kerana hari itu hari mengundi dan ada beberapa jam saja lagi sebelum membuang undi. ************************** Kami juga tak ada masa untuk mengambil langkah menentangnya; kerana itu, kami kalah teruk di Perlis tanpa mendapat satu kerusi pun. Kedah juga terpengaruh oleh dakyah ini; maka kami hanya memenangi dua buah negeri, iaitu Terengganu dan Kelantan." ******************** *** Nota: Pembaca yang ingin menyoroti kisah Khatijah Sidek boleh mendapatkan buku 'Khatijah Sidek - Memoir Seorang Pejuang', terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Segeralah mendapatkan buku ini kerana dikhuatiri ia akan ditarik balik dalam masa terdekat ini.

No comments: