Sunday, May 21, 2017

PRU14: Pengorbanan guru diperlukan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199
*********
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***********
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir 
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************

SEMPENA Hari Guru pada 16 Mei ini disertakan sajak 'Guru Oh Guru' karya Sasterawan Negara, Allahyarham Dato' Dr Usman Awang. Kepada semua guru diucapkan Selamat Hari Guru dengan tema tahun ini 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Terima kasih cikgu semua, semoga Allah SWT merahmati anda sekalian. 

Guru Oh Guru

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa, 

Jika hari ini seorang raja menaiki takhta, 

Jika hari ini seorang presiden sebuah negara, 

Jika hari ini seorang ulama yang mulia, 

Jika hari ini seorang peguam menang bicara, 

Jika hari ini seorang penulis terkemuka, 

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa, 

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, 

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Pada Hari Guru ini, kita ingat-ingatlah kembali kuliah-kuliah agama yang kita pelajari selama ini. Tok-tok guru dan ustaz sering mengingatkan di akhirat, malah di dunia lagi, manusia ditempatkan bersama-sama orang disayangi dan dicinta mereka termasuk pemimpin. 

Di akhirat, orang baik-baik akan ditempatkan bersama-sama para nabi, sadikan, solehin dan syuhada; manakala orang jahat akan ditempatkan bersama Firaun, Hamman, Qarun, Abu Lahab, Abu Jahal dan sahahat-sahabat mereka.

Di dunia ini anda boleh pilih untuk bersama perasuah, penyamun, perompak (termasuk 'tukang kebas' wang berbilion-bilion ringgit), pencuri (pemaling), perogol, penzina dan penindas rakyat (termasuklah mereka yang mengenakan cukai melampau bertindak bagaikan musang berbulu ayam, zahirnya nampak baik); tetapi ingat di akhirat nanti anda akan ditempatkan dengan segala bapak penjahat dan pendusta.

Demikian juga di dunia ini jika anda memilih orang salih dan baik-baik untuk menjadi pemimpin dan berkawan dengan mereka, insya-Allah, di akhirat nanti akan ditempatkan bersama-sama dalam kumpulan orang diredai-Nya. Bukankah pada doa kita, kita sering meminta ditempatkan bersama-sama orang beriman dan golongan diredai-Nya.

Semua orang - sama ada mereka Raja, Presiden, PM, ulama, penulis - semuanya diajar oleh guru tetapi sudah hampir pasti guru-guru tidak pernah mengajar mereka perkara buruk seperti memakan rasuah dan menyalah-guna kuasa, malangnya perkara ini semakin banyak berlaku lantas guru-guru perlu bermuhasabah dan melalukan 'islah' (pembaharuan). Ya, nampaknya ada anak murid cikgu yang 'bagaikan kacang lupakan kulit' - mereka melakukan pelbagai perkara keji yang cikgu tak pernah ajar seperti makan rasuah!

Jika dulu pengorbanan guru berhasil dalam menuntut kemerdekaan negara dan membantu dalam pembinaan negara (ramai guru menjadi pemimpin negara; antaranya Tun Ghaffar Baba) kini pengorbanan guru diperlukan secara maksimum bagi menyelamatkan negara daripada tangan pemimpin korup melalui pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Seorang cendekiawan ada mengingatkan - apabila adanya pilihan raya, anda semua gunakan kuasa undi dan undi siapa saja tapi jangan undi Umno BN.

Sejarah telah membuktikan bagaimana guru-guru berperanan hebat dalam perjuangan menegakkan kedaulatan negara termasuk bahasa. Sebagai contoh pada 31 Disember 1957 Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu Semenanjung (KPGMS) dalam mesyuarat agungnya meminta kerajaan menyegerakan pelaksanaan Sekolah Menengah Melayu.

KPGMS telah memberi kata dua kepada Umno sekiranya sekolah menengah Melayu lambat ditubuhkan ahli-ahli mereka yang menjadi ahli Umno akan menarik diri dan keluar daripada Umno beramai-ramai. Akibat daripada tindakan Umno yang tidak menghiraukan tuntutan KPGMS tersebut setelah memberi notis selama 15 hari maka seramai 10,000 orang guru yang menjadi ahli KPGMS telah keluar beramai-ramai daripada Umno.

Peristiwa keluarnya 10,000 ahli KPGMS daripada Umno in telah meyaksikan mereka tidak menyokong Umno dan akibatnya mereka menyokong PAS dan hasilnya pada pilihan raya 1959 Umno kalah dan kehilangan pemerintahan di Terengganu dan Kelantan.

Pada peristiwa Keranda 152 pada 3 Mac 1967 pula, di mana 150 pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili 2,000 orang Melayu termasuk guru-guru telah berarak membawa keranda yang bertulis Pasal 152 ke kediaman Tunku Abdul Rahman Putra. Perjuangan mereka berkesan sehingga membawa kepada antara lain, pendidikan dalam pengantar bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan Inggeris pada semua peringkat mulai 1970.

Jadi sekarang rakyat termasuk guru-guru perlu menyatakan undi protes mereka terhadap pemimpin Umno BN yang telah nyata bertindak keterlaluan dalam menindas rakyat seperti pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan tata uruskelola yang buruk seperti salah guna kuasa dan rasuah.

Jika dulu warga pendidik dan anak buah mereka berani dalam membawa perubahan, kini guru-guru, apatah lagi yang sudah pencen marilah bersama-sama kembalikan kedaulatan dan martabat negara termasuk bahasanya dengan membuang jauh pemimpin Umno BN yang telah begitu jauh terpesong daripada perjuangan ayah dan datuk nenek mereka sendiri!

Sekarang ini pun dunia pendidikan (sekolah) semakin kelam-kabut, kata seorang guru. Lepas satu isu ke satu isu ditimbulkan pemimpin politik sedangkan yang lama belum diselesaikan. Pihak menanggung beban adalah guru yang bukan saja terbeban dengan gelagat orang politik yang menjadi 'hantu' dunia pendidikan ini tetapi juga anak-anak murid yang semakin sukar diajar; ringkasnya kurang ajar.

Umum sudah mengetahui sekolah dijadikan markas untuk Umno berpolitik. Tokoh politik Umno termasuk Puterinya selalu masuk sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk mempengaruhi pelajar. Ya, guru-guru pendukung Umno-BN akan berdendang di sekolah, dewan malah bilik darjah dan makmal akan bebas digunakan mereka menjalankan projek masing-masing. Bukankah ini menjadi cukup bahaya. Jika dulu dewan menjadi tempat mesyuarat agung Umno, nanti bilik guru pun jadi markas mereka. Umno apa peduli, masjid dan surau pun mereka salahgunakan untuk kepentingan politik sedangkan pemimpin mereka sendiri mencanangkan jangan gunakan masjid untuk tujuan politik.

Hari ini dunia pendidikan anak bangsa kita amat huru-hara. Banyak 'hantu' hidup dalam bidang ini, mereka menjadikan dunia pendidikan tempat untuk meraih populariti, lantas menjadi juara rakyat kononnya. Apabila tukar perdana menteri dan menteri, banyak perkara berubah, guru jadi pening kepala. 

Dulu, ketika era PM Abdullah Ahmad Badawi, warga sekolah terutama cikgu diminta memahami dan kemudian menyerapkan fahaman Islam Hadhari di sekolah, kini mereka disibukkan pula dengan pelbagai promosi PM Najib Razak seperti 1Malaysia. Islam Hadhari sudah tercampak ke mana, guru pun tidak ingat lagi 10 Prinsip Asasnya.

Demikian betapa banyak 'hantu' mahu merosakkan kita termasuk di sekolah; jadi guru-guru insaflah dan marilah kita bersama-sama berusaha agar 'hantu-hantu ini' dikalahkan PRU14. Biarlah mereka dipasung bagai syaitan dipasung pada bulan Ramadan. Jika berjaya, tidaklah lagi mereka dapat memperkuda sekolah dan institusi pengajian tinggi kita!

No comments: