Monday, December 31, 2012

Tahun baru, bolehkah dikembalikan maruah wartawan?

*********** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ************* Renungan ************ "Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan (jodoh) daripada makhluk (jenis) kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan berasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang antara kamu." (Surah Ar Rum: 21) ************************ TAHUN 2012 akan melabuhkan tirainya, kini jendela 2013 dibuka. Sesuai dengan tahun baru, tentulah ramai bersemangat baru. Kebanyakan daripada kita berharap melalui tahun baru dari sudut positif. Jika ada hal kurang enak, tanganinya dengan baik, bijak pandai Melayu ada mengungkapkan; buang yang keruh ambil yang jernih. *********************** Bagi memulakan tahun baru ini, izinkan saya berbicara mengenai bidang yang saya tahu selok beloknya iaitu dunia kewartawanan. Saya terpanggil membicarakan hal ini selepas pelbagai pihak mempertikai kesahihan laporan akhbar lebih-lebih lagi pada ketika sebuah akhbar harian nasional kerap benar disaman dan kalah dalam kes dihadapkan terhadapnya. *********************** Antara kata-kata kesat dilemparkan yang menghiris hati ini adalah seperti: Akhbar bukan boleh dipercayai sangat, mereka penipu. Laporan akhbar bukannya betul. Daripada membazirkan masa membaca akhbar, lebih baik baca Quran, dapat juga pahala. Wartawan buat laporan betul tetapi editor seleweng fakta. Ya, dalam akhbar dua perkara saja betul – keputusan nombor ekor dan jadual waktu sembahyang. **************************** Sebagai seorang yang terbabit dalam bidang ini saya benar-benar rasa terpukul. Apa sudah jadi dengan bidang kewartawanan sehingga sesetengah anggota masyarakat memandang hina kepada wartawan dan dunia kewartawanan? Benarkah dengan menceburi bidang ini, seseorang itu tidak boleh menjadikannya sebagai saham arau ladang kebaikan untuk dituai di akhirat nanti? Apakah dengan menceburi bidang ini tidak melayakkan seseorang itu menepati konsep ‘kerja itu sebagai suatu ibadah’ yang sering diuar-uarkan. ********************** Selain kerjaya wartawan dipertikaikan, kecenderungan atau kesukaan seseorang membaca akhbar juga dikecam. Ada kalanya pembaca akhbar dilontarkan kata-kata seperti; buat apa menambah koleksi dosa dengan membaca berita fitnah, melihat gambar-gambar tak senonoh dan bersubahat dengan tauke judi (akhbar menyiarkan keputusan empat nombor ekor). ******************** Jadi sudah timbul tanggapan di kalangan masyarakat bukan saja kerja sebagai wartawan itu sesuatu yang tidak mendatangkan pahala sebaliknya dosa tetapi juga perbuatan membaca akhbar sebagai satu kesalahan, jadi lebih baiklah tak payah baca akhbar! ************************ Perkembangan ini begitu merungsingkan wartawan jujur yang mahukan bidang mencari makan ini ladang bagi mereka mengumpul pahala. Demikian juga pembaca jujur, mereka mahu menambah koleksi pahala dan bukan dosa melalui kegemaran membaca termasuklah dengan membaca akhbar. *********************** Betulkah kita tidak boleh menambah koleksi pahala dengan bekerja sebagai seorang wartawan? Saya cuba mencari jawapannya termasuklah melalui pembacaan. Seorang cendekiawan memberikan harapan dengan menulis begini: Seorang wartawan Islam perlu sedar dia adalah seorang pelapor yang merakamkan kejadian sebenar seperti lensa kamera; mereka sentiasa merasai diri dalam pemerhatian Allah SWT. ************************ Wartawan Islam dibatasi dengan hukum-hukum syariat halal-haram. Seorang wartawan Islam itu sekali gus seorang pendakwah. Lembut lidah pendakwah dalam menyampaikan risalah Allah, lembutlah bahasa wartawan. Tinggi hemah ulama, tinggilah hemah wartawan. Tajam pandangan ulama,, tajamlah pandangan wartawan. Keras ulama mencegah kemungkaran, begitulah sikap wartawan. Wartawan juga perlu menjawab segala kebohongan yang dilemparkan terhadap Islam. ************************* Berikut adalah sebahagian daripada etika kewartawanan Islam yang boleh dijadikan panduan: ******************** 1. Betulkan niat iaitu bekerja semata-mata untuk mencari keredaan Allah. *************************** 2. Memulakan setiap kerja dengam Bismillah dan apabila selesai mengucap Alhamdulillah. ***************** 3. Berada di medan penulisan kerana melaksanakan kewajipan dan fardu kifayah. ******************* 4. Kekalkan pendirian menulis hanya atas dasar kejujuran. 5. Bercita-cita menegakkan yang makruf dan mencegah/ menentang kemungkaran. *********************** 6. Melaksanakan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia dengan mengambil kira hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Membenci dan meninggalkan perkara yang haram dan makruh. ******************** 7. Menimba ilmu Islam melalui pengajian (berguru) di samping pembacaan dan pemerhatian. *************************** Nah, terbukti sudah bahawa menjadi wartawan boleh menjadi ladang untuk kita menambah koleksi pahala. Demikian juga melalui pembacaan. Namun semuanya terletak di tangan kita, pilihlah akhbar yang menepati kehendak agama sama ada kita sebagai wartawan atau pembaca. *********************** Sempena tahun baru ini yang bermakna umur kita semakin ‘singkat’ marilah kita menambah koleksi pahala sebagai insan Islamik (pengamal ajaran Islam sepenuhnya); termasuklah bagi mereka yang bergelar wartawan dan mereka yang kegemarannya membaca!

Friday, December 28, 2012

Gila pamer gambar, gila mengampu…

********************** Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ******************** Renungan ********************* Hadis riwayat Abu Hazim, daripada Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Muslim, bermaksud: "Tidak akan hancur dunia ini (kiamat) hingga ada seorang laki-laki yang melewati kuburan lalu ia berguling-guling di atasnya seraya berkata, 'alangkah baiknya sekiranya aku berada di tempat penghuni kubur ini.' Hal ini bukan kerana faktor agama tetapi kerana adanya musibah." ******************* SEKARANG ini tiang-tiang elektrik di tengah dan tepi jalan raya menjadi sasaran sesetengah pihak yang begitu ghairah mempamerkan gambar pemimpin tertentu. Tiang elektrik digantung ‘banner’ (sepanduk) dan 'bunting' memanjang dengan gambar pemimpin utama negara tersengih di depan manakala pemimpin negeri tersengih di belakang. ************************ Tentunya gambar yang digunakan adalah yang terbaik (mungkin sudah di’touch up’) daripada koleksi pemimpin berkenaan. Kelihatan berseri-seri dan ‘handsome’nya mereka. Latar belakang ‘banner’ itu pula diungkapkan pelbagai kata-kata memancing sokongan atau menunjukkan kehebatan mereka mentadbir negara dan negeri. ******************** Juga kedapatan ‘banner’ serta 'bunting' gambar isteri pemimpin negara dengan ‘wajah ayunya tersenyum’ di tiang-tiang elektrik. Tertera perkataan menyatakan bahawa wanita hebat tersebut adalah penyeri kepada majlis pihak tertentu. Sama seperti gambar si suami yang ‘handsome’, gambar si wanita itu mungkin yang terbaik dimilikinya – berwajah cantik persis primadona. Kemungkinan juga gambar si wanita ini sudah di’touch up’ bagi menampakkan keayuan si pemiliknya. ******************* Demikianlah apabila sudah hampir benar pilihan raya, semakin tak keruan sesetengah pihak yang ada kepentingan. Menyaksikan gambar pemimpin dan isteri (seorang saja yang saya ketahui setakat ini) di tengah-tengah dan tepi jalan raya mengingatkan saya pengajian mingguan seorang ustaz di sebuah masjid berhampiran rumah saya yang mengupas hadis-hadis diriwayatkan Imam Tirmidzi dan disyarahkan oleh Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi melalui kitabnya Bahrul Mazi. ****************** Baru-baru ini ustaz itu mengupas hadis berkenaan gambar yang antara lain bermaksud: “Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w. melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu daripada wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah s.a.w. kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah s.a.w.: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." ********************* Apa yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini adalah sesuatu yang mempunyai roh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yang tidak mempunyai roh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yang membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatat amal dan malaikat maut tiadalah berpisah mereka daripada seseorang anak Adam. *************************** Ya, kata ustaz, malaikat maut iaitu Israil tetap akan mencabut nyawa seseorang dalam rumahnya sama ada di dalam rumahnya ada gambar atau tidak. Demikian juga dalam sesebuah rumah ada patung, malaikat maut tidak peduli itu semua. ************************** Mendengar penerangan ustaz itu, sebaik saja berada di rumah hari itu, segera saya turunkan bingkai gambar saya sekeluarga yang berdiri di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah beberapa tahun lalu. Demikian juga beberapa gambar lain termasuk gambar anak-anak menerima sijil dan ijazah mereka. ************************ Seorang sahabat sekuliah di masjid juga mengakui dia sudah menurunkan gambar-gambar yang digantung di dinding rumahnya. Antaranya gambar dia sekeluarga semasa anaknya menerima ijazah universiti. Katanya apabila si anak itu balik, dia marah-marah, bertanya kenapa diturunkan gambar-gambar kenangan itu. Lantas dia berkata, “Itu tak boleh nak, dulu bapak jahil, kini bapak dah dimaklumkan ustaz mengenai hal itu. Jadi kita ikut dan taatlah!” *************************** Ya, jika gantung gambar di rumah ada larangannya, bagaimana kesukaan dan kecenderungan sesetengah pihak sekarang yang gemar sekali mencari publisiti murahan dengan menggantung gambar pemimpin di tiang-tiang elektrik malah di mana saja ada kesempatan. Hampir sudah pasti pihak yang terbabit dalam kerja-kerja penggantungan gambar ini, mempunyai kepentingan masing-masing; ada yang mencari peluang untuk membodek pemimpin, 'moga-moga aku dipilih sekali lagi menjadi calon PRU, lebih baik lagi jika ke kedudukan lebih tinggi'. Jika dulu hanya Adun, manalah tahu tuah badan, jadi ahli Parlimen pula; jika dulu timbalan menteri melalui 'pintu senator' apa kata kali ini jadi ahli Parlimen lantas jadi menteri. Jika dulu ketua menteri atau menteri besar, mana tahu tuah badan akan menjadi menteri. ************************* Hakikatnya, perdana menteri sendiri sudah tercungap-cungap dan cemas akan kedudukannya selepas PRU13 ini, maka tak usahlah 'terover bodek'. PM punya nasib pun dia sendiri tak tahu, jadi tak payahlah terlalu bergantung dan menaruh harapan padanya. Bergantunglah hanya pada Allah SWT (usahlah gantung banyak-banyak gambar di jalan raya tu), nescaya selamat dunia dan akhirat!

Wednesday, December 26, 2012

Kembali ke sekolah dengan pendidikan percuma tawaran Pakatan

******************** DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ******************** Renungan ********************** "Oleh itu, jika mereka bertaubat (daripada kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama, dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui." (At-Taubah Ayat 11) ******************* Musim cuti hujung tahun akan tamat dan para pelajar akan kembali ke sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi meneruskan pengajian. Diucapkan selamat belajar kepada mereka. **************************** Bagi ibu bapa pula, kembalinya anak-anak ke sekolah, bermakna mereka perlu menyediakan peruntukan kewangan yang bukan sedikit. Bagi seorang anak yang bersekolah rendah harian dan sekolah agama rakyat (biasanya pada sebelah petang), persediaan kelengkapan persekolahan seperti pakaian dan beg serta pembelian buku kerja dan tulis serta yuran PIBG boleh meningkat sehingga RM500. ******************************* Bagi seorang anak yang bersekolah menengah dan menetap di asrama pula, pembayaran yuran seperti PIBG dan makan boleh meningkat sehingga RM1,000. Apa tidaknya, bagi yuran makan saja seorang pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan lebih RM5,000 sebulan, bayaran bagi sehari adalah RM3; jadi sepanjang tempoh persekolahan yang lebih 200 hari setahun, yuran makan mereka saja sudah mencecah RM600. ******************************* Bagi mereka yang baru memasuki atau menyambung pengajian di IPT, peruntukan kewangannya tentu lebih tinggi, yuran pengajian sesetengah universiti awam boleh mencapai RM1,500 satu semester manakala bagi bagi universiti swasta boleh mencecah RM30,000. ******************************* Sudah tentu keadaan ini sangat membebankan pelajar dan ibu bapa mereka. Kini pelajar kita mempunyai akses kepada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi perlu diingat, ia dalam bentuk pinjaman, pelajar dikehendaki membayar balik selepas menamatkan pengajian, sesetengah bekas pelajar begitu terbeban, apatah lagi ada yang masih tidak mendapat pekerjaan setelah bertahun-tahun menamatkan pengajian. *********************** Berhubung beban pendidikan ke atas ibu bapa dan pelajar ini, kita tertarik dengan tawaran Pakatan Rakyat bahawa mereka berupaya melaksanakan dasar pendidikan percuma kepada rakyat. Bagi menyediakan pendidikan percuma, pengkaji Pakatan berpendapatan penjimatan seperti penghapusan konsesi tol lebuh raya seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga berupaya menjana sehingga RM5 bilion setiap tahun dapat membantu usaha ke arah itu. Demikian juga dengan penjimatan di bidang lain dan sumber perolehan seperti dana Petronas. *********************** Berhubung pendidikan percuma ini, kita berharap ia benar-benar dilaksanakan bukan hanya gah dari segi ungkapan saja. Dulu diuar-uarkan pendidikan adalah percuma hakikatnya pihak berkenaan hanya memansuhkan yuran persekolahan RM4.50 bagi murid sekolah rendah dan di sekolah menengah dengan bayaran yang lebih sedikit daripada itu. ************************ Tentunya rakyat berharap pendidikan percuma dalam erti kata sebenarnya dan perkara inilah yang ditawarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk oleh tokoh yang sering disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim jika Pakatan menawan Putrajaya, bahawa jika di peringkat pengajian tinggi, pendidikan percuma itu merangkumi pemberian kos sara hidup kepada mahasiswa. ************************* Katanya, “kalau setakat beri yuran percuma, itu bukan pendidikan percuma, itu namanya yuran percuma dan apabila saya sebut pendidikan percuma, ia bermakna kos sara hidup turut diberi dan ini merangkumi penginapan percuma. ********************* "Kita mahu laksana dasar pendidikan percuma difitnah kononnya membankrapkan negara, pemimpin besar yang ‘mentekadarah’ wang rakyat berbilion ringgit diangkat pula konon perjuang orang Melayu. **************************** “Apabila kita laksana pendidikan percuma ia turut dimanfaatkan bukan setakat Dayak, Kadazan, Iban atau Cina miskin, malah Melayu juga turut mendapat faedahnya,” tegasnya yang juga berkata pendidikan percuma tanggungjawab Kerajaan Pusat. ********************* Pakatan Rakyat memberi jaminan akan mereformasi sistem pendidikan negara bagi menjayakan dasar pendidikan percuma itu dan di peringkat pengajian tinggi berazam menghapuskan pinjaman PTPTN. ************************* Tentunya usaha murni ini hanya dapat direalisasikan jika Pakatan Rakyat dapat mentadbir kerajaan Pusat; oleh itu diharapkan rakyat dapat memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada mereka dalam pilihan raya akan datang. Ubah sekarang kerana hanya rakyat saja dapat mengubah nasib mereka!

Wednesday, December 19, 2012

'Taqarrub': Melaka di mana segalanya bermula...

*********************** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ********************** Renungan ************************ "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya." (Ibrahim:34) ************************ SEKARANG ini kerap benar kita dengar di lokasi perhimpunan atau ceramah anjuran Pakatan Rakyat atau parti-parti yang bergabung di bawahnya (PAS, KeADILan dan DAP), di sebelahnya atau di kawasan berdekatan pula diadakan karnival atau majlis penerangan anjuran Umno-BN. Jika tidak mengadakan majlis pun, diadakan kegiatan berkumpulan seperti pemuda penunggang motosikal berhimpun, membuat kacau atau mengganggu orang ramai daripada menghadiri majlis anjuran Pakatan. ************************ Di Gombak Utara pada 4 Disember lalu berlaku kekecohan seumpama itu yang menyebabkan beberapa orang cedera. Taktik mengganggu 'majlis orang' dengan menganjurkan majlis di lokasi sebelah yang semakin berleluasa di seluruh negara sekarang ini, pada pengamatan penulis bermula di Melaka hampir 10 tahun lalu. Ketika itu ceramah pemimpin PAS disahut dengan tindakan membuat bising termasuk melakonkan adegan kokokan ayam oleh pemimpin Umno yang berhimpun di lokasi sebelah. Sehubungan itu, diucapkan 'tahniah' kepada pemimpin Umno Melaka yang mencetuskan idea ini yang amat bertepatan dengan slogan masyhur negeri ini, 'Melaka di mana segalanya bermula...' ************************* Namun sesuai dengan slogan itu, insya-Allah di Melaka segalanya akan bermula dengan berakhirnya rejim Umno-BN yang semakin bankrap idea dalam menghadapi kebangkitan rakyat. Dilaporkan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Melaka pada 8 Disember lalu berjaya menarik 10,000 hadirin sedangkan pimpinan Umno Melaka yang diketuai Ketua Menteri Mohd Ali Rustam mengarahkan diadakan sebuah karnival di sebelah lokasi perhimpunan di Bukit Palah dengan membariskan penceramah seperti Umi Hafilda Ali dan 'ulama' Fathul Bari Mat Jahya. ************************ Tindakan Umno Melaka menganjurkan program di sebelah ceramah PAS juga dikenali sesetengah pihak sebagai program 'taqarrub'. Ia berasal daripada program ‘taqarrub Ramadan’ sebelumnya dikenali sebagai Sivik Ramadan. Mungkin nama Sivik tidak sesuai (bunyinya macam mata pelajaran Sivik di sekolah), ia ditukar kepada 'taqarrub'. Penulis bertanyakan seorang ustaz mengenai erti perkataan 'taqarrub' itu. Katanya, 'taqarrub' itu bermaksud mendekat atau menghampirkan. Jadi program 'taqarrub Ramadan' atau 'taqarrub di masjid' adalah program bagi menghampirkan umat Islam kepada ibadat dan juga rumah Allah. ********************** Berdasarkan pengalaman penulis, sesebuah masjid akan mengadakan 'taqarrub Ramadan' sekali saja dalam bulan puasa. Biasanya ia diadakan selepas solat tarawih lapan rakaat dan witir. Pada kesempatan ini, penceramah undangan (tentunya yang diluluskan jabatan agama negeri) akan memberi panduan, menyuntik semangat keagamaan dan sebagainya. Pada majlis ini juga, Pengerusi JKKK dan pemimpin kampung turut mengambil kesempatan menyampaikan amanat mereka. Dalam program 'taqarrub' ini beberapa penceramah akan bertugas dari sebuah masjid ke masjid lain sehinggalah berakhir bulan Ramadan. *************************** Apa yang menghairankan penulis, 'taqarrub Ramadan' boleh diadakan sedangkan suatu ketika dulu puak yang sama melenting apabila ada pihak yang mengadakan tazkirah ketika rehat pada waktu solat tarawih. Banyak alasan diberikan mereka seperti mengganggu konsentrasi jemaah dalam menunaikan solatlah, tazkirah berbau politiklah dan kononnya mengambil masa yang lama. ************************ Usaha mendekatkan (taqarrub) ummah kepada masjid dan ibadat bulan Ramadan adalah usaha terpuji tetapi 'program taqarrub politik' yang dilakukan pemimpin Umno jelas tidak menepati ciri-ciri kemuliaan dalam Islam. Majlis taqarrub yang kembali bergema sekarang ini adalah kaedah sama dilakukan pihak sama sejak beberapa tahun lalu bagi mengganggu dan menggagalkan ceramah pihak pesaing. ************************ Apa yang berlaku, apabila ada majlis termasuk cemarah anjuran parti pesaing, Umno secara spontan akan mengadakan majlis mereka di sebelah kawasan. Pemimpin mereka kemudian bercakap merapu-rapu termasuk menjawab apa yang dilontarkan oleh penceramah pada majlis sebelah. ************************ Selain itu, pihak berkenaan juga membuat bising; suatu ketika di Melaka mereka bertindak memasang skrin besar perlawanan bola sepak yang tujuan mereka tidak lain daripada mengganggu majlis di sebelah yang turut dihadiri pemimpin utama PAS. Malah ceramah Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah diganggu oleh Ketua Menteri Melaka Ali Rustam yang membuat bising termasuk berkokok di sebelah. Inilah program taqarrub (dekat atau hampir) yang mereka giatkan; pembaca fikirlah sendiri sama ada mereka ini golongan profesional atau melakukan tindakan macam budak-budak. ********************** Penulis pernah menghadiri majlis di mana ceramah pemimpin PAS diganggu oleh pemimpin Umno yang mengadakan majlis di premis sebelah. Berikutan adalah catatan penulis mengenai majlis tersebut: ********************** Hanya pagar memisahkan bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) itu dengan sebuah rumah penduduk kampung yang dijadikan markas sementara Umno untuk berceramah. ******************** Malam itu sekali lagi penceramah Umno mengekori penceramah PAS dalam program 'taqarrub' (hampir)nya. Di mana ada ceramah PAS, di situ ada ceramah Umno. Ia dilangsungkan pada tarikh dan masa yang sama. Cuma tempatnya adalah sebelah-menyebelah. *********************** Di tepi pagar Pasti itu, ada sebatang pohon kelapa tumbang. Di situlah penulis 'bertenggek' mendengar ceramah kedua-dua pihak. PAS diwakili dua penceramah luar manakala Umno diwakili sekurang-kurangnya lima orang - daripada pemimpin negeri, majlis agama negeri, jabatan hal ehwal khas, ustaz dan ahli politik tempatan. ********************** Sungguh terperanjat dan tersentuh hati saya mendengar penceramah-penceramah ini menyampaikan hujah mereka. ******************** Tuduhan seperti penyeleweng akidah, anak cucu Dajal, pembohong, siang dia tidur malam dia keluar berceramah untuk membohongi rakyat, bangsat, dia peluk kafir, ini kafir sebenar, dialah kafir, penyangak, penyamun wang..., kau ulama dalam semak, tuhan kau ialah...'mencemari' malam itu. Ada lagi kata-kata yang lebih teruk yang tidak tergamak untuk penulis nyatakan. ********************* Bagi saya inilah program taqarrub yang melingkupkan bangsa. Mana tidaknya, mereka tidak menghormati para undangan dari luar yang datang dari jauh untuk berceramah dan bertazkirah malah bersolat hajat. Sewajarnya, segala permasalahan boleh dibincangkan dengan baik, usahlah membuat provokasi macam budak-budak tidak cukup akal. Malulah apabila majlis seperti ini disaksikan oleh orang luar, apatah lagi oleh kanak-kanak. Tentunya anak-anak terfikir, apa kena orang tua malahan pemimpin lagi berkelakuan macam itu, menjerit sana, melalak sini, mengejek itu dan ini. ************************ Ya, di Melaka segalanya bermula...bermulanya 'program taqarrub Umno' yang kini merebak ke seluruh negara, dan percayalah di Melaka juga akan bermula jatuhnya Umno-BN sekalipun pemimpinnya yakin ia masih kubu kuat mereka, dulu kini dan selamanya!

Saturday, December 15, 2012

Hajji, submit to Allah including in politics

*************** In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. ****************** Reflection ************** The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. ******************* Last Sunday I visited my sister in law and and her husband who was back home after performing hajj that is one of the Pillars of Islam. ********************* Perhaps all the 28,000 strong Malaysian pilgrims in the Holy Land are now back home; we wish them all the best in their undertakings as new ‘hajjis’ and ‘hajjas’. ********************** ‘Hajjis’ and ‘hajjas’ are ambassadors of good faith; they are highly respected and are look upon as examples in society. ******************** In the Holy Land, almost all ‘hajjis’ and ‘hajjas’ follow strictly the word of Allah The Greatest (SWT) and the Prophet (peace be upon him – s.a.w.) in order to be rewarded ‘hajji mabrur’ (hajj that would be accepted by Allah SWT and the reward which is none other than ‘janna’ (paradise), but sadly upon returning home, some come go back to their old ways. ******************** If during ‘hajj’, they follow word by word whatever penned down and instructed in hajj guidebooks, but in life they fail to adhere to the greatest manual given by Allah SWT to human beings, that is the Qur’an. We tend to adhere to some orders of Allah SWT but fail to practice in life His law such as ‘hudud’. We should know that our lives will remain meaningless and ruined unless they are guided by the Qur’an, the word of God. ******************** In Makkah and Madina, some ‘hajjis’ managed to dump smoking but they fail to maintain that good habit as soon as they step on the soil of their homeland. In the Holy Land, ‘hajjas’ follow strictly the dressing code, particularly regarding their ‘aurat’ (parts of the bodies that should not be exposed), but once they reach their homelands, they are practically back to ‘square one’. ***************** Some prefer not to cover their heads; others bare not only their bodies but their sensitive areas as shown by a female popular singer not long ago. The question is, does Allah SWT only ‘exists’ in the Holy Land or His’s laws is only applicable there? ********************** After his return, the pilgrim should adopt the mental frame of a wayfarer, more conscious in his daily routines of the permitted and prohibited in Islam and in constant preparation for the more important journey to the Hereafter. ****************** But wait; are our ‘hajjis’ and ‘hajjas’ ready for that heavy responsibility; for example as ambassadors of good faith they should adhere to the Islamic way of life including in politics. In a book ‘Hajj of the Heart’ published by Orina Consultancy, the writer questioned “where are the good ones?” *********************** He wrote: “The tragedy is not the brutality of the Evil but the silence of the Good, which allows the Evil to flourish. Every year millions of pilgrims declare at Hajj that they will serve Allah The Almighty. Where are they? Hope they’ve not forgotten their Islamic duty to fight injustice and ignorance with their tongues, hands, hearts and resources?” ********************* Violations of Islam including in politics is rampant in society; the question is where are our 'hajjis' and 'hajjas’ to fight the injustice? Or worse, are they with ‘the forces of evil?’ *********************** What are violations of Islam? A small book entitled ‘A Guide To Hajj, Umra and Visiting The Prophet’s Mosque’ published by Ministry of Islamic Affairs, Endowments, Da’wah and Guidance, Kingdom of Saudi Arabia which was given to every 'hajji' and 'hajja' in the Holy Land is useful and could be guidelines to us. ********************* “Brothers and sisters Muslim, you must aware that there are matters which nullify your Islam. We will mention here the ten most common violations. Please be mindful of them. ********************* The First Associating partners with Allah (shirk). Allah, the Most High, says, “Truly, if anyone associate partners with Allah, Allah will forbid him the Garden and his abode will be the Fire, the wrongdoers will have no helpers.” ********************* Calling upon the dead, asking their help, or offering them gifts or sacrifices are all forms of shirk. *********************** The Second Setting up intermediaries between oneself and Allah, making supplication to them, asking their intercession with Allah, and placing one’s trust in them is unbelief (kufr). ********************* The Third Anyone who does not consider polytheists (mushrikeen) to be unbelievers, or who has doubts concerning their unbelief, or considers their way to be correct, is himself an unbeliever (kafir). ******************* The Fourth Anyone who believes any guidance other than the Prophet’s guidance to be more perfect, or a decision other than the Prophet’s decision to be better, is an unbeliever. This applies to those who prefer the rule of Evil (Taghout) to the Prophet’s rule. Some examples of this are: ********************** a). To believe that systems and laws made by human beings are better than the Shari’ah of Islam; for example, that the Islamic system is not suitable for the twentieth century; that Islam is the cause of backwardness of Muslims; or that Islam is a relationship between Allah and the Muslim, it should not interfere in other aspects of life. *********************** b) To say that enforcing the punishment prescribed by Allah, such as cutting off the hand of a thief or stoning an adulterer, is not suitable in this day and age. ************************** c) To believe that it is permissible to give a rule from that which Allah did not reveal in the Islamic transactions or matters of law, punishment or other affairs. Although one may not believe such rulings to be superior to the Shari’ah he is in fact affirms such a stand by declaring a thing which Allah has totally prohibited, such as adultery, drinking alcohol and usury, to be permissible. According to the consensus of Muslims, one who declares such thing to be permissible is an unbeliever (kafir). *************************** The Fifth Anyone who hates any part of what the Messenger of Allah (may peace and blessings of Allah be upon him) has declared to be lawful has nullified his Islam, even though he may act in accordance with it. Allah the Most High says: “Because they disliked what Allah has revealed, their deeds are brought to nothing.” ************************* The Sixth Anyone who ridicules any aspect of the religion of the Messenger of Allah (peace be upon him), or any of its rewards or punishments, becomes an unbeliever. Allah, the Most High says: "Say; Do you ridicule Allah, His revelations and His Messenger? Make no excuse; you have disbelieved after your (profession of) faith." ************************ The Seventh The practice of magic included in this is causing a rift betwee a husband and a wife by turning his love for her into hatred, or tempting a person to do things he dislikes by using black arts. One who engages in such a thing or is pleased with it is outside the pale of Islam. Allah the Most High, says, "The two (angels, Harut and Marut) did not teach anyone (magic) without warning them, 'Indeed, we are a trial; then do not disbelieve).'" ************************ The Eighth Supporting and aiding polytheists against the Muslims. Allah, the Most High says: "The one from among you who supports them belongs to them. truly, Allah does not guide the people who do wrong." ************************** The Ninth Anyone who believes that some people are permitted to deviate from Shari'ah of Muhammad (peace be upon him) is unbeliever by the word of Allah, the Most High: "If anyone seeks a religion other than al-Islam it will not be accepted from him, and in the Hereafter he will be among the losers." ********************* The Tenth To turn completely away from the religion of Allah, neither learning its precepts nor acting upon it. Allah, the Most High says: "Who does greater wrong than the one who is reminded of the revelations of his Lord und turns away from them. Truly, We shall recompense the guilty," and He also says: "But those who disbelieve turn away from that about which they are warned." *********************** It makes no difference whether such violations are committed as a joke, in seriousness or out of fear, except when they are done under compulsion. We seek refuge in Allah from such deeds as entail His wrath and severe punishment. ********************* The new 'hajjis' and 'hajjas' should be very keen to avoid evil and shameful deeds especially after Allah SWT has obliterated them and forgave all their sins, as a reward for performing hajj. ********************* Therefore, it behoves every hajji to offer due gratitute to Allah SWT for being chosen to perform those acts of worship and at the same time beseech Him for acceptance. Such persons upon returning home, should be conscious of Allah SWT when performing all that He has obligated him to do of the other worship such as ‘salah’ (prayers), ‘zakah’, fasting, dutifulness to parents and work hard or at least gave support towards the establishment of a government that would push for the implementation of Allah’s law such as 'hudud’. *********************** Well, Islam covers everything in life including politics – it is the only way of life to succeed in this world and Hereafter.

Tuesday, December 11, 2012

Suami doa kahwin lagi, isteri doa tak mahu bermadu...

*************************** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ***************************** Renungan *************************** "Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim) **************************** SEORANG mutawif menceritakan kisah sepasang suami isteri yang sama-sama ke Makkah bagi menunaikan umrah. Di depan Kaabah, si suami antara lain berdoa berjayalah usahanya untuk menambah satu lagi 'cawangan' (beristeri barulah) sedangkan si isteri pula berdoa biarlah dia dan suaminya hidup rukun damai, janganlah hendaknya hadir orang ketiga yang boleh mengeruhkan rumah tangga mereka berdua. Ringkasnya dia tak rela dimadukan, dia tak rela berkongsi suami. ********************** Dalam situasi begini, kedua-duanya bebas untuk berdoa mengikut kehendak masing-masing. Tentunya hajat mereka berlawanan antara satu sama lain. Tiada siapa boleh menghalang mereka daripada berdoa sedemikian. Si suami dengan doanya manakala si isteri dengan doanya pula. Soal siapa benar dan doa siapa dikabulkan itu bukan urusan manusia, semuanya diserahkan kepada Yang Maha Kuasa. Terpulanglah kepada Allah SWT untuk menentukan siapa yang dipilih-Nya. ****************** Demikian juga dalam kisah korban dua orang anak Nabi Adam a.s. - Qabil dan Habil. Kedua-duanya bebas membuat korban. Yang menjadi pemutus kepada korban mereka adalah SWT. Allah SWT Yang Mahu Mengetahui siapa antara kedua-duanya yang ikhlas, yang berada di jalan benar dan lurus. Hak Allah-lah yang menjadi pemutus kepada korban mereka. ******************** Muktakhir ini, negara dihebohkan dengan 'doa PAS' pada penutup Muktamar ke-58-nya di Putik, Pengkalan Chepa, Kelantan. Kemudian PM Najib Razak sendiri membaca 'doa Umno' pada penutup Perhimpunan Agung Umno 2012 di PWTC, Kuala Lumpur. ************************ Mungkin ada persamaan situasi antara 'doa PAS' dan 'doa Umno' ini dengan doa pasangan suami isteri di depan Kaabah. Jika suami isteri itu bebas untuk berdoa mengikut kehendak masing-masing, pada pandangan hamba yang daif ini tentulah PAS dan Umno bebas untuk mengadu hal masing-masing kepada Allah SWT. Soal kabulnya doa bukannya urusan manusia - serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Kuasa. ******************* Namun, mengapa agaknya sesetengah pihak (agaknya orang dan pemimpin Umno) yang gerun dengan doa orang PAS itu? Bukan makin heboh lagi golongan ini yang memperkatakan akan doa itu. Sama seperti doa pasangan suami isteri tadi, apa nak ditakutkan dengan doa 'lawan' masing-masing. ******************* Jika kita yakin kita di jalan yang benar pastilah Allah SWT akan berpihak kepada kita, bukankah bagi setiap doa itu sudah dijanjikan untuk dimakbulkan di dunia ini, jika tidak 'disimpan' untuk kita nikmati di akhirat nanti dan lebih mulia lagi di dunia pun kita dapat di akhirat pun kita dapat sejajar dengan doa ulung ini: "Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar" yang bermaksud "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka." (QS. Al Baqarah 201) ************************* Sewajarnya sebagai orang jitu imannya, kita tidak gusar dengan perbuatan termasuk doa orang lain kerana berpegang teguh kepada akidah, tiada apa yang boleh merosakkan kita sekali pun bergabung seluruh makhluk jika hal itu tidak dizinkan Allah SWT. Jadi jika kita berada di landasan (jalan) yang betul dan lurus, apa yang hendak ditakutkan? ********************** Biasanya yang takut itu adalah orang bersalah, dia sentiasa bimbang orang akan tahu tembelangnya. Orang tidak pun membicarakan kesalahan atau perbuatan jahatnya, tetapi dia terasa pula. Macam orang sudah berak di tengah jalan, mana dia mahu mengaku. Tetapi apabila ada orang buka bicara 'kisah tahi', dia dengan mudah akan terasa. Orang cerita kisah tahi ayam pun, dia terasa! ********************** Jika dengan melakukan perbuatan jahat kecil-kecilan seperti berak di tengah jalan pun pelakunya sudah resah gelisah, bayangkan jika seseorang atau kumpulan terbabit dalam kes bunuh, rogol, zina, rasuah, rompak wang rakyat, menipu dalam proses mendapat kuasa dan sebagainya. ******************** Tentunya mereka bimbang apabila orang membicarakan hal ini sekalipun tidak menyebut nama mereka. Apabila orang memperkatakan bab hudud, hati mereka akan berdegup pantas dan kuat...dup...dap...dup...habislah aku nanti aku kena rejam dengan batu (bagi pesalah zina) dan potong tangan (bagi pencuri). Mereka pun cipta pelbagai alasan dan dongeng seperti 'makan sup tanganlah', 'takkan ada saksi benarlah' dan 'hudud PAS-lah'. ******************** Jika kita rajin mengikuti tazkirah termasuk kelas pengajian di masjid, kerap benar kita mendengar ustaz memberitahu antara doa yang mustajab (cepat dimakbulkan) adalah doa orang teraniaya atau dizalimi. Pelaku zalim ini tidak payahlah menunggu di akhirat, di dunia lagi mereka sudah dinampakkan dan menerima kesengsaraan kehidupan. ****************** Kata ustaz, kezaliman itu bukan saja bermaksud menzalimi manusia (terhadap orang Islam dan bukan Islam) tetapi juga kepada binatang malah seluruh makhluk-Nya. Jika kita menzalimi seekor binatang, binatang itu akan mendoakan kebinasaan kita, itulah sebabnya kehidupan kita tak pernah aman, selalu berkeluh kesah dan sengsara sekalipun harta bertimbun, kuasa besar dan berjawatan tinggi melangit. ******************** Jika kita amat-amati, memang benar sesetengah orang Umno terutama pemimpinnya hidup dengan harta bertimbun, kuasa besar dan berjawatan tinggi, tetapi mengapa ya, mereka selalu berkeluh kesah dan akhir-akhir ini percakapan mereka termasuk di Perhimpunan Agung mereka semakin banyak merapu. ******************* Ada seorang pembahas berkata, banyak sungguh jasa Umno kepada seseorang - daripada bayi sampailah ke dia mati - semuanya dibiayai oleh Umno; seorang nenek di kampung saya yang kebosanan disogok laporan Perhimpunan Agung Umno di TV saban hari, dengan mudah dapat menjawab dakwaan dangkal itu - katanya, biaya itu bukan pakai duit Umnolah, itu duit CUKAI dibayar rakyat. Umno (BN) hanya kuli bagi mengurus duit rakyatlah!

Wednesday, December 5, 2012

Pleasing Allah while holidaying

********************** In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. *********************** Reflection *********************** The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. ************************ It’s a long, long school holiday again. I have not taken my family for a holiday yet, but relax...for we have another one month to go when school reopens in January! Well before going for your dream journey why not do some simple research including studying tips from our daily reading materials. ********************** An article by Reuters Life entitled ‘Take your manners with you on holiday’ published in the Sun recently captured my heart. The article noted on what we should do and avoid starting from our behaviour in the cramped conditions of airplanes. *********************** When on the planes it noted these following tips: - ************************ * Do not intrude on to your fellow passenger’s territory. Keep elbows firmly tucked in; ease your chair gently into a reclining position to avoid a sudden invasion of the limited legroom of the passenger behind. (From the writer’s (LanH’s) experience, I have noticed some passengers; not only in planes but buses, lacking this. They just push their seats to the maximum without even looking at the passengers behind what more say sorry or make an apology to them. In buses some of them turn on the air conditioning system to full blast without acknowledging some passengers would be already 'shivering’)! ********************** * Friendly conversation with your neighbours can be enjoyable, but know when to quieten down. (Well in planes, normally passengers adhere to this trait but in buses – I mean in Malaysia – I have witnessed some passengers speaking loudly and making noises throughout the whole journey, say from Kuala Lumpur to Melaka which is a two-hour journey. Then there are people who talk loudly over their phones; the whole bus would hear their voices). ****************** * Drink in moderation. Boisterous behaviour will alienate (and irritate) your fellow passengers. Help the elderly (or those of diminutive stature) to stow (or remove) luggage in the overhead compartments. (During an Emirates flight from Manchester to Dubai a few years ago where the plane was only half full, the writer noticed a young ‘Mat Saleh’ who was sitting alone in an empty row of about five seats, who drank heavily and then collapsed and slept on all the seats. The plane crew members just left the young man alone). ********************** * Be patient when it comes to disembarking and remember to thank the crew member for their service. (It is normal to see some passengers who do not have the patience to walk out of the plane. When the red light went off, they would rush to remove their belongings from the plane’s overhead compartment and wait on the walkway and not in their seats). ******************** The articles also recommended other tips such as: - ********************* * Abiding by foreign customs while travelling is essential, so read that boring tip at the beginning of the guide book about customs and etiquette in your chosen destination. *********************** * Keep your eyes peeled for how those around you are behaving and follow their example. Avoid the arrogance of imaging that everyone in your travel speaks English – or should do. ************************* * Be aware of any major faux in advance, for example showing the soles of your feet in Thailand or eating with your left hand in India. *********************** * Research the etiquette you’ll need on a daily basis, particularly in regard to money – for example haggling and tipping. ************************** * The beach is a public area where we strip down to the equivalent of our underwear…...(ooh, this is too much for me to continue writing from this Mat Saleh's point of views). ************************** Well readers, I end up here writing about the tips from a Western view point and move on to check on Islamic writers’ views about holidaying. I searched for tips in magazines such as Anis (published by Galeri Ilmu Sdn Bhd) and books (such as Panduan Musafir, A Guide to Travellers) and come up with these few ideas. *************************** * Our intention for a holiday must be correct – we do it only to please Allah the Almighty (SWT). We must clear our minds from worldly pleasures such as showing off our wealth and abilities. ********************** * Making preparations mentally and physically; the same preparations we undertake before our hajj journey. A journey must be well prepared and with purpose – not just for the sake of holidaying and going out of our way aimlessly. *********************** * Always pray to Allah SWT that He would protect us from involving in sinful activities and save us from His wrath. ******************************* * Begin our journey by saying our 'du'a and doing our ‘solat’ (prayers). Fulfil our daily obligations such as ‘solat’ five times (during our journey that satisfies special requirements we are allowed to combine and shorten some of our solat). ******************** It is also advisable during our journey we carry on doing our recommended prayers and saying our ‘zikrullah’ (remembrace Allah SWT by reciting words in praise of Him). ********************* * Bring along our Qur’an and a few good books including our du’a (prayers) book so that we could fill our time reading them while travelling on long journeys such as in planes, trains and buses. ********************* Muslims should know that Allah SWT through the Qur’an encourages them to travel; the last ‘ibadah’ in ‘Rukun Islam’ that is performing one’s hajj signals that a Muslim must leave his home to make the journey to Makkah. ******************** In the Qur’an, Allah mentions: “Say (unto them, O Muhammad): Travel in the land and see the nature of the sequel for the guilty!” (Al-Naml or the Ant 27: 69) ********************** Allah also mentions: “Say (unto the disbelievers): Travel in the land, and see the nature of the consequence for the rejecters.” (Al-An’am or Cattle verse 11) ******************** In Surah Al-Ankabut (29:20) He mentions: Say: "Go about the earth and see how He created for the first time, and then Allah will recreate life." Surely, Allah has power over everything. ********************* If we follow His true path, from our journeys we would be able to strengthen our ‘iman’ (faith), increase our knowledge and experience, we would be able to make friends and Allah SWT ‘insya-Allah’ (God willing) will provide for all our needs. ******************** Even though Muslims can visit any locations except places where sins activities are held, places of worship of other religions and places that were cursed by Allah SWT (they are discouraged from doing so), the Prophet s.a.w. in a hadith said: “Do not prepare yourself for a journey except to three ‘masjids’, i.e. Al-Masjid-AI-Haram, the Masjid of Aqsa (Jerusalem) and my Masjid." ************************ Well, from now on why not prepare ourselves that one day we would be able to pray in the Haram Masjid doing 'umra' (minor hajj) or better still hajj itself. We would also be able to pray in the Prophet’s Masjid and visit his grave along with two of his best companions – Abu Bakr and Umar al-Khattab in the masjid. ******************* And as for visiting the Al-Aqsa Masjid, let us Muslims throughout the world be united to free the lands of the Palestinians from the hands of Zionist regime. Let us make du’a (pray) that this third holiest masjid in Islam would be freed soon! - ES

Saturday, December 1, 2012

'Tokpulomanis' dan kedaulatan Islam Terengganu

**************** DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ****************** Renungan ***************** Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim) ************* SEKALIPUN beberapa tahun lalu saya pernah mengikuti kelas pengajian di masjid yang gurunya (beliau sudah pun meninggal dunia) mensyarahkan kitab Al-Hikam karangan Syaikh Ibnu Atho'illah (Athaillah) Askandary, hanya baru-baru ini saya cuba-cuba meneliti dua buku dalam bahasa Melayu (termasuk Indonesia) mengenainya. ******************* Buku pertama adalah 'Terjemahan Al-Hikam - Pendekatan Pengabdian Pada Khaliq' yang diusahakan oleh H Salim Bahreisy dan diterbitkan oleh Victory Agencie, Kuala Lumpur manakala buku kedua adalah 'Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf' (Al-Hikam) oleh Prof Dr KH Muhibbuddin Waly, terbitan Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura. ********************** Tatkala membaca 'Pendahuluan' kitab 'Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf', terperanjat tetapi terasa gembira dan bangga saya apa terbaca Dr Tengku Muhibbudin Waly yang antara lain menulis: "Oleh kerana membaca kitab syarah Hikam yang berbahasa Arab dari siapa pun penulisnya menemui kesulitan yang besar bagi jemaah pengajian, kerana ibaratnya yang sulit dan fahamnya yang halus, maka tidak ada jalan lain bagi saya selain membuat syarah Hikam yang baru dalam bahasa Indonesia. ********************* "Meskipun zaman dahulu mungkin lebih dari 100 tahun yang lalu seorang ulama besar Terengganu di Malaysia bernama Tokpulomanis telah menterjemahkan syarah Al-Hikam dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, tetapi sifatnya terjemahan semata-mata dan dalam bahasa Melayu lama, maka buku kita ini merupakan syarah baru, sebab berasal dari faham dan pengertian kita atas tulisan ulama-ulama besar yang pernah mensyarahkan Al-Hikam sebelum kita." ********************** Serta-merta saya ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai tokoh ulama bernama 'Tokpulomanis' ini. Sebelum ini dalam kelas-kelas pengajian yang saya ikuti, seorang guru lain selalu mengangkat nama Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi (pengarang berjilid buku bernama Bahru Mazi dan kamus Arab-Melayu al-Marbawi) yang katanya satu-satunya ulama Nusantara (Alam Melayu) yang kitab syarahnya terdapat di gedung-gedung besar ilmu di Makkah dan Madinah. Katanya Syeikh Muhammad Idris yang mensyarahkan hadis-hadis Imam Termizi adalah sebaris ulama-ulama besar Arab dan dari benua kecil India. ************************** Saya pernah menulis artikel mengenai Syeikh Muhammad Idris yang berasal dari Lubuk Merbau, Perak; dan pada kesempatan ini ingin pula saya mencoretkan mengenai 'Tokpulomanis' ini. Saya mengagak tokoh yang diberi nama 'Tokpulomanis' oleh penulis Indonesia itu tentunya bermaksud 'Tok Pulau Manis'. Jadi saya pun memulakan pencarian di internet mengenai 'Tok Pulau Manis' dari Terengganu ini dan alhamdulillah, ada beberapa artikel bertepatan mengenai allahyarham. ************************ Antara lain, pondoktauhid.blogspot.com mencatatkan dalam satu artikel bertajuk 'Tok Pulau Manis - Perterjemah Kitab Hikam': Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali Tok Pulau Manis dilahirkan di Kampung Pauh, Hulu Terengganu pada tahun 1060-an/1650-an, berketurunan Sharif Mohammad, yang berasal dari Baghdad. Menerima pendidikan agama di peringkat awal daripada kaum keluarganya sendiri. ********************** Syeikh Abdul Malik kemudiannya belajar di Aceh yang digelar “Serambi Makkah. Adalah dipercayai beliau telah menerima pendidikan secara langsung daripada ulama besar Aceh, Syeikh Abdul Rauf Singkel (1030-1050/1620-1693) yang juga seorang tokoh yang berusaha membawa kepada pengukuhan terhadap aliran al-Sunnah wal Jamaah di Alam Melayu. Beliau telah menyalin kitab Tafsir Baydawi yang dikarang dalam bahasa Melayu oleh Syeikh Abdul Rauf Singkel. Selanjutnya beliau menyambung pengajian di Makkah sekitar tahun 1680, ketika beliau dipercayai berumur 30 tahun. ************************ Selama hampir satu dekad di Makkah, beliau telah berguru dengan ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim al-Kurani (1025-1011/1616-1690), yang juga menjadi guru kepada Syeikh Abdul Rauf Singkel, bersahabat dengan pelajar-pelajar yang seangkatan dan seperjuangan dengannya seperti Haji Mohd Salleh bin Omar al-Semarani dari Jawa, Dato’ Syed Abdullah dari Terengganu, Fakeh Abdul Kadir Palimbang, Fakeh Abdul Rahman Patani, Fakeh Abdul Samad Kedah dan Haji Mohamad Siantan dan mengajar apabila terdapat peluang berbuat demikian. Semasa berada di Makkah dan juga Madinah, Syeikh Abdul Malik telah memberi penumpuan kepada keilmuan tiga serangkai, iaitu ilmu-ilmu Fikah, Usuluddin dan Tasawuf disamping Tafsir, Hadis dan ilmu-ilmu bantu seperti nahu, saraf dan sebagainya. ************************ Beliau mendalami Fikah al-Shafie dengan berguru kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani yang telah menggantikan Ahmad Qushashi yang menjadi pengajar kepada pengikut Imam Shafie di sana. Bidang Usuluddin yang diikutinya pula adalah berdasarkan pendekatan Imam al-Asya’ari yang menjadi pegangan umum pengikut ahl-al Sunnah wal Jamaah, manakala bidang Tasawuf yang diceburinya pula adalah berdasarkan etika ubudiyah kepada pengajian Tasawuf. ************************** Syeikh Abdul Malik memilih Tarekat Shadhiliyah yang diasaskan oleh Abu al-Hasan al-Shadili (M. 656/1258) yang berasal dari Maghribi. Beliau berkenalan dengan tarekat ini menerusi pengajiannya iaitu melalui karangan pendukung utama daripada kalangan generasi ketiga aliran sufi iaitu Ibnu ‘Athaillah (M. 709/1309). Tulisan yang menarik minatnya itu ialah Al-Hikam di samping al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir, Lata’if al Minan dan Taj al-Arus. *********************** Pengajaran al-Shadhili dan Ibnu ‘Athaillah dianggap lanjutan daripada pendekatan Tasawuf al-Imam al-Ghazali dan kitab Ihya ‘Ulumuddin menjadi kitab penting bagi pengajaran bagi Imam Abu al-Hassan al-Shadhili dan pendukung-pendukungnya. Sebagai seorang yang kesedaran tentang peri pentingnya mendalami ilmu Syariat di samping Usuluddin sebagai asas mendalami ilmu Tasawuf, Syeikh Abdul Malik sendiri, sebelum pemergiannya ke Tanah Suci sudah pun mendalami beberapa bidang ilmu tersebut. ********************** Ilmuan yang menjadi rujukannya berjumlah tidak kurang dari 143 orang, antara yang terpenting di kalangan mereka itu ialah Ibn ‘Athaillah dan Abu al-Hasan al-Shadhili sendiri, Abu al-Abbas al-Mursi, Ibn Arabi, Abu Hafs Umar bin Muhammad bin Abd Allah al-Suhrawardi, Abu Turab al-Khashabi, Abu Yazid al-Bistami, Abu Talib al-Makki, Abu Hamid al-Gahzali, Abu al-Qasim al-Nasr Abadhi, Abu Bakar al-Shibli, Abu Nasr al-Sarrj, Ahmad al-Rifa’i, Ahmad Ibn Hanbal, iBn Abbad, Hassan Basari, Junayd al Baghdadi, Ahmad Zarruq, Shal bin Abdullah, Sirri al-Suqti, al-Sha’rani, Abd al-Salam bin Mashish dan Ma’ruf al-Karkhi. Selain itu, beliau juga banyak merujuk kitab Fusus al-Hikam oleh Ibnu Arabi, Qut al-Qulub oleh Abu Talib al-Makki, karya-karya al-Ghazali seperti Ihya Ulumuddin dan Minhaj al-Abidin, al-Luma oleh Abu Nasar al-Sarraaj al-Tusi, alRi’ayat Li Huquq Allah dan Amal al-Qulub wa al-Jawarib oleh al-Harith al Mushasibi, Sharh terhadap Hikam berjudul Hikam Ibn ‘Athaillah atau Qurrat al-Ayn oleh Ahmad Zarruq dan Halat Ahl al Haqiqat Ma’a Allah oleh Ahmad al-Rifa’i. ************************ Peranan Syeikh Abdul Malik sebagai pengajar di Makkah menyerupai penglibatan sebahagian penting ulama-ulama lain dari seluruh dunia yang menjadikan Tanah Suci sebagai pusat pendidikan. Pelajar-pelajar yang menjadi tumpuan beliau adalah mereka yang datang dari Tanah Jawi. Kedudukan Syeikh Abdul Malik di sini mempunyai persamaan dengan kedudukan ulama-ulama Jawi yang lain seperti Syeikh Daud bin Abdullah Fatani, Syeikh Abdul Samad Palimbang, Syeikh Mohamad Nawawi al-Bentani dan Syeikh Mohamad Khatib bi Abdul Latif Minangkabau. Sebagai guru yang amat meminati Tasawuf beraliran etika Ubudiyah yang diperolehi oleh Imam al-Ghazali, beliau juga memilih mengajar dengan menggunakan karangan-karangan yang menjadikan hasil karya Hujjatul Islam itu. Kitab-kitab yang dimaksudkan itu termasuklah Ihya Ulumuddin. Matan Hikam Ibnu Ata’ul-Lah yang dianggap sebagai lanjutan dari pendekatan etika Ubudiyyah al-Imam al-Ghazali juga ternyata mendapat perhatian istimewa dari Syeikh Abdul Malik. Minat Syeikh Abdul Malik terhadap Matan Hikam diperkukuhkan lagi oleh permintaan sahabat-sahabatnya seperti terjelas dalam Hikam Melayunya: **************************** (Dan) sanya telah meminta akan daku setengah saudaraku yang salik bahawa menterjemahkan aku akan dia dengan bahasa Jawi supaya memberi manfaat dengan dia segala orang yang mubtadi, maka ku perkenankan atas yang demikian itu dengan sekira-kira yang difahamkan Allah Taala akan daku (dan) adalah au memanjangkan sedikit perkataannya kerana aku memasukkan perkataan sharahnya dengan sekadar kifayah bagi orang mubtadi mengetahui dia……?. ********************** Karangan di atas menunjukkan bahawa sahabat-sahabatnya di Makkah telah memintanya mengarang, sesuatu yang mencerminkan martabat kedudukannya di kalangan kawan-kawannya. Dengan penulisan tersebut Hikam Melayu merupakan sebuah kitab Tasawuf terbesar dan terawal menurut aliran ahli Sunnah wal-Jamaah di dalam bahasa Melayu. *********************** Adalah dipercayai bahawa Syeikh Abdul Malik pulang ke tanah air sekitar pertengahan tahun 1660-an ketika berusia lebih kurang 40 tahun. Kehadirannya di dalam masyarakat tempatan, yang diperkukuhkan oleh Hikam Melayunya serta pertalian dengan pembesar tempatan di Negeri Terengganu. Malah disebabkan oleh pertalian Terengganu dengan Johor, peranan Syeikh Abdul Malik menjadi lebih penting lagi dalam kontek perkembangan sosial semasa. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai beliau dikatakan bertanggungjawab membawa dan menabalkan Zainal Abidin I menjadi sultan pemerintah Negeri Terengganu (1725-1734) yang berlangsung di Tanjung Baru. Raja tersebut juga telah berkahwin dengan anak perempuan Syeikh Abdul Malik. Apabila Syeikh Abdul Malik berpindah dari Hulu Terengganu dan menetap di Pulau Manis baginda juga telah turut sama berpindah dan menetap tempat yang baru sebelum memilih tempat persemayam tetapnya di Kuala Terengganu. ************************ Syeikh Abdul Malik menjadi peneraju program pendidikan agama di Terengganu, sama ada selaku ulama istana atau sebagai guru kepada orang ramai. Di istana, Syeikh Abdul Malik berdampingan bukan sahaja dengan Sultan Zainal Abidin I tetapi juga dengan pembesar-pembesar yang turut berguru dengannya. Di dalam upacara keagamaan, beliau diberi peranan mengetuai majlis-majlis tersebut. Dalam penglibatannya sebagai Syeikh al-Ulama dan Mufti beliau mengeluar fatwa-fatwa berhubung dengan pegangan ke-Islaman dan hukum hakam. Dengan berpandukan pengalaman pengajian di Jawa, Aceh dan Makkah, beliau telah menjadikan Pulau Manis sebagai tempat pengajaran dan ibadat yang didatangi oleh pelajar-pelajar dari jauh dan dekat. Adapun kitab beliau yang kedua terbesar selepas Hikam Melayu, iaitu Kitab Kifayah merupakan sebuah karya yang merangkumi Usuluddin dan Fekah. ********************** Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis meninggal dalam lingkungan usia 86 tahun iaitu pada tahun 1149H bersamaan 1736M sebagaimana yang terakam pada makamnya. ******************** Ya, 'Tokpulomanis' harum namanya sehingga ke Indonesia dan serata dunia, maka pada pendapat hamba yang daif ini, alangkah indah jika Islam dan seluruh hukum hakamnya termasuk hudud dapat ditegakkan di bumi Terengganu Darul Iman khasnya dan Malaysia amnya!

Friday, November 23, 2012

Tiga 'ta' pembinasa lelaki?

****************** Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang; salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ***************** Renungan ******************* “Sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.” (Surah Muhammad:31) ****************** SAMA seperti sebelum ini, kedatangan tahun baru Hijrah (1434) disambut dengan pelbagai majlis terutama di masjid. Di masjid kampung saya ada majlis ceramah; satu perkara disentuh oleh si ustaz (usahlah saya nyatakan namanya di sini) mencuit hati saya untuk dicelotehkan. *********************** Di ruangan ini, saya pernah celotehkan bahawa pengantin baru (lelaki) malah 'pengantin veteran' perlu ada tiga 'ras' untuk kebahagiaan rumah tangga yang berkekalan iaitu waras (berkaliber sebagai pemimpin rumah tangga yang sentiasa berfikiran matang), beras (kemampuan menyediakan nafkah kehidupan) dan keras (kesihatan yang baik); kali ini ustaz dalam ceramahnya mengutarakan tiga 'ta' yang katanya menjadi pembinasa lelaki. ************************* Saya pun tertunggu-tunggu apakah 'ta' itu. Yang pertama kata si ustaz, 'takhta' iaitu kedudukan, pangkat dan kuasa. Orang yang gila 'ta' ini tidak pernah puas dengan kedudukan yang sudah diraihnya. Jika tiada kuasa, dia mahu kuasa, jika sudah ada jawatan dan kuasa dia mahu yang lebih tinggi lagi. Dia sentiasa lapar kuasa, mungkin dia mahu kedudukan setinggi langit. Dia akan buat apa saja untuk mendapatkan kedudukan ini - soal halal haram - tiada dalam kamus kehidupannya. Yang penting orang puji dan sanjungnya berdasarkan kedudukan, pangkat dan kuasa yang dia ada. ********************* 'Ta' kedua kata si ustaz, adalah 'harta'. Orang gila harta ini juga akan berbuat apa saja untuk memperbanyak kepunyaannya, halal dan haram tolak ke tepi. Harta ini adalah dalam pelbagai bentuk, yang paling penting adalah wang. Terlalu ramai orang gila wang, ada yang siang malam berhempas pulas bekerja kerana mahukan wang yang banyak. Mereka akan gembira melihat angka besar wang mereka dalam bank. Dengan melihat angka saja mereka rasa senang, tidakkah itu gila namanya. **************** Mengenai 'gila harta' ini, Nabi kita (s.a.w.), ada memberi amaran dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: "Andaikata anak cucu Adam (manusia) memiliki dua lembah emas, nescaya dia tetap menginginkan lembah (emas) yang ketiga, dan tidaklah penuh perut anak cucu Adam melainkan tanah, dan Allah memberi taubat kepada orang yang mahu bertaubat (kepada-Nya)." (Riwayat Bukhari dan Muslim) ********************* Ustaz itu memberitahu 'ta' ketiga adalah wanita. Ramai lelaki yang nampak perkasa dengan mudah tewas dengan wanita yang lemah lembut sifatnya. Ramai raja, pahlawan, 'spy' (pengintip) malah ada ahli agama tersungkur di kaki wanita. Dengan pujuk rayu wanita sudah cukup untuk mencairkan hati lelaki, semuanya akan digadaikan termasuklah takhta dan harta. Inilah pembinasa lelaki paling hebat. ******************** Dalam satu lagi ceramah yang saya dengar, si ustaz memberitahu perihal kelemahan orang lelaki dan wanita. Katanya, wanita cukup mudah tewas dengan harta kekayaan seperti assesori kehidupan seperti emas permata. Longgokkanlah harta di depan mereka, hati mereka akan cair. Orang tua ganyut yang meminang pun akan diterima asalkan dia berharta dan berkuasa. Cubalah orang tua tiada harta, tiada kuasa dan kedudukan mahu menyunting, mahukah mereka? ********************* Jika perempuan lemah pada godaan harta benda, orang lelaki pula mudah tewas dengan perempuan, kata ustaz itu. Orang tua keriput yang berkuasa jika sudah kahwin orang muda, akan didengar dan diikuti saja kehendak isteri mudanya. Disepak dan diterajang oleh si isteri pun tak apa; bagi orang lain itu satu penghinaan, bagi si tua bangka tak sedar diri mungkin ia suatu keseronokan pula...syoknya kena sepak kerana yang melakukannya si intan payung cantik jelita daripada orang asing berbangsa mulia pula. ******************* Berkenaan 'takhta' (kedudukan, pangkat dan kuasa) ketika membaca laporan mengenai Muktamar PAS ke-58 di Putik, Kelantan yang berlangsung pada 16-18 November lalu, hati saya tersentuh membaca pengakuan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa beliau senang sekali kembali menjadi nelayan ketika pelbagai pihak sibuk memperkatakan siapa akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. ***************** Ya, kedudukan, pangkat dan kuasa tidak wajar dikejar; itu bukan matlamat orang beriman; bagi mereka kehadiran di dunia ini adalah untuk mendapatkan keredaan Illahi semata-mata. Namun bagi orang yang tidak mengejar dunia, dunia akan mengejarnya pula. Itulah kedudukan, pangkat dan kuasa akan diberikan kepada mereka. Pada ketika itu, ia menjadi amanah dan inilah yang ditakuti oleh insan beriman. ****************** Seperti diperkatakan si ustaz pada awal celoteh, 'ta' (takhta) adalah pembinasa lelaki, namun jika 'ta' ini digunakan dengan ikhlas untuk mendapatkan reda Illahi, insya-Allah tugas berat yang dipikul ini akan sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah SWT. Demikian juga dengan dua 'ta' lagi iaitu harta dan wanita jika ditangani semata-mata kerana Allah Taala, insya-Allah akan membawa kita ke syurga-Nya. ***************** Sepanjang sejarah Islam, ketiga-tiga 'ta' ini telah digunakan bagi mengapai keredaan Illahi. Dengan 'taktha', telah ditegakkan negara Islam Madinah, dengan adanya 'harta', Sayidina Abu Bakar r.a. telah menunjukkan contoh apabila mendermakan seluruh miliknya untuk jihad fisabillah manakala dengan adanya wanita serikandi seperti Sayidatina Khadijah Khauwalid, Sayidatina Fatimah Rasulullah dan Sayidatina Aishah Abu Bakar telah membantu menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. ***************** Mereka berdiri kukuh di sisi suami, bapa atau saudara mereka dalam perjuangan menegakkan Islam. Terbukti tiga 'ta' itu (takhta, harta dan wanita) jika dipimpin di jalan benar, semuanya adalah penyumbang ke arah syurga Allah, jika disalahgunakan akan menjerumuskan seseorang lelaki ke neraka Illahi!

Saturday, November 17, 2012

Perkembangan global sinari PAS, Pakatan

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ******************************** Renungan ********************************** Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim) ******************************* KETIKA menjadi editor luar negara sebuah akhbar harian nasional pada tahun-tahun 1990-an dulu, antara perkembangan global yang mendebarkan saya dan petugas berita luar negara lain adalah kejatuhan Soviet Union dan kejayaan Barisan Penyelamat Islam (FIS) dalam pilihan raya yang meletakkannya hampir menerajui kerajaan Algeria. Peristiwa terlerainya Soviet Union yang membawa kepada kemerdekaan 15 republik termasuk Rusia sudah banyak diulas tetapi tidak demikian halnya dengan kejayaan FIS. ***************************** FIS pimpinan Abbasi Madani dan Ali Benhaj adalah parti Islam pertama di dunia memenangi sesebuah pilihan raya. Bagaimanapun kemenangan itu tidak dapat diterima, pihak tentera dengan segera mengambil alih kuasa. Akhirnya kedua-dua tokoh FIS itu merengkok dalam penjara. Negara dan kuasa Barat bersorak gembira, tidak ada langsung pihak yang mencela rampasan kuasa tentera. Pendeknya Barat tidak dapat menerima pihak Islamis memerintah hatta negara umat Islam sendiri. ************************* Namun perkembangan global sekarang seperti kejayaan kumpulan Islamis di Tunisia dan Mesir menubuhkan kerajaan dengan tidak disanggah kuasa dan negara Barat, menunjukkan sudah berlaku perubahan drastik dalam percaturan politik dunia. Demikian juga perubahan ke arah pemerintahan lebih Islamik berlaku di negara seperti Turki, Bosnia malah wilayah autonomi seperti Aceh tidak pula tidak digugat oleh kuasa Barat. Apakah ini petanda bahawa pihak Islamis berpotensi untuk berperanan lebih kuat di negara-negara umat Islam termasuk Malaysia? ****************************** Bagi kita di Malaysia, perkembangan global ini memberi sinar harapan kepada PAS dan rakannya dalam Pakatan untuk mencorak perubahan ke arah politik lebih matang yang dapat diterima di peringkat antarabangsa. Jika dunia dapat menerima perubahan politik di negara Arab/Islam seperti Mesir dan Tunisia, diharapkan perubahan di Malaysia juga dapat diterima dengan tangan terbuka. Dihujahkan bahawa jika dunia dapat menerima perubahan ini (termasuklah penyingkiran pemimpin diktator mengaku pejuang demokrasi) seperti Hosni Mubarak dan Zine el-Abidin ben Ali, apakah masyarakat Malaysia mahu terus kekal dengan slogan tuanya - dulu, kini dan selamanya. ***************************** Jika dulu kemenangan Islamis atau golongan didakwa fundamentalis ini amat ditakuti dunia Barat, tetapi kini pandangan serong ini mulai reda. Seorang penganalisis kanan Amerika Syarikat, Ian Lesser tidak lama dulu, membentangkan bahawa kebangkitan kumpulan fundamentalis Islam di Afrika Utara dan Timur Tengah mendatangkan ancaman keselamatan baru kepada dunia Barat selepas berakhirnya Perang Dingin. Lesser, seorang penganalisis dasar kanan untuk Rand Corporation, mendakwa kawasan bergolak dan mungkin dilanda kekacauan merentangi Afrika Utara melalui Aegean, Turki, Balkan, Caucasus dan Asia Tengah. ************************** Namun kini pandangan tokoh seperti Lesser adalah sesuatu yang terpencil, apatah lagi Barack Obama yang memenangi pilihan raya Presiden Amerika buat sepenggal lagi menjanjikan dunia yang lebih aman. 'Ketidak-ghairahan' Barat untuk 'berperang secara terbuka' dengan golongan Islamis menimbulkan pertanyaan; mungkinkah ada perkembangan yang menjanjikan perkembangan positif dunia Barat dan Islam? ************************ Memang benar, kuasa Barat dengan kehebatan armada perang berteknologi tingginya dapat menduduki dengan mudah negara umat Islam seperti Iraq dan Afghanistan tetapi sepanjang sejarah Islam, pihak yang mendominasi akhirnya akur kepada kehebatan agama penduduk rantau yang dikuasai. Misalnya, orang Mongol yang terkenal zalim dan kejam selepas memusnahkan Baghdad (empayar Abbasiyah) pada tahun 1258, melahirkan keturunan pemeluk Islam hebat yang telah membina beberapa kerajaan gagah di Asia Tengah. Pemerintah empayar Moghul di India yang masyhur itu juga berketurunkan orang Mongol yang zalim itu. ************************* Bagi kita Barat dengan segala helahnya untuk menguasai dunia secara mutlak selepas hancurnya blok komunis pada 1990-an dulu, terus gagal sekalipun kerap memangsakan negara dan umat Islam dalam satu percaturan dinamakan Barat lawan Islam, dengan kemuncaknya pemburuan terhadap apa dituduh sebagai pengganas Islam selepas runtuhnya bangunan Pusat Dagangan Dunia dalam satu serangan pada September 2001. ************************ Hari ini satu demi satu kepincangan dunia Barat yang terselindung di sebalik kecanggihan teknologi dan apa didakwanya kemodenan hidup; terserlah satu demi satu. Barat kini dihuni manusia berpenyakit lemah jiwa, dibelenggu keruntuhan akhlak dan rapuhnya nilai-nilai rohaniah yang menyebabkan ia lemas di tengah-tengah pertarungan agama dan ideologi. Mungkinkah kebangkitan Islam membingungkan masyarakat dan negara Barat? ************************* Semakin ditekan, Islam bukan saja bersemarak di negara umat Islam seperti Mesir tetapi juga di negara Barat sendiri. Kini Islam muncul sebagai agama paling pantas berkembang di Amerika Syarikat dan sejumlah besar negara di Eropah. Ramai individu Barat yang 'menjelajah' negara Timur seperti wartawan Yvonne Ridley dan aktivis Laura Booth (adik ipar bekas PM Britain, Tony Blair) akhirnya memeluk Islam walaupun mereka membenci orang Islam pada mulanya. *************************** Semua ini menunjukkan Islam berpotensi didaulatkan termasuk di negara kita. Insya-Allah Islam akan menyelamatkan umat manusia, tidak kira di Barat atau Timur! Ya, ini satu perkembangan menarik menunjukkan PAS berpotensi menang dalam pilihan raya umum nanti!

Thursday, November 15, 2012

It pays to lead a healthy lifestyle

In the name of God, Most Merciful, Most Compassionate; blessing and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflections
"I have only created Jinns and Men, that they may serve Me." (Zariyat 51:56)
This article was written as I was sitting on a chair facing my 75 years old father who was in bed after performing a Green Light Laser Therapy to treat his enlarged prostate and stone condition in his bladder at a renowned private hospital in Melaka.
Alhamdulillah (Praise to Allah the Almighty), after spending some five hours in the operation theatre, he was brought to his ward and now, at about 3.00 a.m. on the 1st November, I had this opportunity to write this article as he was soundly asleep after performing his 'jamak’ (combined) maghrib (dusk) and isyak (late evening) prayers in bed.
Well, readers, I was in the dark about enlarged prostate, so I was thankful when a nurse at the urology clinic of the hospital provided me with a few pamphlets when my father and I turned up for our first appointment a week ago. That appointment was made after my father experienced difficulty when urinating.
What is an enlarged prostate? In medical terms it is known as Benign Prostatic Hyperplasia (BPH), also known as enlarged prostate. Historically, this condition has been treated with medication or an invasive medication surgical procedure, Transurethral Resection of the Prostate (TURP).
Today we have the opportunity to choose an advanced, treatment option known as Green Light Laser Therapy. The prostate is a gland in the male genital-urinary tract. The main function of the prostate is to produce fluid that transports sperm during ejaculation. The prostate is located below the bladder and surrounds the urethra. The urethra is the tube that carries urine from the bladder through the penis. Another name for the urethra is the urinary channel. BPH is a non-cancerous (benign) enlargement of the prostate. Your prostate grew to normal size during your teenage years.
Usually, the prostate grows to the size of a walnut. The prostate may begin to grow again when a man reaches middle age. The reasons for this growth are not fully known. By the age of 80, 80 percent of men have BPH. BPH causes symptoms in many older men. An enlarged prostate presses on the urethra. The pressure can obstruct the flow of urine through the urethra.
Obstruction of the flow of urine can cause problems, including frequent urination, especially at night (nocturia) ,weak urine flow, sudden urge to urinate (urgency), trouble starting and stopping your urine stream (hesitation), inability to completely empty your bladder, pushing or straining to urinate and pain or burning during urination. Enlarge prostate is common among men of 50 years and above. Unhealthy life styles have a share in contributing to this illness.
I am thankful to Allah SWT for my father's speedy recovery, I am thankful to the specialists, doctors ,nurses and all staff of the hospital for their commitments. Experiences at the hospital has made me realized the importance of taking care of our health. It is costly to undertake medical treatment and it my father’s case the cost of Green Light Laser Therapy was a cool RM18,000! That amount was a burdensome but when shared equally amongst my eight brothers and sisters, it became a relief with each forking out less than RM3,000.
Perhaps it is timely for us to think about our medical insurance or having a special bank account for our medical expenses especially for uses during our 'veteran' and rainy days. It is good if siblings could agree to provide a fixed monthly contribution for that special fund to finance for medical needs of their parents or even themselves.
But as the old saying goes, ‘preventing is better than cure’, then it is advisable for us to lead a healthy life style and it pays to do so, so watch out the food you eat, exercise regularly and do not smoke. Smoky could lead to serious diseases such as lung cancer and cardiovascular disease and the treatment cost could burnt a very, very big hole in your pocket. Smoking too could lead to erectile dysfunction (ED). About 43% of men smoking are prevalence to ED. Men are advise on benefits to improve health including sexual heath because physical fitness improves overall blood circulation in the body, which is important to maintain vitality in men. It also helps to reduce stress and anxiety, which negatively affects desire, thus promoting optimal sexual well-being.
Physical fitness improves adrenal function leading to men having higher testosterone levels, which increases and the ability to perform It also increases energy levels levels leading to increase endurance and the ability to maintain and erection for a longer time. Furthermore, physical fitness leads to improved self-esteem, which helps to maintain a healthy body image and confidence level. Experts have drawn five tips to better health. They are diet modification, do not smoke or use tobacco, increase physical activity, regular health screenings and maintain a healthy weight (BMI between 20-25).
Regarding health, the Prophet (peace be upon him, s.a.w.) did mention it in a 'hadith' that read: "Take benefit of five before five: Your youth before your old age, your HEALTH before your sickness, your wealth before your poverty, your free time before you are preoccupied, and your life before your death." (Hadith narrated by Ibn Abbas and reported by Al Hakim) If we aim to keep ourselves in good health, in order that we can prolong our lives and worship to Allah, then we would be rewarded handsomely by Him. - ES

Tuesday, November 13, 2012

Presiden AS perlu matang hubungan dengan dunia Islam

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Nafsu itu benar-benar suka menyuruh yang buruk, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku." (Yusuf 12:53)
Sama ada Barack Obama (Demokrat) mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Amerika Syarikat buat sepenggal lagi atau Mitt Romney (Republikan) menjadi Presiden ke-45, peneraju negara yang mendakwa kuasa tunggal dunia itu, perlu matang dalam hubungan dengan umat, negara dan dunia Islam.
Ini kerana perkembangan terkini di dunia Arab seperti di Mesir, Tunisia dan Libya menyaksikan pemimpin dan parti bernaunsa Islam menerajui kuasa selepas berlaku kebangkitan rakyat manakala di rantau lain seperti di Xinjiang (China), Kashmir (India), Chechnya (Rusia), Mindanao (selatan Filipina) dan Rakhine (Myanmar) umat Islam berterusan ditindas dan dizalimi walaupun dilaporkan sudah diusahakan pelan damai di wilayah bergolak seperti Mindanao yang membabitkan bansa Moro.
Pastinya dalam mendepani isu Palestin dan Israel, Amerika tidak dapat lagi meneruskan lagak lama kerana negara sekutunya seperti Mesir tidak lagi diterajui pemimpin terlalu pro-Amerika seperti Hosni Mubarak. Sebaliknya Mesir kini diterajui Dr Mohamad Morsi yang mempunyai kaitan kuat dengan Ikhwanul Muslimin yang dizalimi Mubarak. Diharapkan Presiden Amerika tidak mengulangi kesilapan Presiden ke-43, George W Bush yang menyumbang kepada kemusnahan Iraq dan kehancuran Afghanistan. Sebaliknya, Presiden Amerika diharapkan dapat menyumbang dalam menjadikan dunia tempat aman untuk didiami seluruh insan.
Dulu Obama diharapkan dapat member sinar kepada hubungan AS-dunia Islam selepas membuat ucapan memberangsangkan dan bersejarah di Kaherah, namun hakikatnya adalah sebaliknya. Obama terlalu pro Israel hinggakan melantik anak seorang militan Zionis Israel, Rahm Emanuel sebagai Ketua Staf (Chief of Staff)nya. Emanuel, bekas penasihat Bill Clinton, adalah anak seorang pemimpin Irgun (Etzel atau IZL), sebuah kumpulan militan Zionis yang bergerak di Palestin pada 1931-1948. Apabila tokoh Yahudi sudah menguasai Obama, apakah yang dapat diharapkan daripada lelaki ini untuk membawa keamanan di dunia, khususnya di Timur Tengah?
Sejarah merakamkan bahawa tentera Amerika yang hebat dan sofistikated itu tidak pernah terbabit dalam peperangan di negara sendiri sebaliknya menunjukkan kejantanan dan membasahi darah bumi yang jauh seperti Timur Tengah, Afghanistan dan Vietnam. Namun, kuasa Ilahi tidak mampu dihalanginya; kini taufan Sandy telah menghuru-harakan negara itu. Dunia menanti pemasyhuran Presiden Amerika dengan penuh harapan, moga-moga beliau dapat menjadikan dunia lebih aman, namun pemimpin negara umat Islam tetap menunjukkan reaksi berhati-hati. Obama malah presiden terdahulu seperti Bush Jr dilaporkan cuba memahami Islam termasuk mengadakan majlis berbuka puasa untuk sejumlah pemimpin umat Islam, persoalannya aspek Islam mana yang difahami oleh mereka.
Jika Bush melabelkan orang Islam sebagai pengganas selepas serangan ke atas WTC, Obama mengambil sikap lebih berhati-hati, dan diharapkan Presiden baru Amerika lebih matang dalam menghadapi isu membabitkan umat dan dunia Islam. Hari ini berdasarkan perkembangan semasa, dunia terus dihantui keganasan bukan dilakukan oleh orang Islam ke atas orang bukan Islam bagi melayakkan mereka dicop sebagai 'pengganas Islam' seperti dilabel Bush, tetapi kezaliman yang semakin menjadi-jadi ke atas umat Islam.
Contohnya amat jelas, rejim Israel semakin ganas ke atas umat Islam Palestin, rejim Moscow makin ganas ke atas umat Islam Chechnya, rejim Beijing semakin ganas ke umat Islam Xinjiang dan yang terbaru keganasan rejim Myanmar (Burma) ke atas orang Islam Rohingya. Sehubungan itu, diharapkan Presiden Amerika dapat memahami umat dan dunia Islam dan bagi orang Islam sempena kedatangan tahun baru Hijrah, marilah kita bersama-sama berdoa agar Presiden Amerika tidak lagi melumurkan tangannya dengan darah anak-anak di dunia Islam seperti Afghanistan, Palestin dan Iraq seperti dilakukan Bush laknatullah.

Sunday, November 11, 2012

Haji berperananlah sebagai utusan kebenaran , bukan utusan Melayu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan "Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis laporan Muslim)
SELAMAT pulang diucapkan kepada kira-kira 28,000 jemaah haji Malaysia; semoga dikurniakan Allah SWT haji mabrur yang tiada balasannya kecuali syurga.
Haji mabrur amat mulia dan berharga, untuk memperolehinya menjadi harapan setiap orang beriman. Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud; "Dari umrah ke umrah adalah penghapus dosa di antara kedua-duanya. Dan haji mabrur tiada balasannya kecuali syurga. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Seseorang haji dan hajah perlu bertanggungjawab dan berusaha keras memastikan ibadah hajinya itu kekal mabrur (yang diterima) sepanjang hidupnya. Seseorang haji dan hajah sewajarnya mengekalkan peranannya sebagai utusan kebenaran dan menjadi model kepada masyarakat.Namun apa dikesali masih ada haji dan hajah yang mahu berterusan menjadi utusan atau penyambung lidah orang Melayu yang sikap mereka kadang-kadang tidak sejajar dengan kehendak Islam.Amalan dan sikap buruk sesetengah Melayu seperti percaya kepada hal karut marut (termasuk khurafat dan perbomohan), enggan menambah ilmu, fitnah memfitnah dan mutakhir ini mempertikai dan mempermain-mainkan hukum Allah SWT seperti hudud perlu dibanteras oleh semua Muslim apatah lagi di kalangan mereka bergelar haji dan hajah.
Haji dan hajah adalah utusan kebenaran; mereka perlu sentiasa menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan sebaliknya tidak membabi buta menjadi utusan (rasul) Melayu yang kerjanya hanya mahu memenangkan ‘tuannya' sekalipun terpaksa melanggar perintah Allah seperti mempersenda-sendakan hukum hudud atau menggunakan pihak lain untuk melakukannya. Mereka akan melakukan apa saja bagi mencapai matlamat termasuk menang pilihan raya untuk kekal berkuasa dulu, kini dan selamanya, sekalipun terpaksa menghina agama sendiri.Setiap Muslim, apatah lagi yang bergelar haji dan hajah perlu mengetahui bahawa mengamalkan Islam sepenuhnya dan menegakkan segala hukum-hakamnya menjadi tanggungjawab mereka.Apabila dinyatakan mengamalkan Islam sepenuhnya, ia bermaksud menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan hidup dalam semua bidang kehidupan.
Ia bukan sahaja dalam soal ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji seperti difahami sesetengah pihak tetapi merangkumi segala-galanya - daripada soal dipandang remeh temeh kepada urusan mengatur masyarakat seperti politik (termasuk pilihan raya), muamalat dan perundangan.Dalam urusan masyarakat hari ini banyak perkara termasuk hukum-hakam disandarkan kepada undang-undang ciptaan manusia. Manusia memilih untuk melaksanakan perintah Allah dalam perkara yang dirasakan menguntungkan dirinya sebaliknya menolak yang difikirkan tidak menguntungkan.Perhatikan, misalnya bagaimana penerimaan seseorang Muslim itu terhadap perintah menjalankan hukum qisas (ayat 178 Surah Al-Baqarah) dan perintah berpuasa (ayat 183 Surah al-Baqarah). Kedua-dua ayat bermula dengan, “Wahai orang-orang beriman...” namun mengapa perintah berpuasa dijalankan dengan senang hati sedangkan qisas disertakan dengan 1,001 alasan.
Pesanan Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi melalui buku 'Panduan Untuk Jemaah Haji dan Umrah serta Pengunjung Masjid Rasul' (diberikan kepada semua jemaah haji) yang menegaskan perkara-perkara yang membatalkan Islam, perlu dihayati.Selain syirik iaitu mempersekutuan Allah yang dianggap kesalahan terbesar, turut disenaraikan perkara batil ialah berkeyakinan bahawa petunjuk lain daripada Nabi s.a.w. adalah lebih sempurna atau berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi s.a.w. lebih baik seperti mereka yang mengamalkan peraturan thaghut (aturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang daripada hukum Allah) dan mengenepikan Rasulullah s.a.w. Maka orang yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir.
Sebagai contoh;
a) berkeyakinan bahawa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada Syariat Islam; atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan sekarang; atau Islam adalah sebab kemunduran umat Islam; atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan dunia.
b) Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah seperti melaksanakan hukum hudud, memotong tangan pencuri dan merejem penzina yang telah berkahwin (muhsan) tidak sesuai lagi pada masa kini.
c) Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundungan yang lain daripada Syariat yang diturunkan oleh Allah SWT sama ada dalam hukum muamalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada Syariat Islam kerana dengan sedemikian, ia telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah WT menurut ijmak (kesepakatan) ulama.
Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah SWT dalam agama seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain daripada Syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam.Perkara lain yang boleh membatalkan Islam ialah membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai Syariat walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian dia telah menjadi kafir, kerana firman Allah SWT yang bermaksud: "Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang diturunkan Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka."
Selain itu, mempersendakan Allah SWT atau Kitab-Nya, atau Rasulullah s.a.w. atau sesuatu daripada ajaran agama, maka dia telah menjadi kafir, kerana firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu sekalian memperolok-olok? Tiada ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman."

Friday, November 9, 2012

They love you because you are beautiful…

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
Reflection
The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance.
OVER the years, several stray cats sought protection in garages and sheds erected near my house. My family members gave them food, and with ‘the good living condition’, they multiplied fast. Eventhough the cats roamed freely in our compound, they were not allowed to enter our house.
A lookalike civet cat, named ‘Musang’ by my family members became ‘popular’ among my children; she delivered offspring several times in a year. If she delivered three kittens at a time, imagine in a year’s time, there would be nine ‘new faces’ around.
One of the kittens became a favourite among my boys and girls. It grew up becoming a ‘beautiful’ grey cat, with thick hair and a fat body. My children called it ‘Momok’, as it was ‘gemuk’ (fat). Almost everyone especially my ten year old daughter liked to pamper ‘Momok’. They would bring it inside the house, played and sometimes sleep with the cat in bed. Momok was very ‘manja’ (like to be pampered) and playful. It did not mind if the children put it into bed and cuddled it. They all loved Momok, or was it because of its beauty?
Unfortunately Momok ‘good appearance’ did not last long. It developed illness after being attacked by lice especially on its ears. It's beautiful and soft hair started to fall in a few weeks time, it became so thin, its face swollen and small wounds were all over its body.
I felt pity for Momok. After ‘being transformed’ from a cute cat to a ‘kucing kurap’ (stray cat), nobody like it. It was not allowed to enter the house what more to be cuddled and taken to bed by my daughter. It was a sad episode for Momok, it was loved because of its beauty, when it lost that trait; it was dumped away.
Thinking about the ups and downs life of Momok, I guessed that in life we (human beings) are not love just the way we are but because the ‘things’ and ‘traits’ that are tacked to us. In Momok’s case, it was beauty that made my children fall for it, so in our life, do not make assumption that people like us just because the way we are. Perhaps they like or love us because of our beauty and who knows when this trait will fade or we fall ill, they would just dump us!
Beware, because sometimes people shower their like or love to us because of our position, money, power and so on. When we are ‘somebody’, they try to win our hearts but when we have nothing to offer, they just walk away.
So to leaders, take note that when the people say they love and support you, some might be good at talking because in actual sense they are only afraid or after your position and wealth. If you were a nobody; they would just say sayounara to you!
In my opinion, we should love all including animals the way they are. If we only love and give food and fondle our beautiful pet cat but chase away a ‘kucing kurap’, then we are not cat or animal lovers. We are only ‘beauty lovers’.
We love the cat because it is good to stroke its beautiful body; what would happen if the cat suddenly developed illness and transformed into ‘a skeleton figure’, would we be still love it? Or we just dump it as in the case of Momok? We should be sincere (ikhlas) in our actions including when treating animals. We should only love them for the sake of Allah SWT. Thus we would give the same treatment to a beautiful cat or a ‘kucing kurap’. To us, all of them are God’s creatures; they deserved to be treated fairly.
In two separate hadiths narrated by Abu Hurayrah (the cat-loving Companion), the Prophet told his Companions of the virtue of saving the life of a dog by giving it water and quenching its thirst: one referred to was a man who was blessed by Allah for giving water to a thirsty dog. The other was a prostitute, who filled her shoe with water and gave it to a dog that was lolling its tongue in thirst. For this deed she was granted the ultimate reward: eternal Paradise. Note that the man and woman gave water not to their pet dogs but stray ones; they only did the good deeds for Allah’s sake. They loved Allah’s creatures; it didn’t matter if others did not appreciate their good deeds. It was only to please Allah SWT.
Truly generous persons feed the hungry, saying, “We feed you for the sake of Allah Alone, we seek from you neither reward nor thanks.” (Qur’an: 76:9) If those who treated animals well were praised by Allah SWT, those who mistreated them would be seeing the doom. Regarding this, Ibn Umar reported: The Messenger of Allah, (peace be upon him, s.a.w.) said, “A woman was punished because of a cat she had imprisoned until it died. She entered Hellfire because of it. She did not give it food or water while it was imprisoned, neither did she set it free to eat from the vermin of the earth.” (Sahih Bukhari, Book 56, Number 689)
As for non pet but animals used to help men in their work such as transportation; in respect of these dumb animals and ride them when they are fit to be ridden and get off them when they are tired. In his book ‘Enjoy Your Life’ (Darussalam), Dr Muhammad ‘Abd Al-Rahaman Al-‘Arifi, noted that when good interpersonal skills become one’s habit, they become his second nature and an integral part of his personality. Such a person is always found to be easygoing, light-hearted, gentle, forbearing and sensitive with all, including ANIMALS and non-living things.
Dr Muhammad noted that Prophet Muhammad s.a.w. loved all animals with a few examples from his life. Once, when the Prophet s.a.w. was on a journey with his companions, he stopped over to answer the call of nature. Meanwhile, one of his companions noticed a redstart bird with two chicks. He took the chicks away. The bird came and began to circle around them flapping its wings. When the Prophet s.a.w. came and saw the scene, he turned to his companions and said, “Who distressed the bird by taking its chicks from it? Return the chicks to the bird!”
On a different occasion, the Prophet s.a.w. noticed a burnt ants’ nest. “Who burnt the nest?” he demanded. One of his companions replied, “I did.” The Prophet s.a.w. became angry and said, “No one but Allah punishes with fire!” The Prophet s.a.w. was so merciful that if he saw a cat whilst he was performing ablution, he would loiwer the utensil down for the cat to drink from and then perform ablution from the leftover water. Once he passed by a man who had laid a sheep on the ground and placed his foot on its neck to slaughter it while sharpening the knife as the sheep looked on. The Prophet s.a.w. became angry upon seeing this and said, “Do you want it to die twice. Why didn’t you sharpen your knife before you laid it on the ground?”
On another occasion, he s.a.w. passed by two men in a middle of a conversation and each of them was sitting on his camel. When he saw this, he felt pity for the camels and therefore forbade people from using animals as chairs, meaning that one is not mount it except when required and that when the need is fulfilled, one should dismount and allow it to rest. The Prophet s.a.w. also forbade branding an animal in its face. Yes, the Prophet s.a.w. loved all animals, regardless of whether they were beautiful or not; but some of us love animals because of their beauty; for example a beautiful cat is pampered with love but a ‘kucing kurap’ is shooed away…!

Saturday, November 3, 2012

Melayu gagal dakwah orang Cina

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadis riwayat Ibnu Hibban, bermaksud: "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, tidur pada pakaiannya malaikat. Maka ia tidak bangun (ketika terjaga) kecuali berkata malaikat (berdoa): "Ya Allah berilah keampunan kepada Hamba-Mu si fulan (disebut nama oleh malaikat dalam doanya ini) kerana sesungguhnya ia telah tidur dalam keadaan suci."
FIRDAUS Wong daripada Perkim memukau hadirin pada sesi ceramahnya yang menekankan kewajipan seseorang Muslim untuk berdakwah, di sebuah masjid berdekatan rumah saya 19 Oktober lalu. Walaupun masa diperuntukkan adalah antara maghrib dan isyak, Firdaus ‘terbabas’ daripada tempoh ditetapkan. Seusai ceramahnya, Firdaus memberi peluang kepada hadirin bertanyakan soalan; saya tidak melepaskan kesempatan itu dengan menyoal kenapa orang Melayu gagal dalam ‘dakwah’ mereka kepada orang Cina kerana kata saya, kini ada hanya lebih kurang 60,000 Cina Muslim daripada 8 juta orang Cina di Malaysia.
Beliau membetulkan angka yang saya beri, katanya kini hanya adalah lebih kurang 40,000 Cina Muslim di kalangan 28 juta rakyat negara ini. Ya, angka ini sungguh kecil, mengapa tidak tertariknya orang Cina kepada Islam, mungkinkah orang Melayu-Islam yang merupakan kaum majoriti tidak langsung berdakwah kepada orang Cina? Dalam soalan saya kepada Firdaus, saya menekankan bahawa mengikut teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara, penduduk rantau ini diislamkan oleh pertamanya, saudagar Arab; keduanya saudagar India dan ketiganya oleh saudagar dan penjelajah Cina dengan contoh utamanya Laksamana Cheng Ho yang beberapa kali belayar melalui laut kawasan ini untuk ke Makkah bagi menunaikan haji.
Ya, dulu orang Cina terbabit mendakwah orang Melayu, maklumlah Islam dikatakan telah sampai ke negara China pada abad ke-7 sedangkan di Alam Melayu, rakyat kerajaan besarnya seperti Sriwijaya masih beragama Hindu dan Buddha. Jadi orang Melayu sebahagiannya diislamkan oleh orang Cina tetapi kenapa hari ini orang Melayu sebagai penduduk asal rantau ini tidak berjaya menarik jutaan orang Cina kepada Islam? Firdaus menjelaskan sesetengah watak dan sikap semula jadi orang Melayu itu seperti mudah tersenyum, peramah manakala anak-anak menunjukkan penghormatan kepada orang tua seperti mencium tangan ibu bapa, menambat hati kaum lain tetapi malangnya beliau mengakui orang Melayu tidak membuat kerja-kerja dakwah; ramai yang mengemukakan alasan seperti tidak pandai (tiada ilmu) dan tiada masa. Beliau mengingatkan adalah penting untuk setiap Muslim mencari ilmu, memahaminya, mengamal dan seterusnya menyampaikannya (berdakwah).
Benarkah hal-hal berkaitan Islam tidak sampai kepada orang Cina? Dalam dunia moden apatah lagi pada era perkembangan teknologi komunikasi ini, perkara ini dirasakan mustahil tetapi sebagai manusia, ‘personal touch’ (jalinan peribadi) adalah amat perlu kerana situasi ini boleh menyentuh kalbu bagi membuka laluan seseorang itu mendapat hidayah Illahi. Pada pandangan saya, ketika seorang dua pemimpin parti politik Cina hebat menyerang Islam seperti memperlekehkan hukum hudud adalah amat penting untuk orang Islam yang cintakan agamanya berperanan untuk menerangkan Islam kepada rakan-rakan Cina mereka. Merekalah diharapkan untuk melakukan ‘personal touch’ , adalah amat merugikan jika sudah bertahun-tahun kita berkawan dengan orang bukan Islam tetapi tidak pernah menerangkan hal berkaitan Islam kepada mereka.
Bolehkah kita biarkan pemimpin bukan Islam yang jahil Islam (mungkin benci Islam) berleluasa memberi gambaran mengenai apa didakwanya sebagai keburukan ajaran Islam? Sesungguhnya pemimpin seperti ini tidak layak bercakap pasal Islam tetapi mengapa kita tidak lakukan sesuatu sebelum ‘percakapan mulut busuk mereka’ masuk ke dalam minda rakan-rakan bukan Islam kita? Adalah malang jika kita menganggap hal agama adalah soal ‘taboo’ yang tidak boleh dibicarakan sesama rakan. Menyampaikan adalah tugas kita, untuk memberi hidayah itu ‘kerja’ Allah SWT. Tetapi kalau tidak menyampaikan, kita sudah berlaku khianat; seorang sahabat pernah menceritakan betapa seorang pemuda Cina Malaysia yang ‘menemui’ Islam di Amerika ketika menuntut di sana begitu marah sekali kepada rakan Melayunya di Malaysia yang tidak pernah memberi penjelasan mengenai Islam kepadanya.
Firdaus tidak meminta kita (orang Melayu-Islam) melakukan tugas yang berat-berat dalam berdakwah; cukuplah kita bermula dengan menunjukkan akhlak dan contoh baik, mencetak dan mengedar risalah penerangan atau al-Quran terjemahan bahasa Cina dan kalau itu pun kita tidak mampu lakukan, berilah bantuan kewangan kepada pihak yang menjalankannya seperti Perkim!