Friday, April 30, 2010

Khatijah Sidek: Sekelumit pandangan untuk puteri, putera harapan bangsa

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Tanda munafik itu ada tiga, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, dan apabila diberi amanah dia khianati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
***

SAYA bukan seorang politikus atau penganalisis politik. Sepak terajang orang politik memeningkan kepala. Cakap sesetengahnya susah dipercayai. Sekejap cakap begini, sekejap cakap begitu.

Saya hanyalah seorang penulis kecil yang gemar membaca. Dengan pembacaan itu, dapatlah saya 'menangkap' bahan-bahan untuk diolah dan menjadi 'santapan' pembaca. Baru-baru ini saya 'terbaca' majalah Dewan Siswa keluaran lama (November 2005) milik anak-anak saya.

Apa ada dengan Dewan Siswa, fikir saya. Majalah ini untuk budak-budak remaja, lagi pun dah lama saya tak menatapnya. Dulu semasa sekolah adalah saya membelinya, sekarang tidak lagi. Memang kebanyakan bahannya adalah untuk generasi muda. Pada saya, bahannya kurang sepadan dengan usia saya yang 'dah tua ni'.

Dalam asyik menatap 'majalah budak-budak remaja' itu, saya 'terbaca' sebuah cerpen untuk siswa, bertajuk 'Srikandi yang terluka'. Fikir saya, tentulah membosankan dan sukar difahami macam kebanyakan cerpen-cerpen dewasa ini.

Saya bosan betul membaca cerpen dengan ayat-ayat dan ungkapan kabur seperti 'seorang Salmah' atau 'seorang Ahmad yang sedih'. Apa yang saya tahu susunan ayat yang betul adalah 'seorang budak perempuan bernama Salmah' atau 'seorang pemuda bernama Ahmad'. Entahlah, saya kurang arif bab kesusasteraan ini.

Tetapi untuk 'membunuh masa', saya cuba membacanya. Aahh, ceritanya menarik pula. Kisahnya mengenai satu penyelidikan ke atas Khatijah Sidek, muslimat PAS pertama yang bertanding dalam pilihan raya. Khatijah menang dan menjadi ahli Parlimen Dungun, Terengganu, kalau tidak silap saya pada tahun 1964.

Khatijah asalnya bukanlah pejuang PAS. Beliau adalah Ketua Kaum Ibu Umno setelah Ibu Zain. Namun tiada langsung namanya disebut oleh para pemimpin Umno masa kini.

Tanyalah 'budak-budak Puteri Umno' yang terkinja-kinja menyokong Umno hari ini, siapakah Khatijah Sidek, agaknya akan meloponglah mulut mereka, tidak dapat menjawab soalan 'cepu mas' ini. Mungkin 100 peratus daripada mereka tidak tahu Khatijah Sidek adalah bekas Ketua Wanita Umno (dulu Ketua Kaum Ibu) setaraf Rafidah Aziz dan Shahrizat Jalil.

Wahai puteri-puteri Umno, putera-putera Umno, veteran Umno dan orang yang baru hendak berjinak-jinak dengan Umno, dapatkanlah segera majalah 'Dewan Siswa' ini dan tatapi dan hayatilah cerpen karya Khairul Nizam Abd Raub yang ditulis berdasarkan penyelidikan mendalam ini.

Cerpen ini adalah berdasarkan catatan sejarah. Jika catatan sejarah merakamkan jasa dan pengorbanan 'orang besar' Umno seperti Khatijah Sidek 'tidak siapa mengenangnya', jadi apalah sangat jasa dan pengorbanan yang puteri dan putera Umno telah dan akan dicurahkan, semuanya berpotensi untuk tidak dihargai apatah lagi dikenang.

Oleh itu ingat-ingatlah puteri dan putera Umno, janganlah berharap untuk mendapat balasan apa-apa pun daripada parti, kerja kerasmu berpotensi tidak akan dihargai.

Sebaik-baiknya tekadkan hatimu untuk hanya mendapatkan keredaan Allah di atas kerja-kerja yang dilakukan. Untuk tujuan itu, seseorang perlu berada di jalan yang lurus. Untuk berada di jalan yang lurus, semak-semaklah sama ada perjuangan kita, sama ada ia berada di landasan-Nya atau tidak.

Perenggan pertama cerpen 'Srikandi yang terluka' merakamkan: "Sejarah sebenarnya penuh luka dan derita. Sejarah juga milik mutlak sang penguasa. Sejarah di tangan penguasa boleh diubah dan diputarbelitkan. Namun sejarah yang lama terkubur boleh digali dan diketahui kebenaran. Tugasku mencari kebenaran kisah seorang srikandi yang terkubur oleh sejarah. Sebuah cerita luka terpendam sekian lama."

Temui Ramlah Adam, Khoo Kay Kim

Para berikutnya ditulis: "Aku sedang menyiapkan disertasi atau tesis untuk mendapatkan gelaran sarjana di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Itulah impianku sejak kecil, menjadi seorang pensyarah. Hadir di Universiti Malaya menemukan aku dengan para sejarawan termasyhur seperti Ramlah Adam, Mahadzir Mohd Khir dan Khoo Kay Kim. Usai sahaja mendapat ijazah sarjana muda, aku terus ditawarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.

"Setelah puas mencari-cari tajuk yang sesuai, akhirnya aku mengambil keputusan menjalankan kajian tentang peranan wanita dalam mencapai kemerdekaan dan kepentingan mereka dalam kewujudan parti-parti politik tanah air. Dalam kajian, aku mendapati bukan sedikit tokoh wanita terbilang mewarnai laman politik tanah air sebelum merdeka. Ibu Zain, Aishah Ghani, dan Shamsiah Pakeh ialah antara pejuang wanita tersohor ketika itu.

"Malahan banyak lagi nama aku temukan. Membaca memoir Aishah Ghani, aku amat tertarik dengan satu nama asing yang terlalu jarang dipaparkan di media arus perdana. Khatijah Sidek, wanita yang digambarkan sebagai pejuang wanita radikal, lantang dan agresif. Namun mengapa namanya seakan-akan tenggelam oleh peredaran arus masa? Dia merupakan Ketua Kaum Ibu Umno selepas Ibu Zain. Namun tiada langsung namanya disebut oleh para pemimpin wanita Umno kini. Aku semakin ghairah menggali kisah wanita misteri ini.

"Aku menjalankan penyelidikan tentang Khatijah Sidek dengan lebih mendalam. Tidak banyak sumber rujukan aku peroleh di Arkib Negara. Entah mengapa nama ini begitu menghantui fikiran. Siapa sebenarnya Khatijah Sidek? Mengapa namanya hilang bagai tidak berbekas dalam sejarah Umno?"

Melalui cerpen ini dirakamkan mengapa Khatijah Sidek 'dihumbankan' daripada Umno - parti yang menjadi sanjungan dan tumpuan orang Melayu. Antara lain ditulis: "Dengan penuh ranjau dan liku, aku (Khatijah Sidek), dilantik sebagai Ketua Kaum Ibu Umno. Tanggungjawabku semakin bertambah. Namun terlalu banyak hasad dengki dan dendam mengelilingku.

"Akhirnya, tanpa sebarang peluang untuk membela diri, aku dilucutkan jawatan. Bagaikan langit runtuh menimpa tubuh kurasakan. Tidak pernah kusangka begini balasan atas keringat dan air mata berjuang demi bangsa sendiri. Aku terlalu kecewa, sedih, dan putus harapan."

Demikianlah episod akhir yang teramat sedih bagi Khatijah Sidek, Ketua Kaum Ibu Umno. Mengikuti kisah pilu Khatijah Sidek berdekad-dekad lalu, mengingatkan derita Anwar Ibrahim yang turut disingkirkan daripada Umno.

Jika Khatijah Sidek adalah rakaman rasa kecewa yang teramat sangat kepada Umno pada zaman 50-an dan 60-an, 'tragedi' Anwar Ibrahim adalah rakaman kejelikan Umno masa kini. Hasad dan dengki adalah mainan biasa dalam Umno, itulah yang dirakamkan sendiri oleh Khatijah Sidek, Ketua Wanita (Kaum Ibu) Umno.

Oleh itu, kepada orang Melayu dan pengundi, inikah parti yang hendak diundi nanti, parti yang penuh dengan hasad dengki dan tidak mengenang jasa tokoh-tokoh besarnya. Jika jasa tokoh besar tidak dikenang, apatah lagi jasa pakcik dan makcik diceruk-ceruk kampung sana.

Cerpen 'Srikandi yang terluka' diakhiri dengan perenggan bertulis: "Aku menyusun semula surat-surat berharga itu. Benar, sejarah telah memadam nama seorang srikandi besar. Khatijah Sidek, srikandi bangsa yang terluka.

"Sekukuh azam kusematkan di hati. Nama Khatijah Sidek akan tertempa semula di tugu sejarah sebagai pejuang kemerdekaan. Sejarah akan menerima kembali seorang wanita berhati keras dan bersemangat kental. Kuburan sejarah akan terbongkar semula."

***Nota: Pembaca yang ingin menyoroti kisah Khatijah Sidek boleh mendapatkan buku 'Khatijah Sidek - Memoir Seorang Pejuang', terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala cerpen 'Srikandi yang terluka' boleh dibaca dalam majalah Dewan Siswa keluaran November 2005.

Thursday, April 29, 2010

Editor penyebar fitnah perlu dirotan 80 kali

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." (Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa' Ayat 32)
***

SEPANJANG saya belajar ilmu kewartawanan, tidak pula saya diajar matlamat membenarkan cara (Machiavelli) yang menyebabkan wartawan dan penulis tersungkur dalam lembah kehinaan. Tetapi inilah yang berlaku hampir setiap hari jika dilihat daripada penulisan laporan dan komentar dalam media massa tanah air ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Wartawan adalah kerja mulia, tetapi wartawan sendiri menyebabkan kerjaya mereka dipandang hina. Bayangkan segala fitnah (muntahan beracun) pemimpin ditangkap muat dan disiarkan dalam akhbar tanpa ditapis atau difikir-fikirkan kebenarannya. Memang betul wartawan bagaikan posmen, menghantar maklumat daripada Y kepada Z, tetapi apakah wajar segala najis yang diposkan, dihantar kepada penerima.

Pos Malaysia pun tidak menghantar semua serahan kepada si penerima. Malah awal-awal lagi bungkusan mencurigakan ditolak. Antara ditolak adalah bahan mudah hancur, ubat-ubatan dan sudah tentu bahan letupan. Tetapi media massa kita nampaknya menerima saja bahan fitnah pemimpin E untuk diletupkan di muka pemimpin A. Dan A pula tidak langsung diberi peluang untuk menjawab. Demikianlah betapa jahatnya media massa Malaysia hari ini.

Wartawan atau penulis perlu ingat apa yang mereka sampaikan itu, dosa dan pahalanya akan mereka tanggung secara berkekalan sehingga berakhirnya kesan daripada penulisan mereka itu. Ya, ia mungkin tidak akan berakhir sehinggalah dunia ini kiamat. Jadi bayangkan berapa juta pahala atau dosa (ribuan tahun kesan positif atau negatif akibat tulisan) yang akan dihimpunkan oleh seseorang wartawan itu.

Jika seorang penulis menghasilkan karya yang menjurus kepada kebaikan, pahala kebaikan daripada usahanya itu akan terus dinikmatinya sekalipun dia sudah berada ribuan tahun dalam kubur namun seorang wartawan yang menghasilkan tulisan berupa racun fitnah, dosanya akan ditanggung berterusan sehinggalah kesan daripada tulisannya itu berakhir. Bagaimana ini akan berakhir sedang keburukan itu akan diturunkan daripada satu generasi kepada generasi lain?

Imam Syatibi Rahimahullah di dalam kitabnya ‘Al Muafaqat menyatakan: “Beruntunglah sesiapa yang mati dan mati bersama-sama dosa-dosanya, dan celaka yang berpanjangan bagi sesiapa yang mati dan dosa-dosanya terus kekal berterusan 100 tahun dan 200 tahun diazab dengannya di dalam kubur…”

Mengenai bahana menolong menyebarkan berita fitnah seperti yang berlaku setiap hari sekarang ini, Haji Ahmad Haris Suhaimi dalam kitabnya ‘Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun’ (Penerbit HRs Consultant, Singapura) antara lain menulis: “Menolong menyebarkan fitnah jahat tidak kurang besar tanggungan dosanya seperti juga orang yang mula-mula menimbulkan fitnah itu.

“Sebab itulah apabila berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana orang-orang munafik mula menyebarkan berita fitnah terhadap Saiyidah Aishah r.a., suaminya iaitu Rasulullah s.a.w., maka beberapa sahabat juga (kerana terlupa) turut menyebarkan berita fitnah ini tanpa membuat penyelidikan dahulu.

“Maka setelah agak lama berlakunya penyebaran fitnah sehingga menyusahkan hati baginda s.a.w. baharulah setelah itu wahyu diturunkan untuk membersihkan Saiyidah Aishah r.a. daripada tuduhan itu. Lalu hukuman hudud iaitu rotan 80 kali dikenakan terhadap mereka yang mula-mula membawa fitnah ini dan juga MEREKA YANG MENOLONG menyebarkan fitnah ini, walaupun jika ada yang mendakwa mereka hanya menyampaikan berita itu saja.”

Sejak akhir-akhir ini media massa begitu giat menolong menyebarkan dakwaan pemfitnah. Pembuat fitnah mendakwa pelbagai perkara termasuk perkara keji seperti liwat. Tidakkah sesuatu dapat dipelajari daripada kisah Aisyah yang difitnah itu?

Jika sahabat yang tanpa sedar telah terbabit menyebarkan berita fitnah mengenai Aisyah, dikenakan rotan 80 kali, tidakkah EDITOR dan wartawan yang menolong menyiarkan berita fitnah termasuk dalam kes liwat layak DIROTAN 80 KALI?

Demikianlah betapa Islam memandang serius perkara membabitkan fitnah ini.

Selanjutnya, Haji Ahmad Haris Suhaimi menulis: “Ingatlah selalu pesanan Allah SWT kepada kita dalam menghadapi cerita-cerita yang tidak baik tentang orang lain dengan firman-Nya yang bermaksud ‘(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita (bohong) itu dari mulut ke mulut, dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja, padahal ia di sisi Allah adalah besar’. (Surah Al-Nur Ayat 15)

“Dan ingatkan pesanan Rasulullah s.a.w. tentang maruah seorang Muslim dengan sabda baginda yang bermaksud: ‘Maruah seorang Muslim itu adalah satu lubang daripada lubang-lubang api nereka’. Ini bermaksud, jangan suka memburuk-burukkan peribadi seorang Muslim, kerana perbuatan itu seperti bermain dengan lubang-lubang api nereka.

“Apapun jika seorang Muslim itu terbukti bersalah sekalipun, kita disunatkan menutup keaibannya, melainkan kesalahannya sudah terlalu amat besar yang mana ia perlu diberitahu kepada pihak berkuasa.

“Ingatlah selalu firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 192 yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh!”

Wednesday, April 28, 2010

Fatwa semasa hukum merokok menjurus kepada haram

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Daripada Muazd bin Jabal r.a. berkata, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka janganlah kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya." (HR. At Tabrani dan Abu Nuaim)
***

Kini heboh seantero dunia dalam gabus (filter) rokok ada sel babi. Namun saya perhatikan perokok tegar tidak ambil 'pot'. Di bahagian beranda surau kampung saya ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Demikian juga di beberapa surau dan masjid lain di seluruh negara. Ramai orang veteran gemar duduk-duduk di tangga atau beranda surau dan masjid, menghembuskan asap penuh kenikmatan, terutama selepas solat asar dan isyak.

Jadi, tidakkah 'asap babi' bertebaran di ruang surau dan masjid. Apakah hukum perbuatan ini?

Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan merokok berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Dibimbangi anda menghebus dan menebarkan asap zat babi dalam masjid dan surau. Tentulah ini kesalahan amat serius dan suatu dosa besar.

Kepada pengurusan masjid dan pihak penguat kuasa agama, saya berpendapat tidak cukup dengan hanya meletakkan papan tanda DILARANG MEROKOK atau MEROKOK ADALAH HARAM di dinding atau ruang depan masjid.

Tangkap saja orang merokok di kawasan masjid terutama di berandanya dan hadapkan mereka ke mahkamah. Apabila berita mereka tersiar di dada-dada akhbar, barulah penghisap 'sel babi' di kawasan sekitar masjid akan takut dan lama kelamaan akan insaf.

Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih.

Tuesday, April 27, 2010

Ini bumi Allah bukan bumi manusia!

***
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dialah yang beroleh petunjuk dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi." (Al-A'raaf Ayat 178)
***

Bersyukur ke hadrat Ilahi, kita dipanjangkan usia oleh-Nya, maka dapatlah peluang dan usia singkat ini kita memuzakarahkan perkembangan hal ehwal semasa. Kali ini kita tertarik membicarakan akibat bencana alam (letusan gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland) yang menyebabkan puluhan ribu pengembara tersadai di seluruh dunia.

Letusan gunung berapi ini menyebabkan ruang udara sebahagian Eropah berasap dan berdebu. Keadaan ini membahayakan pesawat, lantas kebanyakan negara Eropah menutup ruang udara mereka menyebabkan syarikat penerbangan membatalkan perjalanan selama beberapa hari. Akibatnya puluhan ribu penumpang terkandas. Malah diberitakan pemimpin yang didakwa paling berkuasa di dunia, Presiden Amerika Barack Obama dan wanita paling berkuasa, Canselor Jerman Angela Dorothea Merkel tidak boleh berbuat apa-apa, mereka terpaksa membatalkan perjalanan dan tugasan masing-masing.

Apakah kita tidak mempelajari sesuatu daripada kejadian mencemaskan Eropah dan dunia ini? Jika selama ini Amerika sebagai kuasa besar dunia dan negara Eropah mendabik dada memiliki kemajuan teknologi paling hebat dan dengannya mereka menghancur-musnahkan negara umat Islam tidak berdaya seperti Iraq dan Afghanistan, apakah mereka mempunyai jawapan bagaimana menangani kehebatan Sang Pencipta melalui ledakan gunung berapi ini?

Bahana diturunkan oleh Allah SWT itu baru sedikit tetapi sudah tidak tertanggungkan manusia, jadi marilah kita bersama-sama membulatkan hati, menekadkan keazaman bagi menjunjung segala perintah-Nya. Sesungguhnya ini bumi Allah, bukan bumi manusia yang membolehkan manusia membuat sesuka hati masing-masing dengan yang berkuasa (misalnya Amerika dan sekutu dan penjilatnya) menekan dan menindas yang lemah. Jika Allah SWT mahu menghancurkan umat manusia, hal ini boleh dilakukan mengikut kehendak-Nya, jadi masihkah kita mahu mendabik dada mengaku dunia ini kita punya?

Perilaku manusia yang degil, tidak mahu tunduk kepada perintah Allah SWT ini yang kemudian dimusnahkan dirakamkan oleh-Nya dalam al-Quran melalui kisah kaum Nabi Nuh, Ad, Tsamut Lut dan sebagainya. Hari ini, manusia mengulangi kisah sama, membuat maksiat dan onar seolah-olah dunia ini milik mereka. Dari Timur ke Barat dan dari Utara ke Selatan, manusia hidup bertuhan dan berkiblatkan si berkuasa yang bersemayam di kota sanjungan dunia; Washington, London dan Moscow. Malah ada kecenderungan sesetengah pihak untuk berkiblatkan Tel Aviv yang kini mencengkam ekonomi dan cara hidup manusia sejagat sehinggakan kepakaran mereka termasuk dalam bidang perundingan awam dan imej dicari.

Apabila kekufuran dan kemaksiatan sudah berleluasa seantero dunia termasuk di negara umat Islam manakala kezaliman seperti penjarahan bumi Iraq dan Afghanistan yang mengorbankan ratusan ribu nyawa dianggap tindakan terhormat, maka kita bimbang umat manusia hanya menunggu bala daripada-Nya. Inilah yang paling kita takuti, kerana bala itu tidak mengenal siapa, orang beriman dan tidak beriman sama-sama terkena akibatnya. Tragedi awan hitam dan berdebu di Eropah itu yang berpunca daripada letusan sebuah gunung berapi sudah tidak tertanggung lagi, jadi fikir-fikirkan apa akibatnya jika sejumlah gunung berapi memuntahkan laharnya!

Sesungguhnya bala daripada Allah SWT tersangat dekat, tetapi tertahan disebabkan adanya orang tua rukuk kepada-Nya, anak-anak muda yang taat kepada agama-Nya, bayi-bayi yang masih menyusu dan binatang melata di muka bumi. Kini dunia semakin dibakar kepanasan disebabkan maksiat manusia, dari Amerika dan Eropah ke Asia, perlakuan songsang dianggap budaya hidup.

Demikianlah apabila manusia menganggap dunia ini milik mereka, mereka berpesta bermaksiat di atasnya, mengetepikan sama sekali perintah-Nya. Tetapi itu hanyalah sementara, apabila Allah kehendaki, Dia akan lenyapkan segala-galanya kerana bumi ini milik-Nya. Manusia hanya menumpang, sejurus cuma, ibarat berteduh di bawah sebatang pokok sebelum pergi buat selamanya!

Monday, April 26, 2010

Usah saja-saja cari pasal

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Renungan
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda; "Akan timbul pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud daripada dunia) untuk mendapat simpati orang ramai dan percakapan mereka lebih manis daripada gula.

"Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah SWT berfirman kepada mereka yang bermaksud: "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan-Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada-Ku? Demi kebesaran-Ku Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
***

Penulis terkesan dengan satu hujah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lama dulu. Beliau berkata perkara yang sudah termaktub itu buat apa dibincangkan, buat apa cari pasal. Walaupun apa yang akan penulis kemukakan dalam artikel ini menyentuh perkara lain dan dalam konteks berbeza daripada apa dimaksudkan oleh Tuan Guru itu, setidak-tidak ia boleh dijadikan panduan.

Penulis merujuk kepada dua perkara yang hangat dibincangkan tidak lama dulu. Satu, syor wajib lulus subjek Bahasa Inggeris untuk mendapat sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kedua, mengehadkan mata pelajaran yang boleh diambil calon dalam peperiksaan itu.

Pada pendapat penulis, kedua-dua perkara ini tidak menjadi masalah pun (tidak ada pasal), jadi apa perlu sibuk-sibuk. Kenapa pula hendak mewajibkan lulus bahasa Inggeris, peraturan dulu tidak baguskah? Pada pendapat penulis perkara-perkara yang sudah termaktub tak usahlah nak digali-gali lagi, nak cari masalah. Isu ini tidak timbul langsung, saja pemimpin sekarang 'gatal' tangan, tak ada penyakit cari penyakit.

Kalaulah katanya, nak memantapkan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah, ini cerita lain. Nyatakanlah apa program yang boleh dibuat untuk memperhebatkan anak-anak kita menguasai bahasa Inggeris, ini tidak, lain pula dibuatnya. Kalau nak wajibkan lulus bahasa Inggeris sebagai satu cara meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, ini masuk bab lain sebab ia ada hubung kait dengan masa depan anak-anak, silap haribulan ramai yang tersadai kerana tidak lulus.

Kemudian kalau dikatakan akan diadakan program untuk meningkatkan kefahaman agama, penghayatan serta amalannya di kalangan anak-anak sekolah, alangkah baiknya. Tokoh agama sendiri mengakui, ramai budak-budak sekolah ini tidak solat. Kalau sekolah sesi pagi, boleh juga ibu bapa tengok-tengok anak itu solat subuh tetapi kalau anak-anak ke sekolah sesi petang, siapa nak pastikan dia solat zuhur dan asar. Betulkah ada tempat dan masa untuk dia solat?

Perkara kedua, apa sibuk nak hadkan anak-anak mengambil mata pelajaran lebih. Itu terpulanglah kepada mereka dengan bimbingan ibu bapa dan guru masing-masing.

Kalau mereka fikir mereka boleh ambil 20 subjek ambillah, risikonya mereka tanggung sendiri. Tetapi di sekolah ada 'standard'nya, misalnya hanya 10 atau 12 mata pelajaran saja yang diajar, yang lain itu pandai-pandailah sendiri.

Demikianlah, mengapa agaknya pemimpin kita suka benar cari pasal benda yang 'tidak ada pasal'. Dulu sudah baik Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu, dia cari pasal, disuruh budak-budak dan guru guna bahasa Inggeris. Apa, depa tak pandai ke jika guna bahasa Melayu? Kalau tak pandai masakan Sheikh Muszaphar yang belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu dapat ke 'outer space'. Tiada siapa pun yang desak awak tukarkan bahasa itu, awak saja yang saja cari pasal.

Sampai hari ini pasal kembali ke bahasa Melayu ini belum diselesaikan, tetapi dia orang tak serik-serik, nak cari pasal lain pula.

Tolonglah, jangan cari pasal pada benda yang tidak ada pasal! Misalan lain, apa pasal dibuang nama bangsa termasuk Melayu dalam kad pengenalan, dulu punya IC tidak baguskah?

Sebenarnya hidup ini akan menjadi aman jika kita tidak suka cari pasal. Kerana cari pasallah, keadaan dalam negara kita kurang aman terutama akhir-akhir ini.

Misalnya, krisis perlembagaan di Perak, siapa suruh cari pasal? Kalau tidak ada tangan-tangan yang gatal; yang gilakan kuasa, yang gila melompat dan sebagainya tentu tidak akan timbul pasal. Apabila timbul pasal, huru-haralah kehidupan orang awam jadinya.

Pemimpin, malah siapa saja, tolonglah, janganlah jadi macam tikus membaiki labu. Awak ingat apa yang awak buat itu baik, hakikatnya akan membawa lebih banyak kerosakan.

Bagi orang Islam, mereka yang bertindak di luar batasan agama termasuk hukum-hakamnya dengan memadai-madai sendiri, masalah tidak selesai, malah bertimbun-timbun jadinya.

Islam itu lengkap, mengapa awak pandai-pandai. Kalau mencuri itu hukumnya potong tangan, kalau bunuh dibalas bunuh, kalau berzina dirotan 100 kali atau direjam sampai mati; tetapi mengapa awak pandai-pandai 'buat skrip' baru?

Mengapa awak pandai buat Islam itu, Islam ini? Selepas kamu tidak berkuasa, orang tidak hiraukan apa yang kamu buat dulu. Bukankah apa yang awak buat dulu habiskan tenaga dan membawa kepenatan saja? Akhirat nanti, entahlah, serah diri kepada-Nya.

Akhir sekali, pemimpin dan semua orang termasuk diri sendiri, diingatkan tidak mengamalkan tabiat buruk ini - gali lubang, kambus lubang. Misalnya, mula-mula gali lubang Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, kemudian apabila masalah timbul, cuba kambus lubang itu dan gali lubang lain dengan mewajibkan lulus Bahasa Inggeris pula. Bukankah tiada pasal, cari pasal?

Tolonglah wahai pemimpin, fikirkan perkara lain untuk mendepankan anak bangsa, ini tidak asyik membelenggu rakyat dalam isu yang tiada isu pun!

Apabila tabiat gali lubang kambus lubang ini diamalkan, bila agaknya akan datang ketenteraman terutama kepada pada rakyat.

Jadi betullah kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu; perkara yang sudah termaktub usahlah nak dicari pasal lagi.

Yalah, buat apa habiskan 'current' dan 'beras', sedangkan masa makin lama makin habis, tup-tup tahu sudah ada dalam kubur!

Sunday, April 25, 2010

Dari Bagan Pinang ke Hulu Selangor, masalah rakyat tak beres

***
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, jangan kamu sekalian berlaku sombong terhadap-Ku dan datanglah kepada-Ku sebagai orang-orang yang berserah diri." (An-Naml,27: 30-31)
***

Sekali lagi rakyat akan menyaksikan sebuah pilihan raya kecil. Kali ini bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor pada 25 April. Sehubungan itu, penulis mengajak pembaca mengimbau kenangan pilihan raya kecil Bagan Pinang pada pertengahan Oktober 2009 yang menyaksikan tokoh Umno-BN, Tan Sri Isa Samad menewaskan calon PAS (Pakatan Rakyat), Zulkefly Mohamad Omar.

Selepas kejayaan besarnya, sepanjang pengetahuan penulis, nama Isa tidak muncul di dada-dada akhbar sehinggalah satu berita sensasi baru-baru ini beliau menikahi bekas Ketua Puteri Umno Negeri Sembilan dan Ketua Penerangan Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Tahniah Isa kerana mendapat isteri baru tetapi bagaimana perkembangan penduduk di Dun Bagan Pinang yang diwakilinya. Penulis yang sesekali ke Port Dickson kerana jaraknya yang dekat, dapat menyaksikan sedikit sebanyak perubahan di kawasan berkenaan dan sekitarnya.

Memanglah pembangunan amat pesat di kawasan pinggir pekan Port Dickson ini. Hotel semakin banyak didirikan, demikian juga jalan rayanya dinaik taraf. Suatu ketika penulis terperangkap dalam kesesakan jalan raya amat teruk dalam perjalanan dari sebuah hotel di Teluk Kemang sehinggalah ke pekan Port Dickson yang jaraknya lebih kurang 15 kilometer. Sebabnya kerana kerja-kerja menaik taraf jalan yang sedang dilakukan.

Sebenarnya, kerja-kerja menaik taraf jalan itu bukan membabitkan pinggir bandar Port Dickson saja, tetapi ia adalah sebahagian daripada projek pembesaran jalan dari Teluk Kemang sehinggalah ke Linggi berhampiran sempadan Negeri Sembilan-Melaka.

Sepanjang pengetahuan penulis yang melalui jalan itu, projek itu sebenarnya sudah berjalan buat tempoh yang terlalu lama, tetapi laluan itu ‘tidak pernah siap-siap’. Apa yang disaksikan di sepanjang tepi jalan, adalah timbunan tanah, pasir, tanda amaran dan rentangan tali panjang.

Ketika pilihan raya kecil Bagan Pinang dulu, isu jalan raya itu kerap ditimbulkan, tetapi nampaknya selepas Isa Samad mendapat kerusi dalam Dun Negeri Sembilan, jalan itu tidak siap-siap juga menyebabkan penduduk sudah hilang sabar seperti dilaporkan agensi berita Bernama ini.

Penduduk bakar geran rumah sebagai protes projek jalan terbengkalai

TELUK KEMANG, 10 April -- Akibat projek pembinaan jalan raya terbengkalai selama enam tahun, 24 penduduk dari Rumah Rakyat Pasir Panjang, Port Dickson nekad membakar geran rumah mereka sebagai tanda protes.

Kerja pelebaran jalan sepanjang 17 kilometer yang menghubungkan Pasir Panjang ke Linggi itu terbiar selepas kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan projek itu sehingga menyebabkan banjir lumpur sering terjadi selain keadaan jalan yang membahayakan.

Wakil penduduk yang mengetuai protes itu, Rahimuddin Md Harun berkata penduduk di situ pernah membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tetapi tiada satu pun tindakan yang diambil.

"Kita tidak menolak pembangunan tetapi jalan ini sudah terbiar terlalu lama. Apabila hujan rumah kami dilanda banjir lumpur, bila kering, debu berterbangan dan permukaan jalan juga tidak selamat," katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak) berkata penduduk sudah mula hilang sabar apabila kerap diberitahu bahawa projek itu masih berjalan tetapi sudah enam tahun berlalu dan jalan masih tidak siap-siap.

Seorang lagi penduduk yang ditemui, Siti Rohani Muhammad, 28, berkata anaknya kini menghidap penyakit lelah yang dipercayai akibat debu daripada projek jalan raya yang terbengkalai itu.

"Saya sudah duduk di sini selama lima tahun, memang sudah tidak tahan lagi kalau boleh hendak pindah. Apabila kering berdebu dan saya terpaksa tutup pintu dan tingkap rumah tetapi apabila hujan, rumah kami pula dilanda banjir lumpur," katanya.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Datuk Ir Roslan Mohd Taha yang ditemui pemberita ketika menjalankan pemantauan di kawasan itu menjelaskan, projek jalan raya itu terbengkalai akibat kegagalan kontraktor menyiapkan projek itu ekoran masalah dalaman.

Kontraktor lain sudah dilantik untuk meneruskan semula projek itu dan ia dijangka siap menjelang hujung tahun ini, katanya.

Sebuah tembok berukuran 1.5 meter tinggi juga akan dibina di hadapan rumah penduduk yang dilanda banjir lumpur semasa hujan, katanya.

Demikianlah, derita rakyat berpanjangan sekalipun wakil rakyat bertukar ganti. Mereka datang dan pergi dengan seribu janji tetapi sebahagian besarnya ibarat menanam tebu di bibir. Sebelum diberi mandat, mereka bijak menyusun kata bagaikan orang meminang, selepas menang, mereka bersenang-senang membiarkan rakyat terkunang-kunang seperti dialami penduduk Teluk Kemang.

Projek jalan raya yang tidak siap-siap dalam tempoh lama bukan perkara baru. Banyak kerja-kerja menaik taraf jalan terbengkalai bertahun-tahun lama, penduduk dan pengguna jalan raya sudah lali dengan azab ditanggung.

Beberapa tahun lalu, ketika kerap berulang-alik menggunakan jalan raya Batu Gajah ke Seri Iskandar di Perak Tengah, penulis mendapati jalannya sukar disiapkan.

Daripada anak penulis di bangku sekolah rendah sehinggalah dia menjejaki kaki di pusat pengajian tinggi jalan ini tidak siap-siap. Namun akhirnya jalan ini siap jua, kini pengguna boleh memandu dengan selesa dari Gopeng terus ke Seri Iskandar.

Kerja-kerja menaik taraf Jalan Muar-Melaka juga mengambil masa bertahun-tahun, mungkin hampir 10 tahun. Demikian juga Jalan Kuala Selangor ke Klang, bertahun-tahun lamanya barulah dapat disiapkan.

Ketika kerja-kerja pembinaan, terpaksalah pengguna jalan raya dan juga penduduk setempat menanggung sengsara dan menelan kepahitan apabila membaca papan tanda ditulis: “Segala kesulitan dikesali. Kerja-kerja ini adalah untuk kesenangan anda pada masa depan!”

Berdasarkan perkembangan ini, tiada wakil rakyat yang boleh berbangga kononnya dengan kehadiran mereka, masalah rakyat akan selesai. Sebenarnya selagi wujudnya makhluk bernama manusia, masalah akan datang dan pergi, manusia tidak dapat menyelesaikan masalah.

Ini kerana apabila satu masalah dapat diselesaikan, akan timbul masalah lain. Itulah sebabnya selalu berlaku kerja-kerja mengorek jalan raya, kemudian dikambus, kemudian dikorek balik dan dikambus kembali. Putaran ini akan berterusan, tiada penghujung kecualilah apabila berlaku kiamat.

Bagi individu pula, putaran ini akan hanya berhenti apabila dia mati. Jadi manusia termasuklah wakil rakyat bukan penyelesai masalah, penyelesainya hanya Allah SWT. Oleh itu jangan bergantung kepada manusia, kembali kepada-Nya jika mahu selamat dunia dan akhirat!

Saturday, April 24, 2010

Warkah terbuka, terakhir untuk pengundi Hulu Selangor

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umt-umat dahulu." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit it ialah: (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, dan (6) hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi." (Hadis riwayat Hakim)

***Ini juga cerita lama, ditulis pada hari-hari akhir pilihan raya kecil Ijok. Namun kisahnya masih relevan pada pilihan raya Hulu Selangor pada Ahad, 25 April ini.
***

Sebelum tuan puan membuat keputusan siapa layak tuan puan berikan undi tuan puan yang amat berharga itu, saya dengan rendah diri mengemukakan kisah ini agar dijadikan iktibar bersama. Ia bukan kisah mendapat sehelai kain batik atau wang RM50.00 dan jalan ke rumah ditar, tetapi membabitkan masa depan anak bangsa.

Pagi tadi (24 April) semasa diolek-olek bas ekspres Melaka-KL, sempat juga saya menghabiskan membaca wawancara panjang lebar wartawan 'the Sun' dengan Pro-Canselor UiTM yang juga bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad. Wawancara bertajuk 'Raising standards in national schools' itu disiarkan dalam akhbar itu bertarikh 29 Mac 2007. Menjadi kebiasaan saya menyimpan keratan artikel penting untuk dibaca pada masa terluang.

Apa yang menarik perhatian saya adalah bahagian akhiran wawancara itu mengenai keperluan meningkatkan martabat dan profesion perguruan kerana kunci kejayaan pendidikan terletak di tangan guru. Apabila Abdul Rahman ditanya soalan; "So the key is the teachers?", beliau menjawab: "Yes prepare them first. Like your teaching of Maths and Science. You don't prepare the teachers first and then teach."

Apabila ditanya, "That is why there is a problem now. You don't have enough teachers, right?, Abdul Rahman menjawab: "Yes, there is a problem now. You have them teaching Maths and Science but can they speak English?"

Abdul Rahman yang ditanya; "So, everything is ad hoc?", terus menjawab, penuh bermakna; "Well...that's..."

Demikianlah dalam usaha membentuk satu tamadun bangsa melalui pendidikan yang sangat penting itu pun kerajaan BN sanggup menggunakan pendekatan 'ad hoc', jadi apalah sangat dengan projek-projek pembangunan yang kononnya sedang diusahakannya untuk penduduk DUN Ijok yang mengundi beberapa hari lagi.

Sebaik saja kosong kerusi DUN itu, kerajaan BN tiba-tiba mengumumkan peruntukan pembangunan RM36 juta untuk dihabiskan dalam masa dua minggu di Ijok. Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo berkata, ia bukan gula-gula politik untuk memancing undi tetapi projek pembangunan yang telah dirancang sekian lama untuk rakyat.

Benarkah dakwaan Khir itu? Untuk memajukan rakyat tidak semudah dakwaannya. Bagi seorang bapa, tidak mudah menjadikan seorang anak, insan berguna semata-mata dengan 'bermain dan bermandikan duit'.

Untuk menjadikan seorang anak itu 'manusia', ia memerlukan tempoh bertahun-tahun malah berbelas dan berpuluh tahun. Ayah dan ibunya perlu mendidiknya dari dalam perut, kemudian dalam buaian, menyekolahkan seterusnya memasukkannya ke universiti, kemudian mengahwinkannya. Itu pun belum tamat lagi, apabila si anak bersalin, ibunya juga yang dicari!

Bolehkah seseorang itu menjadikan anaknya seorang 'manusia' dengan hanya mencampakkannya wang ringgit jika dia diperlukan, tetapi kemudian mengabaikannya tahun demi tahun?

Apabila berlaku perceraian misalnya, apakah seorang ayah dapat memenangi kasih sayang seorang anak dengan hanya melambakkan wang ringgit dan kemewahan? Tentu tidak, untuk memenangi hati si anak dan untuk menjadikan dia 'seorang manusia' tentulah kasih sayang perlu dipupuk sepanjang masa.

Tetapi untuk mendapat perhatian, hadiah besar seperti kereta mewah daripada seorang bapa sudah pasti merenggut tumpuan seorang anak. Bagaimanapun ia hanya bersifat sementara. 'Habis hadiah', habislah perhatian diberikan kepada bapa.

Demikian perbandingannya dengan pengundi. 'Hadiah mewah' yang BN lambakkan tentulah merenggut perhatian mereka. Tiba-tiba mereka dapati jalan berlubang dibaiki dan ditar, rumah mereka yang buruk berganti baru, mereka mendapat geran tanah, bekalan elektrik dan air disalurkan, tempat perlupusan sampah ditutup manakala pemimpin sanggup berpanas, berhujan, berkain pelekat bersama-sama rakyat menghirup kopi dan ke bendang.

Taktik ini sudah pasti memenangi hati rakyat. Tetapi apakah ia benar-benar dapat memajukan rakyat - sama ada dari segi pemikiran dan penampilan. Sudah tentu tidak kerana selepas pilihan raya berakhir, rakyat tetap begitu...begitu saja. Yang miskin tetap miskin, tiada siapa peduli akan nasib mereka sehinggalah pilihan raya akan datang. Pemimpin silih berganti tetapi mereka masih macam itu macam itu juga.

Mengenai pentingnya rakyat (pengundi) memilih pemimpin secara tepat ini pernah saya tuliskan ketika pilihan raya kecil DUN Sanggang, Pahang pada tahun 2000 lalu dengan tajuk 'Warkah terbuka untuk pengundi Sanggang'. Sekali pun sudah tujuh tahun berlalu, ia dirasakan relevan untuk pengundi Ijok. Di sini saya perturunkan kembali tulisan itu.

"Sungguh berat rasanya untuk saya menulis surat terbuka ini. Tetapi disebabkan rasa tanggungjawab kepada masa depan agama, bangsa dan tanah air, saya gagahi juga untuk menulisnya.

Saya mendapat semangat untuk menulis surat ini selepas membaca petikan wawancara Rosmida Abdul Rahman dengan Presiden Parti KeADILan Nasional dalam buku-majalah 'Tangan Yang Menghayun Buaian - Boleh Menggoncang BN' (Editor Suria Janib).

Petikan itu menyentuh tanggungjawab dan amanah yang dipikulkan ke atas bahu Adun dan Ahli Parlimen. Bukan saja mereka akan dipertanggungjawabkan di dunia ini tetapi juga di akhirat.

Apa yang ingin saya sentuh di sini ialah tanggungjawab pengundi, wakil rakyat, menteri dan mereka yang berkedudukan lebih tinggi. Semua pihak yang disebutkan itu dan seluruh masyarakat termasuk diri saya dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berlaku kepada masyarakat hari ini.

Apa yang berlaku hari ini adalah hasil daripada apa yang kita lakukan pada masa lalu. Misalnya sebagai orang yang memilih wakil rakyat dan menteri pada 1960-an dan 1970-an dulu, kesan daripada tindakan tuan puanlah yang mencorakkan masyarakat hari ini.

Sehubungan itu sebagai menteri, Adun dan ahli Parlimen pada 1960-an dulu, anda sebenarnya tidak mempunyai sebab untuk 'senang-senang hati' memakan duit pencen, menghabiskan masa tua dengan menjadi pengerusi syarikat judi dan sebagainya, jika pada masa anda berkuasa dulu, anda melalaikan tanggungjawab anda seperti yang dinyatakan oleh Wan Azizah.

Sebagai pengundi pada 1960-an dulu, tuan puanlah orang yang memilih wakil ke Parlimen untuk membahaskan isu-isu negara. Sehubungan itu sebagai pengundi, anda juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak kerana tangan tuan puanlah yang memangkah calon pilihan tuan puan.

Di sini bukanlah tujuan saya mengulas isu negara yang berat-berat tetapi perkara yang membabitkan diri saya sebagai murid sekolah pada 1960-an dan 1970-an dulu.

Saya adalah buah hasil dasar pendidikan negara yang YB-YB bahas dan membuat keputusan di Parlimen pada 1960-an dulu. Sebagai Menteri Pelajaran pada era itu, YB-lah yang mencorak sistem pendidikan pada masa itu. Hasil tangan YB-lah lahir golongan cendekiawan dan teknokrat dalam usia 30-an dan 40-an sekarang. Syabas dan tahniah kepada YB sekalian.

Saya berminat untuk memperkatakan mengenai golongan muda ini kerana saya adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi yang lebih penting golongan ini adalah anak bangsa pertama yang YB-YB sekalian bentuk selepas negara kita mencapai kemerdekaan.

Seperti ramai budak sekolah pada 1960-an dulu, saya dihantar ke sekolah Inggeris dan menerima pendidikan sekular. Kebanyakan mata pelajaran diajar menggunakan bahasa Inggeris.

Apa yang mendukacitakan, YB-YB pada era ini seolah-olah melupai komponen agama dalam sistem pendidikan kita. Pengajian agama Islam kelihatan begitu asing kepada kami. Guru-guru hanya menekankan supaya pelajar berjaya dalam mata pelajaran akademik dan meletakkan subjek Agama Islam setaraf Lukisan yang tidak diambil kira dalam keputusan keseluruhan peperiksaan.

Maka adalah pelajar yang mendapat markah merah untuk Agama Islam tetapi berjaya mendapat kedudukan teratas dalam kelas. Bayangkan di sekolah (rendah) saya yang mempunyai lebih 1,000 murid, hanya seorang ustaz ditugaskan untuk mengajar kami.

Itu pun sekolah kami dikira bernasib baik sebab ada juga ustaz tetapi sekolah jiran kami tidak ada guru agama langsung. Maka terpaksalah murid-murid Islam sekolah sebelah, beratur beramai-ramai ke sekolah kami untuk belajar Agama Islam! Kami juga tidak pernah kenal sekolah agama rakyat seperti yang ada sekarang.

Saya dikira bernasib baik kerana dapat melanjutkan pelajaran ke sebuah sekolah berasrama penuh pada tahun 1970-an. Sama seperti di sekolah rendah, kami dihadapkan dengan segala macam pengajian sekular yang akhirnya melahirkan cendekiawan sekular juga. Kami diajar memuja segala-galanya dari Barat.

Ada pun yang condong kepada agama dianggap 'square' dan terperosok dalam dunianya sendiri seperti Badan Revolusi Agama yang saya dengar diasaskan antara lain oleh bekas TPM Anwar Ibrahim (yang kini giat berkempen di Ijok).

Itu kisah lalu, dan hari ini golongan pertama (termasuk saya) yang melalui sistem pendidikan negara sepenuhnya selepas merdeka, sudah menjadi ahli teknokrat. Ada yang menjadi jurutera, pensyarah, doktor, peguam dan arkitek.

Malangnya, sebahagiannya berjaya dalam kerjaya tetapi tidak berjaya dalam penghidupan. Golongan inilah yang dicap oleh YB-YB hari ini sebagai buta agama, buta al-Quran dan segala macam kejahilan lagi.

Malah ada menteri mengakui golongan inilah yang paling ramai buta al-Quran. Seorang anak muda (peguam) pernah membuat pengakuan di TV, dia tertarik dan seterusnya menyertai Al-Arqam kerana dahagakan ilmu Islam sedangkan institusi pengajian kita pada 60-an dan 70-an tidak memperdulikan perkara ini.

Kami ada 'buah tangan' pejuangan YB-YB pada 1960-an dan 70-an dulu. Jadi kepada menteri dan YB-YB pada tahun 60-an dan 70-an dulu, janganlah senyum-senyum menerima pencen sekarang ini jika anda berbuat salah dalam mencorakkan sistem pendidikan anda dulu. Selain mengabaikan agama, YB-YB juga yang mematikan tulisan jawi.

Jika YB-YB hanya duduk goyang kaki, atau kerap ponteng ketika perbahasan Parlimen dulu, YB akan dipersoalkan di akhirat kelak mengapa YB membiarkan saja anak bangsa kehausan agama. YB akan dipersoalkan mengapa YB membiarkan anak bangsa hidup penuh kejahilan dengan sistem sekular yang YB pertahankan.

Kepada YB-YB sekarang, anda perlu memikirkan apakah buah hasil perjuangan anda sekarang pada 10 atau 20 tahun dari sekarang. Bagaimanakah 'bentuk manusia' (modal insan) pada tahun 2010 atau 2020 yang kita lahirkan melalui sistem dan corak pendidikan sekarang?

Tugas YB-YB amat berat dan akan disoal di akhirat kelak. Tetapi yang menghairankan ramai manusia berebut-rebut kedudukan ini. Mungkin ini maksud satu kisah Israk Mikraj bahawa manusia itu suka menambah beban sekali pun di belakangnya sudah sarat dengan muatan?

Renungilah hal ini YB-YB sekalian, dan kepada pengundi Sanggang (kali ini IJOK), ingatlah di akhirat nanti, tangan tuan puan akan menjadi saksi siapa yang tuan puan pilih sebagai pemimpin! Ingatlah setiap perbuatan manusia hatta sebesar zarah pun akan dihitung oleh Allah SWT. Selamat mengundi!

Friday, April 23, 2010

Kami tetap bersamamu, warga kecil di Hulu Selangor!

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud: "Semua daging yang tumbuh daripada (duit dan rezeki) yang haram, maka api neraka adalah terlebih utama untuknya." (Riwayat Tabrani)
***

Sedih membaca laporan akhbar alternatif bahawa ada pekerja estet di Hulu Selangor menerima gaji bersih RM270 sebulan. Demikianlah, kemiskinan dan kemelaratan hidup berleluasa di negara kita, tetapi yang lebih penting sikap terlepas pandang (atau buat-buat tidak pandang) pihak berkuasa perlu ditangani segera. Ini kerana negara sering diuar-uarkan sebagai yang paling ke depan di kalangan negara-negara sedang membangun dengan pendapatan rakyatnya dikatakan antara yang terbaik di rantau sebelah sini.

Berikut disiarkan komentar saya mengenai kemiskinan tidak lama sebelum pilihan raya kecil Ijok, Selangor tidak lama dulu. Pada pendapat saya paparan ini relevan menjelang pilihan raya kecil Hulu Selangor; kemiskinan adalah sinonim dengan sejumlah rakyat, harap-harap mereka tidak terlepas pandang selepas ini.

***
Saya bukan kaki TV. Tetapi pada suatu malam (hari Jumaat, 27 April), selepas balik daripada solat Isyak di masjid, saya 'terlentang' di sofa, di depan kaca TV. Rancangan TV yang dibuka anak-anak terlihat oleh saya. Rancangan itu adalah 'Bersamamu' TV3.

Disebabkan tidak mengikuti daripada awal, tidaklah dapat saya kisahkan paparan itu secara 'detail'. Apa yang saya lihat, paparan sebuah keluarga miskin, terlalu daif, kalau tidak silap saya kediaman mereka dekat Batu Gajah, Perak.

Keluarga daif itu ditunjukkan tinggal di rumah usang dekat lombong. Ketua keluarga berkata dia telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi nasibnya tetap macam itu juga. Dia dan keluarganya sudah melakukan macam-macam ikhtiar - termasuk mencari besi buruk dan barangan terpakai lain.

Lelaki pertengahan usia itu berkata lebih kurang begini: "Saya dah berusaha, tapi nampaknya apa yang dapat, hanya cukup-cukup untuk makan saja."

Juga dipaparkan keluarga ini pergi menangkap ikan di lombong. Dapat dua ekor ikan talapia. Ikan dua ekor itu digoreng dengan sisa minyak. Dengan ikan dua ekor itulah keluarga itu makan malam itu. Hanya nasi dan ikan. Entah berapa orang terpaksa berkongsi lauk ikan dua ekor itu, saya tidak perasaan tetapi yang pasti ramai.

Kemudian wartawan TV itu mewawancara wakil rakyat kawasan itu. Seorang wanita. Dengan selamba dia berkata, dia tidak tahu pun kewujudan keluarga miskin itu.

Syabas saya ucapkan kepada stesen TV berkenaan kerana menyiar dan memaparkan kisah keluarga TERLALU MISKIN itu pada malam pilihan raya Ijok.

Bayangkan esok penduduk Ijok akan mengundi, TV berkenaan memaparkan bagaimana ada rakyat tidak cukup makan. Ia membayangkan betapa prihatinnya TV berkenaan manakala wakil rakyat parti pemerintah tidak buat kerja - cakap saja berdegar-degar tetapi habuk pun tiada.

Paparan kisah keluarga tidak cukup makan ini membuktikan peruntukan kilat RM36 juta (kata sesetengah orang RM100 juta) di Ijok, tiada nilai satu sen pun. Ini kerana kalau betul-betul pihak pemerintah hendak membantu rakyat, tentulah tidak keluar kisah ada keluarga yang tidak cukup makan di negara ini. Dan pada malam pilihan raya pula.

Kalau RM36 juta dikeluarkan semata-mata untuk kebajikan rakyat, mengapa dikeluarkan di Ijok pada masa orang di sana sibuk dengan pilihan raya. Itu tentulah ada udang di sebalik batu. Atau kata muda-mudi sekarang ini 'ada udang di sebalik mee'. Jika dengan joran, pancing dan cacing, keluarga miskin di Batu Gajah itu dapat pancing dua ekor ikan talapia untuk 'santapan' mereka, dengan RM36 juta (atau RM100 juta), pemimpin BN dapat pancing 5,884 undi, membolehkan 'budak bujang' K Parthiban, 38, menjadi wakil rakyat. (kini apa sudah jadi dengan Cikgu K Parthiban?)

Selepas Parthiban menjadi 'YB' apakah kisah 'sekeluarga makan dua ekor talapia' itu tidak berlaku di Ijok? Mungkin Parthiban akan berperangai sama seperti wakil rakyat wanita tadi, apabila diajukan soalan mengenai keluarga miskin itu dia berkata, dia tidak tahu.

Rancangan Bersamamu itu tepat pada masanya. Sungguh hebat propaganda stesen TV itu memburukkan parti pemerintah. Biasanya pada malam pilihan raya, TV akan menyiarkan rancangan memburuk-burukkan pembangkang dan memberi liputan meluas kebaikan dan pencapaian kerajaan.

Tetapi pada malam itu, alangkah bertuahnya melihat dengan mata saya sendiri stesen TV berkenaan menggambarkan kejelekan wakil rakyat kerajaan dan kemiskinan rakyat yang memaksa mereka membasuh pakaian menggunakan air lombong, makan ikan lombong manakala anak-anak keluarga ini tidak berupaya disekolahkan.

TV berkenaan telah membuktikan bahawa sebahagian rakyat masih tersisih, miskin, terpaksa makan ikan lombong pada ketika pemimpin negara mendabik dada, ekonomi kita paling hebat, projek pembangunan kita paling menyuruh dan kata mukjizat 'hanya BN yang mampu perintah negara'.

Tetapi sayang, sayang seribu kali sayang, rakyat masih tidak nampak 'kecurangan' parti pemerintah. Mereka, terutama orang Melayu, masih 'tidak teringin' menghukum parti pemerintah yang lalai daripada membela rakyat. Mereka tidak nampak pemimpin parti pemerintah melambakkan wang dan janji jika ada pilihan raya, jika tidak mereka tidak peduli akan nasib rakyat. Jika tidak masakan ada keluarga besar terpaksa makan malam berlaukkan dua ekor ikan lombong!

Di Ijok, pengundi Cina dikatakan menghukum BN dengan tidak memberikan undi sepenuhnya kepada calon komponen parti itu. Undi orang Cina dikatakan banyak menyebelahi calon KeADILan. Orang Cina sudah bosan dengan karenah wakil rakyat BN sebelum ini yang mengabaikan kepentingan kaum mereka. Tetapi orang Melayu...entahlah!

Akhir kata, syabas diucapkan kepada TV3 kerana begitu 'bertanggungjawab' pada malam pilihan raya. Dan kepada rakyat di kampung dan desa di pedalaman sana, sekali pun kalian tidak mengundi calon kami, kami tetap bersamamu seperti dicoretkan seorang pejuang tidak bernama ini.

Aku Menangis Bersamamu, Rakyat Kecil

Aku menangis bersamamu, rakyat kecil: orang-orang miskin yang terpaksa antri beras murah berjam lamanya, yang tak punya biaya buat lanjutkan sekolah anaknya ke kota, yang terisak karena dirampas sawah dan ladangnya, yang semaput digebuk polisi karena terpaksa maling pupuk di gudang negara, yang ditampar yang ditinju yang dibanting serta diperkosa hak-haknya sebagai manusia.

"Wahai, Tuhan Yang Maha Kaya, beri kami Cinta!"

Aku menangis bersamamu, rakyat kecil: karena kalian hanya sanggup meratapi penindasan yang tak henti menggilas kehidupan tanpa mampu melakukan perlawanan, karena kalian cuma sanggup mengumpat dan mempertanyakan janji-janji keadilan dari bilik-bilik kalian yang kumuh sambil terbaring menahan perut yang kelaparan, karena kalian adalah mahluk kesayangan Tuhan.

"Wahai, Tuhan Pencipta Keadilan, beri kami Kekuatan."

Aku menangis bersamamu, rakyat kecil: yang kecut yang takut yang geram karena telah sekian lama dijadikan sapi perahan milik kaum modal dan penguasa, bangkitlah!, jangan diam saja, sekarang saatnya kita melawan, lawanlah kemiskinan, lawanlah pembodohan, lawanlah penjajahan yang telah berabad menginjak-injak nasibmu dengan sepatu lars kekuasaan, bersatulah wahai kaum yang kalah!, sekarang saatnya mewujudkan segala mimpimu akan keadilan yang telah sekian lama terpendam di dalam batin yang sakit dan terjajah, maju!, majulah rakyat kecil yang terhina, bersatulah, tunjukkan kini kuasa dirimu atas dunia.

"Wahai, Tuhan Penguasa Jagat Raya, beri kami Senjata."

_

Thursday, April 22, 2010

Makin ramai orang Malaysia berperangai Yahudi

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang dapat sembahyang satu rakaat bersama-sama imam, sesungguhnya, dia mendapat pahala berjemaah seluruhnya." (Sahih Muslim)
***

ORANG Yahudi terkenal di seluruh dunia sebagai bangsa yang sombong. Allahyarham Zubir Ali pernah merakamkan perkara ini (bangsa sombong dan hina) dalam salah sebuah lagunya, ‘Balada Seorang Gadis Kecil’.

Cakaplah apa saja mengenai mereka, sombong, jahat, zalim, pembunuh dan sebagainya, mereka buat ‘dek aje’ (tak tahu). Mereka tidak ambil ‘pot’ (kisah) jika seluruh dunia mengutuk mereka, yang mereka tahu kepentingan bangsa mereka didahulukan, diutamakan.

Kini penyakit orang Yahudi ini sudah berjangkit kepada orang Malaysia, terutama pemimpinnya. Katakan dan tuduh apa saja kepada mereka; pembunuhkah, meletupkan orangkah, berjoli katak dengan wang rakyatkah, penzinakah, perasuahkah, mereka buat pekak saja. Mereka tidak ambil ‘pot’ atas tuduhan itu, apa yang mereka tahu cita-cita mereka untuk ke puncak kemasyhuran dunia tercapai.

Dalam perkembangan terbaru di Palestin, Israel giat membangunkan penempatan baru Yahudi di Baitulmaqdis sekalipun seluruh dunia mengecam langkahnya itu. Sekalipun Amerika dilihat berpura-pura marahkan tindakan rejim berkenaan, Zionis tidak peduli; kecaman antarabangsa tidak menjadi kudis kepada mereka. Mereka pekakkan telinga dan butakan hati.

Sama seperti orang Yahudi (Zionis), orang Malaysia juga mula tidak ambil peduli apabila dilempar pelbagai tuduhan seperti meletupkan orang, mencuri laki orang, berzina dan merasuah. Mereka tidak pun berusaha untuk membersihkan nama mereka melalui langkah menyaman si penuduh. Orang Yahudi, biarlah apa dikatakan terhadap mereka, perangai mereka tetap sama sejak dulu, kini dan mungkin selamanya. Orang Malaysia pun mulai sama macam mereka, keras hati dan keras kepala, dulu, kini dan selamanya.

Sepanjang sejarahnya, Yahudi adalah bangsa yang melawan Rasul. Nabi Musa a.s. dilawan mereka, ada Nabi diusir mereka dan sesetengah Nabi seperti Nabi Yahya a.s. digergaji sampai mati oleh mereka. Orang Malaysia sekarang ini pun apa kurangnya, orang yang perjuangkan hak rakyat mereka kenakan pelbagai tindakan, silap-silap di-ISA-kan.

Kenapa orang Malaysia kini berperangai macam Yahudi? Orang Yahudi tidak menjajah dunia seperti British, Sepanyol, Belanda, Portugis dan sebagainya. Tetapi mereka menjajah pemikiran penduduk seluruh dunia.

Shakespeare melalui karyanya The Merchant of Venice atau juga dikenali sebagai The Jew of Venice mengingatkan betapa liciknya orang Yahudi melalui watak Shylock yang mahukan mengerat daging Antonio selepas dia gagal membayar balik pinjaman yang diberikan si Yahudi.

Jadi Yahudi hari ini telah berjaya menerbos mereka yang tubuhnya bersifat bangsa Malaysia (Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya) dengan ‘meyahudikan’ pemikiran dan perangai mereka. Mungkinkah mereka melakukan ini melalui suntikan beracun yang kini semakin diheboh-hebohkan melalui pembabitan Apco Worldwide?

Benar batang tubuh orang Malaysia dilihat sebagai bersifat kebangsaan. Mereka bangga memperkenalkan tarian tradisional termasuk dikir barat di Washington, tetapi pemikiran dan perangai mereka menyerupai orang Yahudi.

Sebagai contoh mereka buat pekak badak sahaja, suara rakyat yang mempersoalkan pembaziran mereka ke sana tidak dipedulikan langsung, yang penting mereka perlu dilihat terhebat di seantero dunia.

Apabila perangai Yahudi diamalkan pemimpin, dikhuatiri penyakit amat bahaya ini menjangkiti rakyat. Tengoklah perangai rakyat sekarang ini sudah macam Yahudi. Bunuh orang, tetak orang, simbah asid, buang bayi malah bakar bayi, semakin menjadi-jadi. Siapa ajar semua ini?

Kebanyakan orang yang melakukan jenayah ini sudah buta dan keras hati. Mereka buat ‘dek aje’ sama seperti pemimpin yang didakwa melakukan pelbagai jenayah termasuk meletupkan orang. Semuanya buat-buat pekak, buta dan bisu samalah seperti sikap orang Yahudi.

Rakyat yang telah buta hati ini, cakaplah apa saja pada mereka, mereka tidak peduli lagi. Cakaplah rasuah berbilion ringgit, skandal itu skandal ini, mereka tidak ambil ‘pot’ pun. Cakaplah pemimpin itu dan ini (termasuk presiden parti kedua terbasar dalam BN) ada skandal seks, mereka tidak ambil peduli pun. Kalau ada pilihan raya, mereka tetap undi parti yang itu juga. Cakaplah apa saja, mereka tetap tang tu tang tu jugak.

Betullah rakyat sudah berjaya diyahudikan sikap dan perangai mereka! Jadi selama ini apabila berlaku majlis untuk meraih simpati kepada rakyat Palestin atau menunjukkan tentangan kepada rejim Zionis, kebanyakan pemimpin yang hadir hanya bersandiwa saja. Ini kerana merekalah yang memberi projek kepada perunding Yahudi seperti Apco International bagi menggilap kehebatan masing-masing.

Apa yang diajar oleh perunding Yahudi mereka terapkan kepada rakyat. Kini rakyat pun sudah sama berperangai Yahudi macam mereka. Itulah sebabnya rakyat begitu bangga apabila dua pemimpin sekutu Zionis bersalaman erat di Washington!

Wednesday, April 21, 2010

Honour what we pledge

***
In the name of God, Most Merciful, Most Compassionate; blessing and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection
To Him is due the primal origin
of the heavans and earth:
When He decreath a matter,
He saith to it: "Be!"
and it is. (Baqarah 2:117)
***

My childhood hobbies were fishing and rearing fish. My mother acknowledged I was good at fishing fresh water fishes such as ‘ikan haruan, keli and puyu’ at the paddy fields or the small rivers. Other than those fishes, ‘ikan pelaga’ (fighting fish) could be easily caught by using flat open basket (pongkes).

When one noticed bubbles or foam in the water near the bund (batas), quickly scoped it with the ‘pongkes’ and if you were lucky you would find a pair of fighting fish in it. The male is brightly coloured and looked fierce but the female looked tamed and less colourful.

The haruan, keli, puyu (or betuk) and even ‘sepat’ (often caught by using the net or ‘pongkes’) usually ended up on the dinner table but the fighting fish were spared. They were too small or might not suitable for consumption, I guessed.

So I kept the fighting fish in bottles, mind you at that time having an aquarium was out question as my parents were struggling to feed the family of ten. Other than fighting fish, I too kept some ‘ikan sepat’ and ‘puyu’ in bigger bottles.

I loved seeing the graceful movement of the ‘ikan sepat’ while ‘the ‘ikan puyu’ were very tough. They seemed to have ‘nine lives’ like the cat. They could withstand the filthy and dirty water for a long period of time, especially when one was lazy to clean the bottles and change the water.

True, I was mad with fresh water fishes when I was in my primary schooling years. When I entered Form One at a residential school, my hobbies of fishing and rearing fish were ‘cruelly separated’ from me.

I remembered how I placed a bottle of ‘puyu’ fish on a tree top near my house on the last day before I began my maiden voyage far, far away from home, hoping that when I went home during the first term holidays (a space of full three months), the bottle would still intact with the fishes inside.

Sure when I went back, the bottle was nowhere to be seen, and my madness for fishes was diminished and replaced with the determination to do well in my studies. Once in a while with some friends, I went fishing but as the years passed by, I gave up the hobby because I had no heart and courage to be cruel to the animals that were used as the bait.

For example when you went fishing for the ‘ikan haruan’ or ‘toman’, you had to used life bait such as small frogs That unlucky animal was squeezed and hooked in such a way it was still alive and was repeatedly thrown into the water, waiting for the ‘toman’ to pounce upon it.

When you go fishing for the ‘ikan puyu’ or ‘ikan keli’ you had to use life earthworms as the bait. You cut the worms into small pieces before hooking and throwing them into the water.

I acknowledged I could not continue that hobby after hearing a ‘ceramah agama’ (religious sermon) where the ‘ustaz’ (religious teacher) said as Muslims we should not be cruel to animals. Causing pain and torture to innocent creatures should never be tolerated, he said.

He mentioned the story of a traveler who was rewarded ‘jannah’ (heaven) when he helped a dog that was thirsty by using his shoe to bring up water from a well while a woman was thrown to hell because she caged a cat without giving food until it die.

Once, when Prophet Muhammad (peace be upon him) was on a journey with his friends, they came across a finch with two young ones. When a few people took away the chicks without the prophet’s knowledge, the mother bird fluttered around, beating its wings in grief.

The prophet immediately asked, “Who has distressed her by taking away her young ones? Return them to her at once.”

After hearing the ‘ceramah’ and thinking how cruel I had been to some animals over the years, I opted to abandon my hobbies of fishing and rearing fishes. I acknowledged how wronged I was by keeping those fish in bowls and bottles when I was young and then the aquariums when I became an adult.

Since then, the aquariums at my home were idle for many years until recently after I found four ‘ikan puyu’ in a puddle of water my garden. It was strange to have those fish in that surrounding, so I picked up the fish and back home I cleaned an old aquarium and put the fish inside.

I kept the fish for a week or two but deep inside my heart I knew what I did was wrong. How could I caged those creatures and the same time kept on writing articles about fellow humans suffering from draconian laws such as the Internal Security Act (ISA).

If I fight for the freedom of those held by ISA, the same principle should be applied to the animals. My heart says ‘free those innocent creatures’. They were not meant to be prison, but ought to be freed; if not I should end their life quickly so that they could end up on my family dinner table.

So one fine afternoon, I accompanied with my youngest daughter aged four, went to a nearby stream to free the fish. I gave them one by one to my daughter and with a cheery atmosphere and laughter; she threw them into the water. After finishing the job, I felt calm and proud to honour the pledge in my heart not to be cruel to animals.

Regarding the importance to honour ones pledge, there is a Malay proverb that says; ‘kerbau dipegang pada talinya, manusia pada janjinya’ (the buffalo is kept by the rope, human beings are tied to their pledge or promises). So when I read the news how the then Home Minister, Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad (now retired), belittled the ‘rakyat; saying that they were irresponsible for wanting the prices pledged by the Home Ministry in a contest held by that ministry, I was very surprised and sad.

I was sad because what had befall our country and society when a ministry and people of high position could not be held responsible to their pledge and promises. If those ‘honourable’, ‘respected’ and high profile leaders could not be answerable to their promises, than what could be said about the man on the street.

The Home Ministry is now making a mockery out of itself. This development reflects badly on our public administration, and making the people loosing faith on the government’s arms and machinery. If in simple matters such organizing a contest, a ministry could not held responsible then what could be said in their actions in human rights issues such as detaining the ‘rakyat’ under ISA or OSA?
Are they serious or are they making fun on the ‘rakyat’?

Tuesday, April 20, 2010

Hijab controversy: OIC should confront IOC

***
In the name of God, Most Merciful, Most Compassionate; blessing and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection
It is He who created
the night and the day
and the sun and the moon:
All the celestial bodies swim along,
each it its rounded course. (Anbiyaa 21:30)

***

RECENTLY this news item, from Daily News/Tehran Times with the title ‘FIFA bans Iran's women soccer team for wearing hijab’ caught my attention. Muslims and Muslim states remained silent even though the SOS asking for their support was broadcast openly.

“TEHRAN, April 8: The Iranian Olympic Committee has called on Muslim states around the world to protest to FIFA and the International Olympic Committee (IOC) after the country’s women’s football team were banned for wearing the hijab at this year’s inaugural Summer Youth Olympic Games to be held Singapore.

Bahram Afsharzadeh, the secretary general of Iran’s Olympic Committee, claimed the decision is a violation of Muslims rights.

The team, who qualified to compete in the Games, which are due to be held between August 14 and 26, wearing head scarves, have been informed by FIFA that they will not be allowed to compete unless they remove the hijab.

Ali Kafashian, the president of the Iran Football Association, has written to FIFA to ask them to reconsider their decision, claiming that due to religious beliefs the team will be able to participate in the competitions only if they are allowed to observe the Islamic dress code.

FIFA had passed a ruling in March 2007 that the hijab is forbidden in matches. It came after a Canadian Muslim was expelled from a match for donning a hijab.

The decision, taken by the International Football Association Board (IFAB), the body which decides the laws of the game and is made up of the four FA’s from the United Kingdom and FIFA, cited law 4 which lists the basic equipment that players are allowed to wear and does not include headwear except for the goalkeeper.

Brian Barwick, the then chief executive of the Football Association and a member of the IFAB that took the decision, claimed at the time “it’s absolutely right to be sensitive to people’s thoughts and philosophies, but equally there has to be a set of laws that are adhered to, and we favour law 4 being adhered to.”

Afsharzadeh said the decision taken by FIFA proves that it does not care about such issues as nationality, religion and race.

“It is also an indication of creating obstacles on their part in the way of the women’s progress,” he added. “Iran’s National Olympic Committee has forwarded copies of a protest letter to the IOC and a number of other leading officials around to consider the issue,” Afsharzadeh said.

Meanwhile, in its letter to Iran Football Federation (IFF), FIFA said they had no choice but to disallow Iran girls’ football team from participating.

"Taking into consideration the clear position stated by (the Olympic committee of) Iran, the FIFA executive committee had no choice other than to decide that Iran will not be able to participate," FIFA General Secretary Jerome Valcke stated.

This is the second time within a year that the issue of athletes donning hijab has cropped up in Singapore.”

The Iranian Olympic Committee has called on Muslim states around the world to protest to FIFA and IOC regarding the banning of wearing hijab by Iranian sportswomen, but I did not hear any reactions from Muslims what more from Muslim states.

Muslims remained silent, but in my opinion they should support the call and form an united front to defend Muslim women’s (Muslimah) right to hold to their religious obligations including when taking part in sports events whether they were in the fields, in the gymnasium or in swimming pools.

Regarding the attires worn by sportswomen, nowadays it is common for them to don a two piece cloth – one to cover their breasts and the other their private parts – might it be on the beaches (example beach volleyball), fields or tracks.

If sometime such outfits were standard attire of athletes from the Western world and Latin America, nowadays their counterparts from Asia, the Arab world and African nations too leave their trademark ‘singlet and shorts’ and don sexy outfits.

In the pools, on the gymnasium floors, in the fields and almost everywhere the girls are subjected to the standard attire accepted the world over – bare your sexy bodies or ‘you should stay home’.

So it is a must – you must wear those skimpy outfits, if not, don’t ever dream of taking part in any of the events. The majority of the world’s population has nothing to fuss about this development but to the practicing Muslims, these scenarios are totally against the teaching of Allah The Almighty and His Prophet, Muhammad (pbuh).

The Western world (such as the organizers of world’s sporting events, the Olympics and World Championship), is leading the human race back into the ‘jahiliah’ (ignorant) period or the dark ages. Women are once again used as sex objects to satisfy men’s lust in the name of sports and other international events and gatherings such as Miss World or Miss Universe pageants.

The problem among practicing Muslims, is that would their women athletes clad in the Islamic dress code be allowed in the pools, on the gymnasium floors or on the fields?

In my opinion if athletes could wear skimpy outfits, then there should be no discrimination for them to wear ‘hijab’ when doing the floor exercises or splashing up in the pools. But no, never has the world seen a Muslim woman gymnast or swimmer in ‘Islamic attire’ taking the gym floor or the swimming pool.

Now Iran wants their hijab wearing footballers to be allowed in the field, but they were met with great resistance by international sports bodies such as FIFA and IOC, but why must the Muslim world remain silent.

Wearing the hijab is no obstacle in sports as proved by several Muslimah athletes including Bahrain sprinter Ruqaya Al-Gasara, the 2006 Asian Games 100 metres champion, at the Olympics in Beijing in 2008.

In my opinion, Muslim countries under the umbrella of the Organization of the Islamic Conference (OIC) should be serious in sending men and women in Islamic attire to take part in international games. They should portray Ruqaya Al-Ghasara as an icon and help her and other ‘Islamic thinking’ athletes to greater heights including medals at the Olympics and World Games.

If FIFA and IOC resisted in not allowing hijab wearing sportswomen, why not OIC do something? Why not OIC take the initiative to approach and ‘slow talk’ with IOC? But the fact OIC chose to remain silent.

Muslim leaders and sportsmen and women should have the guts to challenge the regulations that are against the Islamic teachings imposed on them by the international sports governing bodies for Allah SWT, the Almighty says: “O you who believe! If ye obey the unbelievers, they will drive you back on your heels, and you will turn back (from Faith) to you own loss.” (Qur’an 3: 149).

So why not OIC confront IOC if it have the guts and determination to honour Muslim women! In Malaysia, why not human rights and Muslims groups including Sisters in Islam (SIS) fight for the sportswomen's right to wear the hijab?

Monday, April 19, 2010

Tunaikan hak asnaf, usah menyibuk masa pilihan raya

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dengan sanadnya daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Shallahhahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang ertinya: "Sesiapa yang mengikut jenazah sehingga disolatkan ke atasnya, maka baginya pahala Qirat, dan sesiapa yang mengikut jenazah sehingga dikebumikan, maka baginya dua Qirat. Lalu ada di kalangan sahabat yang bertanya: Apa itu dua Qirat? Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: Seperti dua gunung yang besar."


Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipanjangkan usia, maka pada kesempatan singkat ini dapat kita manfaatkan ruang dan masa untuk memuzakarahkan hal ehwal pilihan raya termasuk yang akan diadakan di Hulu Selangor dan Sibu tidak lama lagi.

Berhubung agihan bantuan dan projek yang kini dikatakan begitu galak di kawasan pilihan raya, kita tertarik untuk membicarakannya berdasarkan falsafah dan kaedah pengagihan zakat. Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam, tidak mempercayai dan mengamalkannya menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam. Malah antara perkara pertama dilakukan oleh Sayidina Abu Bakar As-Sidiq selepas dilantik menjadi khalifah adalah memerangi golongan yang enggan mengeluarkan zakat.

Dalam harta orang kaya itu terdapat hak orang miskin; mereka yang cukup syarat-syaratnya wajib mengeluarkan bahagian tertentu daripada nilaian harta tersebut. Sekali lagi diulang bahawa dalam harta seseorang itu ada hak orang yang berhak mendapatkannya.

Orang yang berhak ke atasnya ada lapan golongan yang diistilahkan sebagai asnaf sebagai firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah Ayat 60 yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Wang zakat ini perlu dikeluar dan diberikan kepada asnafnya apabila sudah cukup syarat-syaratnya. Ertinya keluarkan dan berikan saja kepada golongan yang berhak tanpa diambil kira musim dan sebagainya. Orang yang ada dalam simpanannya harta yang diwajib dikeluarkan zakat mengikut syaratnya, tetapi menangguh-nangguhkan pada masa yang kononnya sesuai mengikut jadual mereka seperti hari ulang tahun kelahiran atau hari kebesaran lain, mereka hanya mengundang ancaman daripada Allah SWT. Ertinya, dalam bab zakat ini, berikan saja kepada golongan yang berhak sebab mereka ada hak di atas harta itu, jangan banyak dolak-dalih.

Sehubungan itu, kita menasihatkan diri kita sendiri dan pihak penyampai (bantuan) zakat (pihak berkuasa) janganlah menahan-nahan wang zakat ini dan hanya tergerak untuk memberikannya pada majlis-majlis yang mereka ada kepentingan seperti menjelang pilihan raya. Sedarlah wang zakat itu adalah hak asnaf berkaitan, jadi berikan hak mereka yang berhak tanpa cuba mengeksploitasinya untuk kepentingan diri, pemimpin dan parti politik kita.

Berhubung dengan kehebatan zakat ini, kita berpendapat alangkah eloknya projek-projek pembangunan dan bantuan daripada pihak berkuasa (berada) yang mahu disampaikan kepada rakyat, mencontohi falsafah zakat – berikan hak kepada mereka yang berhak tanpa mempedulikan imbalan yang mahu diraih, misalnya mencari keuntungan dalam kempen pilihan raya.

Sehubungan itu adalah tidak perlu untuk menghebahkan projek itu dan projek ini dan menyibuk mengagih-agihan bantuan menjelang sesuatu pilihan raya. Apabila ini dilakukan maka akan timbul tanggapan bahawa perkara dilakukan tidak ikhlas, ada udang di sebalik batu atau terus terang dikatakan berlaku rasuah politik bagi menggula-gulakan rakyat.

Alangkah indahnya jika dikuti falsafah zakat tadi, ada hak rakyat dalam perolehan pemerintah yang sesetengah pihak mendakwa berbilion-bilion ringgit yang perlu diberikan kepada yang berhak dengan segera. Tidak kiralah mereka menyokong kita atau tidak, selagi mereka berhak (jika dalam kes zakat disebut asnaf), berikan hak itu kepada mereka. Usahlah buat-buat sibuk mahu mengagih-agihan hak rakyat ini masa kempen pilihan raya, berikan kepada yang berhak akan hak mereka!

Sunday, April 18, 2010

Penutupan Puduraya: Perancangan lemah, rakyat sengsara

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan tiba suatu zaman tidak ada seorang juga pun kecuali dia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau dia tidak memakan secara langsung, dia akan terkena juga debu-debunya." (H.R. Ibnu Majah)
***

AKHIRNYA, mulai Isnin, 12 April, operasi Hentian Puduraya sebagai hab pengangkutan awam ditutup empat bulan untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf dan sebagai gantinya Padang Letak Kereta F, Kompleks Sukan Bukit Jalil dijadikan perhentian sementara.

Sebelum itu, tarikh penutupan diumumkan adalah pada 19 Mac dan terminal bas sementara dijanjikan adalah di Jalan Galloway, berhampiran Ibu Pejabat Kontijen Polis (IPK) Kuala Lumpur yang berhadapan Jalan Hang Tuah yang sentiasa sesak dengan lalu lintas.

Perancangan yang lemah menyebabkan pembaziran wang rakyat secara besar-besaran manakala pengguna terasa dipermain-mainkan. Juga terkesan adalah pengusaha dan pekerja syarikat pengangkutan awam, peniaga, petugas penguat kuasa seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan banyak pihak lain.

Persoalan pertama perlu ditanya adalah mengapa Terminal Bas Sementera Jalan Galloway telah disiapkan tetapi akhirnya tidak jadi digunakan. Sebuah lapangan besar telah dibina, khemah didirikan, kemudahan awam disiapkan termasuk sebuah tangga pejalan kaki menuruni bukit menuju Jalan Hang Tuah, tetapi akhirnya ternyata perancangan lemah (tidak jadi) ini menyebabkan wang rakyat masuk ke dalam longkang.

Pada mulanya Terminal Jalan Galloway ‘confirm’ (sudah pasti) digunakan berdasarkan lawatan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ke Hentian Puduraya yang dengan bangganya mengumumkan hab pengangkutan berusia hampir 40 tahun itu akan ditutup selama empat bulan mulai 19 Mac dan perhentian sementara itu digunakan.

Namun alangkah sengsaranya orang ramai termasuk pengguna pengangkutan awam dan pengusaha gerai dan kedai apabila tertipu dengan pengumuman yang ternyata tidak benar itu. Hentian Puduraya terus beroperasi tetapi pelbagai kemudahan di situ seperti telefon awam dan mesin juruwang automatik (ATM) telah dipindahkan daripada tempatnya. Demikian juga beberapa pengusaha sudah memindahkan barangan dan menutup kedai masing-masing.

Terminal sementara sudah disiapkan tetapi mengapa perpindahan tidak jadi? Salah satu sebabnya adalah rungutan dan komen pelbagai pihak bahawa kedudukan terminal itu tidak sesuai langsung, ia berhampiran kawasan sesak lalu lintas apatah lagi berjiran pula dengan pusat operasi polis (IPK).

Mungkin pihak polis tidak senang ‘menjadi jiran’ sebuah tempat tumpuan awam yang sesak dan bising sehingga Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri terpaksa bercakap ketidaksesuaian terminal bas sementara ditempatkan di kawasan itu. Bayangkan betapa ‘hebat’nya perancangan pihak berkuasa sehingga Ketua Polis Negara terpaksa bercakap mengenai perhentian bas!

Kini selepas ‘terbarai’nya projek Terminal Bas Sementara Jalan Galloway, akhirnya dipilih kembali lokasi biasa penempatan stesen sementara pada musim perayaan (Hari Raya Puasa) iaitu di medan letak kereta Kompleks Sukan Bukit Jalil. Nampaknya perancangan dan banyak kos telah dikeluarkan tetapi akhirnya ‘pi mai, pi mai, tang tu jugak!’ Kalau ini macam, daripada awal tidak payahlah dicerita dan diheboh Terminal Sementara Jalan Galloway, buat habis masa, tenaga dan wang ringgit saja!

Berdasarkan tinjauan pendapat di kalangan pegawai penguat kuasa dan pengusaha kenderaan awam, mereka berkata pihak berkenaan beriya-iya mahukan Terminal Sementara Jalan Galloway adalah kerana mereka mahu mengelak membayar sewa yang tinggi bagi tapak operasi di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Malah kata penguasa bas, bayaran dikenakan bagi setiap bas di terminal sementara itu adalah lebih tinggi daripada di Hentian Puduraya.

Mereka juga berkata, pihak berkenaan seboleh-boleh mahu mengelak daripada menggunakan kemudahan di Kompleks Sukan Bukit Jalil kerana apabila dilangsungkan acara sukan di sana, kawasan itu akan menjadi kelam-kabut dengan kesesakan terlalu teruk.

Apabila Kompleks Sukan Bukit Jalil dijadikan perhentian sementara, sesetengah pengguna akan menghadapi masalah. Misalnya mereka yang terpaksa berulang alik ke tengah-tengah kota Kuala Lumpur termasuk Hentian Puduraya (ada yang tidak sedar penutupannya) perlu mengeluarkan belanja lebih. Bas ulang alik Bukit Jalil-Hentian Puduraya tambangnya RM2. Ini sudah tentu membebankan pengguna. Dalam sebulan, kos peningkatan tambang seseorang yang kerap berulang alik boleh mencecah RM120.00 (RM4 (pergi balik) kali 30 hari = RM120.00).

Mereka yang memilih menaiki tren transit aliran ringan (LRT) juga terpaksa membayar lebih. Tambang perjalanan antara Bukit Jalil ke pusat ibu kota RM1.90 sedangkan pada kebanyakan perjalanan antara stesen Plaza Rakyat (berhampiran Hentian Puduraya) ke banyak destinasi di tengah-tengah ibu kota hanya RM1.20. Jika pengguna berulang-alik setiap hari, pasti kos tambang LRT meningkat, mungkin sebanyak RM42 sebulan (RM1.40 kali (pergi balik) kali 30 hari = RM42.00).

Demikianlah betapa rakyat marhaen bertambah beban tanggungan mereka sedangkan pemimpin tidak habis-habis melaungkan slogan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Rakyat (penumpang kenderaan awam) terpaksa mengeluarkan wang yang lebih banyak berbanding sebelum ini tetapi pihak berkuasa melakukan pembaziran wang rakyat termasuk membina Terminal Bas Sementara Jalan Galloway yang ‘tidak jadi’ itu.

Mengapa agaknya nasib penumpang perkhidmatan awam dilakukan sesuka hati oleh pihak berkuasa – mereka bagaikan bola yang ditendang ke sana sini mengikut kehendak sang penguasa? Sekejap mereka diminta tinggalkan Hentian Puduraya, kemudian tidak jadi, selepas itu ke Terminal Jalan Galloway dan kini di Kompleks Sukan Bukit Jalil.

Hakikatnya, salah satu syarat untuk diiktiraf sebagai negara maju seperti diidam-idamkan pemimpin negara, pengangkutan awam negara hendaklah cekap, efisyen serta tambangnya tidak membebankan rakyat. Jika pengguna pengangkutan awam terus dipermain-mainkan oleh pihak berkuasa, bilakah negara boleh mencapai status itu?

Lihatlah betapa pembinaan hab pengangkutan awam Plaza Rakyat, dari dahulu hingga sekarang tidak siap-siap (harap tidak begitu selamanya), sudah cukup untuk mengesahkan bahawa kemudahan dan keperluan orang awam bagi golongan pertengahan dan bawahan tidak langsung menepati slogan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!’

Saturday, April 17, 2010

Repentance

***
In the name of God, Most Merciful, Most Compassionate; blessing and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection
“Muhammad is not the father of any of your men,
but he is the Apostle of God, and the seal of the Prophets:
And God has knowledge of all things.” (Ahzab 33:4)
***

Every morning when I open the sliding door and grill of my house to go to the mosque nearby for ‘subuh’ prayers, he would be there. He has a fierce face but pleading eyes. His eyes will meet mine; I would feel sorry and pity him. I would throw crumbs of bread to him. He would mumble and swallow it greedily, in a few second they would be finished.

He is not alone. With him is an elder sister and their mother. He is about three months old while his sister is one and a half years old. Together they eat the food that I would throw to them. Since it was early in the morning, pieces of bread would be their usual ‘menu’.

But sometimes when there was ‘keropok’ (fish crisps) left on the dining table, I grabbed the ‘keropok’ and would throw it to the ‘family members’ who would be waiting outside. It would be great seeing them munching the goodies. Sometimes I would take a minute or two, watching them eating greedily.

I had the grubs ready in hand before opening the sliding door because I knew they would be waiting patiently outside. They would make noises such as scratching the doors and of course ‘meowing’.

My children would give them names. The little one was called ‘Hitam’ (Black) as he was 100 percent black, his sister ‘Musang’ (Civet Cat) because of her unique style while moving (just like a ‘musang’) and had thick fur. Their mother was simply named ‘Mak Musang’ (Musang’s Mother).

Since I left my home early in the morning and returned at midnight, I only would meet them at that time. After morning prayers, I would mix leftover fish and rice and call them to eat. When returning home at midnight, sometimes Musang and Hitam would be at the door, waiting for me to open them.

When I was not working, I attended them at least three times a day when I gave them ‘breakfast’, ‘lunch’ and ‘dinner’. They would be accompanied by a few ‘relatives’, ‘friends’ or passerby. At times there would be ten of them, enjoying their meals. Sometimes they had cat food, bought from a nearby mini market.

It was normal for Musang and another one by the name of ‘Atan’ to enter our house and sleep on the sofa and bed. My children would pet, coax and play with them. Sometimes the children brought Musang and Atan to bed and they would happily sleep in their arms!

But Hitam was adjusting his life to be like Musang and Atan. He dared not to enter our house as he was still testing ‘the relationship’. At first he was wild, but slowly he became accustomed to be ‘a great friend of men’.

While Musang and Atan did not fear to lean their bodies against my legs, Hitam seemed more reserved. He would stare at me, his mind not clear as to get closer or to run away to a concrete drain nearby.

One late afternoon, I called my three sons to get ready to go the mosque for ‘asar’ prayers. I then went to our garage, got inside my car, put on the reverse gear and step on the pedal. I heard my sons shouting that I had rolled over Hitam. I looked outside the car and managed to see Hitam running away for about three meters before collapsing to the ground. He was struggling for life, kicking away, and the next moment laid motionless.

What had I done? I had killed a cat, a kitten to be exact! I sat motionless at the driver’s seat. I felt weak, very miserable indeed. Why didn’t I inspect first or leave the engine running a minute or two before reversing the car. Thoughts of Hitam’s fierce face and his laughable naughty acts made me sad. Even though I accidently killed him, I felt very, very guilty. In my mind I thought I had done a sin and the only way to clear my uneasiness was to repent.

Men made countless mistakes each day. Some of them are unnoticeable or you have no knowledge about them. For example when you make ablution before praying, the running water might kill a few or many ants.

While you are walking, you might be stepping on small creatures or when you are driving, you might be running over small creatures such as frogs and lizards. So we have to ask God for His forgiveness every now and then even though we think we would not have done anything wrong.

Abu Hurairah has related that he heard the Holy Prophet say: “By Allah! I seek Allah’s Forgiveness and return to Him in repentance more than 70 times in a single day.”

Allah has commanded all the believers to repent, as He says: “...And all of you beg Allah to forgive all you all, O’ believers, that you may be successful.” (Qur’an 24:31) To those who continue to do wrong, Allah says: “...And whosoever does not repent, then such are indeed ‘adh-dhaalimoon (wrongdoers, etc)” (Qur’an 49:11)

In searching for books and articles about repentance I came across this piece that I thought are beneficial to writers like me who had for many years worked as a journalist in a ‘secular’ company. Other writers too could find this note useful.

In a question and answer part of a book entitled ‘I Want to Repent, but...’ by Muhammad Salih al-Munajjid (International Islamic Publishing House), this question was being asked: “I used to be a misguided writer, spreading secular thoughts through my stories and articles. I used my poetry (the same could be said about lewd pictures – writer) to spread promiscuity and immorality. Then Allah turned to me with His mercy and guided me, bringing me out of darkness into light. How should I repent?

The answer given: “This is a great favour and blessing from Allah. This is guidance for which we praise Allah. We ask Him to help you to stand firm and to bless you even more. Anyone who used his pen to wage war on Islam by spreading deviant ideologies, misguided heresies (bid’ahs), corruption and immorality, is obliged to do the following.

He should announce his repentance of everything he has written and publicly – through all available means – renounce his former misguided writings and refute all his old ideas. Thus, his new stance will become well known, and no one will be able to claim that he was misguided by the writings that he has now disowned.

This public announcement is one of the obligations of repentance in such cases, as Allah says: “Except those who repent and do righteous deeds, and openly declare (the truth which they concealed). These, I will accept their repentance. And I am the One Who accept repentance, the Most Merciful.” (Qur’an 2:160)

He should use his words and pens to spread Islam, expending his energy to support the religion of Allah, teaching the people about the Truth and calling them to it.

He should direct his energies towards counterattacking the enemies of Islam, exposing them and their schemes, and proving their claims wrong, just as he used to support them before. Thus he will become a sword in the defence of truth against falsehood.

Similarly, anyone who has previously convinced another person – even in a private gathering – of something ‘haraam’ (forbidden), such as the idea that ‘riba’ is not usury and is therefore allowed, should go back to the person and explain the truth to him, just as he previously led him astray. In this way, he can expiate for his previous sin. And Allah is the One Who guides.”

Friday, April 16, 2010

RM100: Sudahlah tak beri, bongkak pula!

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., mafhumnya: "Orang yang mengerjakan haji dan orang yang mengerjakan umrah adalah utusan Allah Azzawajalla. Jika mereka berdoa, nescaya Allah menerima doa mereka dan jika mereka memohon ampun, nescaya Allah mengampuni mereka."
***

“PATUTKAH warga emas yang diberi RM100 diucap takziah? Sudikah YB Datuk Shahrizat Abdul Jalil sedekahkah kami RM100 lagi setiap seorang?” (AKSILEBIH:BHA31916)

Penulis memetik ungkapan ini dalam ruangan R@kan BH di muka surat 41 akhbar Berita Harian, tanggal Khamis, 8 April 2010. Demikianlah rakyat kurang senang dengan gelagat Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil yang memperkecil dan mempersenda pemberian RM100 setiap warga emas oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Sebelum ini penulis berpeluang menyaksikan melalui kaca televisyen, aksi cemuhan dengan muka meluat Shahrizat terhadap usaha Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar beliau. Sungguh sedih melihat Shahrizat dengan mimik muka masam menempelak Guan Eng dengan berkata Ketua Menteri itu menghina golongan tua dengan pemberian wang tidak sampai RM10 sebulan atau kurang RM1 sehari.

Benar Shahrizat melalui kementerian banyak membantu golongan kurang mampu, orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya. Jumlah pemberian tentunya ‘besar’, yang biasa didengari adalah RM300 sebulan. Tentulah jumlah ini ‘besar’ berbanding wang ‘ciput’ yang diberi oleh Guan Eng.

Namun Shahrizat perlu sedar wang pemberian RM300 sebulan kepada golongan kurang upaya itu adalah daripada jabatan di bawah kementerian yang diterajui beliau yang diamanahkan oleh kerajaan untuk meringankan bebanan rakyat miskin. Ini adalah tanggungjawab sosial yang wajib dijalankan oleh mana-mana kerajaan dalam dunia ini.

Sebenarnya, RM300 itu bukannya banyak. Melalui program Bersamamu TV3, dapat disaksikan betapa deritanya hidup golongan kurang upaya ini walaupun mereka mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mereka sudah diberi RM300 sebulan tetapi mengapa Syarikat Beras Faizah, korporat lain malahan kolej, universiti dan persatuan tidak lepas tangan memberikan bantuan. Malah ada yang menerima bantuan lain misalnya daripada Pusat Zakat, tetapi mengapa mereka mengadu semua itu tidak cukup menampung perbelanjaan mereka?

Kalau Shahrizat mahu berbangga dengan pemberiaan RM300 yang dirasakan sudah terlalu banyak yang membolehkan beliau bongkak dengan menyindir pemberian RM100 oleh Lim Guan Eng, tak usahlah minta lagi Syarikat Faizah dan pihak lain membuat sumbangan. Cukuplah, kerana orang miskin dan kurang upaya itu mampu hidup selesa dengan pemberiaan RM300 sebulan oleh kementerian Shahrizat! Pihak TV3 pula berhentilah merayu orang ramai membantu.

Pada pandangan penulis yang kurang arif ini, sama seperti langkah mengalu-alukan bantuan oleh Syarikat Faizah dan pihak lain, adalah amat molek Shahrizat mengalu-alukan kesudian Guan Eng untuk memberikan RM100 kepada setiap warga emas. Ertinya marilah sama-sama membuat kebajikan, janganlah pula seseorang itu tergamak menghina kesudian seseorang atau pihak itu untuk membantu orang lain.

Adabnya, kita tidak perlu membangga diri pemberian kita kepada orang lain apatah lagi mengungkit-ungkit jumlahnya ‘yang sangat besar’ dan pada masa yang sama memperlekeh usaha pihak lain membuat kebajikan apatah lagi menyoal nilai sumbangan yang dakwanya ‘ciput’ itu.

Apa yang penting di sini adalah keikhlasan, bukan jumlahnya. Atau pemberian bermaksud ada udang di sebalik batu. Tetapi itulah yang kerap berlaku sekarang ini termasuk menjelang pilihan raya kecil atau umum.

Adalah menjadi hak orang miskin atau OKU untuk mendapat wang bantuan terutama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi mengapa pihak-pihak tertentu begitu ghairah memberinya di kawasan pilihan raya? Apa, tidak ada masa lain yang sesuai untuk diberikan hak rakyat miskin itu?

Demikian juga pengagihan wang zakat, wang itu adalah hak asnaf termasuk orang miskin tetapi mengapa sibuk mahu diberikan masa pilihan raya oleh pemimpin parti yang mengetuai kerajaan pula? Apakah makna ini semua? Kepada orang berhak, berikan hak mereka sama ada ada pilihan raya atau tidak, itu hak mereka bukan hak orang menyampaikan bantuan.

Pemimpin yang menyampaikan bantuan, wang itu bukan daripada kocek awak, wang itu adalah hak rakyat (jika wang zakat itu adalah hak asnaf) tetapi mengapa kamu mahu berbangga? Sehubungan itu bagi pemimpin yang mendabik dada, seolah-olah wang diberikan itu adalah wang mereka, mulai sekarang KELUARKAN sendiri wang kamu untuk dibagikan kepada rakyat.

Apabila ini kamu lakukan, barulah kamu tahu nilaian wang 10 sen, RM1, RM10 atau RM100 itu. Wang daripada titik peluh kamu ini jika diberikan dengan ikhlas, barulah ada kebarakahannya dan salah satu tandanya tidaklah kamu MENGHINA-HINA orang lain yang bersedekah dalam jumlah kecil!

Untuk pengetahuan, jumlah warga emas berdaftar di Pulau Pinang adalah seramai 82,983 orang dan jika semuanya dihadiahkan RM100 seorang, jumlah perlu dikeluarkan adalah RM8,298,300 (kira-kira RM8.3 juta). Sebagai langkah awal mendapat kebarakahan, apa kata Shahrizat dengan ikhlas berkongsi membiayainya daripada POKET SENDIRI dan jangan dibuat masa kempen pilihan raya?