Tanggal 20 Januari lalu, Amerika Syarikat 'berpresidenkan' seorang lelaki 'warga dunia'. Barack Hussein Obama Jr, 48, akan menjadi presiden kulit hitam pertama di Rumah Putih. Ini satu perkembangan paling menakjubkan sepanjang lebih 200 tahun sejarah Amerika. Mungkinkah peristiwa ini akan menenggelamkan kisah hebat Abraham Lincoln yang didakwa membela hamba kulit hitam?
Pemasyhuran Obama sebagai Presiden Amerika ke-44 sekali gus akan menghantar seorang lelaki bernama George W Bush ke muzium sejarah. Inilah lelaki zalim yang mengakhiri kariernya dengan membantu rejim Zionis Israel membasahi bumi Gaza dengan darah dan air mata rakyat Palestin. Inilah lelaki yang menerima malu terbesar di Baghdad, apabila kasut balingan wartawan Muntadar Al-Zaidi hampir menyinggahi muka tak malunya.
Bush sinonim dengan kemusnahan Iraq. Demikian juga kehancuran Afghanistan. Dua negara umat Islam ini kini dikuasai pemimpin tajaan Washington. Mereka menyertai puluhan boneka yang menerajui negara umat Islam, terutama dunia Arab, berteleku, berkiblatkan Washington, London, Paris dan Moscow. Inilah kota dunia pujaan orang termasyhur dan ternama Timur dan Barat.
Selamat jalan (berambus) Bush, semoga saki-baki kehidupan tuan diulit mimpi ngeri korban syuhada di bumi anbiya - Iraq dan Palestin. Berbahagialah tuan pada usia emas, mengikuti jejak Nero, maharaja gila Empayar Roman yang berlari-lari anak membakar dan memusnahkan kota Rom.
Selamat datang Obama, semoga tuan dapat menjadikan dunia tempat aman untuk didiami seluruh insan. Tetapi perkhabaran mengenai tuan, tidak menjanjikan apa-apa untuk kedamaian, apatah lagi yang membabitkan dunia Islam.
Obama pada pertarungan sengit merebut pencalonan Demokrat, seterusnya ke kedudukan orang paling berkuasa di dunia (Presiden Amerika), tidak senang dengan sebarang kaitan Islam yang cuba diletakkan pada dirinya oleh sesetengah pihak.
Sekalipun ada pihak cuba mengaitkan bapanya sebagai lelaki berasal dari Kenya yang beragama Islam, manakala beliau sendiri pernah bersekolah dan mempunyai bapa serta adik tiri di Indonesia, Obama cuba menepisnya jauh-jauh. Malah dalam satu kempen, petugas Obama bertindak 'menghalau' dua wanita bertudung jauh daripada kedudukan agar gambarnya tidak dilihat bersama-sama mereka.
Selepas menjadi bakal Presiden Amerika, Obama tidak sabar-sabar mengumumkan anak seorang militan Zionis Israel, Rahm Emanuel sebagai Ketua Staf (Chief of Staff)nya.
Emanuel, bekas penasihat Bill Clinton, adalah anak seorang pemimpin Irgun (Etzel atau IZL), sebuah kumpulan militan Zionis yang bergerak di Palestin pada 1931-1948.
Apabila tokoh Yahudi sudah menguasai Obama, apakah yang dapat diharapkan daripada lelaki ini untuk membawa keamanan di dunia, khususnya di Timur Tengah?
Sejarah merakamkan bahawa tentera Amerika yang hebat dan sofistikated itu tidak pernah terbabit dalam peperangan di negara sendiri sebaliknya menunjukkan kejantanan dan membasahi darah bumi yang jauh seperti Timur Tengah, Afghanistan dan Vietnam.
Bush bersara dengan membasahi tangannya dengan darah syuhada Palestin pada tahun baru Hijrah 1430 dan Masihi 2009, dan persoalannya sekarang apakah Obama mampu menghentikannya apabila mengambil alih taktha 20 Januari ini?
Bush pencen dengan meninggalkan Amerika dan dunia dengan kemelut ekonomi paling buruk dalam sejarah dan kini apakah Barack Hussein Obama Jr mampu melakukan perubahan (change) seperti yang sering diuar-uarkan dalam kempen pilihan rayanya?
Dunia menanti era Obama dengan penuh harapan, moga-moga beliau dapat menjadikan dunia lebih aman, sejajar dengan gelaran 'warga dunia' (bapanya orang Kenya, ibunya orang kulit putih Amerika manakala bapa tirinya orang Indonesia) yang diberikan sesetengah pihak kepadanya. 'Change', 'change', 'change' - itulah harapan dunia kepada Obama. Semoga dia dapat melakukannya!
Friday, January 30, 2009
Thursday, January 29, 2009
Surat terbuka kepada Datuk Bandar KL sempena Hari Wilayah
Kerjaya saya sebagai wartawan bermula ketika Tan Sri Elyas Omar adalah Datuk Bandar Kuala Lumpur (1981-1992). Pada tahun-tahun 80-an, Tan Sri amat terkenal. Namanya sentiasa meniti di bibir wartawan, termasuklah wartawan sukan kerana Tan Sri amat aktif dalam bidang itu.
Bagi saya yang mula bekerja pada pertengahan tahun 80-an, tugasan pertama seperti 'wartawan-wartawan hijau' lain ialah menulis berkaitan longkang. Maka digelarlah wartawan muda seperti saya 'wartawan longkang' sebab laporan yang selalu dibuat ialah mengenai longkang tersumbat, paip pecah, tanah runtuh, pokok tumbang dan banjir kilat di Kuala Lumpur.
Apabila ribut dan hujan lebat berlaku pada waktu petang, maka 'wartawan longkang' seperti saya mula cemas. Mana tidak, kerana sudah tentu kami tidak dapat balik awal, kena buat tinjauan di mana berlaku banjir kilat, pokok tumbang, tanah runtuh dan pelbagai bencana alam lain.
Apabila orang lain berpusu-pusu dalam perjalanan balik selepas jam enam petang, kami 'wartawan longkang' sibuk pula membuat tinjauan dengan jurugambar kawasan banjir kilat. Antara laluan jalan raya utama yang kerap dilanda banjir ialah di Jalan Tun Razak (dekat Wisma Bernama) dan Kampung Baru.
Melaporkan pokok tumbang yang menghalang lalu lintas kepada kes lebih berat seperti pemandu maut ditimpa pokok adalah 'aktiviti biasa' di kalangan 'wartawan longkang' seperti kami.
Pada hari cuaca yang elok, kami akan membuat tinjauan longkang tersumbat, sungai dicemari sampah sarap, kawasan rendah yang digenangi air, jalan rosak ataupun setinggan yang dipaksa berpindah kerana tapak rumah mereka akan dibangunkan projek perumahan.
Lebih dua puluh tahun sudah berlalu, dan hari ini saya tidak lagi membuat tinjauan mengenai longkang tetapi menyunting berita-berita yang difailkan oleh anak-anak buah.
Ada antara laporan-laporan itu adalah mengenai longkang, sungai, setinggan, banjir kilat, masalah setinggan dan seumpamanya. Ertinya dari satu segi Kuala Lumpur pada tahun 2009 ini seolah-olah sama dengan Kuala Lumpur pada tahun 1985 dulu.
Kepada kebanyakan rakyat, sistem pengangkutan awam menjadi antara ukuran utama kecekapan perkhidmatan pihak berkuasa bandar raya. Dari segi ini Kuala Lumpur 20 atau 30 tahun lalu adalah amat berlainan daripada keadaan semasa.
Pada tahun 1985, pengangkutan awam adalah sinonim dengan bas mini. Tetapi hari ini, perkhidmatan kereta api ringan iaitu STAR, Putra dan Monorail menjadikan Kuala Lumpur setanding malah jika tidak, adalah lebih baik daripada kota-kota besar dunia dari segi pengangkutan awam.
Namun jika ditinjau dari segi perkhidmatan kenderaan awam lain seperti bas, Kuala Lumpur seolah-olah masih tidur dengan mimpinya yang panjang. Kepada pengguna pengangkutan awam ini, perkhidmatan masih di takuk lama dengan masalah seperti kesesakan dan ketidak-tepatan jadual masih tidak dapat diatasi.
Disebabkan perkhidmatan bas yang tidak memuaskan ini dan kurang cekapnya sistem bas penyambung (feeder bus) di kebanyakan stesen LRT menjadikan arus pergerakan kenderaan awam tidak berkesan dalam memenuhi kehendak warga kota yang perlu bergerak cepat.
Bayangkan seorang penumpang LRT yang serba canggih selepas tiba di sebuah stesen akan terpaksa termenung lama memikirkan bagaimana dia hendak ke destinasinya sedangkan di situ tiada pengangkutan awam seperti bas. Mungkin yang ada hanyalah teksi dengan sesetengah pemandunya adalah orang yang suka 'cekik darah'.
Ketidakberkesanan sistem pengangkutan awam menyebabkan ramai warga kota memilih untuk berkenderaan sendiri ke pejabat atau urusan lain. Dalam kesesakan pagi di jalan-jalan sesak ibu kota, perhatikanlah dalam setiap kereta - hanya ada seorang (pemandu) dalam kereta itu. Jika setiap orang mahu memandu sendiri ke pejabat sudah tentu jalan ibu kota akan sesak sekali gus berlaku pelbagai pembaziran.
Kita tidak perlu meniru Jakarta dalam memperkenalkan peraturan kenderaan dengan sejumlah penumpang tertentu saja dibenarkan memasuki ibu kota, tetapi memadailah dengan segera membaiki sistem pengangkutan awam kita.
Dari segi membaiki perkhidmatan, banyak syor boleh dikemukakan kepada Datuk Bandar untuk menangani kesesakan.
Dalam kes saya sebagai pengguna kenderaan awam dari arah selatan yang menggunakan Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur, saya mencadangkan Datuk Bandar dan pegawainya memikirkan untuk membina sebuah stesen LRT berdekatan dengan lebuh raya itu. Dengar khabar sebuah stesen hab pengangkutan awam sedang dibina di Bandar Tasik Selatan. Jika benar alhamdulillah dan syabas.
Dengan adanya stesen itu, kenderaan dari arah selatan terutama bas dan teksi boleh diminta menurunkan penumpang di stesen itu. Penumpang kemudiannya boleh menaiki kereta api ringan untuk ke pejabat masing-masing di ibu kota.
Sebuah lapangan besar tempat meletakkan kenderaan juga wajar dibina di kawasan berkenaan bagi membolehkan pemilik kereta meninggalkan kenderaan, seterusnya menaiki LRT untuk ke tempat kerja masing-masing.
Jika dilaksanakan cadangan ini, saya percaya kesesakan yang berlaku setiap hari terutama waktu pagi di lebuh raya itu (berhampiran Lapangan Terbang Sungai Besi) dapat dikurangkan. Cadangan yang sama juga boleh dilaksanakan di laluan memasuki ibu kota dari utara, barat dan timur.
Dari segi 'pembangunan longkang', 20 tahun sudah berlaku tetapi masalah berkaitannya di KL masih bergema. Setiap kali hujan lebat, debaran jantung warga KL akan bertambah kencang. Apa tidaknya, jika hujan lebat, beberapa kawasan rendah KL akan dinaiki air, menghalang kelicinan lalu lintas sekali gus menyebabkan kesesakan jalan raya yang amat teruk.
Jika banjir, sistem pengangkutan canggih seperti LRT juga akan lumpuh sekali gus menyebabkan ribuan penumpang terkandas.
Dua puluh tahun lalu kita tidak mendengar tentang 'smart drain' (longkang pintar) bagi mengatasi masalah banjir kilat tetapi hari ini kita telah digembar-gemburkan istilah itu. Projek gergasi bernilai berbilion-bilion ringgit ini kini sudah siap pun pembinaan di Sungai Besi. Harap-harap banjir besar dapat dielakkan.
Manusia termasuk yang perakus terus melaksanakan projek mereka yang tidak pernah habis-habis di KL ini. Mereka yang bijak ini terus meratakan bukit, menarah gunung, mengempang sungai, menggondolkan hutan, menjarah bumi dan sebagainya.
'Pelahap' (pemusnah alam) inilah yang perlu diawasi wahai Datuk Bandar! Ini kerana jika silap perhitungan akan terjadilah bencana seperti tsunami yang meranapkan bumi Aceh tempoh hari, ataupun dalam skala kecil tragedi seperti di Highland Towers. Malah Bukit Antarabangsa pun sudah runtuh tempoh hari. Tetapi pemaju dan orang KL tidak pernah serik.
Inilah yang kita tidak mahu berlaku di KL yang sama-sama kita huni ini. Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada bencana ini. Sekian, wassalam. Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 1 Februari ini!

Friday, January 23, 2009
Apabila pandangan mufti tidak diendah
Seorang bapa atau ibu memerlukan ketaatan anaknya. Seorang guru pula mendambakan kepatuhan anak muridnya. Demikian juga seorang mufti (dalam kes yang akan dibincangkan ini Majlis Mufti) memerlukan kepatuhan ummah.
Malangnya di negara kita, tidak lama dulu berlaku satu perkembangan yang sungguh luar biasa dan menakutkan. Pandangan mufti tidak dipedulikan lagi, malah dibantah pula.
Kebanjiran kira-kira 100,000 penonton 'Sure Heboh' pada malam Isnin, tidak lama dulu, (esoknya pekerja akan bertugas manakala anak-anak akan bersekolah), adalah manifestasi bantahan kepada keputusan Majlis Mufti yang menyatakan konsert itu adalah haram.
Malah sesetengah akhbar nasional pula pada keesokan harinya, dengan bangga sekali menyiarkan sambutan luar biasa konsert itu sebagai tajuk utama muka depan, termasuk menyiarkan gambarnya secara besar-besaran.
Pemimpin negara termasuk menteri pula meminta penjelasan 'apa yang haram' di samping memberi ingatan bahawa pandangan mufti berkenaan boleh memecah-belahkan masyarakat.
Bagi penganjur konsert pula, selepas dihebahkan pengharamannya, berdasarkan persembahan pada malam itu, seolah-olah tidak ada langkah langsung untuk 'menghormati apatah lagi memikirkan apa yang telah diutarakan oleh Majlis Mufti'.
Persembahan masih keterlaluan, terutama artis wanita yang mendedahkan 'aset' mereka untuk memenuhi tuntutan nafsu ratusan ribu penonton.
Penganjur, pemimpin, artis dan penonton seolah-olah 'mengejek-ejek' mufti: "Lihatlah kamu kata haram, bagi kami ia tidak mendatangkan apa-apa kesan pun."
Nampaknya, bagi kebanyakan ummah sekarang ini, halal dan haram bukan lagi ukuran. Mereka tidak peduli lagi akan hukum hakam agama.
Jika ulama yang menyatakan konsert itu haram, tidak dipedulikan malah dibantah, apalah sangat yang dapat diperkatakan oleh orang kurang ilmu seperti penulis sendiri.
Tetapi disebabkan perjuangan untuk menegakkan yang hak dan menjatuhkan yang batil itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim, adalah menjadi kewajipan penulis meneruskan perjuangan.
Kali ini penulis tidak berhajat untuk memanjangkan perbincangan, takut-takut nanti jadi macam kes mufti - cakapnya tidak dipedulikan malah dibantah.
Jadi kali ini penulis menyalin semula maksud dan tafsiran ayat 19, 20 dan 21 Surah Fusilat yang dipelajari ketika Tingkatan Empat dulu untuk dijadikan pengajaran kepada diri sendiri dan juga kepada yang mahu mendengar dan membuka pintu hati masing-masing.
Firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan pada hari Qiamat akan dikumpulkan semua musuh-musuh Allah untuk ke neraka dan mereka dipandu ke sana sehingga apabila sampai ke situ, bersaksilah ke atas mereka oleh pendengaran mereka juga penglihatan mereka dan kulit-kulit badan mereka dengan kesalahan yang mereka lakukan.
"Dan mereka bertanya kepada kulit-kulit badan mereka itu, kenapa kamu bersaksi di atas kesalahan kami? Lalu jawab kulit badan, kami diberi kuasa bertutur oleh Allah yang mana Ia berkuasa memberi tuturan kepada segala sesuatu dan Dialah yang menjadikan kamu pada permulaan dahulu dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan."
Keterangan Ayat
Tiap-tiap yang hidup mesti akan mati, tetapi bagi manusia kematiannya itu bukanlah bererti habis dan tamat kisahnya, bahkan ia akan menghadapi kehidupan lain pula, iaitu kehidupan akhirat yang kekal abadi sama ada di dalam nikmat atau azab.
Dan oleh kerana di dunia ini manusia terbahagi dua iaitu ada yang baik dan ada yang jahat, ada yang kafir dan ada yang beriman, maka di akhirat pun terbahagi dua juga.
Melalui ayat di atas Allah menerangkan bahawa orang-orang yang tidak mengikuti perintah-perintah Allah dan ajaran-ajaran Rasul-Nya itu anggap sebagai musuh Allah dan pada hari akhirat kelak mereka akan dipandu ke neraka.
Di sana tidak ada kesalahan yang dapat dinafikan dalam mahkamah Allah kerana saksi-saksi yang memberikan keterangan pada hari itu ialah anggota badan mereka sendiri.
Ayat ini seterusnya mengingatkan orang-orang yang tidak mengikuti ajaran-ajaran Rasul bahawa balasan azab akan menimpa mereka kelak.
Logiknya adanya hari kiamat ini ialah untuk memberikan pembalasan yang sewajarnya kepada orang-orang yang hidup di atas muka bumi ini, kerana berapa banyak orang yang melakukan kejahatan yang tidak mendapat pembalasan atau mendapat pembalasan yang tidak setimpal, demikian juga kebaikan.
Maka hari pembalasan yang maha adil sekali ialah hari akhirat yang tidak ada berlaku kezaliman sedikit pun. Wassalam.

Thursday, January 22, 2009
Berjuanglah, usah dibazir usia muda
Saya hadir di Masjid Tabung Haji tengah hari 9 Januari 2008. Selain bersolat Jumaat, saya terpanggil untuk sama-sama menyertai membantah kezaliman rejim Zionis (Israel dan sekutunya Amerika) ke atas penduduk Gaza. Saya tidak dapat menahan diri daripada tidak membuat apa-apa selepas melihat gambar menyayat hati anak-anak Palestin yang dibunuh sedemikian rupa.
Ketika berada di Masjid Tabung Haji, saya teringatkan suasana yang hampir sama kira-kira lapan tahun lalu (2001). Ketika itu saya solat Jumaat di masjid itu, kemudian menyertai jemaah membantah pembataian Amerika ke atas umat Islam Afghanistan.
Sebagai orang muda (ketika itu masih berusia 30-an), selepas solat saya pun bingkas bangkit, penuh bersemangat, berlari, berarak beramai-ramai ke Kedutaan Amerika. Panas mentari tidak dipedulikan. Laungan takbir saya turut membantu gegak gempita pemuda. Di depan pintu masuk kedutaan, saya gagah menahan panas untuk mengikuti ceramah ringkas pemimpin.
Ketika itu Afghanistan diperintah Taliban yang dituduh Amerika menyorokkan tokoh didakwa pengganas nombor satu dunia, Osama bin Laden. Kerana Taliban enggan menyerahkan Osama dan pemimpinnya Mullah Omar, Amerika pun menghujani bumi barakah itu ledakan dan bedilan roket.
Tindakan Amerika itu menyebabkan ratusan ribu rakyat Afghanistan menyerang sempadan, menjadi pelarian di Pakistan. Salah satu bandar sempadan yang menjadi tumpuan adalah Peshawar.
Hendak dijadikan cerita, saya dan jurugambar Nasir Sudin dihantar ke Peshawar untuk membuat liputan. Ketika itu semangat tinggi, apatah lagi ketika berada di sana, suasana sungguh menyayat dan memilukan kerana ketika itu Ramadan. Jadilah Ramadan yang dikongsi bersama pelarian Afghanistan begitu mengesankan. Masih terbayang-bayang kesejukan malam solat tarawih bersama jemaah di Masjid Emas, Peshawar.
Juga terbayang menikmati epal berdebu untuk berbuka puasa. Orang di sini nampaknya tidak peduli membasuh buah-buahan, mereka makan saja. Lagi pun air susah didapati. Jadi kami pun sama-sama makan epal berdebu. Bertawakal sajalah.
Hari ini (9 Januari 2009), saya benar-benar insaf kerana ketangkasan itu tiada lagi pada diri saya. Saya berjalan lambat-lambat ke Kedutaan Amerika. Nasib saya baik kerana berjalan di bawah bendera besar PAS yang dijulang oleh sekumpulan pemuda perkasa. Saya menumpang teduh di bawah bendera itu kerana tidak tahan sengatan sang matahari. Malulah saya berkeadaan begitu kerana ada golongan Hawa yang cergas bergerak di depan, tetapi 'apo nok dikato'.
Itulah saya, sejak disahkan sebagai penghidap kencing manis (diabetes) sejak tahun 2002, saya dapat merasakan kelainan diri. Kadang-kadang jika tekanan gula terlalu rendah, anggota badan akan berpeluh, kepala mula pitam dan mahu muntah rasanya. Badan pun terasa sengal-segal, kadang-kadang mahu mengangkat tangan pun ada masalah.
Jadi sebelum saya pengsan di tengah-tengah orang ramai itu dan menyusahkan orang yang mahu berdemo, lebih baik saya mencari ketenangan diri. Pada perhimpunan hari ini, saya yang sudah berada di depan pintu masuk Kedutaan Amerika, kemudiannya melintasi jalan dan mencari teduh di bawah pokok besar berhampiran Kedutaan Singapura.
Seorang rakan yang terserempak di sana, tertawa memandang saya. Ehh, demo di bawah pokok, katanya yang saya tahu ikhlas dan memahami di sebalik kata-kata itu. Tetapi terasa juga betapa saya semakin tua dan tidak berdaya. Saya buat setakat yang saya boleh, tidak terikut-ikut dengan upaya orang lain. Kalau orang boleh berdiri, berdirilah; biarlah saya duduk asalkan tidak menyusahkan orang lain.
Saya cukup sedar bahawa terkandung pengajaran yang cukup bermakna yang perlu saya dan rakan-rakan dan pembaca hayati. Orang tua-tua dan bijak berkata; ketika zaman kanak-kanak ilmu tiada, tenaga tiada pengalaman pun tiada; ketika muda tenaga banyak pengalaman kurang; sudah tua pengalaman banyak, ilmu banyak tetapi sayang tenaga pula sudah habis; itulah sebabnya manusia selalu tersadung dalam hidup ini.
Jadi kepada anak-anak muda, saya ingatkan, perhebatkan perjuangan jangan dibazirkan tenaga muda itu sebab akan ditanya nanti - zaman muda kamu ke mana kamu habiskan? Akan buruklah nasib badan jika dijawab dihabiskan di pub dan kelab (maksiat) sebaliknya akan berbahagiakan yang menjawab dihabiskan untuk perjuangan antara lain membela nasib umat Islam Palestin sekalipun melalui demonstrasi seusai solat Jumaat tadi (9 Januari 2009)!

Tuesday, January 20, 2009
Sketsa Melayu - 'Wedding of the Year' dan Palestin
Antara perkara panas dibualkan di kalangan orang Melayu/Muslim dewasa ini adalah perkahwinan Mawi-Ekin (kononnya akan menjadi 'Wedding of the Year'), kekejaman Israel di Palestin dan hal-hal berkaitan makhluk halus seperti pameran hantu di Muzium Shah Alam tidak lama dulu.
Perkahwinan Mawi-Ekin sudah terlalu banyak diperkata dan diperhebohkan. Terlalu banyak 'sosek' mengenai hal ini. Daripada halaman akhbar, medan 'online', 'gosip' kedai kopi dan pejabat, kebanyakannya, memperuntukkan terlalu banyak ruang dan masa membincangkannya. Sudah banyak tenaga, masa dan wang dihabiskan untuk perkara ini.
Namun inilah wajah sebenar masyarakat dan sesetengah orang Melayu. Pada ketika dunia gegak gempita dengan keganasan Zionis Israel laknatullah, mereka masih leka dengan hal-hal lara termasuk boros dan membazirkan masa, membincangkan hal-hal membabitkan nafsu serakah seperti pakaian, pelamin, 'setting' perkahwinan, jumlah tetamu, bersanding, berarak dengan kereta kuda malah hak siaran TV.
Melayu terus leka dan dilekakan. Daripada perkahwinan kononnya bagaikan kisah puteri dan Cinderella, Melayu terus dileka dan disogokkan keghairahan untuk menyaksikan malah sehingga kepada percaya kepada unsur-unsur tahyul melalui pameran hantu.
Jika dua perkara ini sudah dapat meleka dan melalaikan Melayu daripada realiti, apatah lagi hal lain yang lebih dahsyat lagi. Ambil saja Akademi Fantasia (AF) atau 'Jom Heboh' dan Juara Lagu sebagai contoh. Melayu terus hanyut dan semakin hanyut kerana mereka mudah saja 'dikong-kalikong'.
Ini baru membabitkan hal sosial, belum lagi menyentuh bab politik dan ekonomi di mana orang Melayu mudah saja tertipu dengan cakap-cakap muluk dan janji manis pemimpin bernafsu tinggi atau penyamun atau 'toyol' dan 'jenglot' yang bertopengkan manusia.
Pemimpin-pemimpin jenis ini juga bertuan dan bertuhankan 'jenglot', 'toyol', bomoh serta dukun bagi membolehkan mereka yang rakus ini terus berkuasa. Masakan tidak percayakan bomoh, sebab dulu pernah ada kes dukun kerat 18 seorang tokoh politik.
Bagi menakutkan orang awam yang kebanyakannya jahil, mereka bawakan segala macam toyol, hantu dan seumpamanya bagi menakutkan manusia Melayu. Kebanyakan Melayu akan terus berfantasi dan bersikap penakut dalam menghadapi realiti.
Nah, kezaliman sudah berada di depan mata. Tetapi disebabkan sudah ditakutkan dengan 'toyol' atau 'jenglot' atau oleh 'pemimpin toyol dan jenglot' (perompak harta rakyat dan negara), mereka takut untuk berubah.
'Pemimpin jenglot dan toyol' mengugut kalau rakyat berubah atau menukar kerajaan, nanti negara akan kembali menjadi seperti zaman Jepun - makan ubi kayu, atau pun negara akan huru-hara.
Kezaliman ini juga berlaku di luar negara. Umat Islam Palestin dilanyak semahu-mahunya oleh Zionis laknatullah, tetapi disebabkan sudah diajar oleh 'pemimpin toyol dan jenglot' yang berkiblatkan Washington, London, Paris dan Moscow, mereka bersikap bagaikan tidak apa-apa.
Berhubung perkara ini, penulis tertarik dengan penegasan seorang penceramah bebas, Dr Azhar Yaakob dalam kuliahnya di pejabat penulis baru-baru ini bahawa umat Islam dan pemimpinnya sudah dijangkit penyakit bakhil (kedekut), antaranya kedekut dari segi politik dan ekonomi.
Bakhil, katanya, bukan saja membabitkan wang ringgit dan harta tetapi pelbagai kelebihan lain seperti ilmu, tenaga, kepandaian, kuasa, pangkat dan kedudukan.
Orang berilmu jika enggan menyumbangkan ilmunya, dia itu kedekut, demikian juga jika seseorang itu kuasa dan kedudukan sebagai pemimpin, jika dia tidak menyumbangkan tenaga, masa dan buah fikirannya ke arah kebaikan sejagat, dia juga adalah kedekut.
Katanya, umat Islam kini diratah musuh kerana pemimpin mereka bersikap kedekut termasuk meninggalkan satu sunnah besar iaitu perisytiharan Al-Baraah (Al-Taubah) ke atas musuh-musuh Islam sebagaimana yang diperkatakan oleh ilmuan Islam, Syed Qutb. Ketika ini tiada pemimpin negara umat Islam yang bersedia menyeru kepada kesepakatan ummah sejagat dan kemudian mengisytiharkan perang termasuk pemulauan dan boikot apa saja perkara berkaitan rejim Zionis dan sekutu-kutunya.
Beliau berkata disebabkan tidak mengikuti sunnah ini, maka umat Islam bagaikan terompah kayu saja, yang menjadi bahan lanyakan saja oleh musuh-musuhnya. Inilah barah yang melanda umat Islam, katanya.
Persidangan demi persidangan, mesyuarat demi mesyuarat, tetapi umat Islam terus dizalimi - daripada krisis Bosnia, Kosovo, Chechnya, Kashmir, Selatan Thailand, Arakan (Burma), Selatan Filipina (Mindanao), semuanya tiada jalan penyelesaian.
Malah krisis Palestin yang sudah berpuluh-puluh tahun berlarutan di bumi ketiga paling suci dalam Islam, terus gagal ditangani sedangkan saban tahun umat Islam terus memperingati dan merayakan Israk Mikraj yang akan menjelang tidak lama lagi.
Jika Melayu/Islam terus dilekakan dengan apa didakwa 'Wedding of the Year' atau anak-anak mereka diajar untuk takut dengan 'jenglot', 'toyol', 'jin botol' dan 'bomoh', percayalah parti berslogankan 'dulu kini dan selamanya' akan terus memegang kuasa.
Ini kerana kebanyakan orang Melayu tidak peduli sama ada 'rumah kecil bertiang seribu' mereka semakin senget atau dihimpit kondominium pencakar langit asalkan perut mereka kenyang dan dapat menikmati aksi melampau dan terlampau program realiti seperti AF, filem dan drama Hollywood, Bollywood, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Thailand dan kini menjalar sehingga Amerika Latin dan Korea.
Maka terpukaulah kebanyakan manusia Melayu di depan TV berjam-jam lamanya -siang dan malam - mungkinkah kerana terpana akibat melihat 'jenglot', 'toyol' dan 'jin botol' di Shah Alam. Sehinggakan apabila traktor dan jentolak sudah berada di depan pintu, bersiap-sedia merobohkan pondok masing-masing, mereka akan berkata: "Ini adegan filemkah?" atau " Ini cubaan saja. Cobaan (ejaan lama). Cobaan. Cobaan!" - Wallahuaklam bissawab.

Monday, January 19, 2009
Bahasa Melayu/Malaysia 'menuju kubur' ketika 'DBP menongkat langit'?
Sudah tiga kali dalam tempoh terdekat ini, dalam beberapa kuliah agama yang penulis hadiri, penceramahnya mempersoalkan siaran TV Malaysia (milik kerajaan dan swasta).
Kata mereka, pada sebelah petang (waktu rehat-rehat selepas balik kerja kira-kira jam 5-6 petang), apabila dibuka set televisyen - daripada TV1 kepada ntv7 - semuanya menyajikan rancangan bukan dalam bahasa rasmi negara - bahasa Melayu.
Apabila dibuka sesebuah rangkaian, rancangannya dalam bahasa Inggeris, tukar yang kedua dalam bahasa Cina, tukar lagi dalam bahasa Cina, tukar lagi dalam bahasa Amerika Latin - pendeknya tiada satu pun rancangan dalam bahasa Melayu.
"Ketika waktu bersantai itu, maka hati kita pun tertanya-tanya, di negara mana sebenarnya kita berada? Adakah kita berada di Hong Kong, Taiwan, Bombay, Singapura ataupun di New York?" demikian tanya salah seorang penceramah.
Nampaknya, identiti kebangsaan negara semakin lama semakin terhakis. Bukan saja rancangan TV, hampir keseluruhan cara hidup, identiti kebangsaan menuju kepunahan. Mungkin ada yang meletakkan kesalahan kepada perkembangan global atau dunia tanpa sempadan, tetapi benarkah demikian 100 peratus?
Kalau dulu kedengaran juga suara memperjuangkan bahasa kebangsaan dan pelbagai isu berkaitan identiti kebangsaan, nampaknya suara-suara itu sudah tenggelam 'bersama tenggelamnya' penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Jika adanya suara-suara yang menyatakan rasa tidak senang dengan bahasa iklan dan iklan yang mengambil model 'Pan Asia', hari ini suara-suara itu 'semakin tenggelam' dan dirasakan tidak relevan lagi. Malah iklan menonjolkan budaya terlalu asing (seperti ketika zaman Roman) menguasai siaran TV.
Sekalipun hari ini bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah 'menongkat langit' tetapi bahasa Melayu sudah menuju saat 'ke kuburan', gara-gara sikap gelojoh sesetengah pemimpin negara menidakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Jika ada pemimpin negara bercakap besar mengenai bahasa Melayu yang bersifat global, yang mungkin akan diterima di peringkat antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Asean, di institusi pengajian tinggi di Rusia atau China, mereka sebenarnya tidak menyedari bahasa itu bukan bahasa Melayu Malaysia tetapi bahasa Melayu Indonesia.
Sebagai bukti, di Makkah pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan risalah dalam bahasa Melayu Indonesia selain bahasa utama dunia lain seperti Inggeris, Arab, Perancis dan Hindi. Papan-papan tanda termasuk di Perkuburan Baqi' di Madinah, menggunakan bahasa Melayu Indonesia.
Universiti-universiti utama dunia termasuk di China, Korea, Belanda dan Amerika juga menawarkan pengajian bahasa Melayu (Indonesia) manakala diplomat asing di Kuala Lumpur dan Jakarta (terutama dari Amerika dan Rusia), fasih berbahasa Melayu Indonesia.
Jika orang Melayu Malaysia tidak dapat mempertahankan bahasa mereka sebagai bahasa ilmu (dengan menukar pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan diikuti hampir semua kursus di universiti), adalah dikhuatiri bahasa Melayu akan hilang kedudukan utamanya seperti tidak dihiraukan oleh pengamal media massa seperti stesen TV, akhbar dan majalah.
Bahasa Melayu akan hilang kepentingannya sama seperti hilangnya penggunaan tulisan jawi dari bumi yang pernah menggunakan nama 'Tanah Melayu' ini. Kata-kata hikmah Hang Tuah 'takkan Melayu hilang di dunia' mungkin boleh diletakkan di 'Keretapi Tanah Melayu' saja. Maaf, penulis kelihatan terlalu kasar dalam membicarakan isu ini.
Sekalipun hilang pengaruhnya di 'Tanah Melayu', bahasa Melayu dipercayai akan terus berkembang pesat di bahagian dunia lain. Ini kerana bahasa Melayu tergolong dalam kumpulan 12 bahasa utama dunia yang mempunyai lebih 100 juta penutur.
Daripada 6,000 bahasa di dunia, bahasa Melayu berada di tangga kesembilan dengan lebih 150 juta penutur. Ini termasuk lebih 50 juta orang yang bahasa Melayu adalah bahasa ibunda mereka.
Sebagai bahasa utama dunia, pejuang bahasa Melayu sebenarnya mempunyai landasan kukuh untuk mempertingkatkan bahasa ini sehingga ia boleh diterima sebagai bahasa rasmi pertubuhan serantau seperti Asean sehingga ke peringkat antarabangsa seperti PBB.
Malangnya bahasa Melayu/Malaysia dipersempitkan penggunaannya di bekas bumi bernama 'Tanah Melayu'. Pemimpinnya tidak yakin bahasa Melayu/Malaysia dapat dijadikan bahasa ilmu atau lingua franca.
Apabila tidak yakin muncullah isu seperti penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik dan 'hampir matinya' penggunaan bahasa Melayu di TV, matinya akhbar Utusan Melayu dan akhir-akhir ini satu-satunya majalah semasa berbahasa Melayu 'Massa' turut 'bungkus'.
Jika dulu 'Tanah Melayu' sudah berkubur dan menjadi sejarah saja, tunggulah ketikanya bahasa Melayu/Malaysia akan turut berkubur sedangkan secara globalnya bahasa Melayu berkembang maju selaras dengan bahasa-bahasa utama dunia seperti bahasa Inggeris, Arab dan Mandarin.

Friday, January 16, 2009
Ubah cara hidup untuk benam Israel, Amerika
Artikel ini ditulis sebaik saja saya kembali daripada perhimpunan aman bagi membantah keganasan rejim Zionis ke atas umat Islam Palestin di depan Kedutaan Amerika, seusai solat Jumaat. Pada mulanya saya tidak berhajat pergi kerana berpendapat bantahan dibuat di tempat dan kepada pihak bukan sasaran tepat, kata bijak pandai barking at the wrong tree.
Saya berpendapat yang mengganas kali ini ialah rejim Zionis Israel dan pembabitan Amerika, kalau boleh dikatakan ada, secara tidak langsung. Bantahan kepada Amerika sudah kerap kali dilakukan, misalnya bantahan pencabulannya ke atas Afghanistan dan Iraq.
Menjelang solat Jumaat, ketika membuka laman-laman web tertentu bagi mengetahui laporan terbaru keganasan Israel, tergamam saya apabila terlihat gambar-gambar kanak-kanak Palestin, berlumuran darah, ada daripadanya sudah menjadi mayat, terbunuh akibat bedilan dan serangan askar rejim Zionis.
Tidak sampai rasanya untuk saya tidak menyertai bantahan itu. Selepas solat Jumaat di Masjid Jamek di pusat bandar raya Kuala Lumpur, saya pun terus menaiki PUTRA ke stesen Ampang Park. Sebaik tiba di sana, saya pun menggabungkan diri dengan ribuan pembantah di persimpangan Jalan Ampang/Jalan Tun Razak.
Ketika bergerak ke Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak, kira-kira 500 meter dari persimpangan itu, dapatlahlah saya merasai betapa bersemangatnya anak-anak muda, memuji Allah dan junjungan besar Rasulullah s.a.w., menyatakan sokongan kepada kepimpinan Hamas, seterusnya mengutuk Israel dan Amerika.
Selain berselawat, melaungkan kata-kata semangat kepada Palestin dan kutukan kepada Israel dan Amerika, pembantah keganasan rejim Zionis membawa sepanduk antaranya menyatakan sokongan kepada Palestin dan perjuangan untuk membebaskan Baitulmaqdis.
Turut serta adalah kumpulan wanita yang tidak ketinggalan membawa sepanduk. Kumpulan yang penulis percaya bukan Islam (berdasarkan pakaian dan wajah mereka), turut membawa sepanduk dan berarak bagi menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.
Di depan Kedutaan Amerika, pembantah berkumpul. Sejumlah orang mengiringi pemimpin penganjur berusaha berjumpa wakil diplomatik Kedutaan Amerika bagi menyampaikan memorandum membantah keganasan Israel dengan sokongan Amerika.
Antara lain pemimpin bercakap mengenai bantuan persenjataan Amerika kepada rejim Zionis dan keperluan ummah bersatu bagi menangani permasalahan yang sudah berlarutan sejak sekian lama ini.
Ucapan salah seorang pemimpin menarik minat saya. Antara lain katanya, mana OIC, mana kesatuan ummah.
Antara sebab mengapa pada mulanya saya keberatan untuk menyertai bantahan adalah kerana berpendapat sasaran bantahan itu sewajarnya dihalakan kepada OIC dan negara umat Islam kerana gagal menangani isu Palestin ini.
Pada pandangan saya, alangkah baiknya jika bantahan itu dilakukan di depan ibu pejabat OIC. Bagaimanapun, persoalannya di mana ibu pejabat OIC? Kalau tidak silap saya, ibu pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi.
Saya pernah bertanya seorang cendekiawan mengapa OIC gagal berperanan mempertahankan ummah. Katanya, OIC adalah sebuah organisasi menghimpunankan negara umat Islam untuk bersidang. Itulah sebab namanya Pertubuhan Persidangan Islam (Organization of Islamic CONFERENCE). Oleh itu pelan tindakan selepas persidangan adalah samar-samar dan sebab itulah kes ummah gagal ditangani dengan baik. Ini termasuklah kes umat Islam Bosnia, Kashmir, Chechnya, Afghanistan, Iraq dan sudah pasti Palestin.
Tetapi adalah salah untuk menyatakan OIC gagal sama sekali dalam menyatupadukan ummah. Sejak penubuhannya pada 1969 selepas pencerobohan Israel ke atas Masjidil Aqsa, OIC cemerlang dalam pelbagai bidang dan sudah menganjurkan Sidang Kemuncak sebanyak 10 kali, yang terakhir di Kuala Lumpur tidak lama dulu. Tanpa OIC, ummah tidak langsung mempunyai payung selepas runtuhnya kerajaan Khalifah Uthmaniyah di Turki pada awal abad ke-20.
Tetapi antara masalah atau halangan terbesar adalah sikap umat sendiri - daripada pemerintah negara umat Islam kepada rakyat. Mereka tidak menunjukkan komitmen untuk hidup bersandarkan apa yang diperintah Allah melalui Rasul dan Kitab-Nya.
Menyertai dan memerhati anak-anak muda yang menyertai perarakan dan cara hidup sebahagian yang lain menyerlahkan sedikit sebanyak daripada sikap betapa tidak peduli dan pekanya sebahagian anggota masyarakat kepada permasalahan ummah.
Bagaimana tergamak bercakap mengenai perjuangan menyokong Palestin sedangkan di celah tangan terjepit rokok jenama Amerika, berjeans sedat mempamerkan jenama Amerika, makan minum di restoran Amerika, menyaksikan filem Hollywood mengagungkan Amerika seperti 'Superman Returns' dan akhirnya sama-sama berhibur hati menyaksikan pertarungan bola sepak Piala Dunia tajaan syarikat-syarikat gergasi Amerika dan konco-konconya?
Demikianlah betapa hampir segala dalam hidup kita berkiblatkan Amerika. Dari celik mata sampailah ke malam hari apabila mahu melelapkan mata, semuanya adalah berkisar kepada cara hidup Amerika. Sebut apa saja - daripada sumber maklumat, teknologi, makanan, hiburan - semuanya berpaksikan Amerika dan Barat. Bagi sesetengah daripada kita Amerika adalah segala-galanya - jika Amerika ada 'American Idol', kita ada 'Malaysian Idol', jika Amerika ada Las Vegasnya, kita pun ada Las Vegasnya. Laporan keganasan Zionis ke atas umat Palestin pun kita perolehi daripada sumber Amerika dan Barat - CNN, BBC, NBC, Reuters, AFP, AP dan sebagainya!
Globalisasi (penjajahan) Amerika sudah sampai ke kemuncaknya. Di seluruh dunia ada KFC, McDonald's dan seumpamanya. Malah di Moscow, yang dulunya paling kuat cuba menangkis pengaruh Amerika, akhirnya tunduk malu apabila rakyat Russia menjalani kehidupan 'lebih Amerika daripada orang Amerika sendiri'.
Jadi apa yang tinggal pada umat Islam? Jawapannya kembalilah kepada Islam, nescaya ia menjadi lawan paling ditakuti Amerika dan sekutunya. Sudah tentu pada peringkat awal bukan untuk berperang dengan Amerika tetapi berperang dengan nafsu diri, memperbaiki dan muhasabah diri, seterusnya anak pinak, saudara mara dan masyarakat. Tidak guna berdegar-degar tetapi bagai meriam buluh, bunyi kuat tetapi tiada apa-apa...Selepas meletup, keadaan menjadi senyap seketika, kemudian meletup balik, selepas itu senyap balik.
_

Thursday, January 15, 2009
Fikir-fikirkanlah 'Dacing Akhirat'
Beberapa hari menjelang pilihan raya, dacing mengamuk sakan. Dacing berada di mana-mana. Dacing mendominasi ruang dan tempat. Tengok kiri dacing, tengok kanan dacing. Tengok depan dacing. Dacing berimbang atas kayu ini sudah ketinggalan zaman - orang sekarang pakai dacing elektronik atau dacing ada muka. Tetapi kenapa dacing 'kuno' ini membiak subur akhir-akhir ini?
Subuh-subuh buta, keluar saja dari rumah untuk ke masjid, sudah nampak dacing. Malah dalam rumah pun, ceritanya tidak lain daripada dacing, dacing dan dacing. Radio cakap pasal kebaikan dacing. TV pun cakap pasal dacing. Malah apabila membuka saja komputer, lambang dacing tertera di skrinnya.
Bermotosikal untuk ke tempat kerja, sepanjang laluan nampak ribuan dacing. Di tepi sekolah, di tembok masjid ada dacing. Batang pokok pun tak selamat daripada ditampal dacing.
Sebut saja dacing, tidak salah untuk kuncu-kuncu pejuang dacing ini pasang lambang di bangunan awam, malah billboard (iklan besar di tepi jalan raya) juga terpampang gambar pemimpin dacing.
Beli akhbar dan baca berita, hampir semuanya pasal dacing. Ada iklan dacing. Pendeknya, di mana-mana saja ada dacing. Cerita akhbar, TV dan sebagainya berkisar kepada dua perkara saja. Satu dacing baik. Kedua, yang selain dacing, semuanya jahat-jahat belaka.
Kerana terlalu banyak dacing dan dikelilingi dacing, penulis cuba memahaminya dari sudut sosio-budaya orang Melayu. Dalam hidup bermasyarakat, atau norma manusia bertamadun, seseorang itu tidak boleh menilai dirinya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, kerana ketelitian bangsa ini, ada satu peribahasa menyebut 'masuk bakul angkat sendiri'.
Sekarang BN masuk dacing, selepas itu angkat sendiri. Sebab itu apabila harga barangan keperluan atau harga minyak naik, orang yang masuk bakul ini (dacing) akan berkata 'kenaikan ini tidak membebankan'.
Mana ada beban, dia sendiri sudah masuk dalam bakul. Yang menanggung beban adalah orang di luar bakul (luar dacing). Orang dalam dacing, semuanya kata tidak membebankan. Betullah tu, sebab dia berfikir dalam timbangan dacing. Macam ikan busuk atau ayam pencen sudah masuk dacing, takkan boleh menjerit, aku beratlah!
Memang hebat fikiran orang Melayu dulu. Mereka mencipta simpulan bahasa, peribahasa yang cantik-cantik itu sebagai iktibar untuk orang kemudian. Orang Melayu dacing tidak faham kecantikan dan keindahan bahasa Melayu. Sebab itu mereka menginggeriskan Sains dan Matematik.
Berbalik kita kepada peribahasa 'masuk bakul angkat sendiri'. Adalah norma dalam masyarakat, seseorang yang jahat tidak akan berkata dia jahat. Seorang pencuri tidak akan berkata dia pencuri.
Seorang penyamun tidak akan mengaku dirinya penyamun. Sebaliknya apabila berlaku sesuatu kecurian dalam sesebuah kampung, si pencuri yang terperangkap akan menjerit, mengejar orang lain dengan mengatakan orang lain sebagai pencuri.
Apa yang berlaku sepanjang zaman, seorang penyamun akan pura-pura buat baik bagi menutup 'kepenyamumannya'. Orang puasa dia puasa. Orang raya dia pun raya. Orang bayar zakat fitrah, dia pun bayar zakat fitrah. Orang naik haji, dia pun naik haji. Itulah penyamun tarbus namanya. Banyak filem sudah dibuat mengenai hal ini. Jadi apa nak dihairankan jika penyamun tarbus dacing mengaku dia terbaik di dunia ini.
Dalam masyarakat Melayu, adalah pelik seseorang itu mengaku dia baik. Orang Melayu ini pemalu. Orang Melayu yang baik tidak mendabik dada dia baik. Sebab baik itu adalah penilaian orang.
Apabila seseorang itu mengaku dia baik atau mengiklankan bahawa dia baik, tentulah ada yang tidak kena dengan dirinya. Apabila orang mendakwa dia baik, hampir pasti dia tidak baik atau ada 'wayarnya putus' (short-cicuit).
Orang Melayu halus dalam budi bicaranya. Ada yang gemar bercakap 'cara kebalikan' (reverse). Apabila seseorang anak terjatuh kerana memanjat pokok, bapanya akan berkata, "panjat, panjat, panjat lagi", tetapi hakikatnya si bapa tadi tidak mahu si anak memanjat pokok lagi. Demikian betapa hebatnya orang Melayu berbahasa!
Tetapi apa yang dacing sudah buat? Dacing mengiklankan dia hebat! Kalau digunakan pendekatan 'reverse' tadi, hakikatnya dacing itu tidaklah hebat. Kalau dacing kata PENDIDIKAN PERCUMA, ia bermaksud PENDIDIKAN TIDAK PERCUMA.
Tanyalah mana-mana ibu bapa yang ada anak di sekolah. Mana ada pendidikan 'free'. Bagi seorang anak, kos ke sekolah rendah pada penggal baru lalu adalah antara RM100-RM300. Anak sekolah menengah pula (asrama) kosnya antara RM500-RM1,000. Betul buku teks adalah 'free', tetapi janganlah berbohong menyatakan pendidikan 'free'.
Dacing memang suka cakap 'reverse'. Katanya jangan berpolitik di bangunan sekolah, masjid dan tempat awam lain. Tetapi dia buat. Katanya, jangan hasut rakyat, dia yang mempropaganda rakyat. Mana tidaknya, buka saja radio atau TV, akan terdengarlah dakyah murahan..."Kerajaan dacing telah buat itu, telah buat ini...kejayaan sana, kejayaan sini...cemerlang, gemilang, terbilang..."
Kalau dacing telah buat semuanya, orang lain selama ini buat apa? Selepas itu dibilang pula, "pembangkang huru-hara...rakyat tidak selamat...bla,bla." Demikiannya kerja dacing siang dan malam. Petugas penyiaran, wartawan yang mengaku beriman, tidak takut dosakah berbohong menyatakan dacing baik-baik saja?
Akhir sekali dengarlah nasihat terakhir yang terbaik mengenai hal ehwal dacing ini. Dacing dunia ini lazimlah sifatnya tidak dapat diadili. Kuasa, pangkat dan duit boleh membeli dunia ini. Bolehlah masuk bakul (dacing), angkat sendiri. Tetapi semua mahu ingat ada satu lagi dacing yang timbangannya MAHA TEPAT. Itulah dacing akhirat. Ketika diadili dacing ini, TIDAK BOLEH LAGI MASUK BAKUL (DACING) ANGKAT SENDIRI!
Ingatlah masa manusia itu hanya ada tiga ? SEMALAM, HARI INI dan ESOK. Semalam adalah sejarah. Hari ini buatlah kebaikan sebanyak mungkin. Esok (termasuk tanggal 8 Mac) belum tentu. Entah-entah esok sudah berada di alam barzakh. Jadi usahlah difikirkan sangat dacing di dunia ini, fikirkanlah dacing di sana. Itulah jalan selamat di dunia dan akhirat.

Monday, January 12, 2009
Hanya doa dan air mata iringi pejuang Islam
Ketika tumbangnya rejim Najibullah di Afghanistan pada 1992, dunia Islam berharap kerajaan baru Mujahidin yang ditubuhkan di Kabul akan menjadi contoh kegemilangan tamadun Islam zaman moden.
Ditambah kemunculan enam republik Islam di Asia Tengah (Azerbaijan, Turkmenistan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Tajikistan dan Kazakhstan), selepas kehancuran Soviet Union pada 1991, harapan kembali berbunga bahawa tamadun Islam akan kembali bersinar selepas hancurnya daulah Islamiyah Uthmaniyah Turki pada 1924, gara-gara 'permainan licik' Kamal Ataturk.
Malangnya impian itu menjadi igauan apabila Afghanistan menjadi 'neraka dunia'. Penduduknya yang sudah melalui kesengsaraan perang berikutan campur tangan Soviet Union terus menderita. Kali ini di tangan saudara seagama.
Di Afghanistan, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang diamanahkan untuk memastikan sejahteraan ummah, gagal meleraikan kumpulan Mujahidin yang bertelagah. Pada awal dekad 90-an, ketua kumpulan Hizb-I-Islami, Gulbuddin Hekmatyar terus memerangi Presiden Burhanuddin Rabbani sekalipun diberikan jawatan perdana menteri.
Kemunculan kumpulan pelajar, Taliban adalah di luar jangkaan, tetapi mereka mendapat sokongan rakyat. Pada pertengahan dekad 90-an, mereka berjaya menguasai hampir keseluruhan bumi Afghanistan.
Kesungguhan Taliban melaksanakan hukum-hakam Islam, menyebabkan mereka dicemburui Barat. Suatu ketika tindakan mereka menghancurkan patung purba Buddha di Bamiyan, mencetuskan kemarahan dunia Barat.
Apabila tercetus Peristiwa 11 September 2001, tidak semena-mena Taliban menjadi sasaran. Taliban didakwa melindungi pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden. Lanjutan dendam Barat kepada Taliban, Amerika menggunakan kesempatan itu untuk 'menguji' senjata-senjata canggihnya di bumi yang hampir musnah itu.
Hasilnya Afghanistan hancur tetapi Amerika dengan bongkaknya berkata demokrasi sedang berkembang selepas meletakkan bonekanya, Hamid Karzai sebagai presiden.
Tidak cukup dengan kemusnahan Afghanistan, Amerika terus 'melanyak' sebuah lagi negara umat Islam - Iraq. Sama seperti Afghanistan, rejim Saddam Hussein juga tumbang dengan mudah.
Jentera perang Amerika jelas tiada tandingan jika perang berlangsung secara berhadapan. Pengajaran Perang Vietnam mungkin menjadi perangsang pejuang Iraq menggunakan taktik perang gerila yang menyaksikan korban besar di kalangan tentera Bersekutu akhir-akhir ini.
Kehancuran Iraq (satu-satunya negara Arab dan umat Islam) yang pernah membedil Israel dengan peluru berpandu Scud ketika Perang Teluk 1991, menyebabkan rejim Zionis itu semakin sombong dan ganas.
Seorang demi seorang pemimpin Palestin dibunuhnya. Hasil buruan terbesar mereka ialah syahidnya pemimpin Hamas, Sheikh Ahmad Yassin dan Abdel Aziz Rantisi.
Dunia hari ini menyaksikan seluruh negara umat Islam hilang 'maruah'nya. Daripada Libya yang terkenal dengan sikap anti-Baratnya sehinggalah kepada Arab Saudi yang sejak dulu lagi pro-Barat, semuanya mempamerkan 'ketakutan' yang amat sangat kepada Washington.
Malah ada negara umat Islam sudah mengamalkan kurikulum pendidikan dengan nasihat pakar-pakar Amerika. Konsep jihad dihapuskan daripada buku-buku teks sekolah. Universiti Al-Azhar yang menjadi mercu kehebatan tamadun Islam juga tidak terlepas daripada pemantauan Washington.
Ketika seluruh umat Islam yang cintakan agamanya terkapai-kapai, OIC terus dengan retorik dan sidangnya yang tidak habis-habis. Yang terbaru Malaysia sebagai Pengerusi OIC, menyatakan surat telah dihantar kepada 'penjenayah' Bush dan Blair berhubung situasi meruncing di Iraq dan Palestin. Jawapan Bush dan Blair ialah mereka 'amat prihatin' dengan masalah yang ditimbulkan oleh OIC itu!
OIC menganggap ini kejayaan besar sedangkan pada masa yang sama darah ummah terus membasahi bumi Palestin, bumi Iraq, bumi Kashmir, bumi Afghanistan, bumi Chechnya, bumi Uzbekistan, bumi Xinjiang, bumi Mindanao, bumi Aceh dan akhir-akhir ini bumi Ambon dan selatan Thailand.
Bagi kebanyakan ummah prihatin, hanya doa dan air mata yang mampu mereka hadiahkan bagi mengiringi pejuang-pejuang Islam di mana saja mereka berada.
Kepada yang lain, terutama pemimpin-pemimpin negara umat Islam, 'teruskan tidur anda yang panjang' itu dan biarkanlah anak-anak anda (generasi muda) hanyut dengan gaya hidup yang 'mengidolakan' 'Winston, Carlsberg, Levis, Texan, KFC, McDonald's, Bollywood, Hollywood, Sureheboh, Empat Nombor Ekor' dan 'yang sewaktu dengannya'.

Friday, January 9, 2009
Kami tetap bersamamu, warga kecil di Ijok (K Terengganu)!
Ijok dan Kuala Terengganu menyaksikan pilihan raya kecil. Situasi di Kuala Terengganu menyamai Ijok dari beberapa segi. Jadi disiarkan kembali pengamatan saya mengenai perkembangan menjelang pilihan raya Ijok agar dijadikan iktibar dan panduan di Kuala Terengganu
Saya bukan kaki TV. Tetapi pada suatu malam (hari Jumaat, 27 April), selepas balik daripada solat Isyak di masjid, saya 'terlentang' di sofa, di depan kaca TV. Rancangan TV yang dibuka anak-anak terlihat oleh saya. Rancangan itu adalah 'Bersamamu' TV3.
Disebabkan tidak mengikuti daripada awal, tidaklah dapat saya kisahkan paparan itu secara 'detail'. Apa yang saya lihat, paparan sebuah keluarga miskin, terlalu daif, kalau tidak silap saya kediaman mereka dekat Batu Gajah, Perak.
Keluarga daif itu ditunjukkan tinggal di rumah usang dekat lombong. Ketua keluarga berkata dia telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi nasibnya tetap macam itu juga. Dia dan keluarganya sudah melakukan macam-macam ikhtiar - termasuk mencari besi buruk dan barangan terpakai lain.
Lelaki pertengahan usia itu berkata lebih kurang begini: "Saya dah berusaha, tapi nampaknya apa yang dapat, hanya cukup-cukup untuk makan saja."
Juga dipaparkan keluarga ini pergi menangkap ikan di lombong. Dapat dua ekor ikan talapia. Ikan dua ekor itu digoreng dengan sisa minyak. Dengan ikan dua ekor itulah keluarga itu makan malam itu. Hanya nasi dan ikan. Entah berapa orang terpaksa berkongsi lauk ikan dua ekor itu, saya tidak perasaan tetapi yang pasti ramai.
Kemudian wartawan TV itu mewawancara wakil rakyat kawasan itu. Seorang wanita. Dengan selamba dia berkata, dia tidak tahu pun kewujudan keluarga miskin itu.
Syabas saya ucapkan kepada stesen TV berkenaan kerana menyiar dan memaparkan kisah keluarga TERLALU MISKIN itu pada malam pilihan raya Ijok.
Bayangkan esok penduduk Ijok akan mengundi, TV berkenaan memaparkan bagaimana ada rakyat tidak cukup makan. Ia membayangkan betapa prihatinnya TV berkenaan manakala wakil rakyat parti pemerintah tidak buat kerja - cakap saja berdegar-degar tetapi habuk pun tiada.
Paparan kisah keluarga tidak cukup makan ini membuktikan peruntukan kilat RM36 juta (kata sesetengah orang RM100 juta) di Ijok, tiada nilai satu sen pun. Ini kerana kalau betul-betul pihak pemerintah hendak membantu rakyat, tentulah tidak keluar kisah ada keluarga yang tidak cukup makan di negara ini. Dan pada malam pilihan raya pula.
Kalau RM36 juta dikeluarkan semata-mata untuk kebajikan rakyat, mengapa dikeluarkan di Ijok pada masa orang di sana sibuk dengan pilihan raya. Itu tentulah ada udang di sebalik batu. Atau kata muda-mudi sekarang ini 'ada udang di sebalik mee'. Jika dengan joran, pancing dan cacing, keluarga miskin di Batu Gajah itu dapat pancing dua ekor ikan talapia untuk 'santapan' mereka, dengan RM36 juta (atau RM100 juta), pemimpin BN dapat pancing 5,884 undi, membolehkan 'budak bujang' K Parthiban, 38, menjadi wakil rakyat.
Selepas Parthiban menjadi 'YB' apakah kisah 'sekeluarga makan dua ekor talapia' itu tidak berlaku di Ijok? Mungkin Parthiban akan berperangai sama seperti wakil rakyat wanita tadi, apabila diajukan soalan mengenai keluarga miskin itu dia berkata, dia tidak tahu.
Rancangan Bersamamu itu tepat pada masanya. Sungguh hebat propaganda stesen TV itu memburukkan parti pemerintah. Biasanya pada malam pilihan raya, TV akan menyiarkan rancangan memburuk-burukkan pembangkang dan memberi liputan meluas kebaikan dan pencapaian kerajaan.
Tetapi pada malam itu, alangkah bertuahnya melihat dengan mata saya sendiri stesen TV berkenaan menggambarkan kejelekan wakil rakyat kerajaan dan kemiskinan rakyat yang memaksa mereka membasuh pakaian menggunakan air lombong, makan ikan lombong manakala anak-anak keluarga ini tidak berupaya disekolahkan.
TV berkenaan telah membuktikan bahawa sebahagian rakyat masih tersisih, miskin, terpaksa makan ikan lombong pada ketika pemimpin negara mendabik dada, ekonomi kita paling hebat, projek pembangunan kita paling menyuruh dan kata mukjizat 'hanya BN yang mampu perintah negara'.
Tetapi sayang, sayang seribu kali sayang, rakyat masih tidak nampak 'kecurangan' parti pemerintah. Mereka, terutama orang Melayu, masih 'tidak teringin' menghukum parti pemerintah yang lalai daripada membela rakyat. Mereka tidak nampak pemimpin parti pemerintah melambakkan wang dan janji jika ada pilihan raya, jika tidak mereka tidak peduli akan nasib rakyat. Jika tidak masakan ada keluarga besar terpaksa makan malam berlaukkan dua ekor ikan lombong!
Di Ijok, pengundi Cina dikatakan menghukum BN dengan tidak memberikan undi sepenuhnya kepada calon komponen parti itu. Undi orang Cina dikatakan banyak menyebelahi calon KeADILan. Orang Cina sudah bosan dengan karenah wakil rakyat BN sebelum ini yang mengabaikan kepentingan kaum mereka. Tetapi orang Melayu...entahlah!
Akhir kata, syabas diucapkan kepada TV3 kerana begitu 'bertanggungjawab' pada malam pilihan raya. Dan kepada rakyat di kampung dan desa di pedalaman sana, sekali pun kalian tidak mengundi calon kami, kami tetap bersamamu seperti dicoretkan seorang pejuang tidak bernama ini.
Aku Menangis Bersamamu, Rakyat Kecil
Aku menangis bersamamu, rakyat kecil: orang-orang miskin yang terpaksa antri beras murah berjam lamanya, yang tak punya biaya buat lanjutkan sekolah anaknya ke kota, yang terisak karena dirampas sawah dan ladangnya, yang semaput digebuk polisi karena terpaksa maling pupuk di gudang negara, yang ditampar yang ditinju yang dibanting serta diperkosa hak-haknya sebagai manusia.
"Wahai, Tuhan Yang Maha Kaya, beri kami Cinta!"
Aku menangis bersamamu, rakyat kecil: karena kalian hanya sanggup meratapi penindasan yang tak henti menggilas kehidupan tanpa mampu melakukan perlawanan, karena kalian cuma sanggup mengumpat dan mempertanyakan janji-janji keadilan dari bilik-bilik kalian yang kumuh sambil terbaring menahan perut yang kelaparan, karena kalian adalah mahluk kesayangan Tuhan.
"Wahai, Tuhan Pencipta Keadilan, beri kami Kekuatan."
Aku menangis bersamamu, rakyat kecil: yang kecut yang takut yang geram karena telah sekian lama dijadikan sapi perahan milik kaum modal dan penguasa, bangkitlah!, jangan diam saja, sekarang saatnya kita melawan, lawanlah kemiskinan, lawanlah pembodohan, lawanlah penjajahan yang telah berabad menginjak-injak nasibmu dengan sepatu lars kekuasaan, bersatulah wahai kaum yang kalah!, sekarang saatnya mewujudkan segala mimpimu akan keadilan yang telah sekian lama terpendam di dalam batin yang sakit dan terjajah, maju!, majulah rakyat kecil yang terhina, bersatulah, tunjukkan kini kuasa dirimu atas dunia.
"Wahai, Tuhan Penguasa Jagat Raya, beri kami Senjata."

Thursday, January 8, 2009
Undi BN dapat pahala, undi PAS tak dapat ganjaran, kata Rosol Wahid
Sempena pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, disertakan tulisan saya tidak lama dulu.
"Sesiapa yang mengundi dan menyokong BN pada pilihan raya umum nanti akan mendapat pahala, sebaliknya orang yang mengundi calon PAS tidak mendapat sebarang ganjaran.
"Bercakap ketika berucap merasmikan Kursus Tahsin Al-Quran Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2008 di pekarangan Masjid Kampung Nasi Dingin, di sini kelmarin (31 Januari), Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Rosol Wahid berkata sokongan itu perlu bagi membolehkan kerajaan BN meneruskan agenda membangunkan syariah dan umat Islam. "Katanya, walaupun kepemimpinan PAS sering mengatakan perjuangan mereka berlandaskan Islam, tetapi tiada program mengembangkan syariat Islam dilakukan apabila diberi peluang memerintah negeri ini." - Berita Harian, 2 Februari 2008, di bawah tajuk 'Rakyat kena sokong BN' (berita dipetik dari Kuala Berang).
Terkedu penulis tatkala membaca berita ini. Apa sudah jadi? Kalau Rosol Wahid, pemimpin Umno negeri boleh membuat fatwa sendiri tentu lebih ramai lagi pemimpin Umno, terutama di peringkat Pusat boleh membuat fatwa. Di sini jelas sekali Rosol Wahid sudah bermain api. Orang bermain api seperti Rosol Wahid boleh diambil tindakan seperti dimaklumkan oleh Pengerusi SPR (kini bekas), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tidak lama dulu.
Melalui berita Star News, Rabu 3 Mac, 2004 dengan tajuk 'PAS never promised heaven, says Hadi', Abdul Rashid berkata; "stern action would be taken against those who deceive the people to win votes."
Petikan penuh berita itu; KUALA TERENGGANU: PAS says it has never promised a passage to heaven for its supporters and voters if they give the party their backing.?
Party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, who is also Terengganu Mentri Besar, alleged that Umno was smearing PAS' name by making such claims.
"I saw these posters pasted on trees along the roadside in Kedah recently and PAS leaders told me it was the work of Umno members," he told newsmen at his office in Wisma Darul Iman here yesterday.
He alleged that his party had caught Wanita Umno members, disguised as PAS members, making such claims in previous general elections.
He was commenting on a warning by Election Commission chairman Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman that stern action would be taken against those who deceive the people to win votes.
Abdul Rashid had alleged political parties were making empty promises such as claiming that those who voted for them would go to heaven.
Jadi sekarang, Rosol Wahid sudah meletakkan dirinya untuk diambil tindakan oleh SPR. Apa kata SPR mengenai perkara ini?
Berhubung kes Rosol Wahid ini, Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu dalam laman webnya menulis: "Ucapan Rosol Wahid yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu itu merupakan ucapan yang serius dan berbaur kesesatan.
"DPPKT menyeru agar Rosol menarik balik ucapannya kerana ia boleh menyesatkan orang awam khususnya rakyat Terengganu. Ucapan tersebut dipercayai bertujuan untuk memancing undi memandangkan pilihan raya umum yang akan datang sudah semakin hampir.
"Kalau benarlah undi Barisan Nasional mendapat pahala, DPPKT mencabar Rosol selaku Exco Portfolio Islam Hadhari meminta Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu mengeluarkan fatwa bahawa mengundi Barisan Nasional mendapat pahala.
"Setiausaha DPPKT ketika dihubungi meluahkan rasa kebimbangannya terhadap kenyataan tersebut dengan berkata, "Bagaimana mungkin mengundi satu parti yang berasaskan semangat dan ideologi kebangsaan, yang selama ini membenar serta menganjurkan program-program maksiat seperti konsert-konsert yang bercanggah dengan syarak, dan berlaku zalim terhadap rakyat seperti merampas tanah, meroboh masjid dan memecat kakitangan kerajaan, dikatakan mendapat pahala?
"Ini merupakan ucapan yang sesat dan boleh menyesatkan orang ramai. Saya berharap rakyat tidak tertipu dan terpengaruh dengan ucapan sebegini. Ingat firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud; "Dan jangan kamu condong kepada mereka yang berlaku zalim, maka kamu akan disentuh oleh api neraka."
"Dulu mereka kata kita sesat kerana merasuah syurga kepada pengundi, sekarang sudah terbukti siapa yang mempergunakan agama untuk kepentingan politik?"
Mengenai dakwaan Rosol Wahid, penulis teringat akan ceramah seorang imam dalam kuliah mingguannya di masjid berhampiran kediaman penulis tidak lama dulu. Katanya, melalui filem pun ditunjukkan bahawa orang Islam begitu bersemangat mendaulatkan hukum-hukam Islam.
Dalam filem 'Semerah Padi' jelas ditunjukkan pelaksanaan hukum-hakam Islam. Pasangan berzina dihukum sebat atau rejam, tetapi hari ini apabila orang disabitkan kesalahan zina, hakim akan berkata; "kesalahan ini hukumannya mengikut syariah adalah sebatan 100 kali, tetapi berdasarkan kuasa diberi pada saya, saya menjatuhkan hukuman denda...kepada kamu."
Imam itu bertanya hadirin, "agak-agak kamu lepas tak hakim dan masyarakat daripada penghakiman Allah SWT apabila melaksanakan hukum sedemikian." Hadirian tidak menjawab. Iman meneruskan, "tentulah tidak."
Imam itu tidak melanjutkan hujahnya tetapi bagi orang yang berfikir akan terbayang di otaknya; "Jika hakim tidak lepas, masyarakat tidak lepas, tentulah kerajaan yang tidak menegakkan hukum-hakam Allah SWT tak akan terlepas daripada hukuman Allah SWT di akhirat nanti. Malah di dunia lagi akan menerima akibatnya!"
Jadi macam mana Rosol Wahid boleh berkata, undi BN dapat pahala!

Tuesday, January 6, 2009
Teruskan bantahan kerana rejim Zionis akan tumbang jua
Berikutan peningkatan kezaliman rejim Zionis-Tel Aviv, saya siarkan kembali pengamatan saya ketika menyertai bantahan anti-Israel tidak lama dulu.
Memo kami hanya diterima seorang lelaki yang enggan dikenali. Jadi kami namakan dia 'Mr No Name'. Selepas diasak, 'Mr No Name' memberitahu dia adalah Mike, wakil US Embassy - demikian beritahu Dr Hatta Ramli yang mengetuai kira-kira 500 aktivis PAS dan NGO berhimpun di depan bangunan Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat, 9 Februari 2007, bagi membantah penghinaan rejim Yahudi ke atas Masjid Al-Aqsa.
Dr Hatta yang juga Bendahari PAS berkata, demikianlah sikap angkuh kuasa besar dalam melayani tetamu. Hari ini (9 Februari) tetamu yang berhimpun beramai-ramai tidak pula diundang. Mereka berarak dari Bangunan Tabung Haji dalam keperitan panas mentari, menuju Kedutaan Amerika dalam barisan teratur. Sambil menayangkan sepanduk, antaranya 'Selamatkan Masjid Al-Aqsa', mereka bertakbir, berselawat dan berzikir memuji kebesaran Ilahi. Sekali sekala mereka menjerit: "Jahanam Amerika, Jahanam Israel dan Jahanam Bush'.
"Jika Amerika rasakan mereka besar, Allah SWT adalah Yang Maha Besar," laung Ustaz Idris Ahmad yang berucap sebelum itu. Suara Timbalan Ketua Pemuda PAS itu agak keras, menggegarkan suasana walaupun ketika itu deru kenderaan yang bertali arus di kedua-dua hala Jalan Tun Razak membingitkan suasana. Ditambah bunyi hon kenderaan menyukarkan pendengaran tetapi suara keras Ustaz Idris sedikit sebanyak membantu pendengaran hadirin yang bermandi peluh disaksikan segerombolan FRU yang setiap setia bertindak.
Seperti kata Dr Hatta, Amerika adalah kuasa besar dunia yang sombong. Perhimpunan anjuran PAS yang hanya menarik penyertaan 500 orang tidak menjadi kudis padanya. Melolong, menjerit, melaung sampai hilang suara pun, Kedutaan Amerika tetap berdiri megah di situ. Dari kejauhan, penulis melihat bendera Amerika menjulang tinggi di sebuah tiang besi, berkibar megah, seolah-olah mencemik hina pembantah keganasan Israel/Amerika itu.
Sukar untuk membayangkan bagaimana sebuah kuasa besar seperti Amerika boleh atau bersedia mendengar rintihan si semut yang mengeruminya. Atau dalam kenyataan lebih tegas, adalah hampir mustahil kuasa besar itu boleh tersungkur di kaki semut-semut halus itu. Sekali pijak aje, semuanya KO.
Tetapi mendengar ucapan-doa Ustaz Ahmad Awang (Ketua Penerangan PAS kini salah seorang Naib Presiden PAS) pada akhir majlis seolah-olah memberikan suntikan semangat. Betapa pun rejim Amerika semakin ganas, termasuk selepas Tragedi 911, semakin ramai orang Amerika memeluk Islam. Agama Islam semakin pesat berkembang di Amerika yang kini umat Islam menjadi kumpulan kedua terbesar selepas Kristian.
Kira-kira 15 tahun lalu, sebelum Amerika menjadi kuasa tunggal dunia, saingannya adalah Soviet Union. Tetapi siapa sangka, rejim Kremlin yang setara malah dalam bidang tertentu lebih hebat daripada Amerika akhirnya tersembam, menyembah bumi, salah satu puncanya akibat kebangkitan rakyat selepas pemimpinnya Mikhail Gorbachev melakukan pembaharuan 'perestroika dan glasnost'-nya.
Soviet yang perkasa itu akhirnya terlerai kepada 15 republik merdeka pada 1991 dengan Rusia mewarisi sebahagian besar empayar itu. Hari ini Rusia sekali pun mendada mengaku hebat, tetapi terbukti tiada tandingan langsung dengan Amerika yang semakin berlagak sombong.
Jika rejim Soviet yang zalim itu, terutama terhadap orang Islam, akhirnya tumbang, apa yang boleh menghalang Amerika untuk tumbang jika ia masih meneruskan keganasannya ke atas orang Islam seantero dunia.
Tidak mustahil akan berlaku satu kebangkitan besar-besaran di Amerika yang menyebabkan rejim angkuh Washington tersembam.
Bagi membantah keganasan rejim Amerika/Israel ke atas umat Islam dan syiarnya seperti Masjidil-Aqsa, usahlah bermuram durja kerana kelihatan Amerika terus perkasa, sebaliknya terus bermunajat kepada Allah SWT agar dihancurkan-Nya kezaliman Bush dan konco-konconya.
Dalam al-Quran diceritakan sesetengah raja dan pemerintah zalim bukan ditewaskan oleh kerajaan dan tentera lebih perkasa tetapi oleh perkara kecil yang dianggap enteng sebahagian besar manusia.
Misalnya, Namrud yang zalim itu tewas apabila seekor nyamuk masuk ke dalam hidung seterusnya otaknya menyebabkan dia sengsara buat sekian lama sebelum mati.
Abrahah dan tentera bergajahnya yang gagah itu pun tewas, dihancurkan oleh burung ababil apabila cuba memusnahkan Kaabah.
Kesimpulannya, tiada menjadi hal jika Mike atau siapa saja dari Kedutaan Amerika atau kerajaan Amerika sendiri memandang hina dan kerdil penunjuk perasaan orang Islam yang menyatakan sokongan kepada saudara seagama (dalam kes ini penduduk Islam Palestin), kerana yang dipersoal Allah Taala ialah usaha kita terhadap agama dan bukan hasilnya.
Satu kisah dilaporkan terjadi ketika Nabi Ibrahim a.s. dibakar oleh tentera Namrud, seekor burung berulang alik membawa air di paruhnya bagi menyiram api yang menjulang tinggi itu, apabila ditegur, berkata: "Aku hanya menjalankan tugasku, padam atau tidak, itu bukan urusanku." Sewajarnya kisah ini menjadi penguat semangat kepada pembantah keganasan dan kezaliman Amerika dan Israel.
Teruskan usaha agama anda termasuk bantahan anti-Israel dan pengganas Amerika sekalipun yang tinggal hanya anda seorang!

Monday, January 5, 2009
Antara mawaddah dan rahmah
Khutbah Jumaat yang dihadiri penulis baru-baru ini ringkas tetapi padat. Isinya berkenaan mendirikan rumah tangga dan berumah tangga. Biasalah orang muda mahu berumah tangga manakala orang 'lama', cabarannya mengekalkan rumah tangga.
Sekarang ini, terlalu kerap kedengaran kes cerai-berai. Kisah perceraian golongan artis dan personaliti media massa menghiasai dada-dada akhbar. Gerun mendengarnya.
Sebagai insan biasa, kita juga cemaskan rumah tangga kita, berdoalah agar perkahwinan kita berkekalan hingga ke akhir hayat; bukan hingga ke anak cucu seperti diungkapkan sesetengah orang. Ini kerana ada juga pasangan veteran yang sudah beranak cucu terbabit dalam perceraian. Ertinya perkahwinan mereka berakhir selepas mereka mendapat anak cucu.
Apakah rahsia perkahwinan sehingga boleh berkekalan ke akhir hayat. Inilah yang menarik yang dapat penulis singkap daripada khutbah Jumaat itu. Khatib berkata Allah SWT kurniakan mawaddah dan rahmah kepada pasangan suami isteri. Apakah mawaddah dan rahmah itu?
Dalam Surah Ar-Rum Ayat 21 Allah SWT berfirman, yang maksudnya: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untukmu (wahai golongan lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir."
Jatuh cinta adalah kurnia Allah SWT. Biasalah orang muda lelaki dan perempuan akan jatuh cinta jika ada 'chemistry' kata budak-budak muda sekarang. Apabila sudah bercinta, si pemuda teruslah meminang dan cepat-cepatlah nikah bagi mengelakkan terjebak daripada melakukan maksiat.
Tidak payahlah buat macam budak-budak muda zaman sekarang. Bertunang dijadikan lesen untuk mengusung anak dara orang tidak kira siang dan malam. Mak bapak pun diamkan saja. Semuanya haram dan berdosa, kata khatib.
Perkara yang membolehkan perempuan dan lelaki bercampur jika sudah suka sama suka adalah nikah. Selepas itu buatlah apa yang kamu mahu. Kasih sayang pada waktu muda inilah (bergetah kata orang sekarang) namanya mawaddah.
Semuanya indah, semuanya cantik. Pujian melangit diberikan kepada pasangan masing-masing. Si teruna akan berkata kepada si dara "Dinda adalah satu antara 1,000", manakala si dara akan berkata kepada si teruna, "Abanglah lekaki paling handsome (kalah Shah Rukh Khan) di dunia ini."
Mawaddah ini termasuklah keinginan seks yang membolehkan kesinambungan kepada zuriat manusia. Kasih dan sayang dan seks menjadi agenda; semuanya indah sebab kedua-duanya masih muda, masih bergetah.
Tetapi kata khatib tadi, biasalah manusia ? daripada muda menjadi tua. Daripada wajah dan 'body' yang handsome tadi, anggota badan sudah mulai kendur. Yang perempuan lagi cepat proses penuaannya. Pakailah alat mekap macam mana pun, tua tetap datang, kulit mulai berkedut, laki pun tidak lagi mengucapkan kata-kata hikmat "kau sentiasa di hatiku." "Untuk mengucapkan "I love you, atau aku cinta kamu", sudah terasa geli-geleman pada sesetengah orang. Apatah lagi jika kata-kata itu diucapkan di depan anak cucu, mereka akan berkata nanti, "orang tua ni dah buat tabiat ke?"
Jadi pada usia tua ini, apakah yang dapat menyelamatkan rumah tangga pasangan tadi. Itulah rahmah, kasih sayang peringkat tertinggi yang tidak mengenal lagi batasan fizikal ? sekali pun kau sudah 'condemn', aku tetap menyayangimu! Allah Taala telah bukakan perasaan belas kasihan antara satu sama lain, antara suami dan isteri.
Bukalah mata dan hati kamu luas-luas, kamu akan dapati ada suami yang terus melayani si isteri sekalipun orang rumahnya itu telah 'tersadai' di atas katil kerana berpenyakit, demikian juga ada isteri yang terus setia sekalipun suami sudah terperosok di atas kerusi roda.
Demikianlah betapa Pemurahnya Yang Maha Kuasa, dikurnikannya manusia itu mawaddah dan rahmah. Cinta yang meluap-luap dengan iringan nafsu ketika muda dan kemudian bertukar kepada rahmah, kemuncak cinta dan kasih sayang suami isteri yang berpegang teguh kepada janji untuk sama-sama mendapatkan syurga-Nya. Bukankah itu cita-cita setiap manusia beriman?
Jadi bagi pasangan suami isteri berusahalah untuk mendapatkan kasih sayang rahmah itu. Ini kerana makin lama sesebuah perkahwinan itu, makin hilanglah mawaddahnya (sebagai contoh keinginan seks semakin lama semakin menurun).
Bagi si isterilah tambatlah suami anda dengan ciri-ciri hebat anda seperti melayan makan minum dan menyediakan pakaiannya manakala bagi si suami tunjukkan keprihatinan anda seperti merawatnya ketika dia sakit.
Masakan sesuatu pasangan itu ada rahmah jika si isteri tidak mempedulikan makan minum dan rumah tangga si suami kerana kerap berada di luar melayani kepentingan kerjayanya manakala si suami asyik-asyik mengugut nak kahwin satu lagi kerana si isteri selalu sakit.
Fikir-fikirkanlah, marilah kita (termasuk saya) mencari rahmah selepas era mawaddah berakhir akibat ketuaan diri. Semua orang akan tua kerana tua tidak diminta tetapi ia datang sendiri.

Friday, January 2, 2009
'Oh God, please help me!'
During my journeys to and from work (I live in Melaka but work in KL) by express bus, sometimes I break the silence by talking to the person next to me.
One unforgettable conversation took place recently when I talked to a Chinese guy. He told me he was a university student and he didn't believe in religion. In short he was an atheist.
To attract his attention, I asked him, whenever he was in distress or in an emergency situation, to whom he would cry out? He replied he would cry "mum, mum, mum."
"Well what if you were thrown into the sea and about to drown, to whom would you cry out for help?" I asked him. To my surprise, he would cry; "God help me, God please help me!"
"Then you must believe in God," I said and the student seemed to be taken back by his words.
The fact is that the word 'God' would be on the lips of desperate men and women. Whenever human beings are struggling for their lives, they would ask help from God.
It was also reported the Pharaoh (Firaun) during the time of Prophet Moses (Musa) too acknowledged the existence of God when he was about to die in the waters of the Red Sea.
One article by one Sandra in a local student magazine attracted me to the fact that God is always on the mind of human beings. Sandra wrote: "The words ‘thank God’ reminds me of an incident that happened two years ago at a swimming pool in Shah Alam. After our swimming lesson one day, my friend and I decided to play in the water for a moment longer. Absent mindedly I slowly waded into the deeper pool as it looked as shallow as the children's pool.
"In the deeper pool, however, I lost my balance and could not stand because the water was too deep for me. I struggled to keep afloat. When I realized I was drowning, I tugged at my friend's swimsuit but she merely pulled back, unaware that I had lost my balance.
"I must say that I was extremely lucky because my swimming instructor managed to pull me up in the nick of time. Thank God he had spotted me; otherwise I would have drowned in the pool!"
So surrendering to God is natural for human beings. If you claim you are the most powerful man on earth, you too have to acknowledge this fact. Remember how the cruel President George W Bush had his face thrown down the drain when an Arab reporter (Muntazer al-Zaidi) threw a pair of shoes into his face a few weeks before his term expires on 20th January?
Who gave the idea, determination & so on until the reporter had the courage to do that? God had His hand on this event that pushed Muntazer as the new hero in the Arab world.
Believing in the one God is the fundamental teaching of Islam. Islam means complete submission or surrender to the will of Allah. Islam also means; peace, the way to achieve peace and submission or surrender.
"Islam teaches that there is only one God, Who is called Allah in Arabic. He has created all and is above all things in the universe, and there is no one and nothing like Him or can be compared to Him. God loves us, and for our guidance and benefit has sent his commandments & laws through persons specially chosen by Him who are called prophets or messengers of God." - Essence of Islamic Outreach ABIM.
It is natural for human beings to seek help from God. To learn about God, human beings need guidance. The true path was shown by the prophets, men cannot think about things that are beyond their imagination. For example, the human mind cannot think what is beyond the skies.
"Since the time of the emergence of the first man on the earth, God in His mercy has raised from among men numerous prophets or messengers, such as Abraham (Ibrahim), Isaac (Ishak), Jacob (Yaakob), Joseph (Yusof), Moses (Musa), David (Daud) and Jesus (Isa). The last of all the messengers was Muhammad (peace be on them all).
Islam is not a new religion. It consists of the same basic message which God has given in all true religions, and all prophets brought the same message for our guidance. Muhammad (peace be upon him), the last Prophet of God, taught us the full and complete meaning of Islam (surrender & commitment to the will of God) through his words, his actions & the revealed Book, the Holy Qur'an." - Essence of Islam.
So to the university guy I met in the express bus, Sandra and several other individuals who had had already thought about God, it is timely to seek for the true and one God, that is Allah the Almighty.
Naturally all human beings are seeking their Creator. He is God, the Almighty, we seek His companionship not only in distress, emergency or crisis but at any time of our lives.
A Muslim must believe that Allah is the Creator of the universe and everything in it. The Qur'an says: "He it is Who created the heavens and earth in truth." (Qur'an 6:73).
Everything, including the earth we live on and the heavens we see above, has been created by the Almighty God.
God does not merely create and abandon His creatures. God is active as the Creator, the Life Giver and Life Remover, the Sustainer and the sole Controller of all creations.

Thursday, January 1, 2009
Siapa hina siapa
Sekarang ini heboh pasal Islam dihina. Pelbagai pihak sudah berani hina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. Keganasan Israel ke atas umat Islam Palestin juga satu penghinaan ke atas Islam.
Dulu berlaku bantahan umat Islam seluruh dunia terhadap penyiaran 12 karikatur oleh akhbar Jyllands-Posten, Denmark, kemudian diulang siar akhbar-akhbar lain di Eropah seperti di Norway, Jerman dan Perancis dan di negara kita oleh 'Sarawak Tribune'.
Pada era teknologi maklumat masakini, dengan mudah saja seseorang itu dapat mengakses 12 karikatur itu, seterusnya membuat penilaian sendiri.
Memanglah karikatur itu teruk dan jahat betul. Satu kartun menggambarkan Nabi bertanduk, Nabi bermuka bulan bintang dan ada pula mengandungi sketsa bagaimana mahu memerangi 'jihad global' dengan seorang lelaki berjubah (Nabi) berkata: "Stop stop. We have run out of virgins.
Kejahatan dan kebencian sesetengah orang bukan Islam terhadap Islam sudah jelas. Mungkin tiada apa yang perlu dibahaskan mengenai perkara ini. Ketika Nabi hidup pun, mereka mempamerkan kejahatan itu, apatah lagi apabila Nabi tiada, dan umat pun, dari sehari ke sehari semakin jauh daripada zaman itu.
Umat Islam baru saja menyambut tahun baharu Hijrah ke-1430, bermakna semakin jauhlah kita daripada Rasulullah s.a.w., sahabat-sahabat dan seterusnya ulama-ulama zaman silam.
Pada ketika kita memperkatakan mengenai penghinaan orang kafir terhadap Islam (termasuk junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.), dirasakan elok juga kita mencermin (bermuhasabah) diri, entah-entah (nauzubillah), kita termasuk juga golongan yang menghina agama sendiri.
Penulis tertarik benar dengan tulisan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lama dulu yang menyatakan sesetengah daripada orang yang mengaku Islam sudah lama terbabit dalam penghinaan ke atas agama suci ini, lama sebelum penyiaran kartun menghina Nabi oleh akhbar orang bukan Islam berkenaan.
Antara lain Tuan Guru Nik Abdul Aziz menulis mengenai keceluparan seorang bekas pemimpin tertinggi negara yang memperlekehkan hukum-hakam Islam seperti hudud dan juga amalan sunnah seperti berjanggut dan berserban.
Sebagai pemimpin jemaah, agama dan politik, adalah bertepatan untuk Tuan Guru menyatakan sedemikian dan sebagai rakyat biasa dirasakan wajar pula untuk penulis mengetengahkan perkara-perkara yang berlaku dalam masyarakat yang menunjukkan betapa sesetengah daripada kita menghina agama sendiri.
Apabila orang Islam sendiri menghina agama mereka, sudah pasti ia membuka peluang dan ruang kepada orang bukan Islam yang tidak mengerti langsung mengenai Islam, untuk menunjukkan tembelang mereka.
Perkara terbesar yang hendak disentuh di sini berkaitan nasihat dan panduan sesetengah pemimpin negara. Selalunya dalam majlis-majlis keagamaan mereka akan berkata: 'Kembalilah kepada Islam sebenar', 'Jadikan al-Quran sebagai panduan', 'Hayatilah al-Quran' dan 'Jadikan Rasulullah sebagai ikutan'. Hakikatnya, benarkah dalam kehidupan, mereka (dan kita) menjadikan al-Quran sebagai ikutan dan panduan?
Sebagai contoh mudah, dalam al-Quran dinyatakan semua perkara wajib diputuskan mengikut apa yang diturunkan Allah dalam kitab-Nya, tetapi adakah kita melakukannya?
Dalam Surah Al-Maa-idah, Ayat 47 dan 48, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah orang-orang pengikut Injil memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah di dalamnya. Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.
"Dan Kami telah turunkan al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kita (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu..."
Berdasarkan apa yang berlaku hari ini, amatlah menyedihkan kerana perintah Allah dalam al-Quran tidak ditunaikan sepenuhnya. Ada perintah dan hukum-Nya diambil, ada pula diabaikan. Pengabaian dilakukan oleh individu dan juga oleh kerajaan yang mengaku sebagai negara Islam.
Sebagai contoh, dalam surah yang sama melalui Ayat 38 Allah SWT berfirman bermaksud: "Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Seluruh dunia Islam tahu bahawa perintah dan hukuman ini tidak terlaksana sepenuhnya. Nampaknya, sebahagian orang Islam lebih cinta kepada hukum-hakam yang dibawa oleh 'tuan penjajah' yang telah memporak-perandakan negara mereka selama beberapa abad.
Tetapi mereka yang mengikuti dan menghayati surah berkenaan, tentulah berasa takut dan gementar, menangis tersedu-sedu, mengenangkan nasib mereka di akhirat kelak apabila Allah SWT berfirman melalui ayat ke-68 yang bermaksud: Katakanlah: 'Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu". Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang kafir itu.
Orang bukan Islam sudah jelas dengan kekafiran mereka, termasuk menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi bagaimana pula perbuatan orang Islam dalam kehidupan seharian yang juga jelas menghina Islam?
Sebagai contoh, berjudi adalah haram dalam Islam. Di bandar-bandar besar hatta kecil di negara kita yang kini bergelar negara Islam contoh dan memimpin organisasi ummah terdiri daripada lebih 55 negara mewakili 1.5 bilion manusia (Pertubuhan Persidangan Islam - OIC), ada banyak kedai judi (ekor) yang dibuka kepada semua.
Di dinding premis kedai judi, terpampang kenyataan bahawa orang Islam dilarang berjudi. Tetapi berdasarkan pemerhatian penulis, ramai orang yang mengaku Islam pun turut sama berjudi. Apabila hal ini terjadi, Islam itu secara automatiknya dihina, bukan saja membabitkan penjudi, tetapi juga mengheret sama kerajaan, pihak berkuasa dan semua orang Islam.
Senarai penghinaan terhadap Islam dan ajarannya panjang. Cukuplah untuk menyatakan di sini contoh-contoh utama yang juga boleh dibahaskan secara panjang lebar.
Antaranya pertandingan ratu cantik yang kini dikelabui dengan 'jenama' seperti 'Most Beautiful' yang membolehkan penyertaan gadis Melayu/Islam, segala macam anugerah hiburan, penerbitan akhbar dan majalah lucah dan separuh lucah dan penyiaran bahan-bahan lucah di media massa terutama TV.
Akhirnya, renung-renunglah 'gurauan' seorang sahabat penulis yang membawa maksud begitu mendalam. Beliau mengulas isu sekumpulan wanita Melayu/Islam ditangkap membuat persembahan bogel di sebuah kelab malam.
"Budak yang ditangkap menjual tubuh itu, namanya Rabiahtul Adawiyah. Agak-agaknya, tahu tak dia, siapa dia Rabiahtul Adawiyah yang sebenar?"

Subscribe to:
Posts (Atom)