***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., mafhumnya: "Orang yang mengerjakan haji dan orang yang mengerjakan umrah adalah utusan Allah Azzawajalla. Jika mereka berdoa nescaya Allah menerima doa mereka dan jika mereka memohon ampun, nescaya Allah mengampuni mereka."
***
AHMAD dapat menunaikan haji selepas bertahun-tahun bersusah payah menabung dalam Tabung Haji. Sewaktu di Makkah, sedang Ahmad beribadat di depan Kaabah, tiba-tiba dia mendengar suara orang membaca kitab suci al-Quran, dengan suara merdu di situ.
Ahmad tercengang kerana ada suara sedangkan pembacanya tidak kelihatan. Dia berfikir, mungkin yang membaca itu malaikat suruhan dan utusan Allah untuk memberkati Baitullah dan Masjidilharam.
Selepas tamat musim haji, Ahmad menuju ke kota suci Madinah al-Munawwarah bersama-sama jemaah haji sekumpulan dengannya.
Di Masjid Nabawi dia berpeluang bersolat fardu berjemaah, solat sunat, berzikir dan berdoa, untuk kesejahteraan hidupnya di dunia dan di akhirat. Ahmad suka bersedekah kepada orang yang memerlukannya.
Pada suatu malam, kira-kira jam 11.00, sedang dia beribadat di dalam Masjid Nabawi, tiba-tiba datang seorang lelaki Arab kacak dengan wajahnya bersih nian, memberikan isyarat jari telunjuk kepada Ahmad.
Lantas Ahmad terlintas di dalam hati untuk memberikan sedekah kepada Arab tadi. Tiada wang kecil dalam koceknya, kecuali sekeping wang kertas 100 riyal (kira-kira RM100).
Tanpa berfikir, terus saja diberikannya kepada Arab tadi. Apabila dia menoleh ke belakang, lelaki Arab tadi telah ghaib daripada pandangannya.
Mungkinkah lelaki Arab itu malaikat Allah, yang berpura-pura memohon sedekah, untuk menguji ketulusan dan kemurahan hati seorang hamba Allah, apakah dia bersyukur atau kufur dengan segala limpah rezeki dan nikmat-Nya, demikian fikir Ahmad. – Nukilan ABDUL WAHAB MUHAMMAD NOR
***
IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN/IKLAN
Penjualan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’
* Assalamualaikum wbt. Mulai 21 April 2009 penulis telah menyertakan isi kandungan buku ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ karya dan terbitan sendiri. Buku penulis ini terbuka untuk pembelian melalui pesanan pos. Harga asal RM12; kini dijual RM10 saja termasuk belanja pos dalam negara (Malaysia). Pesanan melalui pos boleh dibuat dengan mengirimkan wang pos atau kiriman wang RM10 kepada ROSLAN HAMID, 952-3 Batu 3, Jalan Muar Semabok, Melaka. Pembayaran melalui bank adalah melalui akaun Maybank bernombor 114011751218. Untuk maklumat, penulis (ROSLAN HAMID) menggunakan nama pena LanH pada kebanyakan artikel.
* Juga terbuka untuk pembelian adalah buku koleksi haji susunan penulis bertajuk 'Bunga Jatuh Ke Dalam Telapak Tangan di Raudhah' yang dijual pada harga RM4 termasuk kos penghantaran (pos dan pembungkusan).
* Blog ini juga terbuka kepada sesiapa yang mahu memanfaat ruang iklan dengan sedikit bayaran. Sila hubungi penulis. Sekarang ini, blog ini ditatapi kira-kira 100 pelayar setiap hari (sila klik pada kotak empat segi kecil berwarna hijau pada bahagian paling bawah blog untuk rujukan).
***Nota: Tiada hak cipta. Semua bahan-bahan dalam blog ini adalah bebas untuk dimuat turun, disiarkan semula, disalin, dicetak, diedar, dihebah dan sebagainya. Cuma diharapkan dapat diberikan kredit kepada sumber bahan yang diambil itu. Hanya balasan berlipat ganda diharapkan daripada Allah SWT berhubung penyebarannya. Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment