Saturday, October 30, 2010

KKTS: Segera tunaikan ibadat haji

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan (Talbiyah haji, umrah)

"Labbaikallahumma Labbaik, Labbaikala Syarikala Laka Labbaik, Innal Hamda Wan Nikmata Laka Wal Mulk, La Syarika Laka."

---Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Ya Allah, hamba-Mu datang menyambut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.

***

"Saudaraku jemaah haji, kami berharap anda memberi kesempatan untuk selain anda supaya bisa melaksanakan sya'iroh (syariat) haji!"

Kata-kata indah ini saya temui di badan sebuah bas jemaah Indonesia di Mina ketika menunaikan haji kali pertama pada musim haji 1422 (2002M).

Kata-kata perangsang ini amat bermakna untuk menyuntik semangat muda-mudi Islam agar merancang pemergian mereka ke Tanah Suci. Sebaik-baiknya seseorang Muslim itu mula menyimpan sejumlah wang setiap bulan apabila dia mula bekerja, mungkin pada usia 23 tahun (selepas tamat pengajian universiti).

Dengan menyimpan atau membuat potongan gaji RM50 atau RM100 sebulan kepada Tabung Haji, seseorang itu boleh memasang niat dengan mendaftar menunaikan haji dalam masa 10 tahun kerana pada ketika itu jumlah simpanannya sudah mencukupi.

Ini kerana dalam setahun simpanan RM100 sebulan itu berjumlah RM1,200 dan dalam masa 10 tahun menjadi RM12,000 tanpa dicampur bonus simpanan. Jumlah itu sudah memadai untuk penyimpan itu menunaikan haji kerana perbelanjaan semasa kira-kira RM10,000 seorang.

Berdasarkan congkak mudah ini, seseorang itu dapat menunaikan haji pada usia 30 atau 40-an. Pada peringkat umur ini, fizikal seseorang itu adalah pada tahap terbaik dan ini akan memudahkannya melakukan manasik haji yang penuh cabaran seperti melontar di jamrah, bermalam di Mina, berwukuf di Arafah, bahkan untuk tawaf dan saie di Masjidilharam.

Selain tahap fizikal terbaik itu, adalah bermanfaat untuk seseorang itu memantapkan ilmu agamanya termasuk pengetahuan haji dan umrah secara beransur-ansur sejak dia muda lagi. Jika tahap fizikal dan ilmu serta amalan sudah mantap, maka pemergiannya ke Tanah Suci adalah bertepatan dalam usaha mendapatkan haji mabrur................

***
Saudara/saudariku, ini adalah petikan daripada Bab 1 (Segera Tunaikan Ibadat Haji) daripada buku mengenai pengalaman haji saya bertajuk KUSAKSIKAN KEAJAIBAN TANAH SUCI yang baru berada di pasaran. Buku ini diterbitkan oleh sahabat saya, Saudara Masri daripada KEMILAU PUBLIKA SDN BHD. Harganya RM12 di Semenanjung dan RM15 di Sabah/Sarawak.

Dapatkan naskhah saudara/saudari di kedai-kedai buku berhampiran atau berhubung dengan Kemilau Publika di talian 03-61573314, faks 03-61573341, di alamat #34-A Jalan Pekaka 8/3 Seksyen 8, Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor, e-mel admin@kemilau.com.my atau www.kemilau.com.my

No comments: