Artikel saya mengenai Syair Siti Zubaidah dan Norlaila Othman, mendapat reaksi daripada isteri tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu. Seorang rakan menghantar e-mel mengenai reaksi Norlaila. Berikut adalah tulisan Norlaila.
"Salam, terkedu sebentar apabila menatap artikel Saudara LanH. Betulkah apa yang sedang saya baca ini? Terima kasih di atas keprihatinan beliau mengenai isu ISA.
"Beberapa tahun berkempen bersama GMI (Gerakan Mansuhkan ISA), tak pernah terfikir saya akan pergi sejauh ini. Tapi, agaknya inilah kesan akibat tekanan demi tekanan yang terpaksa saya hadapi hampir setiap hari. Semuanya berpunca daripada penahanan tanpa bicara suami saya.
"Saya tidak menyangkal, peranan yang dilakukan selama ini mirip pada 'Siti Zubaidah' dalam tulisan Saudara LanH. Tapi sebenarnya, cita-cita saya membara lebih daripada itu. Terlalu romantik jika diniatkan segalanya untuk membebaskan suami.
"Memang benar, salah satu tujuan perjuangan saya ialah untuk membebaskan dia. Suami saya, seorang yang 'soft spoken and amiable', tidak pernah meninggikan suara pada saya, hatta apabila kami berselisih pendapat. Terlalu penyabar orangnya, hinggakan apabila kena ISA, saya pula yang terpaksa ajar dia supaya berkeras sedikit. Lelaki yang baik seperti dia memang sepatutnya diberikan pembelaan yang terbaik!
"Setakat ini, saya menjadi perantara antara dia dengan masyarakat luar, untuk memberitahu bahawa beliau dipaksa duduk di Kem Kamunting bertahun-tahun, hanya kerana beliau seorang Melayu berugama Islam, yang ingin melaksanakan amal-amal Islam dalam kehidupan hariannya.
Pada masa yang sama, saya pergunakan penahanan suami untuk mendedahkan keburukan dan kezaliman ISA dan penguasanya pada rakyat Malaysia amnya.
"Namun sebenarnya, aspirasi perjuangan saya sepatutnya lebih daripada itu.Anak lelaki tunggal saya, semakin membesar dan bercita-cita menjadi seorang Muslim yang soleh untuk dirinya dan berkongsi pula kesolehan itu dengan orang lain.
"Saya tidak pasti sama ada beliau akan dapat meneruskan cita-cita murni itu atau tidak, jika generasi veteran seperti saya ini tidak berusaha gigih untuk membuang akta tinggalan penjajah itu, supaya anak saya selamat daripadanya.
"Tak adil jika saya sekadar bertindak 'mengelakkan' diri dari akta zalim tersebut. Itu tak menyelesaikan masaalah. Terlalu besar cita-cita itu, kadang-kadang rasa macam mustahil pula.
"Tapi, di Malaysia 'bolehland' ini, sebenarnya tiada apa yang mustahil asalkan sentiasa tekun dalam bekerja dan selebihnya, kita serahkan saja pada Allah SWT yang akan menilai segalanya. Tanpa sebarang usaha, mana mungkin kita akan peroleh kejayaan?
"Cuba buka surah Taubah ayat 19 dan 20. Saya akui memang naif dalam hal ini, tapi setelah membaca tafsirannya, ia memberi lebih keyakinan untuk terus berusaha membuang ibu segala kezaliman ini. Wallahualam."
Norlaila @Cg Laila @Kak Laila,
Aktivis GMI
Keluarga Tahanan ISA.
Terharu saya membaca rintihan Norlaila. Untuk terus menaikkan semangat perjuangan, saya mengusahakan pencarian mengenai Siti Zubaidah. Di sini disiarkan dua daripadanya. Yang pertama ialah seni kata lagu Siti Zubaidah dan yang kedua, sinopsis kisah Siti Zubaidah (dalam bahasa Inggeris).
Siti Zubaidah
Tersebutlah hikayat cerita yang lama
Seorang puteri bernama Siti Zubaidah
Suaranya merdu parasnya cantik jelita
Hingga terpikat seorang raja mulia
(korus)
Tetapi malang setelah jadi permaisuri
Suaminya di tawan oleh ketujuh puteri
Siti Zubaidah menangis siang dan malam
Memikir suaminya yang di dalam tawanan
Sebagai lelaki Zubaidah menyamar diri
Untuk mencari suaminya yang dicintai
Setelah puas menanggung azab sengsara
Akhirnya ia berjaya menuntut bela
(ulang dari korus)
Syair Siti Zubaidah
The text is a beautifully written poem and a well-known manuscript. The author remains anonymous, a common feature of Malay literature. It is a romantic narrative describing the love, courage and loyalty of Siti Zubaidah in seeking the release of her husband, Sultan Zainal Abidin, who was captured by Chinese princesses.
Siti Zubaidah lives on the island of Pulau Peringgi with her father, Pendeta Ulama. The pundit was once a king but, realizing the meaninglessness of earthly power, gave up his throne in order to devote himself to religious contemplation. Pendeta Ulama provided his daughter with a good religious education.
Sultan Zainal Abidin, King of Kembayat Negara, married Siti Zubaidah. Kembayat Negara is a prosperous country attracting merchants from other countries for trading activities. One day, Kembayat Negara is ravaged by a Chinese attack, undertaken as an act of discourtesy towards one of their overseas merchants.
This blow is made more cruel by the capture of the King of Kembayat Negara by Chinese princesses as a prisoner and his removal to captivity in China. Upon this realization, Siti Zubaidah prepares herself to rescue her husband. Siti Zubaidah lived a sheltered life under her father's protection.
As a child, she studied the Koran and learned to do the things that women do. But, when challenged by the loss of her husband, she immediately entered the world of men and prepared for battle. She gives birth to a son in the forest on her own and left the baby who was later rescued and raised by Muhamad Tahir.
She disguises herself as a soldier and participated in the war against China. She faced many difficulties in her struggle to free her husband from captivity. Her courage and deep love for her husband gave her the strength to win the war. She eventually reveals her true self to Sultan Zainal Abidin and return to Kembayat Negara to be reunited with their son.
_
2 comments:
Assalamualaikum Encik Roslan,
Semoga seisi keluarga diberkati Allah, terutamanya di hari dan bulan Ramadhan yang penuh rahmah ini.
Saya sudah membaca buku pemberian Tuan semasa bengkel "Citizan Journalism" di UIA Sabtu yang lalu. Sangat memberi manfaat bagi diri saya.
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu..
Adakah alamat rumah Tuan sepertimana yang tertera di bahagian kulit dalam buku itu? Saya mahu mengirim salah sebuah buku saya yang tidak sepertinya buat tatapan Tuan sekeluarga..
Wassalam,
Dr. Umi Kalthum Ngah
waalaikumusalam, terima kasih dr. betul alamat saya adalah seperti tertera. sekali lagi terima kasih untuk menghadiahkan saya buku.
Post a Comment