***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)
***
SEPANJANG tempoh beberapa hari ini di kedai runcit, saya saksikan dua kejadian meruntun hati. Seorang kanak-kanak dalam anggaran usia sembilan tahun, mengambil sebuku roti dan ketika mahu membayar di kaunter terpaksa meletakkannya kembali di rak kerana duitnya tidak cukup.
Seorang suri rumah pula ketika ‘terkial-kial’ mengeluarkan wang ‘seringgit-seringgit’ dari dompetnya ketika membeli barangan keperluan seperti beras dan gula, terpaksa memulangkan semula sepaket tepung gandum ke rak asal kerana duitnya tidak cukup RM1.50 untuk membayar semua barangan dibelinya.
Sempena pembentangan Belanjawan (Budget) negara 21 Oktober ini oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, dan tahun baharu Hijrah 1438 dan Masihi 2017, ‘orang besar dan berkuasa’, fikir-fikirlah dan bertindak segera bagi menangani masalah belanjawan rakyat marhain yang kian parah sekarang ini…
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak di bangku sekolah, mereka sedia maklum sekarang ini musim peperiksaan dan tidak lama lagi adalah cuti sekolah…kemudian tahun baharu 2017 akan menyusul yang memerlukan mereka mengeluarkan ‘belanja sekolah’ yang amat besar.
Bersedialah mulai sekarang atau lebih baik sudah menyimpan wang ‘berdikit-dikit’ sejak awal tahun lagi. Ya, dalam keghairahan anak-anak menghabiskan cuti panjang, ibu bapa dan penjaga perlu berwaspada akan kewangan mereka; sudah bersediakah untuk menggalas kepayahan tahun baharu?
Tahun baharu bermakna banyak bayaran perlu dibereskan. Bagi mereka yang ada ‘ramai’ anak bersekolah, bersedialah kerana kos menghantar kembali anak-anak ke sekolah bukannya murah; jika seorang anak memerlukan RM200, lima orang anak sudah berjumlah RM1,000!
Penyediaan ini belum lagi membabitkan pakaian, kasut dan beg serta bayaran pengangkutan seperti bas sekolah. Bagi seorang anak yang bersekolah rendah wang RM200 mungkin tidak cukup untuk dia membereskan pelbagai yuran dan juga pembelian buku kerja dan latihan.
Ini kerana selain sekolah biasa, dia juga perlu ke sekolah agama rakyat yang biasanya diadakan pada sebelah petang. Biasanya yuran dan buku tulis bagi sekolah agama ini mencecah RM100, jadi bakinya hanya RM100 untuk membereskan pelbagai yuran sekolah biasa. Cukupkah jumlah itu?
Bagi anak-anak yang tinggal di sekolah berasrama penuh, yuran dan pelbagai bayaran lain boleh mencecah sehingga RM1,000 seorang anak. Dicampurkan dengan yuran asrama, PIBG dan sebagainya, wang RM1,000 itu pun dibimbangi tidak mencukupi.
Bagi anak-anak yang tinggal di sekolah berasrama penuh, yuran dan pelbagai bayaran lain boleh mencecah sehingga RM1,000 seorang anak. Dicampurkan dengan yuran asrama, PIBG dan sebagainya, wang RM1,000 itu pun dibimbangi tidak mencukupi.
Cuba bayangkan beban sebuah keluarga jika mereka mempunyai tiga orang anak bersekolah rendah dan dua orang di sekolah menengah berasrama penuh. Kos yuran persekolahan mereka saja sudah mencecah RM2,600! Bagaimana pula kos pakaian dan peralatan sekolah, tambang dan duit poket? Nampaknya terpaksalah ibu bapa mengikat perut, berpinar-pinar biji mata memikirkan duit yang perlu disediakan.
Bagi kakitangan kerajaan dan pekerja swasta yang bergaji tetap, mungkin mereka boleh berasa lega sikit kerana kemungkinan mendapat bonus akhir tahun; tetapi bagaimana nasib pesawah, penoreh getah serta peneroka dan lebih malang lagi mereka yang diberhentikan kerja baru-baru ini. Sedih memikirkan bagaimana mereka mahu memenuhi kehendak anak-anak yang mendayu-dayu meminta dibelikan peralatan dan kelengkapan persekolahan.
Bagi kakitangan kerajaan dan pekerja swasta yang bergaji tetap, mungkin mereka boleh berasa lega sikit kerana kemungkinan mendapat bonus akhir tahun; tetapi bagaimana nasib pesawah, penoreh getah serta peneroka dan lebih malang lagi mereka yang diberhentikan kerja baru-baru ini. Sedih memikirkan bagaimana mereka mahu memenuhi kehendak anak-anak yang mendayu-dayu meminta dibelikan peralatan dan kelengkapan persekolahan.
Biasanya apabila tahun baharu menjelma, akan berlaku pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang sudah pasti mencengkam rakyat marhain. Harga barangan keperluan harian seperti beras, tepung, gula, susu, minyak masak, ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran dibimbangi akan naik, sekali gus membebankan golongan berpendapatan rendah. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus yang menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan ternyata ‘mencengkam’ dan ‘menyeksa’ rakyat.
Rakyat marhain juga khuatir jika bayaran perkhidmatan seperti tarif elektrik, air dan aneka jenis cukai akan naik yang memerlukan mereka berbelanja lebih sedangkan pendapatan mereka tidak berubah sekalipun tahun sudah bertukar.
Rakyat marhain juga khuatir jika bayaran perkhidmatan seperti tarif elektrik, air dan aneka jenis cukai akan naik yang memerlukan mereka berbelanja lebih sedangkan pendapatan mereka tidak berubah sekalipun tahun sudah bertukar.
Malah yang sudah jadi penganggur (diberhentikan kerja) bagaimana mereka mahu menampung kos penghidupan mereka? Ya, kasihan sungguh akan golongan ini.
Wahai pemimpin, sedarlah adalah amat memerit serta memedihkan kerana perkhidmatan asas seperti air dan elektrik juga memerlukan rakyat melunaskan GST, jadi ‘tak hairanlah’ duit mereka kini tidak cukup untuk membeli barangan keperluan. Jadi terjadilah pemadangan meremukkan hati seperti seorang kanak-kanak meletakkan kembali roti yang hendak dibelinya demikian juga seorang suri rumah memulangkan sepaket tepung seperti yang saya saksikan tempoh hari!
1 comment:
Pinjaman untuk pelbagai tujuan
Kami menawarkan jumlah minimum 10,000.00 euro untuk 10 juta dolar
Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
pinjaman
tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
pelanggan mesti
Melebihi usia o f 18 tahun
Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
(Daviesruthfirm@gmail.com)
Post a Comment