***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (al-Anbiyak ayat 35)
***
PRESIDEN PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini meluangkan sedikit daripada masa amat berharga beliau bagi menemui petugas Harakah dan Harakahdaily. Dalam amanat kepada wartawan, beliau mengingatkan kepentingan dan peranan bidang penulisan sebagai wadah dakwah yang perlu dilakukan secara bijaksana, berhikmah dan berhemah.
Saya tertarik akan uslub dakwah yang diterangkan Tuan Guru. Beliau membahagikan kawasan penyebaran Islam global sebagai rantau utara dan selatan yang mana orang utara adalah sinonim dengan unta manakala orang selatan dengan kambing.
Jadi, kata Tuan Guru, sejajar dengan sifat dan perangai unta yang keras dan agresif, penyebaran Islam di bahagian utara kebanyakannya adalah melalui perang manakala di selatan yang penduduknya ‘berinteraksi’ rapat dengan kambing yang sifat dan kelakuannya lemah lembut; Islam tersebar secara meluas melalui dakwah mulut dan contoh teladan.
Islam diterima melalui dakwah berhemah di Yaman, seterusnya ke benua kecil India oleh saudagar-saudagar Arab dan kemudian ke Alam Melayu juga oleh saudagar Arab dan India. Apabila pemerintah kerajaan Melayu seperti Pasai/Samudera dan Melaka memeluk Islam selepas terkesan dengan dakwah berhemah saudagar-saudagar berkenaan, maka rakyat pun berbondong-bondong memasuki Islam.
Pada sesi soal jawab, saya mengambil kesempatan bertanyakan Tuan Guru akan uslub paling sesuai untuk orang selatan tanah air menerima PAS kerana ternyata negeri-negeri ini (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) adalah paling lewat penerimaannya, dengan PAS gagal ‘melahirkan anak sulung’ di negeri Hang Tuah (terbaru PAS tewas dalam pilihan raya kecil Dun Merlimau apabila calonnya Yuhaizat Abdullah mendapat 2,319 undi berbanding Roslan Ahmad daripada Umno-BN yang meraih 5,962 undi. Undi majoriti BN meningkat daripada 2,154 pada pilihan raya umum 2008 kepada 3,643 undi kali ini.
Saya katakan pendekatannya (uslub dakwah) mungkin perlu berbeza kerana orang utara sinonim dengan pekasam sedangkan orang selatan (Melaka) dengan belacannya. Juga orang Melaka masih dengan kebanggaan mereka sebagai keturunan Laksamana Hang Tuah, lantas siapa saja yang cuba membawa perubahan akan dicop sebagai Jebat, si penderhaka.
Tuan Guru mengingatkan bahawa sejarah kedaulatan Islam di bumi Melaka sudah lama ditenggelamkan, kini sudah tiba masanya bagi pejuang termasuk penulis mengangkat kembali peranan tokoh yang mendaulatkan Islam seperti Bendahara Tun Perak dan Sultan Alauddin Riayat Shah pada zaman Kesultanan Melayu Islam Melaka dan pada zaman kemudiannya seperti Penghulu Dol Said dari Naning.
Sumbangan tokoh-tokoh ini kepada kemajuan Islam amat besar yang sewajarnya mengingatkan anak-anak tempatan untuk kembali mendaulatkan Islam dalam semua lapangan kehidupan termasuklah melaksanakan hukum-hakamnya. Malangnya sumbangan mereka terhadap kehidupan Islam sudah dikesampingkan, sebaliknya apa ditonjolkan sekarang ketaksuban kepada bangsa seperti digambarkan melalui watak Hang Tuah – pantang Melayu derhaka.
Jika diamat-amati perkembangan Islam di Alam Melayu, apabila seseorang raja atau pembesar itu memeluk agama Islam, seluruh rakyat mengikutinya, kini bolehlah difikir-fikirkan jika PAS berjaya ‘mem-PAS-kan’ pemimpin Melaka yang amat ‘disanjungi’ rakyat negeri, seluruh rakyat jelata akan mengikutinya. Bolehkah ini dilakukan atau wajar berlaku?
Alangkah indahnya jika Islam dapat didaulatkan sepenuhnya pada ketika Melaka bersiap sedia mengenang ulang tahun ke-500 kejatuhannya di tangan Portugis pada bulan Julai 1511!
2 comments:
assalamualaikum ustaz,
sy ada pertanyaan.sy telah mlakukn kslpn tbesar dlm hdup sy yg tak mungkin dpat sy undur kmbali..
sy ad bknalan ng seorg llki..hmpir sthun n kmi hmpir bkhwin..dia mdakwa driny mngalami shir mkhluq halus y mnyerang d orgn2 dlmn n kmaluanny..bisa i2 perlu dkluarkn lalu mminta sy u mbantuny..akbt kjhiln dr sndri, sy tlah mberikn byk gmbr sy tnpa seurt bnang kpdny..stlah dia smbuh, dia tlah bsumpah ats nm Allah y dia tlah memadam sume gmbr tsbut..hal ini tlah dkthui ahli kuargany nmun mrk x bkta ap2 mngnainy...nmun, apbla kmi tlah ptus 2nang ats khndak sy sndri,kuargany mngamuk n mngugut utk mmcahkan rhsia ini kpd ibubapa sy..smp skang mrk msh mggu sy..n bru sy tau y dia xpnah mmadam gmbr2 tsbut..mrk tau y sy xkn hdp bhgia jk rhsia ini pcah..sy tkut jk hal ini pcah n kmgknan bsar ibubpa sy akn mbuang sy n smstiny mrk mdpt malu bsr..sy ign bkwen xlm lg n sy bmbg jk phak llki mbatalkn pkwenn ini..prlukh sy btrus trg kpd ahli kuarga sy n phak llki? krn stau sy,stlh btaubt,kt xptut buka aib sndr..sy bnr2 btaubt n ign mmulakn hdp bru n mlupakn sgla ksh silam..dia mngatakn y sy xjjur pd ibubp sy n bkal suami sy..ap y ptut sy lkukn ustaz?
waalaikumusalam saudari jiwa kacau, saya bukanlah seorang ustaz; tetapi seorang jurnalis; kalau saudari sudah bertaubat alhamdulillah, serahkan segala-galanya pada Allah, jika sudah berjumpa lelaki yang anda dapati beriman untuk dijadikan suami teruskan saja; tidak payah buka apa-apa rahsia padanya sebab aib sendiri pada masa lalu tidak payah bukalah demikian juga aib orang. di samping itu berdoa dengan bersungguh-sungguh agar dibukakan pintu hati orang yang jahat kepada saudari itu untuk bertaubat (jangan bersangka orang jahat tidak boleh dibukakan pintu hatinya untuk bertaubat; antara contoh terbaik adalah Sayidina Umar Al-Khattab sendiri yang sebelum Islam adalah SAMSENG MAKKAH). Saudari juga perlukan buat banyak amal ibadat yang wajib itu sudah pasti, yang sunat itu dan perbanyakkan SEDEKAH, ini sangat dapat membantu. ANDA TUTUP KEAIBAN ORANG, ALLAH TUTUP KEAIBAN ANDA, insya-Allah yakinlah keaiban anda tidak akan bocor. Jika bocor pun pegangan anda sudah kuat, HIDUP DAN MATIKU HANYA MU YA ALLAH, saudari pergilah ke kelas pengajian di masjid dan surau untuk tambah ilmu, bacalah al-Quran dan buku-buku. Antara yang baik kisah Raudatul Adawiyah, wanita yang mencapai makam terpuji selepas melalui pancaroba macam saudari!
Post a Comment