Thursday, April 9, 2009

PPSMI: Menteri bagai ayam menang sorak...

PM baru, menteri pun baru. Tetapi isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) belum selesai. Demonstrasi 100,000 rakyat sudah, pilihan raya kecil membabitkan 'dua bukit' pun sudah, Hishammuddin Hussein pun sudah dimasyhurkan Naib Presiden Umno, tetapi jalan penyelesaian PPSMI tiada cahaya di hujung terowong.

Hishammuddin sudah berkokok kerana menang, tetapi masalah (ekor) terus bergelumang dengan tahi. Pelajar kumpulan pertama yang mengikuti sepenuhnya PPSMI, kini sudah berada di kelas Tingkatan Satu hampir setengah tahun, tetapi tiada berita PPSMI itu akan diterus atau dimansuhkan.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kumpulan pelajar pertama itu yang keputusannya diumumkan pada 13 November tahun lalu, adalah yang pertama membabitkan murid mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sepenuhnya ketika mereka memasuki Tahun Satu pada 2003.

Ertinya, seramai 518,616 pelajar Tahun Enam itu adalah kumpulan perintis kepada program PPSMI. Sebanyak RM5 bilion telah diperuntuk dan dibelanjawan bagi menjayakan program yang dipaksakan Perdana Menteri sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini kembali aktif berpolitik termasuk berkempen di Bukit Gantang.

Apabila keputusan diumumkan, Menteri Pelajaran ketika itu, Hishammuddin Hussein, dengan segera mengumumkan bahawa PPSMI tidak gagal. Apabila beliau berkata PPSMI tidak gagal, bermakna ia berjaya. Jadi apa sebenarnya kejayaan PPSMI?

Secara kasarnya, kejayaan itu diukur daripada ramai pelajar memilih menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, manakala subjek Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan kelulusan di sekolah-sekolah kebangsaan.

Perangkaan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Dato’ Alimuddin Mohd Dom, menunjukkan daripada 518,616 murid terbabit, 159,234 calon menjawab soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Jumlah yang menjawab dalam bahasa Inggeris saja ditonjolkan sedangkan hakikatnya 359,382 murid lagi menjawab dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda mereka seperti Cina.

Berhubung perkara ini, kita ingin bertanya apakah kejayaan yang dibangga-banggakan itu kerana tidak sampai separuh murid menjawab dalam bahasa Inggeris sedangkan sepanjang enam tahun persekolahan mereka belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris?

Murid-murid di sekolah jenis kebangsaan Cina agak beruntung kerana mereka belajar Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa (Inggeris dan Mandarin) tetapi murid di sekolah kebangsaan belajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Apabila di sekolah tidak diajar dalam bahasa Melayu, bagaimana budak-budak ini memilih untuk menjawab dalam bahasa Melayu pula?

Siapa punya idea untuk menyertakan soalan dalam bahasa Melayu pada saat-saat akhir sedangkan pada sebelum ini pihak kementerian dengan bangganya menguar-uarkan PPSMI berjalan mengikut landasan dan UPSR 2008 akan membuktikan perkara itu? Jadi apa yang berlaku sebenarnya dalam dunia pendidikan kita apabila murid belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi menjawab dalam bahasa Melayu? Tidakkah ini menunjukkan sistem pendidikan kita mengalami kecelaruan yang amat hebat?

Kemudian, rakyat terutama ibu bapa dikelabui dengan sorakan ramai calon mencatat keputusan cemerlang. Pada UPSR 2008 ini, dicanangkan 46,641 orang atau 9.2 peratus mendapat semua A (5A atau 6A) dan bagi mengukuhkan dakwaan bahawa PPSMI berjaya meningkat penguasaan bahasa Inggeris murid, dilaporkan peratusan kelulusan subjek Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan meningkat 4.4 peratus.


Malangnya, dalam semua analisis keputusan, tidak dinyatakan markah lulus dan markah penganugerahan gred. Mungkinkah markah untuk lulus subjek-subjek ini 20 peratus dan untuk mendapat A, 70 peratus?

Apa pun, kita mengharapkan masa depan anak-anak kita tidak dipertaruhkan pemimpin berkepentingan politik yang menjerumuskan generasi masa depan kepada situasi menang sorak kampung tergadai. Berhubung perkara ini, kita tertarik dengan jaminan kementerian untuk mendalami isu PPSMI melalui satu persidangan meja bulat membabitkan tokoh dalam pelbagai bidang tidak lama lagi.

Pandangan dua tokoh pendidikan ini sewajarnya menginsafkan kita: “Pergantungan terhadap statistik seperti jumlah calon mendapat 5A atau menjawab soalan dalam bahasa Inggeris bagi menetapkan pelaksanaan dasar pendidikan tidak wajar kerana ia tidak menggambarkan keupayaan seluruh pelajar.” – Profesor Diraja Ungku Aziz

“Kita akan melihat bahasa Melayu akan terus ketinggalan dan akhirnya menyebabkan kematian bahasa kebangsaan itu sendiri.” – Tan Sri Abdul Rahman Arshad (bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia).

Demo sudah, pilihan raya pun sudah; apa pula selepas ini?

1 comment:

MYEA SARAH said...

Salam..
Saya sbgai seorg pelajar yg terlibat dlm PPSMI tdak stuju lgsung jika ianya dibubarkan dan subjek matematik dan sains diajar dlm bahasa melayu. Hanya kerana p0litik dan ibu bapa yg krg berpendidikkan menyebabkan kami pelajar sbgai mngsa. Adakah anda sekalian pernah meminta pendapat kmi dlm hal2 begini. Adakah anda smua mganggap kami ini tidak penting? Pandangan kmi xberguna? Sesungguhnya kmi adalh modal insan dan pemimpin msa dpan negara. Kenapa xdberikan pluang untuk mengeluarkn pendapat kmi. Cuba anda sklian yg kononnya maw memartabatkan bahasa melayu fikirkan benefits yg anak2 bangsa ini per0lehi dpd PPSMI ini? Tlg jgn jadikan ini sbgai isu2 untuk berp0litik. Jgn biarkan pepatah ini menggambarkan keadaan yg sbnarnya. "Gajah sama berjuang ttp pelanduk mati d tgh2". Jika dbuat survey..rmai pelajar yg tlh melalui PPSMI ini akan meny0k0ng pr0gram. Jgn biarkan kta ktgglan oleh negara2 maju yg lain hanya kerana maw memartabatkan bahasa melayu. Adakah kmi ini akan melupakan bhasa melayu jika subjek Matematik dan Sains ini diajar dlm bahasa melayu? Apakah bhasa melayu menghilang trus? Tidak salah maw memartabatkan bahasa melayu ttp tlglh jgn bubarkan PPSMI ini. Jika dlihat dlm jangka masa pendek mmg byak yg tidak dpt catch-up dgn PPSMI ini. Tapi kita lihat untk kepentingan masa dpan, ianya amat2 berguna. Smua pembelajaran d institusi pengajian tggi mggunakan bahsa inggeris utk subjek2 yg diajar. Kebnyakkan maklumat2 yg ada skg smuanya dlm bhasa inggeris. Tidakkh anda malu utk mghantar seseorgnya yg kononnya pandai tapi tdak fasih berbahasa inggeris utk mewakili negara kita? Kita mghantar pelajar ke luar negara mlanjutkn pljaran ke universiti yg terkemuka;yg dhebohkn adalh pelajar yg cemerlang dgn result SPM smpi belas2 A tp dtendang kluar hnya kerana tidak lulus bahasa Inggeris. Inikah yg negara kita mahu???? Saya rasa ibu bapa yg menentang PPSMI ini ssguhnya adalh yg tdak berplajaran. Amat kasar skali jika sya katakan mereka ini teramat B0D0H. Hal ini spttnya tdak timbul.Patutkah saya katakan anda yg BODOH atau anak anda yg terlalu BODOH kerana tdak dpt score semasa peperiksaan. Bla result anak anda tdak mmemuaskan anda mula mnyalahkan PPSMI ini. Kenapa anda tdak menyalahkan anak anda yg tdak berusaha itu? Adakah mahu mnyalahkn papan jika anda sndri tdak pandai menari? Jika org lain boleh berjaya dgn PPSMI ini kenapa pula anak anda tdak boleh?? There must be something wrong with ur children. Mahukh anda biarkan anak anda dpt kptsan yg cemerlang dlm SPM tp A yg dper0lehi lgsung tdak berkualiti?? Wahai ibu bapa yg menentang PPSMI ini fikirkanlh perkara ini sebaik2nya. Jgn hancurkan masa dpan anak anda hanya kerana trpengaruh dgn isu2 politik ini. Saya xnak 1 hari nt negara kta dketawakn oleh negara lain hnya kerana tdak bley berbahasa inggeris wlau pandi mcm mana skalipon. Contohnya; pernahkh anda terpkir mghantar tentera pengaman ke luar negara ttp merek hanya hebat bermain snjata sahaja. Ttp bila k0manden dr negara lain mmberi koman mereka lgsung tdak memahaminya. Tdakkh anda rkyat M'sia malu dgn perkara ini? Contoh strusnya, Se0rg Pr0fess0r dhantar untk konferens d luar ngara tp dktawakn oleh org lain kerana tdak memahami dan tdak bley berkomunikasi dgn baik.. Mahukah anda melihat perkara ini berterusan. Pedulikan dgn statistik yg mengata rmai pajar yg mgjawab soalan peperiksaan dlm bahasa slain dpd bhasa inggeris. Bnda yg kta inginkan dr PPSMI ini adalh mghasilkan pelajar yg berkuliti. Yg bermutu. bkan yg pndi mnjwb soalan tersebut tp pada hakikatnya bodoh sbnanya. Mmg ada yg akan mempertikaikan knapa negara maju spt jepun, China dan Korea bley maju sdangkan mereka hanya mnggunakan bahasa ibunda saja. Tapi jika kta lihat pelajar2 mereka yg dihantar utk menyambung pengajian d Malaysia misalnya, mereka mengalami mslh kominikasi dan ini menjejaskan prestasi pembelajaran mereka. Tdakkah ini menyusahkn mereka mmbawa kamus elektronik stiap hari utk ke kuliah dan bila tbanya exam mereka skar utk menjawab solan kerana kamus xdbnarkan dbawa msuk ke dwan peperiksaan. Anda maw bnda sbegini terjadi kpd pelajar2 M'sia?? Saya berbicara bnda ini melalui pgalaman. Bukan skdar omong kosong yg dpgaruhi oleh unsur2 politik dan sbagainya. Ini hnaya nukilan kmi pelajar PPSMI yg menjadi mangsa keadaan politik d M'sia. Sekian, wasalam.