Renungan
"Kalau sekiranya perempuan ahli syurga (termasuk bidadari) datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari)
Zulkaedah 9
Bengang dengan TNB,,,
PAGI ini 9 Zulkaedah (1 Julai 2020) saya pergi ke pejabat Pos untuk membayar bil elektrik. Saya ada tiga bil. Bil rumah saya tinggi, lebih RM430. Bil rumah orang tua saya RM18 lebih manakala satu lagi bil setor yang dulunya saya gunakan sebagai kelas tuisyen kurang RM10.
Berpandukan surat bertajuk BANTUAN PELAN BAYARAN MUDAH yang disertakan bersama semua bil itu, saya pun bawa 'duit tak berapa banyak' sebab di bawah surat ini ada ditulis BIL ANDA BULAN INI: Bayaran Penuh - (tolak) RM164.90 atau Pelan Bayaran Mudah - (tolak) RM51.12.
Namun kerani di kaunter pejabat Pos (selepas tunggu, beratur dan tulis nama dan diambil bacaan suhu), minta saya bayar jumlah yang sama ikut bil. Ertinya saya kena bayar lebih RM450. Saya tunjukkan kepada beliau SURAT yang disertakan bil TNB itu. Beliau tetap bertegas suruh saya bayar jumlah penuh itu. Saya menjadi BENGANG tetapi berbisik SABAR, SABAR, SABAR.
Seorang lelaki veteran sekampung yang kebetulan berada di situ, meminta saya ke pejabat TNB. Boleh 'setel' di sana, katanya. Saya pun ke sana - huh ambil masa lagi, minyak motor lagi - dan apabila mahu masuk pejabat di suruh beratur, ambil suhu, tulis nama, tulis nombor telefon. Seorang petugas bertanya, "Encik nak bayar bil ke, nak komplen?"
Pada mula saya nak ikut barisan nak buat komplen, tiba-tiba petugas itu berkata, "kalau nak komplen kerana nak buat potongan, BAYARAN BANTUAN itu akan dimasukkan dalam bil Julai."
Tak jadi lagi saya beratur barisan orang nak komplen...NAMUN saya sungguh BENGANG dengan TNB, kenapalah kau orang beri surat BANTUAN PELAN BAYARAN MUDAH itu bersama bil bulan JUN, habis kau orang kata bantuan itu akan sertakan pada BIL JULAI.
ANDA sendiri tulis di bawah surat itu, Bil Anda Bulan INI, Bayaran Penuh - RM164.90....TAK BOLEHKAH sertakan surat ini pada BIL BULAN JULAI! Anda semua TAK TAHUKAH ramai orang sedang DEMAM dari segi kewangan sekarang ini? Jangan buat hati mereka lebih PANAS!
ARTIKEL SEBELUM INI
Berpinar terima bil elektrik...
BIL elektrik kediaman saya akhirnya sampai jua, selepas tiga bulan 'dikurung' bagai dara pingitan. Berpinar biji mata saya melihat angka yang tertulis...jumlah yang perlu dibayar RM1,000 lebih!
Tu dia, ingat mulut manis pemimpin seolah-olah kita tidak perlu bayar apa-apa...rupa-rupanya bayaran bil adalah secara tertangguh. Bayar tetap bayar...mana ada 'barang dan perkhidmatan' 'free' sekarang ini...yalah nak kencing pun kena bayar...
Itulah, siapa yang tak beringat, dia akan terima padahnya. Kalau wang untuk bayaran bil akhir Mac lalu, akhir April dan akhir Mei, kita dah habiskan untuk tampung kehidupan misalnya sudah hilang sumber wang 'mahsyuk'...bagaimana kita mahu bayar bil yang datang pada awal Jun ini?
Nasib baiklah bil itu boleh dibayar secara beransur-ansur, demikian menurut catatan di tepi bil. Dalam kes saya, saya boleh memilih untuk membayar RM300 lebih selama tiga kali bayaran atau bayar RM1,000 lebih sekali gus.
Bil air juga sudah sampai. Alhamdulillah lebih RM80 saja. Hitung panjang bilnya RM25 sebulan sebab tempoh tak bayar selama tiga bulan. Dalam kes ini, saya tarik nafas lega...Alhamdulillah sekali lagi.
Demikianlah sebagai pengguna kita mesti beringat. Janji-janji manis yang dihamburkan seperti sewa, hutang, pinjaman tak payah dijelaskan sekarang bukan bermakna, kita tak perlu bayar...cuma bayarannya ditangguhkan...jadi berhati-hati.
Jangan ingat semua 'free' saja, percuma kata orang Malaysia, gratis kata orang Indonesia. Ia belum 'khalas' (selesai) kata orang Arab. Wallahu a'lam
BAHAN IRINGAN
No comments:
Post a Comment