Tuesday, June 20, 2017

Usah 'hijack' Tabung Haji untuk kepentingan politik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
*********
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***********
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir 
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************

KEBELAKANGAN  ini isu haji dan institusi pengurusannya, Tabung Haji semakin kerap di-'hijack' (disalahgunakan) oleh parti pemerintah untuk menonjolkan seolah-olah keberkesanan dan kecekapannya mendatangkan banyak manfaat untuk jemaah haji dan ummah keseluruhannya.

Kita bimbang jika perkembangan ini adalah lebih kepada kepentingan politik; lebih-lebih lagi negara kita di ambang untuk mengadakan pilihan raya. Sehubungan itu, diharapkan Tabung Haji yang menjadi institusi kepercayaan seluruh umat Islam - tidak kira daripada penyokong parti kerajaan dan sebaliknya - tidak di-'hijack' bagi tujuan bagi memberi imej baik pihak berkenaan.

Sebagai contoh pemimpin menguar-uarkan kononnya atas inisiatif merekalah termasuk hubungan amat baik dengan pemerintah Arab Saudi menyebabkan jumlah jemaah haji dapat dipertingkatkan dewasa ini daripada kira-kira 22,000 kepada 30,000 orang semusim. 

Syabas jika dakwaan itu adalah benar namun usahlah melindungi faktor lain seperti kerja-kerja pembesaran Masjidilharam hampir tamat; jadi kuota satu (1) peratus daripada jumlah penduduk dikembalikan. Sekarang ini penduduk Malaysia sudah mencecah 30 juta, jadi 'tidak memeranjatkan' jika jemaah haji Malaysia adalah 30,000 orang!

Berikutan peningkatan jemaah haji itu, pemimpin daripada yang tertinggi di peringkat kerajaan dan institusi berkenaan kerap mencanangkan di seluruh negara akan kejayaan dapat mengurangkan tahun menunggu giliran haji di seluruh negara pada apa saja majlis berkaitan yang mereka ada kesempatan.

Tabung Haji sebagai institusi pelbagai peranan - daripada 'bank simpanan', menguruskan jemaah kepada identiti perniagaan sudah pasti perlu menunaikan kewajipannya termasuklah mengeluar dan memberi zakat dan tanggungjawab sosial lain, malangnya melalui pengagihan kawangan ini, parti pemerintah meng-'hijack'-nya untuk kepentingan politiknya.

Kita ingin bertanya mengapa pemberian Tabung Haji diasosiasikan dengan parti pemerintah berkenaan - tidakkah Tabung Haji adalah institusi seluruh umat Islam - sehubungan itu amat tidak wajar dikaitkan kebajikan Tabung Haji sebagai program parti berkenaan. Mungkin adalah lebih baik jika pihak peneraju tertinggi institusi 'suci' ini dibebaskan daripada mereka yang ada jawatan dalam parti!

Kita berpendapat 'tangan-tangan' orang politik yang mencengkam kukuh teraju Tabung Haji, menyebabkan 'bisnes' institusi ini tidak berjalan sehebat. Ya, kalau mahu pengurusan baik (seperti menguruskan jemaah haji), serahkan kepada pakarnya; demikian juga jika kita mahukan 'bisnes hebat', amanahkan kepada 'orang bisnes' - ini tidak, Tabung Haji diserahkan kepada 'orang politik' yang mungkin menepati peribahasa 'bagai tikus membaiki labu'.

Kemudian pemimpin parti berkenaan juga 'hijack' Tabung Haji untuk menghantar kira-kira 1,000 jemaah haji tajaan 1MDB; khabarnya mereka ke Tanah Suci mengikut kuota PM, menteri dan sebagainya. Mereka tidak ikut giliran Tabung Haji, malah ada yang tak pergi kursus bersiri haji - ini apa cerita? Tolong jelaskan kerana ramai bakal haji marah kerana giliran mereka 'dipotong'!

Sekarang ini dividen Tabung Haji kepada pendeposit tidaklah setinggi mana, hampir setara dengan institusi perbankan biasa. Bagi yang mendaftar untuk menunaikan haji (giliran sampai puluhan tahun), Tabung Haji akan 'memegang' wang mereka sebanyak RM1,300 'sampai bila-bila' (mereka tidak boleh mengeluarkannya lagi sampai mereka menunaikan haji, menutup akaun atau mati) 

Ini bermakna Tabung Haji akan berterusan menyimpan RM1,300 wang pendeposit dan kalau ada satu juta orang dalam senarai menunggu haji, Tabung Haji akan menyimpan wang sebanyak RM1,300,000,000 (RM1.3 bilion)!

Demikianlah 'sungguh banyak' wang rakyat dalam Tabung Haji - ini berdasarkan kepercayaan SEMUA rakyat kepadanya - jadi kita bimbang mengapa kepercayaan ini dikhianati dengan memprojek kononnya ini adalah kejayaan parti pemerintah - lembu punya susu sapi mendapat nama!

No comments: