Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199
*********
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***********
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
SIAPA calon PM ke-7...sejumlah spekulasi dan pandangan sudah 'dilontarkan' termasuk kemungkinan tokoh pembangkang Saudara Anwar Ibrahim ke kedudukan itu; adalah baik untuk kita meninjau-ninjau peristiwa pemilihan pemimpin di luar negara terutama di kalangan tetangga kita iaitu anggota Asean.
Sekarang ini jika kita teliti gambar-gambar pemimpin negara Asean, terlihatlah wajah Aung San Suu Kyi. Beliau adalah orang paling berkuasa di Myanmar tetapi adalah penting untuk kita ketahui bahawa beliau bukan presiden atau perdana menteri negara itu!
Sekalipun parti pimpinannya, Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD) menang besar pada pilihan raya umum terbaru, mengikut perlembagaan Myanmar, Suu Kyi iaitu anak tokoh kemerdekaan, Aung San, tidak layak menjadi presiden kerana dia berkahwin dengan seorang warga Inggeris, Michael Aris (kini mendiang) malah pernah lama tinggal di luar negara dengan anak-anaknya adalah warga British.
Selepas pilihan raya, Suu Kyi di ambang untuk menjadi Presiden baru Myanmar tetapi pihak tentera pimpinan Jeneral (ketika itu Presiden) Thein Sein dengan keras merujuk satu fasal dalam perlembagaan (Bab 3, nombor 59 (f) yang menghalang beliau berbuat demikian.
Sekalipun terhalang, mengapa Suu Kyi boleh menjadi orang paling berkuasa di Myanmar dengan 'dirinya' dilihat sebaris dengan pemimpin-pemimpin Asean yang lain? Sekalipun partinya (NLD) melantik Htin Kyaw, 69, sebagai Presiden, Suu Kyi berkeras menyatakan: "Hal ini tidak akan menghalang saya daripada membuat semua keputusan sebagai ketua parti yang memperolehi kemenangan!" Hakikatnya dia adalah pemimpin tertinggi dengan gelaran 'State Counsellor' (Konselor Negara).
Ya, kerana kesabaran berjuang puluhan tahun, Suu Kyi akhirnya muncul tokoh paling berkuasa di negaranya namun tidak dengan jawatan Presiden. Beliau memerintah secara proksi dan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi politik rantau sebelah sini kerana pemimpin Parti Kongres India, Sonia Gandhi pernah 'mengawal' kerajaan Perdana Menteri Mahmohan Singh sebelum hilang kuasa pada 2014.
Jika kita rujuk ke Filipina pula, kisah Corazon (Cory) Aquino ke puncak kuasa (Presiden Filipina 1986-1992) hampir mirip pengalaman Dr Wan Azizah Ismail (Presiden KEADILAN) sebagai seorang 'reluctant politician'. Cory seorang suri rumah tetapi berhasil menjadi presiden sekali gus penyelamat negara daripada kerakusan diktator Ferdinand Marcos selepas suaminya, Benigno (Ninoy) Aquino ditembak mati.
Perjuangan Cory menjadi legenda kerana gerakan kebangkitan rakyat dipimpinnya berjaya menyingkirkan Marcos tanpa pertumpahan darah. Cory ke puncak kuasa apabila berjaya menghimpunan pelbagai kekuatan- daripada golongan peniaga, ahli politik hingga pihak gereja - dan yang paling hebat memenangi hati tentera untuk bersama-samanya.
Akhirnya Marcos dan Cory 'berhadapan' dalam pilihan raya Presiden pada Februari 1986. Marcos, dengan 'mesin politiknya' menyatakan diri sebagai pemenang. Namun, para pendukung Cory tak mengenal kalah, mereka melawan 'SPR penipu Filipina', intimidasi dan kecurangan pihak Marcos; akhirnya Cory dinobatkan Presiden manakala Marcos dan isteri Imelda, lari ke Hawaii.
Demikianlah, apa iktibar kita dapati daripada dua peristiwa luar ini? Ya kedua-dua tokoh wanita ini (Suu Kyi dan Cory) berjaya ke puncak kuasa dengan mengetepikan segala halangan termasuk bikinan pihak 'sedang berkuasa' yang mengada-adakan alasan seperti kononnya melanggar perlembagaan dan kewujudan birokrasi penipu, ya seperti SPR Filipina! Jadi fahamilah situasi ini dan terapkannya di tanah air! Ya, selamat berjaya!
No comments:
Post a Comment