Saturday, June 17, 2017

U Masjid (27): Fokus pada 'yang 30 hari, bukan 1 hari'...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
*********
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***********
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir 
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************

HAMPIR semua masjid di negeri saya 'bercuti' daripada majlis ilmu (kelas pengajian) termasuklah kuliah Subuh hari Ahad sepanjang Ramadan ini. 'Bercuti sakanlah' semua orang, kelas mungkin disambung pada pertengahan atau akhir Syawal - ertinya 'murid-murid tua' bercuti hampir dua bulan! 

Sedih juga memikirkan 'hati yang keras' ini tak dapat ditazkirahkan dengan peringatan; sungguh terasa 'kehilangan' apabila majlis-majlis itu ditiadakan, namun sebagai alternatif bolehlah kita 'menghadap' TV menadah ilmu seperti menonton rancangan 'Tanyalah Ustaz' saban pagi.

Dalam pada itu, bersyukurlah kerana sebuah masjid berhampiran rumah saya tetap meneruskan kuliah Subuh saban minggu; Ahad, 12 Jun lalu, sang ustaz menyampaikan pesanan terbaik mengenai keberuntungan insan-insan yang dapat menggapai Ramadan termasuklah mengusahakan pemburuan Lailatulqadar.

Subhanallah, kita kini dalam fasa akhir Ramadan - bagi yang sedar, kebanyakan masjid pada solat isyak dan tarawih sudah 'longgar' daripada jemaah...ke mana kebanyakan jemaahnya sudah pergi?

Sang ustaz mengingatkan bahawa kini berlaku pertarungan hebat di kalangan insan bagi merebut antara kelebihan 30 hari (Ramadan) dan 1 hari raya (Syawal). Nampaknya bagi kebanyakan orang, tawaran untuk memenuhi kehendak 1 Syawal lebih menggamit jiwa daripada tawaran dijanjikan Allah bagi mengisi Ramadan sebagai bulan rahmat, pengampunan dan bebas daripada api neraka.

Ya Ramadan yang penuh barakah itu akhirnya akan meninggalkan kita. Sedih mengenangkan pemergian Ramadan, persoalannya, bagaimanakah Ramadan kita? Bagaimana pencapaian kita sebagai graduan Universiti Ramadan (insya-Allah) yang mesti dilalui setiap tahun oleh setiap Muslim yang cukup syaratnya? 

Sebahagian kita mungkin sudah menjadi graduan Universiti Ramadan 20, 30, 40 atau 50 kali; kali ini tanyalah hati kita, adakah kita seronok Ramadan ini berakhir bagi membolehkan kita berhari raya atau kita terharu dan sedih kerana bulan penuh keberkatan itu sudah pergi sedangkan pada tahun depan belum ada ketentuan kita akan menjadi siswa-siswi Universiti Ramadan sekali lagi.

Sang ustaz mengingatkan bahawa Lailatulqadar perlu diburu dengan melakukan usaha-usaha semaksimum mungkin ke arah itu. Ia suatu anugerah, jika di dunia pun jika kita mahukan nama dan gelaran 'Datuk' pun kita perlu menjadi 'orang spesial' apatah lagi di akhirat nanti.

Insan diminta memburu akhirat dengan memaksimumkan ibadah pada Ramadan terutama hari-hari terakhirnya, tetapi seperti semut yang menggerumunii gula yang sebutir, manusia terus leka untuk memuaskan kehendak 1 Syawalnya. 

Permulaan Ramadan adalah barakah Allah SWT, tetapi orang Melayu dan kini menjangkiti orang Malaysia, Ramadan bermakna bulan pesta - daripada pesta makanan kepada pesta membeli belah. Seolah-olah Ramadan itu pesta makan sedangkan puasa itu bermakna tidak makan. 

Pemimpin dan pemerintah menggamatkan lagi suasana. Ada yang mahu menjual puasa dan raya sebagai bahan promosi pelancongan. Mereka suruh orang luar datang, tengok apa orang Melayu buat pada bulan mulia ini. 

Malang sungguh, mereka jarang menyuruh orang Melayu meningkatkan amal ibadat dan penghayatan terhadap bulan mulia ini supaya orang luar tertarik dengan Islam, sebaliknya meminta orang Islam melakukan perkara yang tidak disuruh oleh Islam seperti memasang pelita tujuh likur, menggacau dodol, sibuk dengan majlis makan-makan dan menganjurkan majlis di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul termasuklah rancangan hiburan di TV. 

Bagi anak-anak inilah Ramadan dan Aidilfitri yang mereka ketahui. Mereka didedahkan perkara ini tahun demi tahun; melepasi usia kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya tua. Kalau tidak kesedaran, kemungkian mereka membawa konsep salah ini hingga ke liang lahad. Apatah lagi sekarang generasi baru gila gadjet elektronik, tanpa mempedulikan persekitaran mereka.

Pada hari-hari terakhir Ramadan ini terutama pada malamnya teruskanlah amalan mulia seperti solat tarawih dan qiyam, bersedekah, tilawah al-Quran, berdoa, berzikir, berisytifar, bertakfakur tetapi elakkan kerja-kerja lara seperti melepak-lepak di bazar Ramadan, bergaduh, memutuskan silaraturahim apatah lagi melakukan syirik bagi membolehkan kita mendapat Lailatulqadar-Nya, insya-Allah. 

No comments: