Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
*********
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***********
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************
MENJELANG Aidilfitri ketika membaca akhbar, saya terbaca berita-berita di bawah ini. Selain akhbar, saya mempertingkatkan pembacaan buku-buku agama bagi membantu saya merenung kehidupan. Saya menyiarkan apa yang saya baca itu tanpa membuat komen; terpulanglah kepada pembaca untuk memikir-mikirkannya pada waktu mulia ini.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
* Kadar tambang bas ekspres mengalami kenaikan sebanyak 10 peratus berbanding harga biasa bagi perjalanan di seluruh negara bermula dari 22 Jun hingga 2 Julai ini. Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) berkata langkah itu bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres tidak tergendala selain dapat menampung kos operasi pengendalian yang kian meningkat menjelang sambutan Aidilfitri.
* Seramai 1.6 juta kakitangan kerajaan awam gred 54 dan ke bawah menerima sagu hati duit raya RM500 manakala pesara kerajaan RM250 setiap orang. Sebelum ini Cuepacs mendesak kerajaan memberi RM1,000 bagi persediaan kakitangan awam menyambut Aidilfitri.
* Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak dua bulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri yang dibayar 21 Jun. Beliau berkata 17,703 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan kewangan khas itu membabitkan RM63.3 juta.
* Pembayaran peringkat kedua BR1M 2017 dibuat mulai 5 Jun ini, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Beliau berkata pembayaran bersempena sambutan Adilfitri itu melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama sebelum ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan pada 17 Jun.
* Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara mahu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah - peguam kanan yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes liwatnya, disiasat. Ini selepas timbul dakwaan bahawa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak melalui dua bayaran iatu pada 11 September, 2013 dan 17 Februari, 2014.
Sementara itu, antara buku yang sempat saya baca adalah 'Sifat & Sikap Penghalang Kejayaan Seorang Muslim' karya Abu Sulaiman Ad-Darani (terbitan Jasmin Enterprise); satu daripada babnya menghurai 'Pemimpin Yang Mengelabui Rakyat' ada menyatakan para pemimpin atau penguasa memikul tanggungjawab yang berat dalam menegakkan ketertiban, keamanan dan keadilan dalam tata hidup masyarakat.
"Namun sebaliknya jika ada pemimpin atau penguasa yang zalim, curang, atau menipu rakyat bererti telah berkhianat atas kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat dan membuat kekacauan dan kerosakan di muka bumi. Perbuatan semacam ini termasuk dosa besar yang diancam oleh Allah dengan seksaan yang pedih di akhirat kelak," tulis pengarang.
Bagi menguatkan hujah, penulis memetik ayat-ayat al-Quran dan hadis. Antara ayat al-Quran: 1. "Tidak ada jalan melainkan atas orang-orang yang menzalimi manusia, dan membuat kerosakan di bumi dengan tidak benar, bagi yang berbuat demikian itu adalah azab yang pedih." (Asy-Syura: 42)
2. "Dan tidak pernah Tuhanmu membinasakan kota-kota sebelum Dia mengutus di ibu kotanya seorang Rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota, kecuali penduduknya dalam keadaan zalim." (Al-Qashash: 59)
3. "Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa Allah lalai daripada yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah menangguhkan kepada mereka sampai hari di mana mata (mereka) terbelakang." (Ibrahim 42)
Begitu juga Rasulullah SAW mengingatkan ancaman seksa bagi para pemimpin dan penguasa yang zalim dan suka menipu rakyat. Antara hadis itu adalah:
1. Celakalah para penguasa, celakalah para pemangku urusan rakyat dan celakalah orang-orang yang dipercaya mengurusi kepentingan umum, sungguh ramai orang pada hari kiamat nanti berangan-angan kecurangan-kecurangan mereka tergantung di atas bintang Tsurayya. Mereka akan diseksa kerana mereka dahulu tidak mahu melakukan sesuatu yang menjadi amanahnya." (HR Ahmad daripada Abu Hurairah)
2. "Manusia yang paling berat seksanya pada hari kiamat adalah penguasa zalim." (HR Thabrani daripada Abdullah bin Mas'ud)
3. "Akan datang kepada hakim yang adil suatu saat pada hari kiamat nanti ia berangan-angan alangkah baik kalau dahulu (di dunia) tidak pernah memutuskan perkara antara dua orang sekalipun perkara sebutir kurma." (HR Al-Bazar dan Thabrani daripada Abu Hurairah)
4. "Akan muncul penguasa-penguasa derhaka serta zalim. Barangsiapa membenarkan kezaliman mereka dan membantu mereka berbuat zalim, maka aku (Nabi SAW) bukan tergolong dia dan dia pun bukan tergolong umatku, dia tidak akan dimasukkan ke syurga." (HR Ahmad Tirmidzi daripada Ka'ab bin Ajrar)
5. Siapa pun pemimpin yang curang kepada rakyatnya, maka akan masuk neraka." (HR Thabrani)
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada LanH
No comments:
Post a Comment