Friday, June 2, 2017

U Masjid (25): Ramadan masa terbaik berhenti merokok...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199
*********
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***********
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir 
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************

SESEKALI ketika berbuka puasa, terkenang zaman bujang ketika mula bekerja di KL 30 tahun lalu. Sekalipun sudah lama berlalu, rasanya bagai semalam. 

Ketika bujang saya kerap berbuka puasa di masjid; salah sebuah masjid 'favorit' adalah Masjid Sayidina Abu Bakar As-Sidiq di Bangsar kerana di sini selalu disediakan hidangan istimewa, antaranya nasi briyani.

Entahlah, pada zaman 'separuh jahiliah' itu, sebaik saja lepas makan, saya dan rakan bergegas ke depan masjid - bukan untuk segera solat mahgrib berjemaah tetapi 'pekena' dulu...nampaknya merokok lebih 'afdal' daripada perkara lain.

Merokok adalah perbuatan buruk apatah lagi dilakukan di masjid. Malah ada pihak berkuasa agama memfatwa merokok sebagai haram. Namun orang yang sudah ketagihan seperti saya dulu peduli apa...ikutilah kisah ini bagaimana akhirnya saya berhenti merokok malah membenci pula orang merokok berdekatan saya!

Sekarang Ramadan kembali menjenguk, satu persoalan kepada kaki-kaki rokok, adakah bulan suci ini akan berjaya mentarbiyah anda semua untuk tidak lagi merokok? 

Cuba fikir baik-baik, jika anda boleh bertahan tidak merokok hampir 10 jam ketika berpuasa, insya-Allah, berfikirlah secara positif bahawa anda boleh bertahan lebih lama lagi sehingga akhirnya tidak merokok langsung.

Sebenarnya Ramadan-Ramadan saya yang lampau juga 'tidak berjaya' mematikan tabiat saya untuk merokok; huh, alangkah nikmatnya menyedut asap rokok selepas berbuka, apatah lagi jika ia dilakukan di dalam jamban (tempat syaitan berkerumun). 

Ya, tanyalah perokok, sesetengahnya suka sangat 'sting' dalam tandas kerana sudah 'dilatih' melakukannya dalam suasana begitu sejak di asrama sekolah lagi. Jika puasa gagal 'menginsafkan' saya, satu lagi 'Rukun Islam' berjaya mematikan tabiat buruk saya itu - sejurus sebelum menunaikan haji pada Februari 2002, saya diserang batuk-batuk yang sangat teruk, jadi fikir saya lebih baiklah saya buangkan tabiat itu sebelum kaki saya menjejak Tanah Suci. 

Alhamdulillah, sejak itu sehingga kini, saya tidak pernah menjepit pontong rokok di bibir saya. Ringkasnya saya 'sudah suci' daripada rokok. Selain daripada batuk teruk itu, ada banyak faktor lagi yang menghalang saya kembali merokok; misalnya selepas balik haji dengan kopiah sentiasa di kepala, takkan saya nak menjepit rokok di mulut, malulah orang lihat 'pak haji' merokok; kawan-kawan saya (ada yang berserban besar) hampir semuanya tidak merokok malah isteri saya pun benci orang merokok, jika mahu merokok kena keluar rumah dan anak-anak pun sudah mulai besar, malulah pada anak-anak jika seorang bapa asyik merokok saja. 

Nanti kalau anak tiru kita merokok, apa kita nak cakap? Namun bercakap memanglah mudah, untuk benar-benar berhenti daripada merokok itu yang payah. Saya sedar berapa banyak orang boleh berhenti sebulan dua, tetapi kembali merokok malah ada yang sudah berhenti bertahun-tahun tetapi kembali kepada tabiat lama. 

Mengapa? Jawapannya memang pelbagai; orang jika sudah jadi tahi rokok, mereka akan mengungkapkan kata-kata ke-'mancho'-an seorang perokok seperti; "hilang bini takpa, jangan tak dapat rokok" atau "aku tak boleh kerja jika tak dapat rokok." 

Kini Ramadan datang lagi, perokok perlu dinasihatkan sekali lagi bahawa  jika mereka boleh tak merokok sepanjang berpuasa iaitu dari waktu imsyak sehingga berbuka, cuba-cubalah untuk terus tidak menghisap asap rokok sepanjang malam. 

Lupakanlah 'nikmat' rokok itu dengan menyibukkan diri dengan amalan-amalan disyorkan seperti sembahyang tarawih, tahajud, berzikir dan bertadarus al-Quran. Jika siang boleh tak merokok, takkan pada malam hari yang waktunya lebih singkat (kita banyak tidur) tidak boleh tidak merokok. 

Dulu apabila disebut merokok, orang ramai pandai-pandai menghukumkannya sebagai makruh tetapi kini sudah terang lagi bersuluh, Majlis Fatwa sudah menghukumkannya sebagai haram; oleh itu apa lagi; jadikanlah Ramadan ini bulan mengembalikan kita kepada fitrah - bebas daripada rokok. Ya, mana ada bayi lahir dengan pontong rokok terjepit di tangannya!

No comments: