Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199
*********
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***********
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
PADA kuliah subuh di sebuah masjid berhampiran rumah saya Ahad 4 Jun lalu, ustaz memuji seorang OKU (orang berkelainan upaya) yang istiqamah berjemaah di masjid,
Kata sang ustaz, sekalipun 'bermotosikal roda empat' ke masjid, kemudian berjalan bertopang di dalam masjid serta duduk di atas kerusi ketika solat, lelaki berkenaan sentiasa berada di saf pertama..."kita yang sempurna anggota ini bagaimana?" tanyanya.
Pertanyaan ustaz 'membikin jemaah malu'; pada celoteh kali ini izinkan saya menyentuh satu sisi diabaikan kebanyakan pengurusan masjid-masjid di negara kita - ya masjid-masjid kita kurang mesra OKU!
Selain OKU yang 'diceritakan' ustaz itu, tidak pernah saya tersua OKU (yang dapat dilihat kelainan fizikalnya) berjemaah di masjid. Mungkin masjid-masjid kita kurang fasiliti untuk OKU...yang ada di sebahagian masjid sekarang ini disediakan kerusi bagi jemaah yang tidak boleh 'solat seperti biasa'.
Persoalannya adakah OKU tidak mahu solat di masjid ataupun masjid-masjid kita tidak mesra OKU lantas menyebabkan mereka tidak tertarik ke rumah ibadat kita? Ya, mengapa OKU menjauhkan diri daripada masjid?
Berdasarkan pengalaman dan apa disaksikan, reka bentuk hampir semua masjid kita tak mesra OKU. Misalnya tiada 'ramp' (laluan khas) untuk mereka yang berkerusi roda...adakah 'kita mahu' jemaah OKU menggunakan tangga atau selesa ke tandas dengan laluan terputus-putus atau tidak separas?
Sehubungan itu mereka yang berkuasa dan 'berjawatan' seperti ahli jawatankuasa masjid dapat memikir kemudian mengusahakan agar masjid-masjid kita mesra OKU. Bangun dan bertindaklah segera kerana memang satu hakikat hampir 100 peratus masjid kita tak mesra OKU!
Bagi mereka yang sudah ke Tanah Suci (Makkah dan Madinah) menunaikan haji dan umrah tentu sedar bahawa kedua-dua Masjdilharam dan Masjid Nabawi adalah mesra OKU. Jika dulu, ada jemaah haji OKU 'ditandu' menunaikan rukun haji dan umrah seperti tawaf, sekarang ini jemaah OKU menggunakan kerusi roda.
Jika kita tinjau ke satu bahagian Masjidilharam, kita akan ketemui sebuah 'stesen' yang menempatkan puluhan ribu kerusi roda...apabila kerusi roda boleh digunakan bermakna mesra OKU-lah Masjidilharam, tetapi di masjid kita boleh pakai kerusi roda ke?
Kita perlu sedar OKU pun dikehendaki solat berjemaah di masjid. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, seorang lelaki meminta kebenaran untuk solat di rumah kerana dia buta, tinggal berjauhan dan tiada pengiring sesuai, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. menegaskan tiada 'pelepasan' buat dirinya!
Mengenai topik masjid dan OKU ini, seorang pembaca berkata ia satu pandangan dan cadangan yang sangat tepat dan perlu segera dilaksanakan. Selain kemudahan masjid yang kurang mesra OKU termasuk tempat wuduknya...sikap jemaah masjid juga mestilah mesra OKU.
"Di Masjidilharam dan Masjid Nabawi, OKU tiada beza dengan mereka yang sihat dan sempurna ketika beribadat...yang berkerusi roda tidak dihalang untuk berada di saf hadapan...orang tua yang solat atas kerusi pun tidak dihalang duduk di saf hadapan malah ada yang dibantu supaya duduk di hadapan asalkan selesa.
"Di masjid kita banyak sangat itu dan ini...sehingga seolah-olah OKU ni manusia kelas kedua...Ya betul masjid kita kurang mesra OKU," katanya.
No comments:
Post a Comment