Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199
*********
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***********
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
SABTU dan Ahad lalu (20 dan 21 Mei 2017) adalah hujung minggu terakhir sebelum Ramadan. Sungguh banyak kenduri di kalangan penduduk - ternyata pegawai syarak masjid terutama imam tidak cukup (menang) tangan dalam menjalankan tugas di rumah Allah dan menyantuni dan memenuhi hajat orang kampung.
Sebagai OTK (orang tak kerja/pencen) yang memanfaatkan banyak masa di masjid, kini tahulah saya betapa sukar dan beratnya tugas imam - berlainan daripada pandangan umum masyarakat bahawa kerja pegawai syarak terutama imam adalah mudah sedangkan mereka dapat elaun pula!
Disebabkan terlalu bertungkus-lumus dalam kerjanya, seorang imam saya perhatikan tetap mengimami solat lima waktu sedangkan dia sakit dengan suaranya sudah hampir hilang. Selama beberapa hari dia mengimami solat dengan nada suara tersekat-sekat - rasa simpati pun ada tetapi apa boleh buat sebab imam penggantinya tiada!
Elaun imam dan pegawai syarak lain tidaklah sebanyak mana; saya difahamkan mereka diberi tak lebih RM1,000 - dengan wang sebanyak ini tidak mungkin mereka 'boleh berterusan duduk' di masjid - sebahagian besar daripada mereka adalah pekerja atau menjalankan bisnes jadi tidaklah boleh mereka berada di masjid sepenuhnya.
Walaupun wujud kekekangan yang menghalang pegawai syarak masjid daripada 'memasyarakatkan' diri mereka secara lebih berkesan, kita berpendapat jalan keluar perlu dicari dan diusahakan agar mereka dapat membimbing penduduk menuju kejayaan dunia akhirat, apatah lagi pada Ramadan ini.
Ini kerana keadaan masyarakat sekarang ini dengan aneka jenayah dan maksiat sudah menjadi terlalu teruk sehinggakan ada kalanya tidak lagi terbendung. Di sinilah kita berpendapat pegawai dan petugas masjid, daripada pengerusinya sehinggalah kepada jawatan paling bawah berperanan mengikut kemampuan masing-masing bagi membendung salah laku masyarakat terutama generasi muda.
Namun apa yang dapat kita saksikan hari ini, berlaku kelesuan pentadbiran di sebahagian besar masjid sedangkan sumber dana masjid tidak putus-putus, misalnya adalah biasa bagi sesebuah masjid di bandar memperolehi pendapatan RM2,000 pada setiap kutipan hari Jumaat.
Kita tidak mahu pentadbiran masjid dikuasai golongan tertentu yang ada kepentingan politik. Amat dikesali tokoh politik tidak mesra agama dilantik sebagai penaung masjid manakala ahli jawatankuasa dibuat secara lantikan oleh pihak terbabit tidak melalui pungutan suara dan pengundian di kalangan ahli kariah seperti sebelum ini. Masalah bertambah rumit apabila AJK lantikan bukan ahli masjid; jika lantai masjid pun jarang mereka pijak, bagaimana mereka mahu membantu menyelesaikan masalah penduduk setempat?
Pentadbir yang lesu menambah masalah ahli kariah. Di sesetengah masjid berlaku kekangan sehingga bilal dan imam gagal menjalankan tugas dengan baik, kadang-kadang jemaah terkial-kial mencari orang yang boleh mengimamkan solat waktu.
Jika pegawai syarak (seperti imam) mahu diperkasakan, jangan lupa kebajikan mereka seperti meningkatkan jumlah elaun. Walaupun begitu diharapkan agar petugas masjid dapat mempertingkatkan iltizam bagi membina kehidupan beragama yang membahagiakan seluruh kariah. Selain meningkatkan pengurusan di masjid, pegawai masjid wajar turun padang ke seluruh kampung bagi memastikan kehidupan anak buah sejajar dengan kehendak Islam.
Kerja-kerja amal makruf nahi mungkar hendaklah dijalankan. Imam dan petugas lain perlu meluangkan masa menziarahi anggota kariah seterusnya mentarbiyah mereka, yang melanggar hukum-hakam perlu dinasihati manakala amalan beragama diperkukuhkan. Penting untuk petugas turun gelanggang kerana penduduk yang ke masjid untuk solat berjemaah dan majlis ilmu terlalu sedikit.
Imam perlu sedar bahawa tugas mereka sebagai pemimpin bukan setakat mengimamkan solat berjemaah di masjid yang mungkin berlangsung 5-10 minit setiap waktu tetapi berdasarkan perkembangan semasa yang amat negatif seperti berleluasanya zina, kelahiran anak luar nikah, pembunuhan, perompakan dan pergaduhan adalah wajar untuk mereka turun padang.
Selain mentalbiyah penduduk, imam-imam juga perlu mengusahakan jalan agar gejala tidak menyenangkan dalam masyarakat ini dapat dikurang seterusnya dibanteras sama sekali. Jalan utamanya adalah kembali kepada Islam, umat Islam perlu disedarkan bahawa dengan menegakkan hukum-hakam Islam akan tertegaklah keadilan yang membawa kesejahteraan dalam masyarakat.
Tentunya, jalan ini tidak mudah dirintis, pengorbanan imam-imam sebagai pemimpin amat diperlukan. Merekalah antara golongan paling dekat dengan masyarakat, misalnya pada setiap majlis di kampung seperti kenduri dan kematian, merekalah yang akan mengepalai upacaranya. Jadi adalah wajar imam menjadi agen perubahan, membawa masyarakat kepada pengamalan Islam sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment