Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199
*********
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***********
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
KETIKA berkunjung ke Jabatan Editorial Harakah baru-baru ini, ada rakan 'berbahasa'...sudi-sudilah kiranya saya menulis sesuatu berkaitan sambutan ulang tahun Harakah ke-30...saya tidak memberi jawapan tetapi alhamdulillah pada malam Isnin (1 Mei) ilham datang mencurah-curah bagaimana mahu mengaitkannya dengan penulisan Universiti (U) Masjid kali ini.
Sepanjang lebih 12 tahun (1999-2012) bertugas sepenuh masa di ibu pejabat Harakah di KL, sebuah madrasah (boleh dianggap masjid kerana didirikan solat Jumaat) bernama Balai Islam yang terletak berhampiran adalah ibarat 'rumah kedua' saya di ibu kota.
Balai Islam yang sinonim dengan Flet Pekeliling berhampiran Bulatan Jalan Tun Razak/Pahang yang wujud sejak 1967 masih berdiri utuh dan digunakan sekalipun bangunan kediaman itu sudah lama menyembah bumi dan di atasnya kini dibangunkan projek komersial gergasi.
Sekalipun bangunan masjid yang seakan-akan berbentuk kotak dengan bumbung rendah itu kurang selesa ketika berada di dalamnya, ia seakan-akan 'nikmat' bagi insan-insan 'yang memahami'. Di sinilah saya bertemu dan bermesra dengan sejumlah insan yang akhirnya menjadi bahan celoteh saya sama ada dalam akhbar ini (Harakah) atau akhbar lain seperti Siasah.
Sehubungan itu, dapatlah saya nyatakan Harakah dan Balai Islam terpisah tiada...sekurang-kurangnya bagi diri hamba yang daif ini. Antara kisah saya kutip adalah berkenaan dengan seorang saudara baru, Manan (dulunya Mannan Muthusamy) yang memeluk Islam selepas 'mayat' yang dia terpegang dalam sebuah lif hospital (ketika itu beliau seorang mekanik membaiki lif) tiba-tiba 'bercakap'...memberi salam kepadanya lantas memberitahu dia seorang yang baik. Sebenarnya lelaki disalah anggap sebagai sudah mati itu adalah seorang ulama dari selatan Thailand.
Khutbah Jumaat di Balai Islam tidak kurang menariknya. Salah satu khutbah yang saya petik bagi penulisan saya adalah berkenaan huraian sebuah hadis yang bermaksud perguna lima perkara sebelum datang lima perkara.
Khatib mengingatkan jemaah bahawa kehidupan manusia sebenarnya adalah satu perjalanan cukup singkat (masanya diibaratkan berteduhnya seorang pengembara di bawah sebatang pokok sebelum berangkat pergi) untuk menemui Allah SWT. Sehubungan itu dalam perjalanan itu perlulah diisi dengan segala keperluannya agar apabila berlaku pertemuan dengan Allah nanti tidaklah kita membawa tangan kosong, atau lebih malang lagi membawa onar dan keburukan diri.
Beliau mengambil kiasan seorang perantau yang mahu pulang ke kampung berhari raya. Tentunya kepulangan yang menggembirakan itu dihiasi dengan pelbagai persiapannya. Duit, pakaian, kenderaan, semuanya sudah dipastikan dalam keadaan 'tip top' agar keberadaan kita di kampung nanti menggembirakan semua.
Jika untuk berhari raya sehari dua di kampung, kita memerlukan persediaan cukup hebat, jadi tentulah persediaan kita untuk ke alam kubur (barzakh) seterusnya akhirat yang menjadi destinasi terakhir kita memerlukan pengorbanan paling besar.
Bercakap mengenai hari raya dan Ramadan, di Balai Islam sepanjang bulan puasa diadakan tazkirah setiap hari. Seorang penceramah saya rakamkan sebagai memberitahu jemaah perihal orang 'syok' untuk beribadat pada Ramadan adalah bagai peminat bola yang 'fanatik' kepada pasukan negerinya.
Kalau dia orang Penang dan duduk di KL, dia sanggup bermotosikal dari ibu kota ke Penang semata-mata untuk memberi sokongan kepada pasukannya. Penat, habis duit dia tak peduli, begitulah diharapkan "kita syokkan Ramadan sehingga kita pulun betul-betul dalam beribadat pada bulan mulia ini."
Seorang ustaz pula 'mencelikkan mata hadirin' apabila memberitahu "ketahuilah wanita, lelaki terangsang 30 kali sehari."
Ustaz mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing. Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu...
Ada kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.
Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis, kata sang ustaz.
Demikianlah...'banyak ilmu' yang saya cedok dari Balai Islam dan kemudian saya luahkannya di Harakah...jadi bagi saya Harakah dan Balai Islam terpisah tiada...
No comments:
Post a Comment