Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
*********
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***********
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
SESEKALI saya solat di Masjid An Ni'mah, Bukit Piatu, Melaka. Ya, sungguh 'nikmat' solat di sini; apabila teringat masjid ini saya tidak dapat lupakan serangkap pantun yang dipasang di laluan tandas - ada kucing ada tikus, sudah kencing tolong jirus.
Peringatan ini adalah berkaitan adab. Menarik kerana ia disampaikan secara santai dan bersopan melalui pantun. Ia sesuai dengan 'selera' orang Melaka yang gemar berpantun; mungkin ia menyamai arahan dalam bahasa Inggeris - 'please flush after use'.
Mengapa kita perlu diberi peringatan? Adalah lebih baik jika ia selalu diulang-ulang. Ini kerana manusia itu pelupa; seorang pemimpin kita pernah berkata 'Melayu mudah lupa' hakikatnya kelemahan ini bukan membabitkan orang Melayu saja tetapi semua orang - dalam al-Quran, Surah Az-Zumar, ayat 8, Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: “Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka.”
Jadi dengan sifat pelupa manusia wajarlah mereka 'ditazkirah' selalu. Dan wajarlah rangkap pantun 'ada kucing ada tikus, sudah kencing tolong jirus' dipasang kerana ia dapat mengingatkan pengguna supaya 'pakailah tandas betul-betul; ini tidak kerana ada yang selepas 'berak' (maaf tulis) tak dibersihkan tandas, ada yang saja malas nak 'flush' dan jika najis 'melekit' tidak ada usaha pun untuk membersihkannya'.
Ada yang kencing, tiada usaha untuk menjirusnya. Kadang-kadang tandas berbau teruk sehingga pengguna lain atau tukang cuci mengeluh: "Aiii sapa pula dah makan petai atau durian ni, kencing tak tahu nak jirus pula." Walaupun manusia perlu ditegur, tetapi teguran atau nasihat hendaklah dilakukan secara baik malah di Masjid An Ni'mah dalam bentuk pantun pula...alangkah baiknya budi orang Melaka, be!
Namun, ketahuilah wahai semua bahawa kita berpotensi berperangai jahat kecuali orang yang hatinya 24 jam sehari semalam (ketika tidur pun dia dikira beribadat kerana berniat demikian) bersama Allah SWT. Orang ini akan terasa dipantau Allah SWT jadi tidak mungkin (insya-Allah) dia bertindak melanggarkan kehendak Allah termasuk dari segi kebersihan. Jika melakukan kesalahan pun, dia cepat-cepat bertaubat...kesalahan kecil pun sudah nampak padanya macam gunung mahu menghempapnya.
Adapun orang selain ini perlukan pemantauan manusia kerana kesalahan (dosa) bagi mereka bagaikan lalat saja. Sebahagiannya 'hanya berperangai baik jika dilihat orang'. Jadi bagus ada masjid ditulis peringatan 'Ada kucing ada tikus, sudah kencing tolong jirus'. Atau lebih baik lagi dipasang CCTV dan ditulis perkataan besar dan merah pula, 'Anda sedang diawasi'!
Berceloteh mengenai tandas ini, ada hadis menyatakan: "Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing di masjid. Para sahabat mengertaknya, tetapi Rasulullah s.a.w. bersabda, "Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu." Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah s.a.w. pun menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan kekotoran, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Quran." Setelah itu, Nabi s.a.w. memerintahkan seseorang untuk mengambil satu baldi air dan menyiramnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 2/133, no. 429)
Ulama berkata antara pengajaran hadis ini adalah larangan membuat kekotoran di dalam masjid, cara menyucikan najis dan menunjukkan akhlak dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w. dalam menangani orang jahil iaitu dengan cara lemah-lembut dan tidak berlaku kasar. Walaupun kencing di masjid adalah suatu kesalahan, Rasulullah s.a.w. tidak segera memarahi pelakunya atas beberapa kemaslahatan. Rasulullah s.a.w. menunjukkan contoh tepat dalam menghadapi karenah orang jahil.
Hadis ini kerap diperdengarkan di masjid-masjid tetapi mengapa seorang jahil bahkan bukan Islam membuat kecoh berhampiran sebuah masjid ketika solat Jumaat baru-baru ini, sebahagian jemaah termasuk yang berkopiah dan berjubah 'hilang pertimbangan'...
Tidak ingatkah kita dalam sebuah hadis, Nabi ada menyebut, engkau jangan marah, engkau jangan marah...malangnya 'kita sudah melepaskan kemarahan kepada orang jahil yang dibimbangi akan mendatangkan fitnah kepada agama kita sendiri'...
Ya, seseorang itu boleh dimaafkan sekiranya perbuatannya itu disebabkan oleh kejahilan dan tidak seharusnya dia dicemuh apatah lagi 'dipukul dengan kon' malah teguran hendaklah diberikan dengan cara yang lemah lembut. Jika jemaah masjid yang 'kencing tak betul' pun kita boleh nasihatkan dengan pantun, tak boleh tak kita tangani tingkah laku biadap seorang 'non-Muslim' secara berhemah!
No comments:
Post a Comment