Tuesday, May 16, 2017

GST dan Hari Raya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199
*********
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***********
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir 
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************

KETIKA pembaca menatap artikel ini, kita berada di pertengahan bulan Syaaban. Ramadan hampir menjelma dan selepas sebulan berpuasa, umat Islam (di Malaysia hampir semua orang termasuk non-Muslim) akan menyambut 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri, dijangka pada 25 Jun.

Menjelang Ramadan ini, sesetengah ibu bapa khasnya bapa sebagai ketua keluarga sudah 'berpinar biji mata', memikir-mikir bagaimana persiapan mereka menyambut bulan puasa dan raya tahun ini. Tentunya sebahagian besar masalah mereka adalah berkenaan wang di tangan yang akan 'mengalir dengan derasnya' pada musim perayaan ini.

Perbelanjaan pada Hari Raya adalah besar dan apabila ditambah bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) enam (6) peratus ke atas hampir setiap pembelian barangan dan perkhidmatan, tentunya ia akan menambah beban seseorang ketua keluarga itu.

Jika seseorang itu berbelanja RM1,000 untuk keperluan dapur keluarganya sepanjang Ramadan dan kemudian pada hari-hari awal bulan Syawal, GST yang terpaksa dilunaskannya adalah sebanyak RM60. Itu hanya untuk barangan dapur, bagaimana pula dengan persiapan lain seperti pakaian, perhiasan, kuih muih, urusan balik kampung dan sebagainya.

Dalam banyak kes, perbelanjaan balik kampung itu adalah yang paling tinggi kosnya sehingga pada perayaan sebelum ini ada menteri mencadangkan perantau tidak payahlah lagi balik kampung...berayalah di ibu kota saja!

Bercakap mengenai Aidilfitri ini, tidak lengkap jika tidak dibicarakan mengenai zakat fitrah yang wajib dilunaskan oleh umat Islam berkemampuan. Jika menjelang raya ia berkaitan zakat fitrah tetapi pada sepanjang masa umat Islam berkemampuan juga dikehendaki melunaskan pelbagai zakat lain seperti hasil pertanian, perternakan, perniagaan, wang simpanan dan sebagainya apabila cukup syaratnya.

Apa yang mahu ditekankan di sini, zakat dikenakan ke atas orang berkemampuan ertinya orang kaya...demikianlah tingginya falsafah Islam 'dalam mencukai' orang kaya tetapi tidak ke atas orang miskin yang kehidupan sesetengahnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau 'tak makan langsung'. 

Namun GST yang dibanggakan sesetengah pemimpin negara kita kerana berjaya mengutip hasil sehingga RM40 bilion setahun menggunakan kaedah 'menangkap borong' iaitu mengenakan cukai kepada sesiapa saja - tidak kira miskin atau kaya - orang miskin pun kalau mahu membeli baju Melayu hari raya RM30 dikenakan GST RM1.80! Sandalnya pun kalau dibeli dengan harga RM10, GST-nya 60 sen.

Di negara kita, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-106 pada 22-22 Oktober 2014 ada menyebut bahawa "kerajaan melaksanakan GST ini adalah bagi memenuhi tujuan ekonomi, sosial dan kepentingan rakyat meliputi aspek kesihatan, pendidikan, tempat rekreasi, kebajikan dan keselamatan, Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi kepentingan umum (maslahah) ini."

Namun ada ulama berpendapat fatwa ini adalah lemah, longgar dan tidak tepat pada penghujahan yang menatijahkan hasil pandangan yang tersilap dan tersasar. Antara hujah mereka, cukai itu perlu diambil daripada orang kaya sahaja (mempunyai lebihan kewangan) bukannya daripada orang kaya dan miskin juga.

Mereka merujuk kepada sebuah hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud "diambil daripada orang kaya mereka dan dipulangkan kepada orang miskin mereka." (Hadis Sahih Bukhari)

Menurut ulama berkenaan syarat ini tidak dapat dipenuhi oleh sistem percukaian GST kerana ia dikenakan berdasarkan perbelanjaan yang tidak boleh membezakan antara si kaya dan miskin, bukannya berdasarkan pendapatan yang boleh dibezakan antara golongan yang mempunyai lebihan pendapatan dengan yang kurang.

"Apabila cukai diambil juga daripada orang miskin yang tidak berkemampuan, maka berlakulah kezaliman," katanya sekali gus mengesahkan betapa ramai orang miskin yang 'terketar-ketar' untuk mengeluarkan wang bagai menampung kehidupan seharian mereka akan bertambah parah lagi keadaan mereka menjelang Hari Raya nanti!

Demikianlah, rakyat kebanyakan semakin merana di bawah rejim yang zalim ini; oleh itu bersatulah wahai rakyat semua untuk mengakhiri penindasan ke atas orang miskin ini...ya tumbangkan Umno BN pada PRU-14!
 

No comments: