Monday, May 15, 2017

U Masjid (22): 'Berdiri atas karpet, sujud atas lantai'...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
*********
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***********
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka 
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX  MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir 
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************

KETIKA 'berkapcai' solo di negeri-negeri utara Semenanjung tidak lama dulu, saya sempat solat di Masjid Kapital Keling, Georgetown, Pulau Pinang. Di masjid ini saya terlihat sejumlah pelekat di dinding dan tiang bertulis 'Berdiri atas karpet, sujud atas lantai'.

Sekali pandang dan fikir; demikianlah keadaan di masjid ini, helaian karpet dibentang satu-satu secara memanjang tetapi tidak bercantum dengan karpet di depan atau belakang, jadi ada ruang 'togel' (hanya berlantai) memanjang iaitu tempat berjemaah sujud...jadi tepatlah arahan bertulis 'berdiri atas karpet, sujud atas lantai'.

Keadaan ini berlainan daripada di kebanyakan masjid lain di mana pada kawasan dalaman masjid atau sekurang-kurangnya dewan solat dipasang permaidani seluruhnya dengan garisan saf berwana berlainan - misalnya jika karpet masjid berwarna hijau, garisan (petak) di mana jemaah berdiri mungkin berwarna kuning - jadi jemaah 'tetap berdiri atas karpet dan sujud atas karpet'.

Tetapi di Masjid Kapitan Keling, jemaah hanya berdiri atas karpet tetapi sujud atas lantai (jubin)...subhanallah mengapa begitu? Mungkin pengurusan Masjid Kapitan Keling mempunyai jawapannya namun saya tidak sempat bertanyakan hal ini kepada mereka...sebagai ganti saya bertanya kepada orang arif mengenai perkara ini - mereka memberi penafsiran mengikut pandangan dan kefahaman masing-masing. 

Seorang ustaz berkata, saat seseorang insan itu berada paling hampir dengan Allah SWT adalah ketika dia sujud dalam solatnya. Pada saat bersujud dia mesti merasakan dia sebagai hamba-Nya yang paling hina sebaliknya Yang Disembah adalah Sang Pencipta Paling Agung dan bagi seorang hamba tidak ada tempat paling layak diletakkan muka (wajah)-nya adalah di muka bumi...sebaik-baiknya bumi itu (tanah) tidak dialas dengan kemegahan dunia seperti karpet.

Seorang cendekiawan juga mengakui karpet adalah antara kemegahan dunia...tetapi pada era sekarang ini, hampir semua masjid dan surau hatta di pedalaman pun sudah dipasang karpet sepenuhnya. Ertinya sekarang ini 'kemegahan' sudah berada dalam masjid, jadi pendekatan pengurusan Masjid Keling yang 'menghendaki' jemaah sujud atas lantai (tanah) adalah satu bentuk 'tarbiyah terbaik' untuk 'melenyapkan' perasaan dan sikap sombong seseorang.

Katanya, di sesetengah masjid di pintu masuknya ada ditulis peringatan bahawa seseorang yang memasuki masjid hendaklah menanggalkan pangkat, nama, kemasyhuran atau apa saja kebesaran miliknya, tetapi hal itu tidak mudah dilakukan apatah lagi dengan adanya hamparan karpet dan hiasan lain yang indah serta mempersona, membuatkan seseorang itu masih terpanah dengan dunia.

"Apabila dia berdiri di atas karpet (yang mewah dan indah) untuk mendirikan solat, dunia masih ada dalam mindanya (perkara ini tidak sewajarnya berlaku tetapi dialami oleh kebanyakan orang)...tetapi insya-Allah apabila dia berpeluang untuk sujud di atas lantai (togel) tanpa karpet, mudah-mudahan dia akan dapat merasakan betapa kerdil dan hina dirinya di hadapan Allah SWT Yang Maha Agung Maha Hebat.

"Diharap-harapkan seseorang yang sujud di atas lantai (tanah) akan sentiasa ingat bahawa tidak lama lagi dia akan masuk dalam tanah...semasa sujud itu dia dapat merasakan kedinginan tanah (jubin) malah bagi yang lebih peka, bau tanah pun sudah terasa oleh dirinya!" kata cendekiawan itu.

Sujud atas lantai dan bukan atas karpet adalah 'kenikmatan' bagi sesetengah orang dan berhubung perkara ini mereka yang sudah menunaikan umrah atau haji dapat mengesahkannya. Di dataran Kaabah, Masjidilharam memang tidak dipasang karpet, jadi jemaah solat dan tawaf di atas lantai.

Seorang jemaah berkata alangkah nikmat dan indahnya dapat sujud di atas lantai di depan Kaabah...terasa sungguh dingin di dahi dan kepala...demikianlah begitu berbeza antara sujud di atas lantai (tanah) dan karpet...mungkin ini antara sebabnya pengurusan Masjid Kapitan Keling mengusahakan agar jemaah 'berdiri atas karpet, sujud atas lantai'! Semoga kita semua diberkati Allah SWT. Amin

No comments: