Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
*********
BUKU TERBUKA UNTUK JUALAN
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***********
3. Tajuk: Keadilan Ilahi
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
****************
2. Tajuk: Rahsia Madinah (Jejak Rasul 2)-----------(XXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
Penulis: 'Atiq bin Ghaits Al-Biladi
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 300 (Harga tertulis di buku RM15)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
***************
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
4. Tajuk: Di Dalam Lembah Kehidupan
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 207 (Harga asal dibeli RM17)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
Penulis: Prof Dr Hamka
Penerbit: Pustaka Dini
Muka surat: 123 (Harga asal dibeli RM13)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
Penulis: Khalil Ibrahim Mulla Khothir
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Muka surat: 218 (Harga tertulis di buku RM14)
Hanya RM10 (termasuk belanja hantaran pos biasa)
Penilaian LanH terhadap buku ini yang sudah dibaca beliau: Sangat bagus
********
1. Tajuk: Rahsia Mekah (Jejak Rasul 1)-------------(XXXXXXXXXXXX MAAF, SUDAH DIJUAL)
KOS sara hidup di Malaysia adalah yang terendah di kalangan negara-negara Asean, disebabkan kadar ringgit yang lemah dan inflasi yang stabil, dakwa Economist Intelligence Unit (EIU).
Menurut penganalisis EIU Jon Copestake, ringgit jatuh begitu ketara berbanding dolar Amerika dalam tempoh lima tahun lalu. "Mata wang lain di rantau ini mungkin kekal stabil atau semakin kukuh," kata Copestake, ketua penganalisis runcit dan barangan pengguna, EIU.
Kenyataan EIU ini disambut cepat oleh PM Najib Razak yang mendakwa ia mengesahkan dasar pentadbirannya - kawalan harga, pembahagian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan usaha perangi orang tengah - berjaya mengurangkan kos sara hidup. Najib berkata walaupun dasar negara mendapat pengiktirafan oleh EIU, usaha pentadbirannya meringankan bebanan kos sara hidup sudah selesai.
Tahniah EIU dan Najib; tetapi alang baiknya jika pemerintah dapat menerima 'kisah derita' rakyat kebanyakan di lapangan daripada dibuai lena oleh kaki pengampu - rakyat miskin kini menggelupur menghadapi harga barangan yang tinggi dengan duit di tangan yang semakin susut nilainya.
Seorang pekedai runcit memberitahu saya, disebabkan nilai ringgit yang semakin merosot, banyak barangan dibeli daripada negara jiran seperti Thailand melambung naik dan berpotensi untuk terus naik. Malah ada peniaga Thailand enggan menerima RM!
Katanya, untuk RM100 sekarang ini kita hanya boleh dapat kira-kira 790 baht sedangkan pada 2010 kira-kira 970 baht. Beliau merujuk kepada sejenis makanan kucing diimport dari Thailand yang saya beli dengan harga RM7.60 sekilogram yang katanya akan naik mencapai RM9 tidak lama lagi disebabkan nilai RM semakin menjunam.
Menurutnya selain jatuh teruk berbanding dolar Amerika sehingga kira-kira RM4.50 bagi RM1, nilai mata wang kita juga lemah berbanding mata wang negara Asean seperti diperakui EIU tetapi bagaimana pula dapat dikatakan kos sara hidup di Malaysia adalah yang terendah,
EIU mungkin mempunyai alasan dalam dakwaannya itu, tetapi pemerintah sewajarnya tidak 'menjustifikasikan' atau 'menangkap borong' kononnya kos hidup rakyat Malaysia adalah terendah dalam kalangan negara Asean bagi menggambarkan rakyat kebanyakannya senang lenang.
Apa yang dikesalkan 'orang kuat' di kanan, kiri dan belakang PM gagal mempersembahkan laporan derita rakyat pada zaman serba sukar sekarang ini. Berdasarkan jumlah penerima BR1M yang isi pendapatan rumah kurang RM3,000 kita tahu ada kira-kira lima juta penerimanya. Demikianlah berapa ramai orang miskin di negara kita, pendapatan RM3,000 sebulan itu ternyata tidak cukup bagi sebuah keluarga jadi mereka memohon wang BR1M. Jika RM3,000 tak cukup, apakah kos hidup rakyat Malaysia terutama di kota seperti KL adalah terendah dan rakyat senang lenang?
Amat malang jika 'orang kuat' menjadi kaki pengampu; mereka termasuklah yang mahu menjadi calon PRU; ada antaranya cendekiawan agama merapat dan menyembahkan diri kepada pemerintah dengan maksud untuk mendapatkan segala kemegahan dunia yang terdiri daripada pangkat, kuasa, harta benda dan kemasyhuran.
Pada ketika kehidupan rakyat meruncing dan terpaksa mengikat perut disebabkan kenaikan harga barang-barang, ramai daripada anggota keluarga si pengampu dan perasuah ini masih ber'shopping' di London, Paris dan Dubai.
Sewajarnya mutiara-mutiara ini yang dipetik dari kitab ‘Tanbihul Ghafilin’ oleh Abullaits Assamarqandi dapat menginsafkan kita semua kerana ia mengingatkan akan bahaya berkawan, bersekutu apatah lagi mengampu pemerintah.
1. Larangan menjilat raja-raja. Makhul berkata: “Siapa yang belajar al-Quran dan pengertian agama, kemudian menjilat-jilat kepada raja (pemerintah) dan patuh kepadanya, bererti dia telah menyelam dalam neraka jahannam sejauh (sebanyak) langkahnya.
2. Bahaya bersahabat dengan raja/pemerintah. Maimun bin Mahran berkata: “Dalam bersahabat kepada pemerintah itu ada dua bahaya; jika patuh kepada raja (kerajaan) berbahayalah agamamu, dan jika menentangnya berbahaya jiwamu, dan keselamatan itu jika ia (raja atau pemerintah) itu tidak mengenali kamu.”
3. Jangan jadi ulama pengampu. Fudhail bin Iyadh berkata: “Andaikan ada orang yang tidak mendekati raja (pemerintah/kerajaan) dan dia tidak melebihi daripada mengerjakan sembahyang fardu (yakni tidak mengerjakan ibadat-ibadat sunat) maka dianya lebih afdal daripada ulama-ulama yang mendekat kepada raja/kerajaan walaupun ulama itu berpuasa setiap hari dan bertahajud dan berjihad dan menunaikan haji.
4. Jangan mengagung-agungkan orang jahat dan zalim. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Selalu pertolongan Allah menaungi umat Muhammad ini, selama orang-orang yang taat tidak mengagung-agungkan orang-orang yang jahat, dan selama orang-orang baik-baik tidak merasa lunak/mesra kepada orang-orang yang jahat, dan selama ahli-ahli Quran tidak menjilat-jilat kepada amir (raja/pemerintah). Maka apabila mereka berbuat yang demikian, Allah SWT akan mencabut dari mereka ‘barakah’ dan mengangkat di atas mereka pemerintah yang kejam, dan ditanamkan di dalam hati mereka rasa takut, dan menjadikan mereka orang miskin.
No comments:
Post a Comment