***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
SAYA menghadiri temu duga bagi menyertai Harakah pada penghujung Ogos 1999. Tiga pegawai atasan Harakah di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur; Dato' Hishammudin Yahaya, Zulkilfi Sulong dan Abdul Shukur Harun adalah penemuduganya.
Apabila mereka bertanya akan pengalaman kewartawanan saya, saya memberitahunya serba ringkas dan kemudian menunjukkan sejumlah fail tulisan saya yang sudah tersiar dalam akhbar. Mereka tidak berminat membukanya...ringkas dan cepat saja temu bual itu, mungkin kerana ada ramai lagi calon masih menunggu.
Sungguh saya tak duga petang itu selepas saya kembali di Melaka, seorang rakan menelefon memberitahu saya berjaya dalam temu duga dan boleh memulakan kerja dengan segera. Alhamdulillah, itulah nasib baik saya, pagi ditemu duga pada petangnya sudah dapat tahu berjaya pula! Sekali lagi, alhamdulillah.
Masalah saya ketika itu saya sedang menduduki peperiksaan akhir semester di UKM. Jadi saya tidak dapat memulakan tugas dengan segera; akhirnya saya memulakan amanah yang diberi sebagai pengarang berita (jawatan ditawar dan dipohon adalah penyunting berita) pada tanggal 13 September 1999.
Sebagai insan yang pernah bertugas selama 12 tahun di sebuah akhbar arus perdana terkemuka tanah air, apabila berkhidmat di sebuah akhbar alternatif dengan 'tagline' (cogan kata) - Membangun Bersama Islam - selama kira-kira 15 tahun - tentunya saya menyedari dan merasakan perbezaannya - persoalannya apa yang berbeza itu? Alhamdulillah, saya beruntung sungguh kerana dapat menimba pengalaman dalam dunia persuratkhabaran yang identitinya berbeza (arus perdana dan alternatif) yang saya berpendapat wajar diketengahkan untuk perhatian dan pengamatan bersama.
Sebagai mukadimah penceritaan perbezaan itu, saya bawakan kisah ini. - setahun dua selepas saya menyertai Harakah, seorang wartawan muda (saya tidak mengenalinya) daripada akhbar arus perdana yang pernah saya berkhidmat dulu menghantar e-mel kepada saya - memohon saya agar memberi nasihat kepadanya.
Antara lain beliau menulis: "Saya wartawan sukan; setiap kali membelek ruangan sukan termasuklah tulisan saya, kerap benar saya kurang senang kerana di muka surat tertentu terpapar iklan keputusan empat nombor ekor. Saya dapat rasakan rezeki (gaji) yang saya bawa pulang untuk diberi makan kepada anak isteri tidak betul-betul bersih. Saya bimbang wang dibayar oleh syarikat kepada saya adalah termasuk daripada perolehan hasil iklan judi itu. Oleh itu wahai saudara, apa yang patut saya buat?"
Demikianlah, selain keputusan empat nombor, akhbar-akbar arus perdana berbahasa Melayu (ketika itu ada dua akhbar saja dalam persaingan mereka memikat pelanggan) terutama pada edisi mingguannya gemar menyiarkan gambar-gambar artis seksi termasuklah yang mempamerkan alur payudara mereka.
Bagi pembaca prihatin tentunya mereka kurang senang dengan keadaan ini apatah lagi akhbar yang sama kerap menyiarkan rencana agama yang membicarakan keburukan dan dosa besar berjudi dan mendedahkan aurat. Maaf cakap, pihak terbabit macam orang munafik saja tindakan mereka iaitu cakap (tulis) tidak serupa bikin!
Apabila meminta nasihat daripada saya, tentunya wartawan berkenaan sedar bahawa akhbar tempat saya bekerja (Harakah) bebas daripada menyiarkan keputusan empat nombor ekor dan gambar-gambar tidak senonoh. Ya, dalam hal ini saja sudah wujud perbezaan besar berdasarkan perjuangan dan matlamat kedua-dua akhbar. Saya bersyukur kerana dapat berhijrah dalam usia belum sampai 40 tahun sekalipun pendapatan bulanan di tempat baru tidak sampai separuh daripada gaji lama saya.
Apabila seseorang itu meminta nasihat, menjadi kewajipan orang dipinta menunaikannya. Jadi apakah jawapan saya? Saya membalas e-melnya; antara lain saya menulis: "Saudara perlu berhijrah...tetapi jangan melakukannya secara drastik.
"Banyak hal dalam tanggungjawab saudara misalnya soal makan minum anak isteri; jadi buatlah perancangan seperti mencari kerja di tempat dan persekitaran yang lebih baik...namun jika saudara ada kekuatan, bertahanlah di situ tetapi berjuanglah dengan segenap tenaga sampai hal berlawanan dengan Islam seperti iklan judi dapat dihapuskan. Namun bersiap sedialah menghadapi sebarang kemungkinan termasuklah DISINGKIR!"
No comments:
Post a Comment