Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)
SELEPAS membaca akhbar alternatif seperti Suara Keadilan saya tidak membuangnya begitu saja. Kadang-kadang saya letakkan di rumah ibu bapa saya jadi dapatlah adik beradik, pasangan dan anak-anak masing-masing yang berkunjung, menatapnya.
Hasilnya memberangsangkan; ada yang dulunya tidak peduli kepada politik pembangkang mula menunjukkan minat. Insya-Allah dengan membuka minda dan hati dapatlah seseorang itu mengenal mana satu intan mana satu kaca. Ringkasnya satu cara terbaik menambah ilmu dan maklumat adalah melalui pembacaan.
Selain itu saya juga memasukkan akhbar berkenaan ke dalam raga motosikal di lokasi tumpuan ramai seperti di kawasan pakir pejabat. Suatu hari saya masukkan senaskhah Suara Keadilan dalam sebuah raga motosikal di kawasan parkir masjid.
Selang sehari ketika pulang bermotosikal dari masjid melalui jalan perkuburan masjid, saya dapati helaian naskhah Suara Keadilan itu bertaburan di atas kubur, ada antaranya di celah-celah batu nesan. Sungguh tak disangka ‘orang kubur’ pun minat membaca Suara Keadilan!
Hakikatnya, penerima Suara Keadilan itu begitu ‘allergic’ (benci) dengan akhbar itu dan ‘rakan-rakan sewaktunya', jadi dia telah membalingkannya di kuburan. Apabila ‘orang jenis’ ini dapat akhbar seumpama ini, mereka akan segera membuangnya tanpa ada rasa sedikit pun perasan untuk membacanya. Ertinya dari awal lagi mereka sudah menutup pintu hati masing-masing.
Alangkah ruginya orang sebegini tetapi itulah hakikat sebahagian daripada anggota masyarakat kita. Hati mereka sudah beku, kita cakap apa pun, isu 1MDB ke, ‘wang derma’ ke, Felda rugi ke, mereka tak peduli. Bagi mereka hanya parti yang berslogankan ‘dulu, kini dan selamanya’ yang betul sekalipun pemimpinnya didakwa tidak betul hatta oleh bekas pemimpin Nombor Satunya!
Bercakap mengenai pemimpin ini, pada ketika negara kita hampir mengadakan pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), kita ingin mengingatkan pemimpin pembohong termasuk tidak menunaikan janji pilihan raya bahawa bohong itu adalah satu daripada tiga ciri orang munafik. Dua ciri lain ialah apabila berjanji dia mungkir dan apabila diberi amanah dia khianat.
Apabila seseorang membuat janji, perkara itu perlu ditepati. Hal ini perlu difahami pemimpin kerana mereka bertanggungjawab kepada banyak pihak (rakyat jelata) sedangkan janji orang kebanyakan mungkin membabitkan seorang atau beberapa individu saja. Jadi bahana pemerintah berdusta terhadap janji mereka adalah tersangat hebat; mereka akan dimalukan di dunia dan juga akhirat.
Ada banyak kes pemimpin tidak tunai janji. Misalnya sebelum pilihan raya umum harga minyak tak akan naik, tetapi naik juga. Janji nak buat projek, siap pasang papan tanda lagi tetapi selepas pilihan raya, sehingga papan tanda sudah runtuh, projek ‘habuk pun tarak’.
Kalau rakyat tak baca akhbar alternatif seperti Suara Keadilan, mana mereka tahu hal seperti ini. Ya, sesetengah mereka memang tak nak tahu, buktinya selepas ‘dihadiahkan’ akhbar ini, mereka campakkannya di kuburan!
Dalam kitab Bahru Al-Madzi (Syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmizi, Juzuk 11) susunan Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi ada dinyatakan Islam melarang keras imam (pemimpin) mungkir janji termasuklah janji kepada orang bukan Islam. Pemerintah yang menipu teramat besar dosanya, daripada Ibnu Umar, katanya: ‘Telah aku dengar Rasulullah SAW bersabda ia: “Bahawasanya orang yang menyalahi janji itu didirikan baginya bendera pada hari kiamat di punggungnya.”
Maka bendera itu diangkat tinggi atas kadar menyalahi janjinya kerana memasyhur kepada alim akan tabiatnya di dunia. Maka yang lebih besar bendera ialah bendera raja yang menyalahi janji dan diberitahu pada sekalian bendera itu dengan kata: “Inilah penyalahi janji si anu.”
Maka bendera itu diangkat tinggi atas kadar menyalahi janjinya kerana memasyhur kepada alim akan tabiatnya di dunia. Maka yang lebih besar bendera ialah bendera raja yang menyalahi janji dan diberitahu pada sekalian bendera itu dengan kata: “Inilah penyalahi janji si anu.”
Menyalahi janji itu haram, istimewa pula daripada orang yang mempunyai pemerintahan kerana menyalahi janjinya membawa kepada mudarat melampau kepada makhluk yang banyak.
Di dunia lagi pelanggar janji akan menerima balasan tetapi di akhirat mereka akan diberikan tanda (bendera) sebagai PENIPU dengan dimalukan pada sekalian makhluk. Pemimpin diberikan amanah, tetapi jika mereka khianat, mereka akan menerima pembalasan sungguh dahsyat!
Di dunia lagi pelanggar janji akan menerima balasan tetapi di akhirat mereka akan diberikan tanda (bendera) sebagai PENIPU dengan dimalukan pada sekalian makhluk. Pemimpin diberikan amanah, tetapi jika mereka khianat, mereka akan menerima pembalasan sungguh dahsyat!
No comments:
Post a Comment