Monday, May 14, 2012
‘Character assassination’ taktik keji terkini Umno-BN
*******************
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
****************
Renungan
*****************
Jalan Mudah Menuju Syurga
*******************
Abu Darda' r.a. menyatakan, Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: "Barang siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah mempermudahkan baginya suatu jalan menuju syurga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya bagi orang yang menuntut ilmu kerana redanya dengan apa yang mereka perbuat.
******************
"Sesungguhnya orang yang berilmu itu dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi termasuk ikan-ikan di dalam air. Dan kelebihan orang berilmu daripada orang yang beribadah (tanpa ilmu) itu adalah bagaikan kelebihan bulan daripada seluruh bintang yang lain.
********************
"Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi itu tidak mewariskan dinar atau dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Barang siapa mengambilnya, maka dia mengambil bahagian yang baik." (HR. Abu Daud dan Termizi) - Hidayah Rabiulakhir 1433/Mac 2012
*****************
Mutakhir ini kita dapat saksikan betapa media massa dipergunakan secara ‘gila’ oleh pemimpin Umno-BN dan pakar propagandanya untuk membunuh terus pihak lawan terutama tokoh penting Pakatan Rak yat.
*******************
Belum pun reda ledakan bom terhadap Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali, terkini serangan dihalakan kepada Mur syidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pihak berkenaan menampilkan bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor yang de ngan angkuhnya dilaporkan sebagai berkata: “Nik Aziz adalah Bapa Kafir.”
****************
‘Character assassination’ (serangan atau ‘pembunuhan’ peribadi) bukanlah asing dalam sejarah politik negara kita terutama menjelang pilihan raya. Dulu pun ia sudah berlaku, pihak yang diserang biasanya tidak dapat berbuat apa-apa tetapi hari ini, terima kasih kepada kemajuan di bidang informasi dan maklumat (ICT), orang awam berupaya mendapat pandangan kedua dan seterusnya bagi menilai sesuatu perkhabaran atau dakwaan itu.
***********************
Perlu diingatkan bahawa kejahatan Umno melalui jentera propagandanya terserlah sejak ia berkuasa; hal ini dinyatakan secara jelas oleh Khatijah Sidek, bekas Ketua Kaum Ibu Umno yang kemudian menjadi Muslimat PAS pertama menyertai pilihan raya umum tahun 1959, melalui bukunya ‘Memoir Khatijah Sidek – Puteri Kesateria Bangsa’ terbitan UKM 1995.
************************
Dalam Bab 12 – Malaya Merdeka, antara lain ditulis: “Di peringkat Parlimen pula dalam pilihan raya umum 1959, kami (PAS) memperolehi 13 kerusi. Akan tetapi Setiausaha Agung PAS, Othman Abdullah, keluar daripada PAS dan melompat ke pihak kerajaan. Kerana itu tinggal 12 kerusi PAS di Parlimen. Tunku Abdul Rahman menghantar Othman naik haji ke Makkah untuk menaikkan namanya di kalangan rakyat. Untuk menjadi lebih popular, dia juga membuat kajian tentang kapal haji yang setiap tahun membawa jemaah haji Malaya ke Makkah.
**************************
“Setelah pulang dari Makkah, dia menyerang kami, dengan hebat sekali. Dia menuduh Yang Dipertua kami, Dr Burhanuddin Helmi, sebagai komunis, kerana pada masa Darurat pada 1948, beliau secara terbuka menyeru orang Melayu jangan menyerang kaum gerila Cina yang berjuang melawan British di dalam hutan, dan British telah menggunakan ini sebagai alasan untuk memenjarakannya. Sekarang Othman membangkitkan semula cerita lama untuk menuduh Dr Burhanuddin sebagai komunis.
**************************
“Dalam pilihan raya 1959, semua menteri Umno dan Perikatan menyerang kami sehebat-hebatnya, menuduh kami komunis untuk menakut-nakutkan orang kampung.
*************************
Dakyah ini berjaya, akibatnya kami gagal di Perlis, sebuah kubu kuat PAS; dan rakyatnya kuat beragama. Kami bahkan lebih yakin dapat menawan Perlis daripada manamana negeri lain di Persekutuan.”
*************************
Setengah abad lalu PAS sudah dituduh sebagai komunis oleh Umno semata-mata bagi memenangkannya dalam pilihan raya.
*********************
Itu ‘zaman dulu’ jadi tidak hairanlah ketika di ambang PRU13 kini, Umno bertindak ‘lebih gila’ termasuklah cuba membunuh parti dan peribadi penting Pakatan Rakyat seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Azmin Ali.
************************
Namun syukur Alhamdulillah, jika dulu PAS tidak berpeluang menjawab selepas dituduh komunis kerana semua media dikuasai Umno-Perikatan, kini dengan kemajuan ICT, insya-Allah semuanya dapat dihadapi.
*********************
Oleh itu, ayuh, wahai pahlawan dan pejuang rakyat terutama pakar-pakar ICT, marilah kita berganding mendedah dan menghancurkan segala kejahatan Umno-BN yang mahu berkuasa dulu, kini dan selamanya tanpa mempedulikan soal halal-haram
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment