Thursday, January 8, 2009

Undi BN dapat pahala, undi PAS tak dapat ganjaran, kata Rosol Wahid

Sempena pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, disertakan tulisan saya tidak lama dulu.

"Sesiapa yang mengundi dan menyokong BN pada pilihan raya umum nanti akan mendapat pahala, sebaliknya orang yang mengundi calon PAS tidak mendapat sebarang ganjaran.

"Bercakap ketika berucap merasmikan Kursus Tahsin Al-Quran Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2008 di pekarangan Masjid Kampung Nasi Dingin, di sini kelmarin (31 Januari), Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Rosol Wahid berkata sokongan itu perlu bagi membolehkan kerajaan BN meneruskan agenda membangunkan syariah dan umat Islam. "Katanya, walaupun kepemimpinan PAS sering mengatakan perjuangan mereka berlandaskan Islam, tetapi tiada program mengembangkan syariat Islam dilakukan apabila diberi peluang memerintah negeri ini." - Berita Harian, 2 Februari 2008, di bawah tajuk 'Rakyat kena sokong BN' (berita dipetik dari Kuala Berang).

Terkedu penulis tatkala membaca berita ini. Apa sudah jadi? Kalau Rosol Wahid, pemimpin Umno negeri boleh membuat fatwa sendiri tentu lebih ramai lagi pemimpin Umno, terutama di peringkat Pusat boleh membuat fatwa. Di sini jelas sekali Rosol Wahid sudah bermain api. Orang bermain api seperti Rosol Wahid boleh diambil tindakan seperti dimaklumkan oleh Pengerusi SPR (kini bekas), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tidak lama dulu.

Melalui berita Star News, Rabu 3 Mac, 2004 dengan tajuk 'PAS never promised heaven, says Hadi', Abdul Rashid berkata; "stern action would be taken against those who deceive the people to win votes."

Petikan penuh berita itu; KUALA TERENGGANU: PAS says it has never promised a passage to heaven for its supporters and voters if they give the party their backing.?

Party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, who is also Terengganu Mentri Besar, alleged that Umno was smearing PAS' name by making such claims.

"I saw these posters pasted on trees along the roadside in Kedah recently and PAS leaders told me it was the work of Umno members," he told newsmen at his office in Wisma Darul Iman here yesterday.

He alleged that his party had caught Wanita Umno members, disguised as PAS members, making such claims in previous general elections.

He was commenting on a warning by Election Commission chairman Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman that stern action would be taken against those who deceive the people to win votes.

Abdul Rashid had alleged political parties were making empty promises such as claiming that those who voted for them would go to heaven.

Jadi sekarang, Rosol Wahid sudah meletakkan dirinya untuk diambil tindakan oleh SPR. Apa kata SPR mengenai perkara ini?

Berhubung kes Rosol Wahid ini, Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu dalam laman webnya menulis: "Ucapan Rosol Wahid yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu itu merupakan ucapan yang serius dan berbaur kesesatan.

"DPPKT menyeru agar Rosol menarik balik ucapannya kerana ia boleh menyesatkan orang awam khususnya rakyat Terengganu. Ucapan tersebut dipercayai bertujuan untuk memancing undi memandangkan pilihan raya umum yang akan datang sudah semakin hampir.

"Kalau benarlah undi Barisan Nasional mendapat pahala, DPPKT mencabar Rosol selaku Exco Portfolio Islam Hadhari meminta Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu mengeluarkan fatwa bahawa mengundi Barisan Nasional mendapat pahala.

"Setiausaha DPPKT ketika dihubungi meluahkan rasa kebimbangannya terhadap kenyataan tersebut dengan berkata, "Bagaimana mungkin mengundi satu parti yang berasaskan semangat dan ideologi kebangsaan, yang selama ini membenar serta menganjurkan program-program maksiat seperti konsert-konsert yang bercanggah dengan syarak, dan berlaku zalim terhadap rakyat seperti merampas tanah, meroboh masjid dan memecat kakitangan kerajaan, dikatakan mendapat pahala?

"Ini merupakan ucapan yang sesat dan boleh menyesatkan orang ramai. Saya berharap rakyat tidak tertipu dan terpengaruh dengan ucapan sebegini. Ingat firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud; "Dan jangan kamu condong kepada mereka yang berlaku zalim, maka kamu akan disentuh oleh api neraka."

"Dulu mereka kata kita sesat kerana merasuah syurga kepada pengundi, sekarang sudah terbukti siapa yang mempergunakan agama untuk kepentingan politik?"

Mengenai dakwaan Rosol Wahid, penulis teringat akan ceramah seorang imam dalam kuliah mingguannya di masjid berhampiran kediaman penulis tidak lama dulu. Katanya, melalui filem pun ditunjukkan bahawa orang Islam begitu bersemangat mendaulatkan hukum-hukam Islam.

Dalam filem 'Semerah Padi' jelas ditunjukkan pelaksanaan hukum-hakam Islam. Pasangan berzina dihukum sebat atau rejam, tetapi hari ini apabila orang disabitkan kesalahan zina, hakim akan berkata; "kesalahan ini hukumannya mengikut syariah adalah sebatan 100 kali, tetapi berdasarkan kuasa diberi pada saya, saya menjatuhkan hukuman denda...kepada kamu."

Imam itu bertanya hadirin, "agak-agak kamu lepas tak hakim dan masyarakat daripada penghakiman Allah SWT apabila melaksanakan hukum sedemikian." Hadirian tidak menjawab. Iman meneruskan, "tentulah tidak."

Imam itu tidak melanjutkan hujahnya tetapi bagi orang yang berfikir akan terbayang di otaknya; "Jika hakim tidak lepas, masyarakat tidak lepas, tentulah kerajaan yang tidak menegakkan hukum-hakam Allah SWT tak akan terlepas daripada hukuman Allah SWT di akhirat nanti. Malah di dunia lagi akan menerima akibatnya!"

Jadi macam mana Rosol Wahid boleh berkata, undi BN dapat pahala!

_

No comments: