Friday, January 31, 2014
Kos perubatan tinggi gusarkan rakyat marhain...
************************** DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ************************ Renungan ************************* "...Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba'), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya. Di dalam masjid itu ada orag-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih." (Maksud Ayat 108 Surah At-Taubah) **************************
HIDUP perlu diteruskan sekalipun terpaksa 'makan nasi berlauk kangkung'. Dalam meneruskan kelangsungan kehidupan ada kalanya kita dan anak isteri jatuh sakit dan memerlukan rawatan. Bagi insan bekerja di jabatan kerajaan dan agensi swasta, mereka boleh menjalani rawatan yang biasanya dbiayai oleh majikan dan mendapat 'MC" tetapi bagaimana nasib mereka yang bekerja sendiri atau 'tidak bekerja' seperti suri rumah?
***********************
Seorang anak saudara saya, seorang doktor pelatih, menangis dan menyatakan betapa sedihnya menyaksikan seorang 'nenek' gagal mendapatkan rawatan hemodialisis di sebuah hospital kerana gagal menyediakan biayanya. Kos menjalani hemodialisis yang dilakukan tiga kali seminggu bukan murah, seorang sahabat saya berkata setiap satunya adalah lebih RM200.
****************************
Ini bermakna pesakit kegagalan fungsi gingal (buah pinggang) ini memerlukan RM600 seminggu atau RM2,400 sebulan. Jumlah wang ini sungguh banyak, menggusarkan' rakyat kebanyakan, alhamdulillah dalam sejumlah kes, ada pihak prihatin daripada sektor swasta dan kerajaan sedia membantu.
*************************
Rawatan bagi 'sakit biasa' seperti demam dan selesema di klinik swasta juga memerlukan kos tinggi. Adalah biasa untuk sekali rawatan, seorang pesakit dicaj sebanyak RM40 (termasuklah ubat-ubatan). Awal bulan ini selepas mendapat rawatan luka-luka akibat terjatuh motosikal, penulis dicaj RM45, kemudian bagi rawatan susulan di sebuah klinik lain dicaj RM45 lagi.
***************************
Berhubung kos perubatan tinggi ini, penulis teringat lawak seorang rakan. Beliau berkata seorang sahabatnya dihantar ke sebuah hospital swasta terkenal untuk menjalani rawatan. Apabila mengetahui deposit rawatan adalah sebanyak RM1,000; si pesakit tiba-tiba berkata dia sudah sihat dan tidak jadi dirawat di situ.
*********************
Penulis tidak memeriksa kesahihan perkara itu; tetapi tidak lama dulu apabila ibu penulis dimasukkan ke sebuah hospital swasta, barulah penulis tahu ia bukan bahan lawak tetapi sesuatu yang serius kerana deposit untuk dirawat di situ juga RM1,000!
*************************
Selepas menjalani rawatan selama dua setengah hari, cajnya kira-kira RM4,500; membuat penulis mengakui bahawa rawatan perubatan sebenarnya sudah menjadi satu industri membuat duit.
**************************
Tidak lama kemudian bapa penulis dimasukkan ke sebuah hospital swasta terkenal bagi menjalani rawatan masalah prostatnya. Kos pembedahan secara laser dan rawatannya mencapai angka RM20,000 namun bersyukur kepada Allah SWT bapa penulis kembali sihat selepas itu.
*************************
Kini sedarlah penulis bahawa bidang perubatan sudah menjadi satu industri kepada 'si bijak' atau 'diambil kesempatan untuk menangguk di air keruh' bagi sesetengah pihak.
***************************
Dalam bidang ini, semakin banyak pihak menggunakan istilah hospitaliti malah ada banyak kolej menawarkan kursus dalam bidang ini. Malah ada agensi kerajaan dan swasta sudah memperkenalkan 'pelancongan-perubatan' di mana hospital-hospital swasta sedia melayani kehendak warga asing kaya dari negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei bagi menjalani rawatan di sini.
***************************
Berdasarkan situasi ini, penulis tidak terkejut apabila membaca sebuah berita baru-baru ini mengenai sebuah pusat rawatan swasta yang menolak kemasukan seorang wanita yang mahu bersalin sehingga akhirnya bayi beliau dilahirkan dalam kereta keluarga berkenaan yang diparkir berhampiran.
****************************
Kini dengan peningkatan taraf hidup rakyat di samping gaya hidup mereka yang berubah (seperti tidak mempunyai masa terluang untuk ke hospital kerajaan), pusat rawatan swasta bercambah bagaikan cendawan selepas hujan apatah lagi banyak syarikat menginsuranskan pekerja mereka dari segi kesihatan dan rawatan. Malah ramai orang mempunyai insurans perubatan persendirian.
*************************
Berhubung bayaran tinggi hospital swasta ini, penulis teringat sebuah filem Inggeris yang penulis tonton di televisyen, mengisahkan bagaimana seorang bapa nekad menawan hospital tempat anaknya dirawat kerana dia tidak mampu menyediakan wang rawatan diminta.
******************************
Dalam filem yang tajuknya tidak lagi diingati penulis, si bapa selepas kecewa dengan sikap pengurusan hospital yang menangguh-nangguhkan pembedahan kerana dia gagal menyediakan ratusan ribu dolar yang diminta, akhirnya berjaya menyelamatkan si anak melalui pembedahan itu selepas dia mengacukan pistol ke kepalanya dan juga kepala doktor.
*********************************
Nampaknya kisah ini sudah ‘menghampiri’ masyarakat kita. Perkhidmatan perubatan dan rawatan kini menjadi satu industri; hospital dan klinik kerajaan semakin diabaikan termasuk dari segi mutunya dan kelewatan merawat sesuatu kes disebabkan giliran pesakit terlalu panjang; bukan saja pesakit ‘lari’ ke pusat rawatan swasta malah doktor-doktor turut berhijrah bagi mendapat pulangan lumayan.
******************************
Kos perubatan yang amat tinggi mengusarkan rakyat marhain. Jatuh sakit bukan sesuatu yang boleh dijangka, namun bijak pandai menyatakan 'sediakan payung sebelum hujan'. Namun berdasarkan jumlah pendapatan kita (misalnya RM2,000 sebulan) ditolak perbelanjaan sebanyak RM2,000 atau mungkin juga RM2,500 sebulan (kena pinjamlah tu), ternyata 'payung kita telah tersedia bocor sebelum berlaku hujan'!
Tuesday, January 28, 2014
Sendiri cari, sendiri siang, sendiri masak, sendiri makan...
****************
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
********************
Renungan
**********************
Daripada Aisyah r.a., berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Semua manusia dikumpulkan tanpa memakai alas kaki, telanjang dan belum dikhatan.' Aisyah bertanya; 'Apakah antara lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu dengan yang lain?' Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Urusan pada hari itu lebih dahsyat daripada mementingkan hal-hal seperti itu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)
*************
AHH kangkung, ada apa dengan kangkung? Orang kampung macam saya memang sinonim dengan kangkung; ya sayur kangkung kampung mudah diperolehi, ia hidup subur dalam parit, longkang, kolam dan sawah.
***********************
Untuk 'membiakkan' kangkung kampung tak susah; campakkan saya potongan-potongan kangkung terutama yang sudah tua ke dalam parit atau kolam, insya-Allah tumbuhlah ia. Dua minggu selepas itu, dapatlah kita makan pucuk kangkung lembut yang sedap digoreng begitu saja - tetapi tentulah kena dibubuh perencahnya seperti ikan bilis yang sudah ditumbuk lumat.
**************************
Ya, kalau sudah ada sayur kangkung, jangan lupa satu lagi bahan makanan yang boleh didapati secara 'free of charge' dari takungan dan saliran air seperti parit, longkang, kolam dan sawah. Itulah antara 'sumber protein terhebat sesetengah orang kampung - ikan darat seperti betuk (puyu), sepat, keli dan haruan.
***************************
Ketika zaman kanak-kanak dulu, saya adalah 'raja longkang' - 'pemburu' ikan-ikan darat di sekitar kampung saya. Pantang saja ada peluang memancing atau 'menggogoh' (menangkap ikan dengan tangan), saya maksimumkan.
**************************
Nasib baiklah ketika zaman kecil saya, ibu saya sudi memasak ikan-ikan tadi, jadi dapatlah saya menikmati 'resepi eksotik' seperti ikan haruan masak lemak yang ditaruh bunga kantan dan daun kesum; ohh sungguh sedap baunya dan menyelerakan sekali.
*******************************
Kangkung yang saya ambil dari parit pula, dimanfaatkan untuk dijadikan lauk seperti 'pencuk kangkung' (semacam masak lemak berempah) tetapi biasanya digoreng saja. Aiii, kalau dapat lauk ikan darat masak lemak dan pencuk kangkung, 'ana rasa dunia ini ana yang punya'!
*************************
Itu cerita zaman saya kanak-kanak dulu. Selepas kahwin, 'kisah lama itu tidak berguna diulang lagi'. Orang rumah hamba, bukannya pemakan ikan-ikan yang disebutkan itu. Ada pernah hamba beli ikan keli hidup-hidup seperti yang ada di jual di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Selepas beli, hamba sianglah sendiri...selepas itu serahkan kepada 'bini' untuk 'proses seterusnya'. Pembaca mahu tahu apa yang berlaku?
*****************************
Ketika membersih-bersihkan ikan itu, orang rumah hamba menjerit kuat - terpaksalah hamba bergegas ke dapur, lantas bertanya, apa hal? "Ikan-ikan itu masih hidup bang, ketika saya tekan dagingnya, ia masih bergerak-gerak," katanya. Memanglah, ikan darat kalau sudah disiang, kadang-kadang masih bergerak-gerak anggota badannya. Itu normal bagi saya tetapi tidak bagi isteri saya. Mukanya sudah pucat, sejak itu saya sudah putuskan, tidak payahlah saya beli ikan masih hidup seperti keli atau betuk.
***************************
Sudah lama saya 'melupakan' cara hidup kampung ini. Tetapi apabila 'dah pencen' teringin pula nak merasakannya balik. Saya pun cari ikan darat. 'Last-last' saya kena siang dan masak sendiri. Demikian juga dengan sayur kangkung. Sendiri cari, sendiri siang, sendiri masak...dan akhirnya saya sendiri makan sebab seluruh anggota keluarga saya tak makan 'benda-benda' dari longkang ini...Hai, 'apo, nak dikate'...
**************************
Sebenarnya kisah lama tak payah diulang. Ulama menasihatkan manusia ada tiga masa - semalam, hari ini dan esok. Semalam adalah sejarah, esok belum tentu, jadi gunakan hari ini semaksimum mungkin untuk mencari kebahagiaan dunia akhirat. Ketika ini musim Maulid Rasul, jadi pada penghujung celoteh saya manfaatkannya untuk ingatan bersama.
************************
Dalam satu ceramah, saya dengar sang ustaz menasihatkan: "Berselawatlah ke atas Nabi sebanyak mungkin. Penuhkan dada dengan selawat dan zikir. Insya-Allah, akhir kalimah kita nanti, Lailahaillallah..."
***************************
Seorang sahabat saya daripada Jemaah Tabligh pula selalu memberi nasihat dengan kisah-kisah ini: "Sebuah lori penuh muatan tembikai, apabila berlanggar, tentulah buah tembikai 'akan terhambur' dari lori itu.
**********************
"Seorang pemandu teksi yang asyik menjerit, "JB, JB, JB" dikisahkan kerap menyebut "JB, JB, JB" ketika 'nak mati'." Demikian ibaratnya, jika dada kita penuh dengan kalimah Allah dan bibir kita sentiasa basah dengannya, insya-Allah ketika 'direntap nyawa' nanti, kalimah Allah akan terucap dari mulut kita..."
************************
Otak saya yang 'gatal' dan 'jahat', terfikir, kalau kita asyik teringat dan menyebut-yebut kangkung, dikhuatiri ketika akhir hayat nanti kita asyik sebut kangkung, kangkung, kangkung, kung, kung, kung, kung...Nauzubillahiminzalik!
'By the way' -- kangkung Malaysia adalah paling rendah harganya berbanding kangkung di negara-negara Asean yang lain!
Friday, January 24, 2014
'Alhamdulillah'...there's light at the end of the cave (tunnel)!
****************************
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.
******************************
Reflection
The Declining Day (Al-'Asr)
1. By the declining day,
2. Lo! Man is in a state of loss,
3. Save those who believe and do good works, and exhort
one another to truth and exhort one another to endurance.
***********************************
DURING the last school holidays (December 2013), my family and I visited Perlis's well-known limestone cave, 'Gua Kelam' in Kaki Bukit, about 30 kilometers north of the state capital, Kangar.
****************************
As we arrived too early (at about 8.00 am), the cave was still not open for visitors; nevertheless my two teenage boys who were 'in high spirits for adventure', made their way inside; and I who feared for their safety followed after failing to stop them.
******************************
"Kelam' is a Malay word for 'dusky' or 'shadowy', thus 'Gua Kelam' literally means 'Shadowy Cave' and in my opinion 'Gua Kelam' should not be translated into 'Cave of Darkness' as has been done by many people including from the tourism industry.
*******************************
Dusky means 'there is still light -- very, very faint'; but during 'our adventure' we found out that it was total darkness in the cave. Perhaps 'our visit' was outside 'the official hours and not welcome'; thus not a light was switched on at that time. So, we were in darkness; luckily one of my sons had his hand phone; the faint light from it was our only 'source and hope' as we moved deeper!
**********************
Since it was the first time we explored the cave, we did not know how long and 'what it was like and where 'the 'cave walk' would end. As we moved further inside, my heart beat faster; I prayed to Allah SWT for our safety; at the same time saying to myself "what a foolish thing my boys have done."
**************************
In the dark, my mind was 'fast thinking including about the worst'...we would 'be finished' if the roof of the cave came crashing upon us, what if there were snakes at our feet, what would happen if the 'walkway' gave way...but looking at my sons who were in high spirits in the dim light of the hand phone, I coaxed myself...please think positively...hey LanH, have you not heard the phrase; there's light at the end of the tunnel...well the difficulty we were facing would come to an end, 'insya-Allah' (God willing). Just please be 'sabar' (patient)!
*********************************
But that did not stop me from 'making some reflections on myself' -- LanH, it is too dark inside a cave, if the darkness and gloomy situation in it distressed and made you afraid, please do think that one day you would be sent inside a place of total darkness without any hope of returning! What was that place?
****************************
Please LanH, do not forget that one day you would be buried six feet underground, without any light inside it, not even 'the light from your hand phone' -- that is your grave! Everyone would 'enter' their graves; there is no exception what more choice!
***************************
Death is the end of this life and there is no returning to this life in any form. Life in the grave is a state of transition and waiting. It is also known as 'barzakh' which means 'a barrier between two things'. It is a barrier between the worlds the dead had just left and the Resurrection on the Day of Judgment. (Qur'an 23:100) -- Life in the Grave (Invitation to Understanding Islam, PERKIM)
*****************************
So, what was it inside a grave? In a 'hadith', Prophet Muhammad s.a.w., said: "I have never seen a sight more horrifying than the grave." (Tirmizi) The passing of the dead to the world of the grave coincides with the beginning of their awakening to the the Truth. The Noble Qur'an says, "And the agony of death comes with Truth. That is what (the disbelievers and evildoers) used to flee from!" (50: 19)
****************************
The souls of the righteous ones experience a gentle, quick and satisfied exit. Their souls will be taken to the heavens while the disbelievers and the evildoers will realize at death about the Punishment in the Fire that awaits them. They will struggle to prevent the removal of their souls from their bodies.
*****************************
They will be in great pain as their blood vessels and nerves are ripped apart when their souls are forcibly removed. The Prophet s.a.w. was reported to have said that if human beings could hear their cries at death, they would faint. Their names will be recorded in the Register of Hell (Sijjeen) - Qur'an 83: 7-8
****************************
The Prophet s.a.w. was also reported to have said: "If one does not find salvation in the grave, then what follows is very hard upon him." (Ibn Majah and Tirmizi)
*****************************
If we happened to be in the darkness of a cave, a very dim light such as from a handset is very much appreciated; surely we need 'light' when we are inside our own grave. What is 'that light'? Perhaps we could learn something from the story of Prophet Yunus (Jonah) alahis salam (peace be upon him) who had to overcome 'three layers' of darkness. What were 'those three layers of darkness'?
*****************************
When Prophet Yunus set off in despair, abandoning his ummah after giving up hope of them coming to the right path, Allah the Exalted planned for him to be thrown into the sea, and instructed a whale (nun) to swallow him (but not digest) so that he stayed in the dark belly of the whale contemplating his mistake in abandoning his ummah without Allah's instruction and there he repented.
***********************************
So Prophet Yunus was left in the darkness inside the stomach of a fish, darkness of the deepest sea and lastly darkness of the blackest night. In was inside the fish belly, that he made du'aa (supplication) - ‘Laa ilaaha illa Anta, subhaanaka inni kuntu min al-zaalimeen (There is no god but You, glory to You, verily I was one of the wrongdoers).’
*****************************
Prophet Muhammad s.a.w. said to his companions: "“Shall I not tell you some words which, if distress or grief befalls any of you and he makes this du’aa, it will bring him joy? It is the du‘aa’ of Dhoo’l-Noon (i.e. Yunus or Jonah): ‘There is no god but You, Glory to You; verily I was one of the wrongdoers.’” (Saheeh al-Jaami‘, no. 2605)
**************************
Well, back to 'the grave story' - if we needed light 'when we are buried six feet under' then let us be on His straight path - according to an 'ustaz' whose lessons I followed closely twice a month at a masjid near my house; the light was from our 'good deeds' during our lives such as 'solat' etc (performing all obligations under 'Rukun Islam'), Qur'an reading and learning, giving charity, 'dhikir' (praising Allah SWT), 'salawat' (prayer for peace and prosperty to the Prophet s.a.w.) and many more.
***************************
And never forget to du'aa to Allah SWT for example: "O Allah! Cover my shame, pacify my fears, guard me from what is in front of me and behind me, from what is on my right and on my left, over my head and under my feet." Remember this du'aa is to be supplicated when we 'on the Earth and not when we are inside it!'
***************************
Another 'ustaz' said knowledge is also 'cahaya' (light); it would light you up in this world and Hereafter. Thus seeking knowledge is obligatory upon every Muslim, said the Prophet s.a.w. (Ibn Majah)
******************************
Well, when we are in the dark of a cave, we need a 'cahaya' (light) what more when we are buried six feet under.
****************************
While 'straying' in 'Gua Kelam', we badly needed ‘cahaya’ and 'Alhamdulillah' (praises be to Allah SWT) we finally realized there was 'cahaya' at the end of the cave. Gua Kelam is more like a tunnel - at last we reached the other side of the hill which has such lovely scenery including at a 'Secret Garden'.
*******************************
A sign placed at the end of Gua Kelam, notes that 'our journey in darkness' was only 370 meters - if the walk in the dark of not more than 10 minutes was 'full of suspense', what would be said about 'our journey with a 'one way ticket' inside our own graves'...so please think wisely and carefully before its too late!
****************************
In conclusion, dear readers, we (I included) need badly 'cahaya' or 'nur' (Arabic) or light in this world, what more when we are buried inside 'our graves' (barzakh) and in the Hereafter!
Subscribe to:
Posts (Atom)