Sunday, January 3, 2021

Jamadilawal 19, 1442: Refleksi 1: Seorang ustaz untuk 1,000 murid...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sebelum terjadi hari kiamat, terlebih dahulu terhapus ilmu (agama) dan berjangkit kejahilan dan banyak terjadi pembunuhan." (Sahih Muslim




KETIKA pembaca mengikuti celoteh ini, kita sudah berada pada tahun baharu 2021. Diucapkan selamat menyambut tahun baharu...semoga kita semua dibarakahi Allah SWT hendaknya. 


Pada tahun 2021 ini, umur saya meningkat 59 tahun...kurang setahun memasuki usia emas. Pada usia pra-warga emas ini, teringat saya pesan seorang ustaz...katanya, seorang Nabi Allah diberitahu oleh malaikat bahawa Allah SWT mengutus utusan kepada seseorang bahawa dia akan kembali kepada-Nya tidak lama lagi. Apakah utusan itu?


Antaranya, rambut dan bulu-bulu di tubuhnya mulai memutih atau gugur, tubuh sakit-sakit dan gigi pun sudah berterabur...saya mengamat-amati diri ini...subhanallah ada tanda-tanda itu, ya utusan kematian sudah sampai...


Sehubungan itu, pada kesempatan di ruangan Celoteh ini, izinkan saya merefleksi kehidupan saya dalam pelbagai cabang kehidupan seperti pendidikan dan rumah tangga yang moga-moga dapat dijadikan sempadan dan teladan sesama insan.


Persoalan kontemporari seperti isu pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu ada kena mengena dengan diri saya. Saya memasuki darjah satu pada 1969, ketika itu kedua-dua subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris. Namun setahun kemudian (1970), murid-murid yang mula bersekolah mengikuti kedua-dua subjek itu dalam bahasa Melayu.


Jika saya dan rakan-rakan yang mengikuti subjek itu dalam bahasa Inggeris ramai yang sukses ke pusat pengajian tinggi terutama ke luar negara selepas MCE (SPM), tidak berkurang pula pelajar tahun-tahun terkemudian yang mengikutinya dalam bahasa Melayu. Jadi persoalannnya, mengapa pula mahu dipaksakan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kemudiannya sehingga mendatangkan tentangan hebat daripada masyarakat?


Dasar ini pula tidak konsisten. Sekejap mahu dalam bahasa Melayu, sekejap Inggeris. Kemudian bahasa Melayu balik, selepas itu bahasa Inggeris...mengikut semahunya kerakusan pemimpin politik. 


Membentuk satu tamadun bangsa melalui pendidikan adalah sangat penting...bukan boleh dicuba-cuba...murid-murid seolah-olah menjadi 'guinea pig' (tikus percubaan).


Usaha memajukan rakyat tidak semudah itu. Misalnya, bagi seorang bapa, tidak mudah menjadikan seorang anak, insan berguna semata-mata dengan 'bermain dan bermandikan duit' seperti dilakukan sesetengah pemimpin.


Untuk menjadikan seorang anak itu 'manusia', ia memerlukan tempoh bertahun-tahun malah berpuluh-puluh tahun. Ayah dan ibunya perlu mendidiknya dari dalam perut, kemudian dalam buaian, menyekolahkan seterusnya memasukkannya ke universiti, kemudian mengahwinkannya. Itu pun belum tamat lagi, apabila si anak bersalin, ibunya juga yang dicari!


Apa yang berlaku hari ini adalah hasil daripada apa yang kita lakukan pada masa lalu. Misalnya sebagai orang yang memilih wakil rakyat dan menteri pada 1960-an dan 1970-an (saya membesar pada era ini) , kesan daripada tindakan tuan puanlah yang mencorakkan masyarakat hari ini.


Saya adalah buah hasil dasar pendidikan negara yang YB-YB bahas dan membuat keputusan di Parlimen pada 1960-an dulu. Sebagai Menteri Pelajaran pada era itu, YB-lah yang mencorak sistem pendidikan pada masa itu. Hasil tangan YB-lah lahir golongan cendekiawan dan teknokrat dalam usia 40-an dan 50-an sekarang. Syabas dan tahniah kepada YB sekalian.


Saya berminat untuk memperkatakan mengenai golongan  ini kerana saya adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi yang lebih penting golongan ini adalah anak bangsa pertama yang YB-YB sekalian bentuk selepas negara kita mencapai kemerdekaan.


Seperti ramai budak sekolah pada 1960-an dulu, saya dihantar ke sekolah Inggeris dan menerima pendidikan sekular. Kebanyakan mata pelajaran diajar menggunakan bahasa Inggeris.


Apa yang mendukacitakan, YB-YB pada era ini seolah-olah melupai komponen agama dalam sistem pendidikan kita. Pengajian agama Islam kelihatan begitu asing kepada kami. Guru-guru hanya menekankan supaya pelajar berjaya dalam mata pelajaran akademik dan meletakkan subjek Agama Islam setaraf Lukisan yang tidak diambil kira dalam keputusan keseluruhan peperiksaan.


Maka adalah pelajar yang mendapat markah merah untuk Agama Islam tetapi berjaya mendapat kedudukan teratas dalam kelas. Bayangkan di sekolah (rendah) saya yang mempunyai lebih 1,000 murid, hanya seorang ustaz ditugaskan untuk mengajar kami.


Itu pun sekolah kami dikira bernasib baik sebab ada juga ustaz tetapi sekolah jiran kami tidak ada guru agama langsung. Maka terpaksalah murid-murid Islam sekolah sebelah, beratur beramai-ramai ke sekolah kami untuk belajar Agama Islam! Kami juga tidak pernah kenal sekolah agama rakyat seperti yang ada sekarang.


Saya dikira bernasib baik kerana dapat melanjutkan pelajaran ke sebuah sekolah berasrama penuh pada tahun 1970-an. Sama seperti di sekolah rendah, kami dihadapkan dengan segala macam pengajian sekular yang akhirnya melahirkan cendekiawan sekular juga. Kami diajar memuja segala-galanya dari Barat.


Itu kisah lalu, dan hari ini golongan pertama (termasuk saya) yang melalui sistem pendidikan negara sepenuhnya selepas merdeka, sudah menjadi ahli teknokrat. Ada yang menjadi jurutera, pensyarah, doktor, peguam dan arkitek.


Malangnya, sebahagiannya berjaya dalam kerjaya tetapi tidak berjaya dalam penghidupan. Golongan inilah yang dicap oleh YB-YB hari ini sebagai buta agama, buta al-Quran dan segala macam kejahilan lagi.


Malah ada menteri mengakui golongan inilah yang paling ramai buta al-Quran. Seorang anak muda (peguam) pernah membuat pengakuan di TV, dia tertarik dan seterusnya menyertai Al-Arqam kerana dahagakan ilmu Islam sedangkan institusi pengajian kita pada 60-an dan 70-an tidak memperdulikan perkara ini.


Kami ada 'buah tangan' pejuangan YB-YB pada 1960-an dan 70-an dulu. Jadi kepada menteri dan YB-YB pada tahun 60-an dan 70-an dulu (jika masih hidup), janganlah senyum-senyum menerima pencen sekarang ini jika anda berbuat salah dalam mencorakkan sistem pendidikan anda dulu. Selain mengabaikan agama, YB-YB juga yang mematikan tulisan jawi.


Kepada YB-YB sekarang (terutama menteri), anda perlu memikirkan apakah buah hasil perjuangan anda sekarang pada 10 atau 20 tahun dari sekarang. Bagaimanakah 'bentuk manusia' (modal insan) pada tahun 2030 atau 2040 yang kita lahirkan melalui sistem dan corak pendidikan sekarang?


Tugas YB-YB apatah lagi menteri dan perdana menteri amat berat dan akan disoal di akhirat kelak. Tetapi yang menghairankan ramai manusia berebut-rebut kedudukan ini. Mungkin ini maksud satu kisah Israk Mikraj bahawa manusia itu suka menambah beban sekali pun di belakangnya sudah sarat dengan muatan?)


Saturday, January 2, 2021

Jamadilawal 18, 1442: Memaksimumkan 'segala yang ada' demi keredaan-Nya; pesanan 2021 (U)

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan 

"Kalau sekiranya perempuan ahli syurga (termasuk bidadari) datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari) 


Bersyukur ke hadrat Illahi kita dipanjangkan usia; kita kini memasuki tahun 2021 bermakna bertambahlah usia kita tetapi hakikatnya semakin hampir kita ke penghujungnya, memasuki alam barzakh (kubur) yang pasti dilalui setiap yang bernyawa. 


Berdasarkan hakikat ini, marilah kita mulai saat ini membuat 'pecutan terakhir' dengan 'segala yang ada' pada diri kita demi memburu keredaan-Nya. Hendaklah kita ingat bahawa segala yang kita sama ada kemewahan, kuasa, pangkat serta keseronokan dunia atau kepahitannya seperti tersingkir daripada pangkat dan kuasa, kehancuran rumah tangga, hilang pekerjaan, penderitaan penyakit dan kesengsaraan menanggung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sekarang ini hanyalah bersifat sementara; semuanya akan berakhir apabila nyawa direnggut daripada tubuh (mati). 


Sebelum kita memasuki kubur, pergunakan 'segala yang kita ada' sebagai modal untuk kita mendapat keredaan Illahi. Bukankah Nabi yang kita kasihi, Muhammad s.a.w. mengingatkan kita supaya mempergunakan lima perkara (muda, berada, lapang, sihat dan hidup) sebelum datang lima perkara (tua, miskin, sibuk, sakit dan mati). Sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal pula mengingatkan kita tentang umur, di mana dihabiskan; demikian juga tentang masa remaja, harta dan ilmu; apa yang telah kita lakukan. 


Berdasarkan perkembangan semasa, kita boleh mengambil iktibar daripada pelbagai peristiwa bagi membantu kita mengkoreksi (muhasabah) diri di samping menyemarakkan semangat kita berkorban bagi mendapat keredaan-Nya. 


Apakah harta yang sudah kita korbankan untuk Islam? Apakah kita benar-benar sudah mengorbankan harta kita atau setakat sikit-sikit saja; tentunya kita akan teramat malu kerana usaha kita itu tidak sekelumit pun dapat dibandingkan dengan Ummu Mukminin Sayidatina Khadijah Khauwalid yang mengorbankan segala yang beliau ada demi Islam sehingga ketika nazaknya menawarkan tulang belulangnya kepada Rasulullah jika itu dapat digunakan untuk menegakkan Islam. 


Demikian juga masa kita; bagaimana sudah kita guna dan habiskan? Apakah selama ini kita menyia-yiakannya dengan melepak di depan TV atau di kedai berjam-jam lamanya? Insafkan dengan kisah perjuangan golongan lampau termasuk sahabat, tabien, tabik tabien dan ulama.


Bagi orang berilmu, bagaimana sumbangan kita dalam bidang ini? Apa, adakah ilmu kita sudah manfaatkan untuk kepentingan agama kita atau kita gunakan untuk kepentingan peribadi semata-mata atau lebih buruk lagi kita menyimpannya saja atau berbuat maksiat dengannya? 


Dengan ilmu dan kuasa yang ada, kita memaksiat kepada-Nya dengan melakukan rasuah, menipu dalam merebut kuasa dan menganiaya orang serta makhluk lain termasuk mencemar alam. Malah yang lebih dahsyat lagi dengan ilmu yang kita ada; kita memutar-belitkan hukum; seperti yang haram kita cari dalil untuk menghalalkannya. 


Kesimpulannya bagi 'orang berakal', pergunakan 'segala sumber yang kita ada' untuk mendapat keredaan-Nya. Pada diri kita sendiri, kedapatan banyak 'sumber-sumber' itu; misalnya mulut kita gunakannya untuk melakukan segala kebaikan seperti menunaikan tanggungjawab agama seperti beribadat, berdakwah dan berzikir, sebaliknya jangan menggunakannya untuk melakukan maksiat.


Friday, January 1, 2021

Jamadilawal 17, 1442: A 'soleh wife'? (U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w.

Reflection

The Declining Day (Al-'Asr)

1. By the declining day,

2. Lo! Man is in a state of loss,

3. Save those who believe and do good works, and exhort 

one another to truth and exhort one another to endurance.


I was totally 'off guard' during a 'tazkirah' (Islamic lesson) recently when the 'ustaz' (religious teacher) who was preaching, lambasted some women especially wives for aiming to be 'soleh' (pious). Perhaps I was 'day dreaming'; that's why I was blur to what the 'ustaz' was trying to convey. Well, what's wrong for wanting to be 'soleh' in life? 


The 'issue' caught my heart. I opened up my mind and ears; I heard the 'ustaz' told this story: "It was about 3.00 am. A husband woke up; his hands searched for his wife who he thought was on bed. She was not around. Where could 'the woman' be? whispered the husband.


"After 'his eyes searched' the dimmed light-room, he found his wife in a white 'telekung' (praying veil used by Muslim women during prayers) at a corner of the room,performing her 'solat sunat tahajjud' (recommended prayers perform at the wee hours of the night).


The 'ustaz' said some husbands did not mind with their wives doings but some became angry. He said it was not proper for a woman to perform recommended prayers without informing her husband. Perhaps the wife would like to be closer to Allah SWT but she must do it with knowledge.


In performing 'ibadah sunat' (recommended obligations), a wife must first inform her husband. A 'hadith' mentioned that a woman does not fast while her husband is present without his permission, except in Ramadan. (Narrated by Imam Al-Bukhari & Muslim)


The 'ustaz' said, the characteristics of a pious husband (soleh) and pious wife (solehah) is slightly different eventhough top priority of both are to seek the pleasure of Allah SWT. A wife must understand she is not required to be 'soleh' but 'solehah'.


For example a 'solehah wife' will not leave her home without her husband's permission even if it (the action) is regarding good deeds (becoming pious) to be closer to Allah SWT such as going to the 'masjid' for prayers and attending Islamic classes. Women are advised that performing prayers at their homes are better (more afdal) than at masjids and doing in in their rooms are better than in the open section of their homes such as the living rooms. Thus it is wrong for women insisting going to the masjid to be more pious compared to those who are not.


Women are not recommended doing 'congregational activities' but they are rewarded handsomely if they do things that fit and suit their physical being, emotional and abilities. Asma bint Yazeed r.a. once came to Rasulullah s.a.w. as an ambassador of the ladies and said; "Men have surpassed us in rewards through juma (Friday prayers), congregational prayers, visiting the ill, participating in funeral prayers and protecting the borders of the Islamic State." Rasulullah s.a.w. sent her with the message "Your adorning and beautifying yourselves for your husbands and your strivings to please your husbands and your obedience to the wishes of your husbands equals these actions (juma, jihaad etc.) in rewards."


Thus a wife must have knowledge regarding her duties and executes it accordingly to the examples shown by Prophet Muhammad (peace be upon him - s.a.w.), his wives, daughters and companions. 


A husband too must have knowledge regarding his duties which is much broader in scope such as regarding his friends and brothers in Islam, his society, his country, the 'ummah' and of course he is in charge of his wife, his children, his parents, his relatives and so on.


Scholars have made in clear about the characteristics of a pious wife (solehah) and a pious husband (soleh). Regarding a 'solehah' wife, they said her priority is to seek the pleasure of Allah. She tries acquiring the qualities of a good wife by following the examples of the Prophet s.a.w. and obeying what is commanded in the Book of Allah. Complete obedience and adherence to the Sunnah of the Prophet s.a.w. and the Qur'an is the best of a woman’s qualities. - Al-Islaah Publications


The Prophet in a 'hadith' said a woman is married for four reasons: for her wealth, for her fame, for her beauty and for her religion. So marry one for her religion and you will win. (Narrated by Imam Bukhari and Muslim)


Therefore the righteous women are devoutly obedient (to Allah and to their husbands) and guard in their husband’s absence what Allah orders them to guard (e.g. their honor, husbands property, etc) (Qur'an 4:34)


An-Nasaii narrated that the Prophet s.a.w. was asked “Who are the best of women?” He replied, “The one who pleases him (her husband) if he looks at her, obeys him if he orders (her) and does not subject her honor or money to what he dislikes.”


Ibn Hibban narrated that the Prophet s.a.w. said, “If a woman prayed five prayers, fasted in Ramadan, protected her honor and obeyed her husband; then she will be told (on the Day of Judgment): enter Paradise from any of its (eight) doors.”


If a woman harms (in any way) her husband, then his wife in Paradise tells her: “Do not harm him, May Allah fight you, he is only staying temporarily with you. Soon he will come to us.”  (Narrated by Imam Ahmad and At-Tirmithi)


If a man calls his wife to bed and she refuses till he slept while angry, then the Angels will curse her till the morning. (Narrated by Imam Muslim)


Allah does not look to the woman who does not appreciate her husband while she cannot stand his departing her. (Narrated by An-Nasaii)

Any woman who asks her husband for divorce for no reason will not smell the fragrance of Paradise. (Sahih Al-Jamii)


The Prophet s.a.w. said, “If I were to order anyone to bow down to other than Allah, I would order the wife to do so for her husband. By the One who owns the soul of Muhammad,if a wife does not fulfill her obligations towards her husband, then she will not have fulfilled her obligations towards Allah.” (Narrated by Imam Ahmad)


Regarding the characteristics of a pious husband (soleh) scholars said on the Day of Judgment; Allah will ask men if they fulfilled their obligations towards their families. They who fear Allah will do their best to direct the way their wives and children live by educating himself and his family to living according to the Sunnah of the Prophet s.a.w. and the Holy Qur’an, the final word of Allah.


The Prophet s.a.w. said, “The best of you is the best one to his family.” (Narrated by Imam Al-Tabarani)


To share food with her, to provide her with (decent) clothes as he provides himself, to refrain from smacking her, and not ignoring her but in the house. (Narrated by Imam Ahmad)


One should not hate his believer wife. If he dislikes some of her attitudes, he would (surely) like others (attitudes). (Narrated by Imam Muslim)


Woman was created from a bent rib and will not be made straight for you on one way (that you like). If you want to enjoy her, you enjoy her while she is still bent. If you want to straighten her up, you will break her. Breaking her is divorcing her. (Narrated by Imam Al-Bukhari and Muslim)


Do (volunteer) fasting (some days) and do not fast (in other days), pray at night (some nights) and sleep (in other nights). Your body has a right on you (to rest), your eye has a right on you (to sleep), and your wife has a right on you. (narrated by Imam Al-Bukhari and Muslim)


Fear Allah in (treating) women. (Narrated by Imam Muslim)


Be advised to treat women righteously. (Narrated by Imam Al-Bukhari and Muslim)


And live with them honorably. If you dislike them, it may be that you dislike a thing that Allah brings through it a great deal of good. (Qur'an 4:19)


The Prophet s.a.w. said,”A Dinar (a currency) that you spend on your family, a Dinar that you spend on a poor person and a Dinar that you spend in the sake of Allah. The one that carries the most reward is the one that you spend on your family.” ([Narrated by Imam Muslim)


The Prophet s.a.w. said to Saaid ibn Abi Waqqas,”Know that no charity that you give whether small or large, for the sake of Allah, but you will be rewarded for it, even the bite (of food) that you put in your wife’s mouth.” (Narrated by Imam Al-Bukhari and Muslim) - ES


Based on the characteristics discussed, a husband should strive to be 'soleh' while a wife to be 'solehah'. A 'soleh wife' goes against the teaching of Prophet Muhammad s.a.w. and would bring  much discomfort and stress in life (especially to her family) in this world whats more in the Hereafter!