***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Hanyalah yang meramaikan (memakmurkan) masjid itu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir." (Q.S. At-Taubah:18)
***
SALAM 1-Malaysia adalah sia-sia, kata seorang tuan guru ketika mengajar baru-baru ini. Beliau berkata, dalam Islam semua perbuatan ibadah hendaklah berpandukan kepada perintah Allah, diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang kemudian mengajar kepada kaum keluarga, sahabat dan seterusnya turun kepada tabiin, tabik tabiin dan seterusnya sehinggalah kepada alim ulama yang mendidik generasi hari ini.
Pendeknya ada kesinambungannya dan bukan dibuat-buat oleh orang terkemudian. Salam dalam Islam adalah riwayatnya, melakukannya ada hikmah dan ganjarannya, ia akan beterusan kerana ia perintah Allah; tetapi apabila manusia cuba-cuba mencipta sesuatu yang baru yang tiada kiatan dengan perintah Allah dan Rasul ia adalah kerja sia-sia dan dalam sekelip mata akan dilupakan orang.
Salam 1-Malaysia hidup kerana penciptanya berkuasa. Apabila sirnanya kuasa orang tersebut lesaplah ucapan seumpama itu. Contoh terbaik adalah Islam Hadhari yang dilaung-laungkan di sana sini tidak lama dulu, apabila tokoh yang mengada-adakannnya tidak lagi berkuasa, lenyaplah segala slogan dan projeknya. Orang sekarang tidak kedengaran lagi bercakap fasal Islam Hadhari.
Kenapa pemimpin Umno-BN ghairah mereka-reka sesuatu yang baru tetapi merapu seperti Salam 1-Malaysia sedangkan pemberian salam dalam Islam sudah ada dan menjadi satu ibadah? Kenapa mereka gemar, mereka cipta, menokok tambah mengikut akal fikiran sendiri?
Berhubung perkara ini penulis tertarik dengan kupasan Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin mengenai betapa pemimpin Umno-BN menanamkan unsur-unsur syirik kepada rakyat, pada satu majlis ceramah di pejabat penulis di KL baru-baru ini.
Memandangkan ketika itu musim haji, Nizar mengambil tarbiyah yang diucapkan oleh jemaah haji di Tanah Suci sebagai contoh. Talbiyah itu berbunyi: ‘Labbayk, Allahumma, Labbayk, Labbayk, La Shareeka laka, Labbayk. Innal-hamda wan n’imata laka wal-mulk, La Shareekalaka’ yang bermaksud, “Hamba-Mu datang menyahut panggilan Engkau, ya Allah, Tuhan yang tidak ada sekutu bagi Engkau, hamba-Mu datang menyahut panggilan Engkau. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan, adalah kepunyaan Engkau, tidak ada sekutu bagi Engkau.”
Nizar berkata tarbiyah itu secara terang, jelas dan nyata menyatakan pengakuan seseorang Muslim itu bahawa dia tidak menyegutukan Allah, tetapi mengapa pemimpin Umno-BN mengajar selain Allah, pujian juga perlu diberikan kepada Umno-BN yang kononnya telah banyak berkorban, berjasa dan sebagainya kepada rakyat.
Slogan seperti ‘Hanya BN yang mampu…’ dan ‘Hanya Umno yang mampu…’ menunjukkan betapa pemimpin cuba berlagak sebagai Tuhan, menyakini ia saja yang mampu melaksanakan sesuatu itu.
Nizar berkata kata-kata seperti, “tak ada Umno orang Melayu mundur” adalah berlawanan daripada apa yang diikrarkan melalui tarbiyah di Tanah Suci kerana ia bermaksud “Umnolah memberikan kemajuan kepada orang Melayu” sedangkan hakikatnya Allah-lah yang memaju dan memundurkan sesuatu bangsa itu mengikut kehendak-Nya.
Slogan ‘Umno – dulu, kini dan selamanya’, adalah lebih jelas merapu kerana “sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan, adalah kepunyaan Engkau, tidak ada sekutu bagi Engkau.” Allah-lah penentu segala-gala termasuk pemerintahan di dunia ini, bukannya Umno.
Nizar menyatakan kehairanannya bagaimana jemaah haji yang sudah berikrar bahawa Allah-lah segala-galanya, apabila pulang ke tanah air kembali kepada perjuangan Umno yang tidak meletakkan perintah Allah di kedudukan pertama sebaliknya mentaati pelbagai slogan dan ciptaan parti tua itu (terkini menguar-uarkan Salam 1Malaysia sedangkan Nabi s.a.w. telah mengajarkan cara salam).
Beliau berkata Allah SWT memeliharakan bumi Makkah dan Madinah itu di mana undang-undang Islam terpelihara; sekali gus membolehkan orang yang berada di sana bersemangat untuk beribadat tetapi apabila pulang suasana di tanah air masing-masing mengeruhkan kembali kehidupan mereka.
Katanya, tentulah orang di Makkah dan Madinah tidak menikam ekor dan minum arak, logiknya sebab di sana tiada kedai ekor arak lagi pun pesalah akan dihukum berat mengikut undang-undang Islam; tetapi apabila pulang di tanah air masing-masing, kedai ekor dan arak berlambak, jadi tiada halangan orang mahu bermaksiat, melakukannya.
Demikianlah, akan harmonilah kehidupan jika Islam diletakkan di puncak sebagai pemerintah tetapi jika Islam diperintah, akan huru-haralah masyarakat seperti kita deritai hari ini.
Nizar berkata selain tarbiyah yang menekankan tiada syirik dalam kehidupan seorang Muslim, penghayatan kepada bacaan Al-Fatehah pada setiap kali rakaat solat (17 kali sehari) juga menjelaskan perkara yang sama. Antara ayat dalam surah ini bermaksud: “Hanya kepada Kaulah kami sembah dan Kaulah kami mohon pertolongan.”
Jika sudah jelas dan nyata kepada Allah kita perlu menghalakan sembahan dan permohonan bantuan, maka mengapa hendak dipuji Umno pula? Mengapa pula pemimpin Umno kerap benar mengungkit-ungkit jasa mereka dan parti mereka; merayu-rayu atau mengugut-ugut rakyat agar berterima kasih dan memuja-muji kerajaan Umno-Barisan Nasional?
*** Info
Hukum membunuh ular adalah sunat, kata ustaz dalam kuliah subuh yang penulis ikuti hari ini. Tetapi ada kalanya, adanya wajib, katanya. Apabila ular itu mendatangkan bahaya kepada kita, keluarga kita dan orang lain, maka wajiblah dibunuh. Bagi ular dalam rumah pula katanya, sebelum dibunuh, berilah amaran dan masa untuk dia beredar. Beritahulah ular itu (dalam apa-apa bahasa pun boleh, termasuk bahasa Melayu, eeh, eeh kan hebat bahasa Melayu sebab ular pun faham), "keluarlah kau segera, jika tidak aku akan bunuh kau." Selepas diberi amaran tiga kali (hadis menyatakan tiga hari, harap dapat keterangan lanjut daripada ustaz-ustaz), maka jika tidak keluar juga, bunuh sajalah. Amat dibimbangi ular yang berada di dalam rumah kita itu jin, sebab itu ia diberi amaran sebelum dibunuh. Wassalam.
Sunday, January 3, 2010
Saturday, January 2, 2010
Bertudung tetapi bertelanjang?
***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang aniaya, nanti kamu ditimpa api neraka.." (Q.S. Hud:113)
***
KINI semakin ramai wanita Islam bertudung. Syukur alhamdulillah, tetapi apa dikesalkan, segelintir remaja wanita bertudung, berpakaian seolah-olah bertelanjang – mereka mengenakan jeans ketat dipadankan dengan kemeja-T tanpa lengan yang ‘hanging’ (tergantung) sendat, sekali gus menyerlahkan susuk tubuh.
Kemeja-T singkat itu menyebabkan punggung mereka yang berbalut jeans ketat, terserlah, begitu memalukan orang memandang. Tetapi si pemakai tidak malu menyerlahkan aset mereka untuk dilihat ratusan malahan ribuan pasang mata terutama di tempat-tempat awam seperti stesen bas dan pusat membeli-belah.
Pemandangan bertambah jelek jika si pemakai jeans ketat tadi membongkok atau duduk di bangku kerana seluar dalam mereka terserlah malah alur bontot pun boleh nampak.
Penulis teringat sebuah rencana menyatakan di Aceh Barat sudah ada pasukan penggunting celana ketat; mana-mana wanita berpakaian begitu akan digunting seluar mereka dan diberikan kain sarung sebagai ganti.
Selain berjeans ketat dan berkemeja-T sendat, segelintir lagi wanita bertudung mengenakan baju kebaya mengikut bentuk badan yang dipadankan dengan kain berbelah sama ada di depan, belakang atau sisi.
Bagi wanita mereka mungkin tidak rasa apa-apa, tetapi bagi kebanyakan lelaki ‘normal’, itu adalah gangguan seksual amat hebat. Jika selama ini, pejuang hak wanita selalu bercakap mengenai gangguan seksual terhadap wanita di pejabat, mengapa agaknya mereka tidak langsung mempedulikan apa yang telah dibuat oleh golongan Hawa yang mengganggu ketenangan dan fikiran insan bernama lelaki?
Kenapa semakin ramai wanita berfesyen begini? Salah satu sebabnya pengaruh massa termasuk televisyen. Baru-baru ini di Kuala Lumpur diadakan minggu fesyen antarabangsa yang mana salah satu majlisnya festival fesyen Muslim.
Berikut sebuah laporan mengenai festival itu:
Malaysia ingin jadi pusat baju Muslim
MALAYSIA mencuba menempatkan diri sebagai ibu kota fesyen untuk baju-baju Muslim, kata wartawan BBC, Jennifer Pak di Kuala Lumpur.
Pesan itu disampaikan oleh sejumlah kalangan yang menyelenggarakan festival fasyen baju Muslim di Kuala Lumpur.
Perancang baju Malaysia, Tom Abang Saufi mengatakan banyak warga ‘non Muslim’ juga memakai baju dengan model tunik.
"Yang saya rancang tidak hanya baju dengan warna hitam," katanya.
Baju Muslim dapat mempercantik seseorang dan juga bisa membuatnya tetap kelihatan moden," tambahnya.
Festival fesyen Muslim menampilkan wanita Muslim yang memakai pelbagai model baju Muslim lengkap dengan jilbab, kata ketua festival ini, Raja Rezza Shah.
Raja Rezza mengatakan ia membentuk festival ini tahun 2006 sebagai cara untuk mengangkat model baju Muslim.
Sejak itu, lebih daripada 200 perancang dari seluruh dunia ikut serta, sesetengah daripada mereka ‘non-Muslim’, kata Rezza.
"Saya bangga dengan itu, dan paling tidak kami telah membuktikan bahwa kegiatan berkaitan Islam bukanlah satu panggung yang membuat takut warga ‘non-Muslim’.
Rezza melihat potensi besar dalam dunia fesyen baju Muslim, dengan Kuala Lumpur sebagai pusatnya.
Nama besar fesyen di Eropah seperti Christian Dior telah mencuba masuk ke pasar baju Muslim tahun ini dengan rancangan abaya, baju panjang hitam yang sering digunakan di Timur Tengah.
Sejak festival dimulai, Rezza mengatakan sejumlah butik di Kuala Lumpur yang menjual baju Muslim mulai banyak bermunculan.
Perancang lain, Nuraini Mohamed Ariffin mengatakan ia memulai usahanya kerana pada awalnya ia kesulitan untuk pergi ke kolam renang umum tanpa busana yang layak. – BBC/ http://www.voa-islam.com
Benarkah fesyen dipaparkan pada festival fesyen itu yang kemudian menjadi ikutan muda-mudi dan mereka yang muda di hati, memenuhi kehendak Islam?
Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, ketika dihubungi menyatakan dalam Islam hanya wajah (muka) dan tapak tangan wanita boleh didedahkan manakala anggota lain wajib ditutup dalam pakaian longgar.
Beliau menasihati wanita Islam termasuk mereka yang terbabit dalam industri pakaian (Islam dan bukan Islam, lelaki atau perempuan), mempelajari etika berpakaian dalam Islam dan tidak mudah melabelkan sesuatu ciptaan itu Islamik bagi menarik minat pengguna Islam, hakikatnya ia bersifat komersial.
Katanya, apabila salah faham berlaku, ia menyumbang kekeliruan kepada orang ramai. Ramai beranggapan apabila bertudung, mereka sudah memenuhi kehendak Islam, hakikatnya dengan berpakaian menampakkan susuk tubuh, mereka bukan saja menimbulkan salah faham kepada orang Islam dan bukan Islam bahkan boleh sampai ke tahap menghina ajaran Islam.
Apabila seseorang wanita itu bertudung ia dikaitkan dengan kepatuhan kepada hukum Islam tetapi apabila pada masa yang sama dia mendedahkan aurat lain seperti lengan, kaki dan berpakaian ketat dan nipis, dia seolah-olah menghina agama sendiri kerana mengambil hukum-hakam secara separuh-separuh.
Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sebilangan ahli neraka adalah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”
Ustazah Nuridah berkata perlakuan pelakon dan personaliti televisyen yang sesetengahnya gemar ‘memakai dan membuka tudung’ memberi kesan negatif kepada remaja. Sesetengahnya ketika upacara tertentu seperti majlis akad nikah begitu sopan bertudung litup tetapi pada majlis resepi kahwin berpakaian terdedah sana dan sini. Ini dibimbangi akan mempengaruhi remaja mengikuti idola masing-masing.
Berhubung perkembangan kurang sihat dalam pemahaman mengenai pakaian menutup aurat ini, Ustazan Nuridah berkata, pihaknya insya-Allah, akan berusaha memberi kesedaran mengenai etika berpakaian kepada wanita Muslim termasuk kemungkinan mengadakan pertunjukan busana Muslim dengan kerjasama Nisa Malaysia dalam masa terdekat.
*** Info
Petikan daripada buku Penenang Jiwa (Pengubatan & Rawatan) oleh Imam Al-Ghazali dan diterjemahan oleh Muhammad Qadirun Nur (Wholesale Mart)
QANAAH
Meniaraplah di hadapan Allah, jangan meniarap kepada manusia,
Menerimalah dengan memutuskan keinginan,
Sungguh kemuliaan itu dalam tiada keinginan,
Jangan berharap kepada sanak saudara,
Orang kaya yang tidak berhajat kepada manusia.
Juga dikatakan senada dengan syair itu:
Wahai si pengumpul dunia!
Waktu kian menentukan,
Terkunci rapat semua pintu,
Sambil kau fikir bagaimana mewujudkan keinginan,
Entah mudah atau sulit kau buru juga,
Kau kumpulkan harta,
Katakan padaku, sudahkah kau kumpulkan?
Hai pemburu harta,
Hari-hari kian meninggalkanmu,
Hartamu telah dilirik ahli waris,
Milikmu hanyalah yang kau infakkan,
Zat yang membahagi akan memberimu rezeki,
Pemberian daripada-Nya selalu terjaga,
Selalu baru takkan binasa,
Qanaah itu selalu menerima,
Tidak pernah tergesa atau berduka.

Friday, January 1, 2010
Suami doa mahu kahwin, isteri doa suami jangan kahwin?
***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Adakah patut kamu suruh manusia berbuat kebaikan dan kamu lupakan diri kamu sendiri, sedangkan kamu membaca Kitab. Tidakkah kamu memikirkannya?" (Q.S. Al-Baqarah 44)
***
APABILA doa Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dijadikan isu, saya teringat akan satu kisah seorang suami berdoa di depan Kaabah agar dia dapat kahwin satu lagi manakala isterinya pula berdoa agar suaminya tidak kahwin lain.
Bukankah doa itu ‘contrast’ (bertentangan) sungguh? Yalah, si suami berdoa mahu kahwin, si isteri pula berdoa biarlah suaminya beristerikan dia saja. Dalam kes seperti ini doa siapa agaknya dimakbulkan oleh Illahi?
Dalam satu lagi keadaan, dua pasukan bola sepak akan berentap. Semua anggota pasukan A berdoa agar menang dalam perlawanan itu, manakala pasukan B pun berdoa kepada Ilahi agar menang dalam perlawanan itu. Agak-agaknya doa pasukan mana dimakbulkan Yang Maha Kuasa?
Doa Tok Guru Nik Abdul Aziz yang menjadi kontroversi itu adalah bagi memohon Allah SWT bukakan pintu hati Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya ditunjuki jalan benar termasuk membayar royalti gas dan petrol kepada pihak berhak dan jika PM enggan, didoakan kelamlah masa depannya.
Sesetengah pihak menjadi tidak keruan dengan doa ini. Mengapa jadi begitu? Jika dibuat perbandingkan doa suami isteri di depan Kaabah tadi, hampir pasti si isteri akan naik angin jika mengetahui suaminya berdoa agar dia dapat kahwin lagi.
Tetapi apakah dia boleh menghalang suaminya daripada berdoa begitu? Atau dia akan meminta orang lain menghalang suaminya berdoa sedemikian atau mengumpulkan orang ramai menyatakan protes terhadap doa si suami?
Tentulah si isteri tidak mampu berbuat begitu. Apa yang boleh dilakukan, dia sendiri berdoa agar si suami tetap bersama dia saja, janganlah suaminya berkahwin lain. Selepas itu serahkan kepada Yang Maha Kuasa, dialah Penentu segala-galanya. Jika si suami kahwin lain sekalipun dia sudah berdoa bersungguh-sungguh, perkara itu adalah di luar bidang kuasanya dan hatta manusia lain.
Demikian juga dalam kes dua pasukan bola sepak yang akan berentap itu. Apakah pasukan B boleh naik darah atau mengamuk semata-mata kerana pasukan A berdoa kepada Allah agar dimenangkan mereka, sekali gus dikalahkan pasukan B? Tentulah tidak wajar, sebaliknya mereka perlu meningkatkan doa akan dapat mengalahkan pasukan A. Yang menjadi Penentu, adalah Yang Maha Berkuasa, pasukan A dan B cuma boleh berdoa!
Berdasarkan ini, mengapa dibising-bisingkan akan doa Tok Guru Nik Abdul Aziz itu? Jika Tok Guru boleh berdoa, pemimpin Umno termasuk PM pun boleh berdoa. Tidak menjadi masalah sama sekali. Berdoalah kerana doa adalah senjata bagi orang Mukmin.
Jika Tok Guru Nik Abdul Aziz berdoa, orang Umno berdoalah, mengapa mahu diprotes doa orang lain pula. Tiada siapa pun melarang orang Umno atau pemimpin mereka daripada berdoa; berdoalah apa saja kerana Yang Maha Kuasa itu tahu segala-galanya.
Tetapi satu perkara perlu diperingatkan bahawa doa (permintaan) dan korban kepada Allah SWT perlu dilakukan secara ikhlas dan dalam landasan yang betul. Al-Quran telah menukilkan dalam kisah Habil dan Qabil bahawa kedua-duanya telah melakukan korban dan berdoa kepada Yang Maha Kuasa, salah satu korban adik beradik ini diterima manakala yang satu lagi ditolak.
Pada Ayat 27 Surah Al-Maidah dinyatakan: “Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika anak-anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah menerima korban salah seorang daripada kedua-duanya iaitu Habil dan tidak diterima korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: Aku pasti membunuhmu? Habil berkata: “Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa.”
Nah, berdasarkan ini, tiada siapa berhak menghalang pemimpin PAS atau Umno daripada berdoa dan melakukan korban. Pada Hari Raya Haji dulu pun, kedua-duanya pihak bebas melakukan korban; tiada yang boleh menghalang satu sama lain. Hendak korban untakah, lembukah, kambingkah, tiada siapa yang melarang.
Orang Umno bebas berkorban, orang PAS pun boleh berbuat demikian. Tetapi sama seperti kisah Habil dan Qabil yang termuat dalam al-Quran yang diturunkan untuk menjadi petunjuk manusia, doa dan korban siapa yang dterima hanya Yang Maha Kuasa menentukannya.
Kisah dari negara tetangga, Indonesia sebagai negara umat Islam terbesar di dunia, berhubung korban Aidiladha dilakukan Presidennya, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) boleh dijadikan iktibar.
Sebuah laman portal www.voa-islam.com melaporkan sapi (lembu) korban yang dipersembahkan SBY, selepas disembelih dan dilapah, diketemui cacing di dalam hati haiwan tersebut. Akibatnya, bahagian daging sapi yang bercacing tersebut terpaksa dibuang kerana bahaya bagi kesihatan jika dimakan.
Laporan itu diakhiri dengan peringatan ini: “Sepertinya sapi korban pemimpin tertinggi negara wajar menjadi bahan renungan dan ingatan. Bahawa untuk menjadi manusia yang baik tidak cukup dengan memperindah fizik lahiriah di hadapan manusia saja.
“Tak kalah pentingnya adalah menjaga iman di hadapan Allah, serta menjaga kebersihan hati daripada segala iri, dengki, hasad, takabur, sombong dan angkuh. Agar amanah dalam bertugas, bijak dalam bertindak, jujur dalam berkata, tidak makan suap, dan menepati segala janji yang pernah terucap!”
*** Info
Ustaz dalam kuliah antara maghrib-isyak di masjid yang penulis ikuti baru-baru ini ada menerangkan bagaimana menyembelih binatang yang terperosok dalam lubang atau perigi. Disebabkan tidak dapat melakukan sembelihan di leher, sembelihlah di mana-mana bahagian binatang itu yang boleh menyebabkan ia cepat mati. Dipunggungnya boleh, di bahagian perutnya pun boleh. Katanya, penyembelihan perlu dilakukan segera, kalau hendak panggil jentolak, kena pakai duit, masa banyak terbuang, binatang itu pun sudah mati. Rugi saja. Jadi jangan ragu-ragu, segeralah sembelih di bahagian belakang binatang itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)