Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Maksud Ayat 56 Surah Adz-Zariyat)
***
Renungan
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Maksud Ayat 56 Surah Adz-Zariyat)
***
DI ambang Hari Merdeka, izinkan penulis sebagai rakyat biasa 'nak goyat' (mahu beritahu) pemimpin bahawa kehidupan semakin sukar...harga barangan amat tinggi...misalnya percaya tak wahai tuan puan harga kerang yang 10 tahun lalu RM1.50 hari ini hampir RM10 sekilogram!
Baru-baru ini tergamam 'teman' membeli kerang, harganya RM9 sekilogram. Apabila membeli kerang sekilogram, ia hanya cukup untuk 'diratah' sekeluarga, tidak dapat untuk dimasak sambal tumis. Kalau mahu buat sambal, kena beli dua kilogram...sudah hampir RM20. Ooh, tidak dapat dibayangkan untuk makan sambal kerang sekeluarga kita perlu habis RM20; itu harga kerang saja, bagaimana dengan bahan lain seperti cili, asam garam, minyak dan sebagainya?
"Teman' amat-amati di kedai, ada pelanggan memegang-megang bungkusan plastik kerang sambil bertanyakan harga kepada pekedai. Apabila pekedai jawab RM9 sekilo, mereka tak jadi beli. Seorang pembeli 'teman' dengar mengeluh..."nampaknya telan air liur sajalah!"
Demikianlah harga barangan sekarang termasuk keperluan dapur seperti bahan mentah makanan sangat mahal. Jika kerang sudah RM9 sekilogram, udang boleh mencecah RM30 sekilo, daging lembu tempatan RM30 manakala ikan kembung dan cencaru yang sinonim dengan rakyat marhaen boleh meningkat sehingga RM12 sekilogram!
Sekalipun ada pihak mendakwa pengeluaran hasil kerang merosot disebabkan alam sekitar yang rosak sebagai punca melambungnya harga hidupan laut itu, kita tertanya-tanya mengapa hal ini boleh terjadi.
Persoalannya, apa pemimpin buat tentang pencemaran laut, kemusnahan hutan paya bakau dan yang paling mengejutkan penyeludupan benih hidupan laut ke negara jiran yang gagal dibanteras pihak berkuasa. Apabila pemimpin 'gagal', maka rakyat menanggung bahananya, kehidupan mereka semakin susah walaupun negara ini diuar-uarkan kaya raya di seantero dunia!
Dalam membincangkan soal makanan ini, sedarlah wahai pemimpin (termasuk di singgahsana kuasa dengan wang masuk ke akuan peribadi berbilion-bilion ringgit) bahawa bagi keluarga miskin dan sederhana, sebahagian besar daripada pendapatan mereka (mungkin 60 peratus) digunakan untuk menampung keperluan asas ini.
Misalnya jika pendapatan isi rumah sebuah keluarga dengan lapan anak adalah RM1,000 sebulan, mungkin RM600 daripadanya digunakan untuk membeli makanan. Namun semakin tinggi perolehan rakyat, semakin kuranglah peratusan pendapatan mereka digunakan untuk membeli makanan. Misalnya sebuah keluarga yang terdiri daripada suami isteri dan enam anak dengan pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan, jika mereka memperuntukan RM1,000 sekalipun untuk membeli makanan, itu hanya 10 peratus daripada pendapatan mereka.
Berdasarkan hujah ini, orang miskin perlu berhati-hati dalam perbelanjaan mereka hatta dalam membeli makanan sekalipun apatah lagi pada zaman sukar sekarang ini. Misalnya jika RM600 sudah diperuntukkan untuk membeli makanan, sedikit kenaikan dalam harga barangan keperluan akan menjejaskan kehidupan rumah tangga mereka. Jika berlaku peningkatan enam peratus (misalnya GST) dalam kenaikan harga barang, mereka sudah 'menggelupur'. Bertambah sukarlah mereka hendak menjelaskan bayaran lain seperti sewa rumah, perbelanjaan sekolah anak-anak dan tambang pengangkutan.
Kebanyakan pemimpin tidak pernah terbabit secara terus membeli barangan keperluan seperti gula kopi, asam belacan dan ikan ayam (tidak pernah ke pasar). Jika ditanya sekilogram harga beras pun mereka tidak tahu, apatah lagi barangan lain seperti kerang yang sudah mencecah RM9, mungkin mereka tahu harga kangkung 'yang semakin menurun'.
Kumpulan paling arif tentang harga barangan keperluan adalah suri rumah. Biasanya si suami akan menyerahkan perbelanjaan dapur kepada si isteri; katakan RM600 sebulan seperti contoh dinyatakan. Daripada RM600 diasingkan kepada pembelian barangan kering (seperti gas, minyak dan asam garam) sebanyak RM300 itu manakala RM300 lagi untuk barangan basah seperti ikan dan sayur yang puratanya mereka hanya mampu berbelanja RM10 setiap hari. Apa yang dapat dibeli dengan RM10? Kasihan, pening suri rumah memikirkan hal ini. Kerang saja sudah RM9 sekilo, jelas dia tidak mampu membelinya...itulah rakyat dalam kebanyakan kes boleh telan air liur saja!
2 comments:
Assalamulaikum tuan,
Boleh tak kita sama sama link blog. Blog saya:
http://biarlembujadilembu.blogspot.com
Terima kasih.
Assalamulaikum tuan,
Boleh tak kita sama sama link blog. Blog saya:
http://biarlembujadilembu.blogspot.com
Terima kasih.
Post a Comment