***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***
MEMBACA Suara Keadilan baru-baru ini (12 Januari), saya yang tertarik dengan berita bertajuk di atas, bertindak bertanyakan ustaz-ustaz termasuk pengamal undang-undang akan bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti apakah ia boleh membicarakan kes qazaf yang termasuk dalam hukum hudud.
Seorang ustaz yang juga pengamal undang-undang menjelaskan hudud adalah hukuman yang telah ditentu dan ditetapkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan saja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubah suai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun di dunia ini. Kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud adalah berzina, menuduh orang berzina (qazaf), minum arak, mencuri, murtad, merompak (hirabah) dan penderhaka (bughat).
Qazaf iaitu menuduh orang berzina dan menurut ustaz-ustaz ini boleh terpakai menuduh orang melakukan liwat adalah termasuk dalam hukuman hudud; persoalannya apakah hukuman hudud 'ada tempatnya' dalam Mahkamah Syariah di Malaysia?
Apabila disemak dan dirujuk bagaimana agama Islam ditadbirkan di Malaysia (ini menujukkan bahawa Islam ditadbir dan bukan mentadbir), kita akan dapati bahawa:
.
1. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, agama Islam terletak di bawah kuasa negeri.
2. Setiap negeri menggubal Enakmen Pentadbiran Agama Islam masing-masing.
3. Setiap negeri juga membentuk Majlis Agama Islam yang mengandungi tokoh-tokoh Islam dan bertindak sebagai badan perundangan Islam yang sebenar di negeri itu.
4. Tugas utama Majlis Agama Islam termasuk:
a) Membuat peraturan-peraturan mengenai agama Islam.
b) Mengeluarkan fatwa.
c) Mentadbir masjid-masjid dan sekolah-sekolah agama.
d) Mengutip zakat, fitrah dan bayaran yang lain yang diwajibkan bagi orang Islam.
e) Mengurus wakaf.
5. Di samping itu sebuah Jabatan Agama Islam yang mengandungi pegawai-pegawai kerajaan juga dibentuk untuk membantu Majlis Agama Islam menjalankan tugasnya.
Perlembagaan Persekutuan juga mengehadkan pemakaian undang-undang Islam.
1. Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran agama Islam termasuk Mahkamah Syariah bagi negeri yang berkenaan.
2. Bagaimanapun Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa atas umat Islam dan mengenai pengamalan ajaran Islam setakat ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan.
3. Dengan itu Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan 1984) telah mengehadkan kuasa Mahkamah Syariah pada paras menjatuhi penjara sehingga tiga tahun, hukuman denda sehingga RM5,000 dan hukum sebat sehingga enam rotan.
4. Mengikut suatu pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1988, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah-mahkamah Bawahan tidak mempunyai kuasa kehakiman ke atas perkara-perkara yang telah menjadi bidang kuasa Mahkamah Syariah.
5. Undang-undang HUDUD tidak diamalkan di Malaysia.
Dinyatakan juga bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad.
1. Bidang kuasa sivil meliputi:
a) Perkahwinan.
b) Penceraian.
c) Nafkah anak dan isteri.
d) Pewarisan harta.
2. Bidang kuasa jenayah meliputi:
a) Kesalahan matrimoni seperti tidak taat kepada suami.
b) Kesalahan hubungan seks seperti persetubuhan haram, berkhalwat dan pelacuran.
c) Kesalahan minuman keras seperti menjual dan meminum arak.
d) Kesalahan keimanan seperti tidak solat Jumaat, tidak berpuasa atau tidak membayar zakat.
e) Kesalahan pertukaran agama seperti tidak mendaftarkan masuk atau keluarnya daripada Islam.
f) Kesalahan berhubungan dengan perjudian.
Perkara (5) secara jelas menyatakan undang-undang hudud tidak diamalkan di Malaysia. Berdasarkan ini, kes qazaf (salah satu kesalahan dikenakan hukuman hudud) 'tiada' sehinggakan peguam Saudara Anwar Ibrahim (tertuduh dalam kes Fitnah 11), Kamar Aniah Kamaruzzaman berkata: "Kita nak menegakkan hukum Islam di Mahkamah Syariah, bukan menegakkan hukum syariah di Mahkamah Sivil."
Berdasarkan hujah peguam Kamar Aniah ini, saya tanyakan ustaz-ustaz itu apakah hukum-hukum Islam perlu ditegakkan di Mahkamah Syariah sedangkan pada pandangan awam sudah tentulah Mahkamah Syariah mengikut panduan agama, ustaz-ustaz itu berkata ya, kerana sebagai misalnya apakah boleh kesalahan seks seperti persetubuhan haram (zina) dikenakan denda sedangkan hudud tidak dilaksanakan?
Kamar Aniah berusaha untuk membawa kes qazaf itu ke Mahkamah Syariah tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memohon ia diketepikan kerana menyifatkan keputusan hukuman Fitnah 11 diputuskan oleh Mahkamah Sivil.
Jika hukum Islam sendiri pun tidak tertegak di Mahkamah Syariah, apakah kita rakyat biasa perlu buat? Seorang ustaz memberitahu setiap Muslim wajib mempunyai niat atau cita-cita menegakkan hukum-hakam Islam. Dengan adanya niat itu, diharapkan kita terlepas daripada dakwaan tidak melaksanakan hukum Allah apabila diadili di Mahsyar nanti.
Bagaimanapun niat saja tidak mencukupi. Niat perlu disertakan usaha dan doa. Setiap orang perlu berusaha mengikut kemampuan masing-masing. Ustaz dengan kelas pengajiannya, penulis dengan tulisannya dan begitulah seterusnya.
Selain usaha, doa amat penting, demikian beritahu ustaz itu. "Marilah kita berdoa semoga pembesar dan pemimpin negara dibukakan hati untuk melaksanakan hukum-hakam Islam," katanya.
No comments:
Post a Comment