***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32
***
HAJI Kasiron Reduan, 80, seorang peminat Harakah dan salah satu ruangan diminatinya adalah 'Kisah Dari Tanah Suci'. Selain suka membaca pengalaman dan luahan pembaca dalam rungan itu, pesara guru yang dianugerahi 'Tokoh Persuratan Johor 2014' ini turut menyumbangkan artikel.
Ketika saya mengunjungi beliau di kediamannya di Parit Semerah, Pontian, Johor, baru-baru ini, Haji Kasiron mengejutkan penulis apabila memberitahu sebanyak 20 kisah pengalaman hajinya disiarkan oleh Harakah melalui kolum itu yang bermula pada 2002 dan berakhir 2014.
Sambil ketawa Haji Kasiron memberitahu dia memotong setiap tulisannya daripada akhbar Harakah, membuat 'binding' (bagaikan sebuah buku) kemudian membuat salinan dan membahagikan-bahagikan di kalangan saudara mara dan sahabat.
Banyak kisah lucu dan menarik dikongsi oleh Haji Kasiron dan isterinya, Hajah Ramlah dengan anak isteri penulis ketika kunjungan itu; antaranya penulis baru tahun Haji Kasiron dalam beberapa tulisan kisah dari Tanah Suci menyebut nama isterinya sebagai 'Ram'...ya nama manja (singkatan) untuk Ramlah.
"Wah, romantiknya Pak Haji ni," kata isteri penulis menyebabkan kami terkekek-kekek ketawa. Ya, selama ini penulis yang belasan tahun mengendalikan ruangan 'Kisah Dari Tanah Suci' tidak tahu bahawa 'Ram' dalam tulisan Haji Kasiron itu adalah isterinya, Ramlah...
Ketika menghantar kami pulang ke kereta, Haji Kasiron dan Hajah Ramlah tidak cukup tangan memetik buah kedondong berpohon rendang di laman rumah mereka.
Sambil menyerahkan bungkusan plastik yang mengandungi buah-buahan itu sempat Haji Kasiron berfalsafah...ungkapannya mendalam maksudnya; mungkin kemahirannya dalam berbahasa ini menyebabkan beliau dianugerahi 'Tokoh Persuratan Negeri Johor 2014' yang diterimanya pada 'Seminar Kebangsaan; Sumbangan Johor Dalam Persuratan' pada 25 September 2014 di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
Haji Kasiron berfalsafah: "Saya tak tanam kelapa sawit dan getah...tetapi tanam pohon buah-buahan rendang dan sayur-sayuran yang boleh dihadiahkan kepada tetamu dengan segera apabila mereka balik. Kalau saya tanam kelapa sawit mungkin saya boleh jadi kaya tetapi 'tidaklah boleh saya ragut' buah kelapa sawit untuk diberi kepada pelawat."
Kata-kata 'hikmah' Haji Kasiron mengingatkan penulis akan pesanan seorang ustaz yang kerap memberi nasihat bahawa ibu bapa sewajarnya mendidik anak-anak dengan falsafah hidup. Ia sewajarnya diterapkan dalam minda anak-anak sejak awal lagi.
Selain panduan daripada al-Quran dan hadis, katanya, falsafah orang-orang tua Melayu juga boleh dijadikan pegangan. Misalnya tanam dalam jiwa anak-anak untuk membuat sesuatu kerja secara bersungguh-sungguh sehingga berhasil berpandukan peribahasa 'genggam bara biar sampai jadi arang' dan dalam berjimat cermat amalkan peribahasa 'sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit'.
Seorang sarjana bahasa sebuah universiti tempatan pula memberitahu penulis bahawa kata-kata bijak pandai Melayu sebahagian besarnya bertepatan dengan kehendak Islam; misalnya peribahasa amalan 'berdikit-dikit' itu bertepatan dengan sebuah hadis yang meminta kita beristiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan walaupun sedikit. Ya, beristiqamahlah dalam kehidupan ini, insya-Allah kita akan berjaya dan berbahagia di dunia dan akhirat!
1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment