Monday, June 29, 2015

BR1M ubah hidup penerima?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Wafatkanlah aku dan keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang saleh." (Maksud Ayat 101 Surah Yusuf)

SYABAS diucapkan jika Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan Perdana Menteri, Najib Razak bermula 2012 berjaya mengubah nasib rakyat berpendapatan rendah apabila wang tersebut digunakan untuk melonjakkan taraf hidup mereka seperti dilaporkan media massa arus perdana.

Pemimpin kerajaan BN membuat dakwaan ini berdasarkan penurunan bagi penerima kategori berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan iaitu daripada RM4.3 juta penerima pada 2014 kepada 4.1 juta orang pada tahun ini (jumlahnya susut 200,000 orang). Bagi kategori ini mereka menerima RM950 tahun ini berbanding RM650 tahun lalu tetapi pembayaran dibuat tiga kali iaitu RM300 pada Januari dan Mei manakala RM350 pada September.

Namun pemimpin yang sama juga menyatakan sejumlah penerima sebelum ini tercicir nama mereka kerana "BR1M hanya diberikan kepada mereka yang lulus tapisan semakan Kementerian Kewangan." Mereka menegaskan bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan mereka yang layak sahaja menerima bantuan, proses semakan dilakukan secara menyeluruh pada setiap tahun.

Ya, sungguh pelik ''situasi ini' - pemimpin BN 'berbangga' jumlah penerima BR1M berkurangan 200,00 orang kerana 'ekonomi mereka sudah baik' tetapi pada masa yang sama mengakui ada penerima sebelum ini tercicir nama mereka.

Berdasarkan perkembangan ini usahlah mendakwa 'berdegar-degar' BR1M telah berjaya mengubah hidup penerima. Fikir-fikirkanlah 'bidang kehidupan apa' yang boleh diubah dengan wang RM650 (tahun lalu) dan RM950 tahun ini - itu pun dibayar sebanyak tiga kali setahun. Apa 'boleh diubah' dengan wang RM300 sedangkan harga barangan dan perkhidmatan terus meningkat terutama dengan pelaksanaan GST mulai 1 April lalu?

Lepas memberi BR1M media massa BN beriya-iya 'memaksa' rakyat agar mengenang budi dan berterima kasih sedangkan orang ikhlas yang menderma tidak mengharapkan pembalasan hatta ucapan terima kasih sekalipun seperti yang diamalkan oleh Sayidina Ali k.w.

Berhubung bantuan kepada orang miskin, sebenarnya ada hak orang miskin dalam harta orang kaya. Jadi tunaikan saja hak orang miskin yang termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat, tanpa 'banyak soksek' seperti dilakukan semasa pilihan raya, hari raya dan juga disampaikan oleh pemimpin BN saja kepada penyokong BN saja.

Zakat (termasuk pemberian bantuan kepada orang miskin) adalah salah satu daripada Rukun Islam, tidak mempercayai dan mengamalkannya menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam. Malah antara perkara pertama dilakukan oleh Sayidina Abu Bakar As-Sidiq selepas dilantik menjadi khalifah adalah memerangi golongan yang enggan mengeluarkan zakat.

Dalam harta orang kaya itu terdapat hak orang miskin; mereka yang cukup syarat-syaratnya wajib mengeluarkan bahagian tertentu daripada nilaian harta tersebut. Orang yang berhak ke atasnya pula ada lapan golongan yang diistilahkan sebagai asnaf sebagai firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah Ayat 60 yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Wang zakat ini perlu dikeluar dan diberikan kepada asnafnya apabila sudah cukup syarat-syaratnya. Ertinya keluarkan dan berikan saja kepada golongan yang berhak tanpa diambil kira musim, penyokong BN ke atau tidak dan sebagainya. Orang yang ada dalam simpanannya harta yang diwajib dikeluarkan zakat mengikut syaratnya, tetapi menangguh-nangguhkan pada masa yang kononnya sesuai mengikut jadual mereka seperti menjelang pilihan raya atau hari kebesaran lain, mereka hanya mengundang ancaman daripada Allah SWT. Ertinya, dalam bab zakat ini, berikan saja kepada golongan yang berhak sebab mereka ada hak di atas harta itu, jangan banyak dolak-dalih.

Sehubungan itu, kita menasihatkan diri kita sendiri dan pihak penyampai (bantuan) zakat (pihak berkuasa) janganlah menahan-nahan wang zakat ini dan hanya tergerak untuk memberikannya pada majlis-majlis yang mereka ada kepentingan seperti menjelang pilihan raya. Sedarlah wang zakat itu adalah hak asnaf berkaitan, jadi berikan hak mereka yang berhak tanpa cuba mengeksploitasinya untuk kepentingan diri, pemimpin dan parti politik kita.

Berhubung dengan kehebatan zakat ini, kita berpendapat alangkah eloknya projek-projek pembangunan dan bantuan daripada pihak berkuasa (berada) yang mahu disampaikan kepada rakyat, mencontohi falsafah zakat – berikan hak kepada mereka yang berhak tanpa mempedulikan imbalan yang mahu diraih, misalnya mencari keuntungan dalam kempen pilihan raya.

Sehubungan itu adalah tidak perlu untuk menghebahkan projek itu dan projek ini dan menyibuk mengagih-agihan bantuan menjelang sesuatu pilihan raya. Apabila ini dilakukan maka akan timbul tanggapan bahawa perkara dilakukan tidak ikhlas, ada udang di sebalik batu atau terus terang dikatakan berlaku rasuah politik bagi menggula-gulakan rakyat.

Alangkah indahnya jika dikuti falsafah zakat tadi, ada hak rakyat dalam perolehan pemerintah yang sesetengah pihak mendakwa berbilion-bilion ringgit termasuk melalui GST yang perlu diberikan kepada semua yang berhak dengan segera. Tidak kiralah mereka menyokong kita atau tidak, selagi mereka berhak (jika dalam kes zakat disebut asnaf), berikan hak itu kepada mereka. Usahlah buat-buat sibuk mahu mengagih-agihan hak rakyat ini masa kempen pilihan raya, berikan kepada yang berhak akan hak mereka!

1 comment:

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI