Monday, April 29, 2013

Penyokong DAP cuba fahami Islam, sebaliknya...

************************ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ************************** Renungan ************************* "Adakah satu pencita selain Allah, yang memberi kamu rezeli dari langit dan bumi? Tiada tuhan selain Dia, maka ke manakah kamu dibuat berpaling." - Maksud Ayat 3 Surah Faathir ********************** KETIKA bersesak-sesak bersama penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) di sebuah pusat penamaan calon PRU13 pada 20 April lalu, secara diam-diam saya menitipkan risalah cara pemakaian pakaian menutup aurat yang sempurna kepada wanita-wanita terutama yang saya lihat bertudung tetapi tidak sempurna penutupan aurat mereka seperti memakai baju-T mendedahkan lengan atau berjeans dan blaus terlalu ketat. *************************** Bagi saya, wanita-wanita bertudung sudah berada di permulaan landasan betul, cuma mereka perlu 'ditolong sikit lagi' dengan menerangkan kepada mereka bahawa menutup aurat itu bukan bermakna bertudung saja. Apa erti bertudung jika pakaiannya tersangat ketat, lengan terdedah atau mempamerkan akhlak yang tidak baik seperti menjerit lantang berulang-ulang "Gelombang" untuk disambung penyokong "Biru". Sungguh kurang sopan apabila wanita menjerit-jerit seperti itu. ******************************** Semuanya berjalan lancar sehinggalah seorang pemuda berbaju biru berlogo BN menjerit "Awas, ni risalah pembangkang ni, siapa bagi ni?" *************************** Sejumlah wanita memandang saya, jadi saya tidak dapat mengelak. Pemuda itu memandang tepat ke arah saya; saya yang bertopi bagi menggantikan kopiah yang biasa saya pakai; bersuara, "Adik, ini bukan risalah pembangkang, ini satu panduan agama, soal pakaian dan aurat; supaya kita selamat di dunia dan akhirat." ****************************** "Kami tak peduli itu semua; awak pergilah dari sini sebelum kami apa-apakan kamu!" katanya keras. ************************ Banyak mata memandang saya. Dengan langkah berat, saya pun menyusup keluar daripada himpunan penyokong BN itu. Terasa pedih di muka dan hati apabila diusir sebegitu rupa. Ya, terasa sungguh pedih dan sedih, namun apabila tergambar di minda kisah yang dibaca mengenai pahit getir perjuangan rasul-rasul terutama Nabi akhir zaman Muhammad s.a.w., para sahabat, tabien, tabik tabien sehinggalah pejuang masa kini, apalah sangat yang saya alami itu. ****************************** Ketika berjalan, saya terdengar ada yang bercakap: "Itu haram, ini haram, apa yang tak haram?" ********************* Selepas lama 'berehat' bagi menenangkan diri, saya menyelusup masuk ke dalam kumpulan penyokong DAP dan PAS. Pemandangan 'kesatuan' penyokong PAS dan DAP begitu mengujakan; jika pada pilihan raya 2008 dulu, kumpulan penyokong PAS dan DAP berada secara berasingan, kali ini mereka 'bercampur gaul' pula jadi boleh dilhat bendera PAS (bulan) dan DAP (roket) berselang seli berkibaran; kelihatan orang Melayu-Cina bergurau dengan mesra sekali. ************************* Ketika berdiri di depan beberapa penyokong DAP, saya perasaan seorang anak muda Cina sekejap-kejap melihat ke arah ikatan risalah yang saya pegang. Saya senyum, dia pun senyum. Saya pun bertanya; "Mahu? Tapi maaflah ini risalah untuk orang perempuan!" ******************************** Apabila diberikan risalah itu, pemuda yang kemudian saya tahu namanya Lee itu membelek-beleknya; membuka peluang kepada saya memberi penerangan. "Inilah cara untuk wanita Islam pakai pakaian yang menutup aurat. Sana (saya menunjukkan ke arah penyokong BN) ramai pakai tudung tetapi dedah sana, dedah sini. Ini tak tutup aurat dengan betul." ************************* Lee kelihatan tertarik, lalu saya pun meneruskan penerangan; "Orang Islam kena ikut sepenuhnya apa yang Allah dan Rasul suruh. Kalau tutup aurat tutup betul-betul jangan pakai macam tu." Lee menyampuk: "Betul tu, ada perempuan pakai tudung tetapi lebih seksi daripada yang tak pakai tudung!" ************************ "Itulah," kata saya kepada Lee, "yang PAS pejuangkan. Kalau masuk Islam, ikut semua yang Tuhan Allah suruh. Jangan ambil sekerat-kerat. Ini macam perangai Yahudi. Macam 'you' nak memandu di jalan raya; 'you' kalau tak nak memandu, itu 'you' punya hal, tetapi apabila 'you' memandu di jalan raya awam 'you' mesti ikut semua dia punya 'rule'. Macam itulah dengan Islam, 'you' boleh pilih masuk Islam atau tidak, tetapi apabila masuk Islam kenalah ikut semua 'rule'nya" ***************************** Lee menjadi lebih tertarik, saya pun menyambung hujah: "Kita ni hidup paling lama 70-80 tahun. Lepas tu kita mati. Apa jadi lepas mati? Ini amat penting, kita mahu 'bahagia' di sana. Macam KWSP, kita labur untuk hari tua. Kita 'prepare' untuk hari tua. Tapi adakah kita 'prepare' untuk hari selepas kita mati? Apa yang kita tahu mengenai alam sana. Kita tidak tahu apa-apa. Yang beritahu kita adalah Tuhan Allah melalui rasul-rasul dan nabi-nabinya. Ada 124,000 nabi dan rasul; mungkin Buddha dan Konfucius itu nabi..." ******************************* Lee menjadi lebih tertarik. Saya bercerita dan bercerita sehingga Lee menanyakan nama dan bagaimana mahu berhubungan dengan saya. Demikianlah betapa berminatnya seorang penyokong DAP cuba memahami Islam, sebaliknya ada orang yang mengaku Islam tidak ambil pusing agama mereka sendiri sehingga ada yang tergamak berkata; "itu haram, ini haram, apa yang tak haram?"

1 comment:

mr edz said...

hidayah dari allah.. alhamdulillah..