Tuesday, April 16, 2013
Jadikan 'yang sedikit menewaskan yang banyak' sebagai penyemarak
********************
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
*********************
Renungan
*********************
Hadis riwayat Abu Hazim, daripada Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Muslim, bermaksud: "Tidak akan hancur dunia ini (kiamat) hingga ada seorang laki-laki yang melewati kuburan lalu ia berguling-guling di atasnya seraya berkata, 'alangkah baiknya sekiranya aku berada di tempat penghuni kubur ini.' Hal ini bukan kerana faktor agama tetapi kerana adanya musibah."
*********************
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipanjangkan usia, maka dapatlah kita bermuzakaran isu semasa pada ketika gegak gempita pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
**************************
Berdasarkan pemerhatian kita sejak sekian lama lebih-lebih lagi selepas Parlimen dibubarkan 3 April lalu, pertarungan pilihan raya yang buat pertama kali menyaksikan dua kumpulan utama (Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat) berentap, tidak berlangsung di padang sama rata. Ketidak-samarataan ini adalah dalam pelbagai aspek di mana kerajaan sementara yang diamanahkan kepada BN seperti masa-masa lalu bertindak mengeksploitasi segala jentera kerajaan.
****************************
Di bidang hebahan dan propaganda, kerajaan sementara BN memperkuda badan penyiaran seperti RTM dan menjadikan media massa bagaikan sayapnya. Media massa perdana bukan lagi sebagai sumber maklumat dan informasi tetapi jentera propaganda berdakyah siang malam menyebarkan kehendak dan arahan orang atasan.
**************************
Fitnah menjadi mainannya, soal halal haram tolak ketepi asalkan pemimpin dan parti dijulang ke puncak kuasa dengan pihak dicela tidak diberi ruang dan peluang langsung untuk bersuara apatah lagi membela diri. Pemimpin BN bebas berkokok menceritakan kehebatan manifesto di samping menghina pemimpin saingan dalam siaran langsung hampir semua stesen TV dan radio selama lebih sejam tetapi hanya bersedia meluangkan masa 10 minit rakaman untuk pesaing membentangkan manifesto. Pemimpin tertingginya pandai memfitnah dan mengata pesaing; tetapi apabila diajak bersemuka dan berdebat tidak berani pula!
****************************
Apakah hukum rimba yang dipakai ini, budak sekolah hingusan pun tahu apa makna keadilan - semua murid akan diberikan masa yang sama bagi menyelesaikan sesuatu tugasan. Apakah adil jika ada murid diberi masa 10 minit manakala yang lain 180 minit?
***************************
Bagi kita BN akan menyalah-gunakan 'segala-galanya' bagi menang dalam PRU13 ini. Dari segi zahirnya, pihak inilah yang paling kuat, paling berkuasa, paling ramai pengikut dan penyokongnya dan segala macam paling lagi tetapi ingatlah sepanjang sejarah Islam kerap benar berlaku 'yang sedikit dapat menewaskan yang ramai' dan 'yang nampak lemah dapat menewaskan yang nampak gagah perkasa'.
*************************
Perang Badar adalah iktibar terbaik bagi umat Islam. Dalam peperangan yang menentukan hidup-mati Islam ini, pasukan Muslimin seramai 313 orang dapat menewaskan musuh Musyrikin Makkah lebih 1,000 orang. Demikian juga dalam peperangan lain seperti Khandaq dan pada zaman moden ini menyaksikan bagaimana Mujahidin Afghanistan yang kekurangan dalam serba serbi dapat mengundurkan tentera Soviet Union.
*****************************
Kekuatan iman dengan keyakinan jitu kepada Allah SWT termasuk melalui doa adalah senjata ampuh pasukan Muslimin. Demikianlah bagi menghadapi musuh yang zahirnya kelihatan hebat dengan segala perlengkapannya termasuk memperkudakan prasarana milik kerajaan, pergantungan kejap kepada Allah SWT adalah jalan terbaik untuk kita selamat dunia dan akhirat.
***************************
Sehubungan itu, kita menyambut baik langkah sesetengah pihak dalam PAS menyediakan panduan petugas bagi menghadapi PRU13. Kita berpendapat arahan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT melalui amalan murni seperti solat berjemaah, solat malam, beristighfar, zikir ma'thurat dan membaca al-Quran amat berkesan untuk mendapat perhatian-Nya seterus memakbulkan hajat kita. Insya-Allah hanya dengan pertolongan-Nya kita akan mencatat kejayaan gemilang pada PRU13 ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment