Sunday, April 28, 2013
PAS, parti berjiwa besar
***********************
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
***********************
Renungan
**********************
"Maka barangsiapa yang derhaka dan mengutamakan hidup di dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat diamnya. Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat diamnya." - Q.S An-Nazi'at 37-41
***********************
Bersyukur ke hadrat Illahi kita dipanjangkan usia bagi memuzakarahkan isu semasa ketika negara dilanda gegak gempita PRU13.
*******************************
Kesyukuran kita bertambah apabila melihat semakin ramai individu termasuk tokoh ternama Umno menyedari kesilapan mereka dan berbondong-bondong menyertai PAS dan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Misalnya, bekas Menteri Besar Selangor selama lebih sedekad, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ketika menyerahkan permohonannya memasuki PAS, secara rendah diri menyatakan keyakinannya bahawa PAS dapat memandu rakyat ke arah kehidupan berpaksikan roh Islam.
*****************************
Kesediaan PAS menerima dengan tangan terbuka penyertaan Muhammad dan ramai lagi tokoh Umno menunjukkan betapa besarnya jiwa parti Islam ini. Sejajar dengan ajaran Islam yang sukakan umatnya kembali ke pangkal jalan dengan Allah SWT sebagai Maha Pengampun, PAS bersedia menerima individu dan pihak yang dulu menghina, memfitnah dan memperlekehnya. Tiada dendam di hati, dengan penyertaan individu-individu ini, marilah sama-sama kita berusaha gigih memenangkan Islam sekali gus mendaulatkan keadilan di negara kita terutama pada saat getir PRU13 ini.
***************************
Sepanjang sejarah Islam, ramai individu 'haprak' bertukar permata bergermelapan apabila mendapat cahaya kebenaran Islam. Sayidina Umar al-Khattab adalah contoh ke depan; pada zaman gelapnya, beliau 'samseng Makkah' yang pernah membunuh anak perempuannya. Tetapi apabila telah memeluk Islam, Nabi s.a.w, pernah bersabda, jika ada Nabi selepas baginda, orang itu adalah Umar al-Khattab.
********************************
Dengan jiwa besar PAS ini yang sejajar dengan kehendak Islam, diharap dan didoakan lebih ramai rakyat termasuk tokoh besar negara diberikan hidayah untuk bersama-sama memperjuangkan agar Islam didaulatkan di negara kita. Bagi seorang Muslim, tidak ada cita-cita yang lebih besar daripada melihat Islam didaulatkan pada diri, keluarga, bangsa dan negara atau mereka sendiri mati syahid!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment