Tuesday, September 6, 2011
Kalaulah sang singa boleh menulis sejarah…
***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
**************************
Renungan
***************************
Lima bencana untuk penghasad dengki
**************************
Abul Laits Assamarqandi mengatakan: "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada penghasad dengki, sebab penghasad dengki itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasad-dengkikannya itu:***************
1. Risau hati yang tak putus-putus.******************
2. Bala yang tidak berpahala.*********************
3. Tercela yang tidak baik.*********************
4. Dimurkai Tuhan.******************
5. Tertutup padanya pintu taufik.********************
***
BERIKUTAN polemik sejarah sekarang ini mengenai pejuang kemerdekaan, disiarkan kembali artikel saya ini yang pernah menghiasi blog ini. Ada sebuah peribahasa Afrika berbunyi: “Until lions have their historians, tales of the hunt shall always glorify the hunters” yang bermaksud sehinggalah sang singa mempunyai penulis sejarah, kisah perburuan akan hanya menggambarkan kehebatan si pemburu.********************
Ertinya sekalipun dalam sesuatu perburuan itu sang singa bertindak hebat, si pemburu tetap menyebarkan kisah kehebatannya kepada penduduk kampungnya. Kisah sang singa tidak dipedulikan kerana yang merakam sejarah adalah si pemburu bukan sang singa. Lagi pun mana ada singa membicarakan kehebatannya, kalau ada mungkin kepada anak bininya saja dalam bahasa binatang yang mereka saja fahami.************************
Sejarah adalah subjek paling saya minati sejak kali pertama diperkenalkan semasa saya dalam Darjah Empat tahun 1972. Ketika itu namanya Tawarikh. Kerap benar saya mendapat markah 100 peratus dalam ujian dan peperiksaan. Ketika Darjah Empat, diperkenalkan peradapan manusia termasuk pembawa agama, kemudian pada Darjah Lima diajar tokoh-tokoh pada zaman pertengahan dan kemudian ketika Darjah Enam tokoh-tokoh pada zaman moden.*******************
Maka hafallah saya kisah dalam buku Tawarikh itu. Saya dapat menghafaz kisah Shih Huang Ti, Asoka, Akbar, Joan of Arc dan kemudian pada zaman moden membabitkan nama seperti Abraham Lincoln, George Washington dan tokoh di tanah air seperti Francis Light, JWW Birch, Frank Swettenham, Hugh Low dan Hugh Clifford. **********************
Sekalipun negara sudah lama merdeka (pada tahun 70-an) mata pelajaran Tawarikh masih mengguna pakai sejarah dirakam daripada pandangan orang Barat (Inggeris). Mungkin ketika itu anak bangsa masih hijau mengenai sejarah perabadapan mereka, jadi teramat asinglah nama-nama seperti Dol Said, Mat Kilau dan Tok Bahaman. Tawarikh juga tidak memasukkan nama-nama seperti Tuanku Abdul Rahman Putra apatah lagi pejuang kemerdekaan dianggap golongan kiri seperti Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad.**********************
Sekarang, apabila saya membelek-belek buku Sejarah anak-anak saya di sekolah menengah, saya dapati kebanyakan bahannya ada hubungkait dengan negara kita. Semua penulisnya adalah anak-anak tempatan, kisah luar dipaparkan misalnya peradapan di China, India, Eropah and Timur Tengah dikaitkan dengan pembangunan masyarakat tanah air seperti kedatangan Islam (dari Tanah Arab) dan kemajuan industri akibat Revolusi Perusahaan di Eropah.*****************
Namun seperti ungkapan peribahasa Afrika – ‘until lions have their historians, tales of the hunt shall always glorify the hunters’ – penulisan sejarah cenderung kepada kaca mata pemerintah, misalnya perjuangan kemerdekaan golongan dianggap kiri tetap terabai. Sejarah adalah cerita semua tetapi disempitkan kepada cerita sesuatu pihak. Demikianlah, sehinggalah singa boleh merakam sejarah; mata pelajaran Sejarah yang diajar hanyalah cerita kehebatan si pemburu!***************
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kami teringin sangat tengok PAS macam dulu, ada matlamat perjuangan Islam! tapi la PAS dah jadi caca-marba...buang perjuangan Islam ambik pulak negara Kebajikan dah tu promote perjuangan Komunis...katanya(Kal Marxt Sabu) sealiran dengan perjuangan Islam!...apa ni? betui la kata orang DAP ganti PAS!
Ramai yang mengharapkan PAS ganti UMNO....tapi kini kecewa! Laa PAS tak berani sebut pasai Hudud atau pun Perjanjian Madinah masa ceramah atau tazkirah macam dulu-dulu....takut kat DAP!
PAS dah ada kuasa di Kelantan, Kedah, Selangor dan PPinang...kenapa tak cuba ubah perlembagaan negeri ikut perlembagaan Islam yang dilaung-laungkan dulu? Kalau kat ceramah bukan main lagi kata kita akan gantikan perlembagaan kafir(Lord Reid kata Ali Setan) dengan perlembagaan Islam!
Inilah masanya untuk PAS membuktikan yang ianya layak menggantikan UMNO yang dikatakan Sekular, Rasuah, Perkauman dan sebagainya.
Buktikan PAS itu lebih baik dari UMNO.
Post a Comment