Sunday, April 3, 2022

Ramadan 1, 1443: Ikut perintah Allah jika mahu selamat (U)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.


Renungan


“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri (negara) beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” - Surah Al-A'raaf, 96

 

BEBERAPA hari lalu penghuni bumi menyambut ‘Earth Hour’ anjuran Tabung Hidupan Liar Antarabangsa (WWF). Pada sambutan itu, lampu dipadamkan sejam, kononnya bagi menyelamatkan dunia daripada kehabisan tenaga dan juga pemanasan global.


Usaha berkenaan bagus tetapi apakah ia dapat menyelamatkan bumi dan manusia seperti diharapkan?


Bagi kita jawapannya adalah tidak kerana usaha itu adalah kempen dan publisiti murahan dunia Barat yang mahu dipaksakan ke atas penduduk dunia seluruhnya sedangkan penguasa dan lintah darat kapitalis dunia Baratlah yang merosakkan dan menjejaskan eko sistem dunia.


Bagi kita jaminan keselamatan termasuk kehidupan aman dan bahagia perlu berpaksi kepada hukum-hakam Allah SWT. Ini kerana Allah SWT yang menjadikan alam termasuk dunia ini dan segala penghuninya maka Dia-lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk manusia.


Antara jaminan keselamatan Allah SWT terzahir melalui kewujudan Tanah Haram (Makkah dan Madinah) untuk menjadi renungan.


Di Tanah Haram, adalah menjadi larangan untuk memotong, menebang atau mencabut pokok dan tumbuh-tumbuhan atau memburu binatang.


Pendeknya keharmonian alam dijaga begitu sekali, manusia yang memasuki Tanah Haram terutama pada musim haji dijamin keselamatannya sehingga jemaah tidak boleh berbalah (melalui percakapan) apatah lagi bergaduh dan berperang.


Keselamatan, keharmonian dan keamanan di Tanah Haram sewajarnya dibawa ke seluruh pelosok dunia agar manusia dapat didisiplinkan untuk mematuhi perintah Allah SWT.


Ini kerana Allah SWT saja yang menjamin keselamatan manusia sedangkan undang-undang ciptaan manusia tidak dapat lari daripada kelemahan dan kesilapan.


Jaminan Allah SWT antara lain terkandung dalam Ayat 96 Surah Al-A’raaf yang bermaksud: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri (negara) beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.”


Ancaman Allah SWT untuk mendatangkan bahaya kepada manusia terkandung dalam ayat-ayat 97 hingga 100 surah yang sama. Pada Ayat 97 dinyatakan: “Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan seksaan (azab) Kami kepada mereka pada malam hari ketika mereka sedang tidur?”


Allah SWT telah menyediakan peraturan dan undang-undang-Nya bagi keselamatan manusia tetapi umat Islam hari ini terikut-ikut dengan gagasan Barat yang cuba dipaksakan ke atas mereka.


Sungguh begitu aneh kelakuan umat Islam hari ini, apa dicadangkan pihak Barat termasuk ‘Earth Hour’ mereka ikuti; mereka menjadi pak turut tetapi cara hidup Muslim termasuk perintah Allah SWT mereka pekakkan telinga.


Bagi menjayakan ‘Earth Hour’, pelbagai pihak daripada stesen televisyen, akhbar dan firma swasta menguar-uarkannya dengan begitu hebat sekali, tetapi bagaimana perintah Allah SWT?


Apakah stesen televisyen kita peka akan waktu solat seperti diperintahkan Allah SWT? Jawapannya tidak, malah pada waktu solat yang singkat seperti maghrib, mereka sibuk menyiarkan rancangan kesukaan kanak-kanak menyebabkan anak-anak sukar didisiplinkan untuk solat.


Kemudian akhbar kita pula tidak puas-puas menyiarkan keputusan empat nombor ekor (perjudian) yang kini semakin menjadi-jadi (ruang iklan semakin banyak) kerana tempahan oleh pihak menawarkan teknologi canggih (seperti SMS) bagi mengetahui keputusan dengan cepat.


Di peringkat global pemimpin dunia mengamalkan hukum rimba, yang kuat menindas yang lemah. Negara berkuasa seperti Amerika menjarah negara lemah, menghancur dan menzalimi rakyat Iraq dan Afghanistan; begitu juga rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin.


Semua penyelewengan ini ‘memanaskan’ dunia, ‘Earth Hour’ hanya propaganda murahan dunia Barat untuk menutup sikap hipokrit mereka. Kembalilah kepada Islam untuk selamat di dunia dan akhirat. Amin.

Saturday, April 2, 2022

Syaaban 30, 1443: Makan sembunyi-sembunyi

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan

"Bahawasanya tiada Tuhan yang patut disembah melainkan hanya Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." (Maksud ayat 87 Surah al-Anbiya)


ALHAMDULILLAH, insya-Allah esok kita akan berada dalam bulan Ramadan yang penuh barakah. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan, semoga Ramadan kali ini memberi jutaan rahmat kepada kita semua, dan yang terpenting kita selamat di dunia dan akhirat. 


Berceloteh pasal Ramadan, teringat saya kisah masa kecil-kecil dahulu. Ibu selalu ingatkan anak-anak gadis kecilnya, kalau tak puasa (dapat cutilah tu), nak makan dan minum boleh tetapi buatlah secara sembunyi-sembunyi. Makanlah tetapi jangan makan di depan adik beradik. "Sekalipun awak tu tak 'posa', hormatilah bulan Ramadan!"


Demikianlah wahai pembaca, kepada golongan yang dibolehkan 'tak posa' seperti musafir, orang tua uzur, orang sakit, perempuan mengandung dan menyusui bayi apatah lagi perempuan berhaid dan bernifas, makan dan minumlah tetapi lakukannya secara berhemah; hormati orang lain yang sedang berpuasa apatah lagi menjaga kesucian bulan Ramadan itu sendiri.


Seorang ustaz dalam ceramahnya yang ikuti menjelang Ramadan ini, berkata sekalipun tak berpuasa, golongan ini juga dituntut untuk sama-sama menyemarakkan Ramadan - mereka boleh melakukan amalan lain seperti memperbanyakkan zikir, berselawat, bersedekah (termasuk menyedia dan menjamu orang berpuasa) dan mengeratkan silaturahim dan ukhuwah sesama Muslim.


Ya, kehadiran Ramadan menyuntik kebaikan kepada semua (ummah). Peluang terbuka kepada semua Muslimin dan Muslimat untuk meraih segala kebaikan pada bulan mulia ini...mereka lebih mudah melakukannya pada bulan Ramadan (mungkin syaitan sudah dirantai) tetapi alangkah besar manfaatnya jika amalan ini berterusan sepanjang waktu. 


Jika perubahan ini dilakukan semata-mata bagi menghormati Ramadan atau mendapatkan kelebihan beribadah pada bulan penuh barakah ini, dikhuatiri seseorang itu menjadi hamba Ramadan dan bukan hamba Allah SWT yang menunjukkan ketaatannya sepanjang usianya. 


Berhubung perkara ini, kita tertanya-tanya mengapa sesetengah pihak hanya begitu ghairah beribadah pada bulan Ramadan tetapi melupakannya selepas itu. Apakah ini bermaksud pada Ramadan saja kita berbuat baik sebaliknya pada bulan-bulan lain bebas berbuat sesuka hati kita? Apakah ini bermaksud Tuhan hanya ada pada Ramadan, sedangkan pada bulan-bulan lain, Tuhan seolah-olah tidak wujud? 


Pemikiran dan tindakan mengasing-asingkan corak kehidupan berdasarkan masa dan tempat ini dikhuatiri sebahagian amalan sekular. Berdasarkan ini, tidak hairanlah orang berusaha mematuhi suruhan agama seperti memakai tudung pada bulan Ramadan tetapi pada bulan-bulan lain tidak menghiraukannya sedangkan perintah Allah SWT berhubung penutupan aurat adalah pada sepanjang masa. 


Demikian juga ketika menunaikan haji di Tanah Suci, seorang Muslimah sentiasa mengenakan pakaian menutup aurat sepenuhnya, tidak kelihatan seorang pun wanita yang memperlihatkan rambutnya. Adakah ini bermaksud Allah SWT itu hanya ada di Makkah, manakala di luar musim haji dan di luar Tanah Haram, Allah SWT tidak wujud kerana perintah-Nya dilanggar sewenang-wenangnya. 


Pemikiran silap ini sudah lama meresap dalam masyarakat kita; sebahagian daripada kita melakukan perintah Allah SWT berdasarkan apa yang disenangi sebaliknya menolak apa yang difikirkan mendatangkan kerugian. Misalnya, pada ayat 178 Surah al-Baqarah, Allah SWT memerintahkan manusia berhukum dengan hukum qisas, kebanyakan manusia tidak mempedulikannya tetapi apabila diperintahkan berpuasa pada ayat 183 surah yang sama, mereka menerimanya.


Kecenderungan melakukan perintah secara terpilih ini, menyebabkan umat Islam berkelakuan baik pada suasana yang memerlukan mereka bertindak sedemikian, sebaliknya pada luar lingkaran itu bertindak di luar batasan agama.


Jika mereka di masjid, mereka menunjukkan ketaatan tetapi di luar pintu masjid, seolah-olah perintah Allah tidak laku. Itulah sebabnya mengapa sebahagian umat Islam terutama pemimpin melakukan aneka maksiat seperti rasuah, perompakan dan penyelewengan kerana agama bagi mereka adalah dalam lingkungan masjid dan pada bulan dan musim tertentu saja. 


Pada bulan Ramadan ini, ramai bertukar baik, tetapi sebaik saja masuk bulan Syawal kelakuan mereka kembali buruk. Aneka maksiat kembali dilakukan, penyelewengan dan penganiayaan menjadi-jadi termasuklah dalam politik.


Penindasan diteruskan, segala tazkirah dan pengajaran Ramadan tidak sangkut di hati. Manusia kembali liar, malah mungkin lebih teruk lagi sebelum Ramadan. 


Ramadan adalah madrasah bertujuan menjadikan kita lebih baik daripada semalam. Awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan akhirnya bebas daripada api neraka. 


Sehubungan itu,  beribadat dan berbaktilah sepanjang hayat kita, istiqamahlah untuk mematuhi semua hukum hakam Islam mulai Ramadan ini. Berusahalah bersungguh-sungguh agar kita menjadi hamba yang mendapat keredaan-Nya dunia dan akhirat.

Friday, April 1, 2022

Syaaban 29, 1443: An old tired face would stare back at you...(U)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful; blessings and peace be upon Prophet Muhammad s.a.w. 

Reflection

The Declining Day (Al-'Asr) 1. By the declining day, 2. Lo! Man is in a state of loss, 3. Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. 


“At 50 you will realize that the ‘nikmat’ (gift) of God will be taken away from you one by one,” said an ‘ustaz’ (religious teacher) who was giving a lecture at a masjid near my house recently. 

One ‘nikmat’ is we have to give way on food, said the ‘ustaz’. He said one will realize that at 50 his/her teeth would start falling, so he/she would have the ‘nikmat’ of eating good but ‘tough’ food such as beef declining as the days went by and when one is tested positive for having hypertension and is confirmed a diabetic then his/her ‘normal’ diet would have to go as well.

“Then it is the time for ‘no more sugar please’ or please, no ‘kambing’ (mutton) for me.’ So you would realize that the ‘nikmat’ of having good food was being taken away from you. 

“As you get matured religiously, you will realize that everything you ‘own’ would not ‘stick’ with you. Your black and beautiful hair would be gone, being replaced by ‘silver’ ones; your body and bones would ache; your youthful look gone gone and when you look at the mirror an old tired face would stare back at you!”

At times while reminiscing our fate including our lost ‘ability and beauty’, we would question ourselves; why were we sent into this world and where we are heading for? On why we were sent into this world, in Surat Adh-Dhariyat 51:56 (The Winnowing Winds) Allah SWT says, with the meaning; “I have only created jinn and men, that they may serve Me.” Yes, human existence along with jinn is to worship Allah SWT. 

“Then would came a fateful day when your 'roh' (soul) leaves your body. Your body would be buried six feet underground in your grave. So everything would vanish from you except for one that is ‘Islam’.

If you are a practising Muslim, your ‘amal’ (good deeds) would be by your side, but if you don’t have any…how are you going to face those days which is 'kekal' (forever)…,” says the ‘ustaz’. 

So we have to be ‘syukur’ (thankful to Allah SWT) for being Muslims. And among human being to whom should we be thankful in bringing us on the straight path as Muslims? He is none other than Prophet Muhammad s.a.w. 

Prophet Muhammad s.a.w. had brought the words of God and before him there was a line of prophets from Adam to Nuh (Noah), Ibrahim (Abraham), Daud (David), Musa (Moses) and Isa (Jesus). They were the main prophets from more than 124,000 prophets, all inviting mankind to the path of true peace and obedience to one true God. 

The main prophets too had the ‘kitab’ (books of Allah) with the al-Qur’an which was revealed to Prophet Muhammad as the final guidance to mankind until ‘kiamat’ (end of the world). So use the Qur'an to guide our lives. 

Human beings are weak and unknowledgeable so they had to depend on Allah SWT who at His mercy sent prophets and His books as their guidance. The job of human beings was to follow and obey Allah SWT instructions contained in the Qur’an and examples shown by the Prophet s.a.w. 

A book ‘Pearls of the Prophet – A Guide to successful life from the sayings of Prophet Muhammad (peace be upon him)’ has this note about Prophet Muhammad s.a.w. “It is remarkable that his career covered all possible spheres of life such as that of a preacher in a mosque, as a worldly man amongst family and friends, as a man of piety, as a leader, as a soldier, a reformer, a politician, a statesman, an administrator and finally as a ruler of a vast kingdom. 

“He had the privilege therefore of not only laying down rules of guidance in all such capacities but also gave a practical illustration of these rules. It is these sayings and doings of the Prophet that form the subject matter of Hadith – a guide to successful life from the Prophet.” 

Prophet Muhammad (s.a.w.) is the unanimous choice of scholars as the greatest man in history. Hart in his book ‘The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History’ ranked the Prophet first, while Lamartine / Histoire de la Turquie / Paris 1854 asked; If greatness of purpose, smallness of means, and astounding results are the criteria of human genius, who could dare to compare any great man in modern history with Muhammad?” 

So western scholars have acknowledged that Prophet Muhammad is the greatest man and of course the greatest politician of all time, so who are we to stray away from his way in life including in politics? 

Prophet Muhammad s.a.w., the final Prophet and Messenger of God, taught us the full and complete meaning of Islam (surrender and commitment to the will of God) through his words, his actions and the revealed Book – the Holy Qur’an. 

Some Muslims nowadays are not practicing the Prophet’s teaching in its truest sense; they are giving the wrong impression about Islam. They seem to follow and adhere to what benefits them and abandon the teachings that are against their interests.

The ‘ustaz’ reminded Muslims to show their love for the Prophet by always remembering him by way of pronouncing the ‘salawat’ (salutations to the Prophet) and to adhere and follow all his teachings and actions. 

So what are the teachings of the Prophet s.a.w. or to cut short what is Islam that would safe us in this world and after our death when we were buried six feet underground? In the book ‘Essence of Islam’ (Islamic Outreach-ABIM), it is stated that Islam means complete submission or surrender to the will of Allah SWT (The Most High). 

Islam also means peace and the way to achieve peace. Islam teaches that there is only one God, who is called Allah in Arabic. Since the time of emergence of the first man on earth, God in His mercy raised among men numerous prophets or messengers and the last of all the messengers was Muhammad s.a.w. 

Islam is not a new religion. It consists of the same basic message which God has given in all true religions, and all prophets brought this same message for our guidance. 

Muhammad s.a.w., the final Prophet and Messenger of God, taught us the full and complete meaning of Islam (surrender and commitment to the will of God) through his words, his actions and the revealed book, the Holy Qur’an. 

All Muslims actions are governed by the principles of ‘halal’ (permissible) and ‘haram’ (forbidden, unlawful or sinful). It is ‘halal’ to be involved in business activities but ‘haram’ in practising ‘riba’ (usury).

Only ‘Islam’ (our ‘amal’or work) would help us when we are buried deep inside our graves – everything else would vanish from us; where would be our status, power, posts, positions, youthful looks, strengths, cleverness, monies, luxury cars, bungalows, lands and so on; they are of no help at all. 

But the Prophet s.a.w. had given us the assurance that after death there would be three things that could continously benefit a person: 1) sadaqa (charity) 2) knowledge that he spreads, and 3) children who pray for him. So 'grab' these things before it is too late!