DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
RENUNGAN
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, carilah wasilah yang dapat mendekatkan kepada-Nya, dan berjuanglah di jalan-Nya." (Al-Maidah 5:35)
BELANJAWAN (Bajet) 2019 sudah dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Tahun 2018 juga akan melabuhkan tirainya, kini jendela 2019 hampir terbuka. Sesuai dengan tahun baru, tentulah ramai yang bersemangat baru. Kebanyakan daripada kita berharap melalui tahun baru dari sudut positif.
Walaupun demikian, ada beberapa peristiwa yang dialami menjelang tahun baru menunjukkan sesuatu yang negatif. Walau bagaimanapun cabaran tetap perlu dihadapi, jangan LARI daripada tanggungjawab.
Satu perkara yang kerap dikaitkan dengan tahun baru ialah permulaan sesi persekolahan. Berhubung perkara inilah banyak ibu bapa yang 'pening-pening lalat' bagi memenuhi keperluan anak-anak.
Perbelanjaan untuk menyekolahan anak-anak pada zaman ini bukannya murah. Sekarang tidak lagi sesuai untuk berkata: "Cikgu saya serahkan anak saya ini pada cikgu, pandai-pandailah cikgu buat apa-apa yang baik ke atasnya."
Sekarang 'penyerahan' dilakukan dengan wang ringgit. Sekalipun pihak berkuasa kerap menguar-uarkan yuran persekolahan sudah dimansuhkan hakikatnya banyak wang perlu dikeluarkan.
Bagi ibu bapa yang pertama kali menghantar anak ke sekolah, jangan terperanjat melihat pelbagai bayaran dan yuran yang perlu dibereskan.
Seseorang anak yang bersekolah rendah bukan saja menghadiri sesi pagi tetapi juga sesi petang (sekolah agama). Yuran untuk sekolah agama lain pula daripada sekolah pagi. Demikian juga pakaiannya, begnya dan juga bukunya.
Demikianlah betapa beratnya bebanan ibu bapa hari ini. Jika untuk seorang anak, terpaksa dibelanjakan RM300, hitunglah wang yang perlu disediakan untuk menyekolahkan lima orang anak, atau pun lapan orang anak. Jumlahnya tentulah membabitkan ribuan.
Ditambah dengan perkhabaran tambang bas sekolah yang akan dinaikkan, tentulah ibu bapa semakin pening. Dengan belanja harian (duit poket) anak-anak yang juga perlu dinaikkan sejajar dengan peningkatan usia mereka, tentulah ibu bapa semakin terpinar-pinar biji mata mereka.
Selepas termenung memikirkan belanja anak-anak, ibu bapa boleh merenung pula perbelanjaan yang membabitkan diri mereka pula. Jika yang terpaksa menggunakan lebuh raya, kadar tol lebuh raya mungkin dinaikkan. Demikian juga tambang bas.
Bagi yang menaiki pengangkutan awam lain, dengar khabar tambangnya juga akan dinaikkan. Demikian juga dengan tambang bas dan teksi. Semuanya mahu dinaikkan.

Demikianlah betapa rakyat begitu tertekan dewasa ini. Malangnya mereka tidak bersuara. Mereka adalah golongan majoriti, kata orang putih 'the silent majority'.
'The silent majority' inilah yang perlu disuntik semangat mereka untuk bangun menyuarakan ketidakpuasaan hati mereka terhadap pembahagian kekayaan negara yang tidak adil.
Jika negara (seperti Petronas) dikatakan mencatat keuntungan berbilion-bilion ringgit, kenapa tidak salurkan wang itu untuk membayar sebahagian yuran setiap murid di seluruh tanah air.
Misalnya, kenapa wang keuntungan berbilion-bilion ringgit firma berkepentingan kerajaan tidak boleh disalurkan untuk membayar yuran perpustakaan untuk semua murid.
Demikian juga kenapa kerajaan tidak boleh membayar yuran sukan dan yuran padang anak-anak sedangkan kerap dihebohkan negara mahu melahirkan atlit berwibawa?
Pada tahun baru, diharap-harapkan rakyat tidak lagi digula-gulakan dengan cerita keuntungan besar (berbilion-bilion ringgit) syarikat milik kerajaan melalui media massa tetapi hakikatnya kebanyakannya terpaksa mengikat perut untuk menunaikan tanggungjawab asas seperti menyekolahkan anak-anak.
No comments:
Post a Comment