Monday, May 23, 2016

PRK Kuala Kangsar: Anak sungai pun berubah…

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan

"Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang bersyukur." (Surah Al-Furqan; ayat 62) 

Asal kapas menjadi benang,
Daripada benang dibuat kain,
Barang lepas jangan dikenang,
Sudah menjadi hak orang lain.

Anak punai anak merbah,
Terbang turun buat sarang,
Anak sungai pun berubah,
Inikan pula hati orang…

SEBAGAI bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) penulis bagaikan terasa sesuatu di hati apabila disebut Kuala Kangsar atau singkatannya KK yang sekarang ini menjadi buah mulut rakyat dan pemimpin kerana akan diadakan pilihan raya kecil (PRK) Jun ini serentak dengan Parlimen Sungai Besar, Selangor.

Parlimen Kuala Kangsar (P067) dengan lebih 33,000 pengundi - (Melayu/Islam 68 peratus), Cina (24 peratus) dan India (7 peratus) - pada pilihan raya umum (PRU) 2013 lalu dimenangi oleh calon Umno-BN, Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (kini Allahyarham) menewaskan calon PAS, Khalil Idham Abdullah dengan majoriti kecil 1,082 undi. Calon Bebas, Kamilia Ibrahim (bekas Naib Ketua Wanita Umno) hilang deposit apabila hanya mendapat 447 undi.

Kini pengundi di KK berpeluang memilih wakil rakyat baharu selepas Wan Mohamad Khair-il meninggal dunia dalam satu nahas helikopter di Sarawak yang turut mengorbankan Ahli Parlimen Sungai Besar, Dato' Noriah Kasnon. 

Berdasarkan rekod PRU lalu, terdedah bahawa majoriti kemenangan Umno-BN di KK semakin merosot, daripada lebih 5,000 pada PRU 2004 kepada lebih sedikit daripada 1,000 pada PRU 2008 dan PRU 2013. Sehubungan itu, adalah menarik untuk mengetahui bolehkah calon PAS memintas Umno-BN pada PRK Kuala Kangsar ini?

Penganalisis politik berkata, PAS perlu rasional dalam perkiraannya kerana kali ini ia akan bertanding ‘sendirian’ kerana sekutunya dulu, DAP awal-awal lagi sudah menyatakan tidak akan membantu PAS malah ia sendiri (DAP) berada dalam Pakatan Harapan yang turut disertai KeADILan dan PAN (Amanah) yang beriya-iya meletakkan calonnya juga.

Sukar menduga pihak yang akan menang di KK nanti; kita terpaksa menunggu sama ada berlaku pertandingan satu lawan satu (misalnya Umno-BN lawan PAS) atau tiga penjuru (Ummo-BN lawan PAS lawan PAN) atau lebih daripada itu sebelum boleh membuat analisis yang mantap. Juga perlu diingat bahawa peratusan pengundi bukan Melayu/Islam adalah tinggi (lebih 30 peratus), jadi kemampuan mendapat undi dan sokongan daripada kumpulan ini adalah penting untuk meraih kemenangan.

Ketepi sebentar PRK Kuala Kangsar, kita ‘menjenguk sejenak’ MCKK yang melahirkan sejumlah tokoh politik semasa seperti Anwar Ibrahim, Nazri Aziz, Hishammuddin Hussein, Saifuddin Abdullah, Rafizi Ramli dan tidak terlupa Iskandar Samad sebagai Naib Presiden PAS.

Sepanjang lebih lima tahun menyedut udara Kuala Kangsar pada tahun-tahun 1970-an dulu, penulis sempat ‘berekspedisi’ ke kampung-kampung sekitar Kuala Kangsar menyebabkan nama-nama seperti Manong, Sayong, Kati, Lubuk Merbau dan Kota Lama Kiri kekal dalam ingatan sehingga kini. Ya, apa khabar makcik dan pakcik pengundi di kampung-kampung ini? Didoakan pakcik dan makcik memilih parti dan calon yang boleh membawa kita kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.

‘Jiran’ MCKK adalah SMK Clifford (pelajarnya kadang-kadang menjadi seteru dan kadang-kadang kawan; antara sebabnya di sekolah ini ada budak perempuan); jadi kepada ‘bekas budak-budak Clifford’ apa khabar anda semua? 

Semoga kita semua (terutama bekas pelajar MCKK, Clifford dan penduduk KK) dalam perlindungan Allah SWT; marilah kita sama-sama mengisi tahun-tahun terakhir mencari keredaan Illahi sebelum kita dijemput-Nya. Nabi Muhammad s.a.w. yang kita kasihi meninggal dalam usia 63 tahun (ikut kiraan tahun Hijrah dan mengikut kiraan tahun Masihi kira-kira 60 tahun), jika kita ditakdir meninggal dunia  ikut usia Nabi s.a.w. ada baki beberapa tahun kita hidup di dunia ini? Ada beberapa kali lagi kita berpeluang sambut Hari Raya?

Atau usia kita sudah melebihi usia Nabi s.a.w.; atas kelebihan itu marilah kita bersama-sama menuju kepada Illahi termasuklah dalam perkara siasah (politik). Nabi s.a.w. telah menunjukkan kaedah berpolitik secara Islam untuk keselamatan kita dunia dan akhirat; apa kita tunggu lagi dalam usia 'senja' ini...ikutlah cara Nabi s.a.w. mentadbir manusia dan negara sebagaimana diperintahkan Yang Maha Kuasa.

Bagi kebanyakan pelajar, mereka menghabiskan lima tahun masa remaja mereka di MCKK. Lima tahun di MCKK adalah hanya sebahagian daripada penghidupan seseorang yang mungkin mempunyai hayat 50, 60 atau 70 tahun. Lima tahun yang `habis' di MCKK itu boleh `dikaji balik, direnung-renung, dikenang-kenang, diambil pengajaran', pendeknya dimuhasabahkan, tetapi apabila sesesorang itu sudah habis hayatnya (50,60 atau 70 tahun), dia tidak akan berpeluang lagi untuk melakukan semua itu. 

Lima tahun di MCKK melahirkan insan-insan yang ‘kontras’ politiknya seperti Hishammuddin (Umno) dan Iskandar (PAS). Berdasarkan pengalaman, tidak segan untuk penulis menyatakan MCKK dulunya condong kepada kehidupan ala-Barat; apatah lagi jika seseorang itu kemudiannya melanjutkan pelajaran ke UK atau USA namun kata bijak pandai Melayu…anak sungai pun berubah, ini pula hati orang!

Sekarang pada usia ‘senja’ ini, renung-renunglah lima tahun kehidupan kita di MCKK…adakah kita masih mahu kekal dulu, kini dan selamanya atau kita mahu berubah (ya anak sungai pun berubah…) dan kepada penduduk (terutama pengundi) di KK, adakah kita juga mahu kekal dulu, kini dan selamanya sedangkan dunia berterusan berubah…yang muda menjadi tua, yang tua sudah mati…persoalannya sudah bersediakah kita dengan bekalan ke alam sana. Saat kita dipanggil-Nya tidak lama lagi; mungkin 5 tahun (sempena tempoh belajar di MCKK) lagi atau 5 bulan atau 5 minggu atau 5 hari, mungkin esok atau hari ini. Atau mungkin selepas membaca celoteh ini!


2 comments:

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

AKI NAJI said...

SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI ALIH,, TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI ALIH DAN AKHIRNYA AKI ALIH MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI ALIH SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI ALIH …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI ALIH: (((_082 313 669 888_))), ATAU




KLIK DISINI 4d 5d 6d





Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan dan alhamdulillah saya dpat Rp 257 juta dan semuaini
berkat bantuan angka dari AKI ALIH]
karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 100 ribu karna
saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
hubungi AKI ALIH] DI Nomor Ini (((_082 313 669 888_))),
insya allah beliu akan menbatu kesusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang Aki Bisabantu Anda trima kasih.?