Saturday, May 28, 2016

Pertandingan 3 penjuru hampir pasti di Kuala Kangsar...

DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 

Renungan

"Dan Dia yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang bersyukur." (Surah Al-Furqan; ayat 62) 
 
KAMI tiba di Kuala Kangsar (KK) kira-kira jam 9 pagi hari Ahad, 22 Mei. Destinasi pertama adalah pasar pagi di lorong-lorong di sisi bangunan kedai berhampiran tebing Sungai Perak dan Sungai Kangsar. Suasana begitu sibuk. Kenderaan berantaian, bergerak perlahan-lahan. Selepas dua kali berpusing, menggelilingi Jam Besar, barulah kenderaan kami dapat dipakir berhampiran tebing Sungai Perak.

Apa dicari di pasar pagi KK? Sang isteri berhajat makan durian. Suatu ketika dulu ketika berkunjung ke pasar pagi ini, kami dapat menikmati durian Bukit Gantang yang terkenal itu, tetapi pagi 22 Mei nampaknya ‘duri dan bau durian’ pun tak ada. Namun seperti biasa pasar mingguan itu ‘menawarkan’ pelbagai juadah, hasil pertanian, hasil laut serta sungai, pakaian dan peralatan yang dapat memuaskan kehendak dan hati pengunjung. Sang isteri nampaknya seronok dapat beli kuih ‘eksotik’ seperti dangai dan cucur topi jawa yang jarang ditemui di tempat lain.

Jika isteri minatnya begitu, apa pula hajat saya? Ya, saya mahu lihat ‘suasana dan bahang politik’ Kuala Kangsar. Al-maklumlah Kuala Kangsar akan menyaksikan pilihan raya kecil (PRK) Jun ini; tarikh penamaan calon pada 5 Jun manakala pengundian 18 Jun. Jadi apa yang saya saksikan di Kuala Kangsar?

Nampaknya petugas berbaju jingga (oren) Parti Amanah Negara (PAN atau Amanah) sudah ke depan mempengaruhi orang ramai dan peniaga di pasar pagi itu.  Di sana sini ada saja petugas berbaju oren. Ada yang berkumpul beramai-ramai di depan gerai; suatu ketika saya yang sedang mengepit akhbar Harakah keluaran terbaru (23-26 Mei) yang baru saya beli di pasar pagi itu, disapa oleh seorang ‘kakak’ berbaju-T lengan panjang berwarna oren.

“Hai ‘bang’ beli Harakah nampak! Harakah, Harakah juga. Nah ‘paper’ Amanah,” katanya sambil menyerahkan senaskhah akhbar Amanah Bilangan 2 dan risalah ‘Deklarasi Rakyat’. Ahh, orang dah bagi, barang ‘free’ ambilllah saja. Selepas mengucap terima kasih, saya mahu cepat-cepat ‘blah’ sebab mahu ‘mengejar’ anak isteri yang sudah entah ke mana, tetapi ‘kakak’ itu ‘lecture’ saya pulak!

‘Kakak’ itu banyak ‘songelnya’. Pada akhir ‘kempennya’ itu, dia menghalakan jarinya ke arah seseorang yang berada di gerai di seberang jalan. Ya, orang itu saya kenal; dia bekas MB Perak dan kini Timbalan Pengerusi  Amanah Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Beliau juga adalah Adun Changkat Jering dan Ketua Pembangkang Dun Perak.

Hai, ini peluang baik untuk saya lakukan ‘interbiu spontan’, bisik hati saya. Saya kenal Nizar tetapi Nizar tak kenal saya. Selepas mengucapkan salam, saya pun bertanya dia…”Dato’ ini ‘ramai-ramai’ bertanding ini macam mana ni? Umno bertanding, Amanah pun nak bertanding, PAS lagilah akan bertanding. Macam mana ni Dato;?

“Ehh, ‘ramai-ramai’ bertanding lagi bagus, lagi meriah. Meriah nanti Kuala Kangsar kita. Tak ada masalah, siapa saja nak bertanding silakan. Nanti kita akan tengok siapa sebenarnya yang mendapat sokongan penduduk…”

Nizar seorang politikus mesra rakyat. Dia bergerak dengan pantas; sekejap saja dia sudah berada di gerai sebelah, senyuman sentiasa terukir di wajahnya. Dia ‘tidak lokek’ menyua tangan, menyalami orang ramai. Ketika beredar dari pasar pagi itu, saya lihat dia sudah berada di gerai di pinggir Sungai Kangsar, jauh dari tempat saya berjumpanya.

Berdasarkan perkembangan sesama termasuk kempen yang dijalankan oleh petugas yang diketuai Nizar sendiri, sah Amanah akan bertanding di Kuala Kangsar. Bagaimana pula dengan PAS? Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah mengesahkan akan mempertahankan hak bertanding kerusi tradisi itu; demikian juga dengan Pesurujaya PAS Perak, Razman Zakaria yang berkata ‘tiada rundingan’ dengan Pakatan Harapan (Amanah sebagai anggotanya selain DAP dan PKR) mengenai kerusi Kuala Kangsar.  

Ya, sah PAS akan bertanding dalam PRK Kuala Kangsar; di pasar pagi KK itu saya tidak lihat ‘kempen’ dan ‘kehadiran’ PAS tetapi apabila meninjau di Bukit Chandan, ‘terpegun’ saya melihat puluhan bendera PAS berkibaran di sisi jalan menuju Istana Sultan Perak.  Di kawasan tanah bawah istana, markas operasi PAS sudah digerakkan, kelihatan kenderaan memenuhi kawasan padang menandakan ramai petugas sudah memulakan kerja bagi menawan KK yang dulunya PAS tewas hanya dengan majoriti kira-kira 1,000 undi.

Hebat petugas PAS…bendera parti sudah dinaikkan…jentera parti malah kerja sudah dijalankan sebaik mungkin…insya-Allah PRK kali ini adalah medan terbaik untuk membuktikan sokongan rakyat kepada parti Islam sebelum menuju pilihan raya umum akan datang.

Selain PAS dan Amanah; Umno-BN lagi sudah nyata akan bertanding mempertahankan kerusinya kerana jentera parti sudah lama digerakkan. Malah pemimpin-pemimpin kanannya, yang terbaru Ketua Puteri, Dato’ Mas Ermieyati Samsudin sudah mengerakkan lebih 500 puteri ‘memasuki kampung, meredah lembah dan sungai serta mendaki bukit’, mempengaruhi rakyat agar menyokong calon Umno-BN dulu, kini dan selamanya.

Ya, berdasarkan laporan perkembangan semasa dan apa yang saya lihat sendiri, saya percaya akan berlaku pertandingan tiga penjuru membabitkan PAS, Umno-BN dan Amanah (Pakatan Harapan) dalam PRK Kuala Kangsar!

1 comment:

AKI NAJI said...

SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI ALIH,, TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI ALIH DAN AKHIRNYA AKI ALIH MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI ALIH SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI ALIH …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI ALIH: (((_082 313 669 888_))), ATAU




KLIK DISINI 4d 5d 6d





Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan dan alhamdulillah saya dpat Rp 257 juta dan semuaini
berkat bantuan angka dari AKI ALIH]
karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 100 ribu karna
saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
hubungi AKI ALIH] DI Nomor Ini (((_082 313 669 888_))),
insya allah beliu akan menbatu kesusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang Aki Bisabantu Anda trima kasih.?